MELAKA - Tembelang sepasang kekasih yang membuang bayi lelaki berusia lima bulan ke dalam tong sampah Hospital Melaka di sini terbongkar apabila kedua-dua mereka ditahan ketika ibu bayi itu mendapatkan rawatan di hospital tersebut kelmarin.
Kejadian pukul 4 petang itu terbongkar apabila kakitangan hospital berasa curiga melihat keadaan wanita tersebut seperti baru bersalin walaupun pada mulanya dia menafikannya.
Selepas didesak, wanita tersebut akhirnya mengaku yang dia baru sahaja melahirkan anak di dalam tandas hospital sebelum membuangnya di dalam tong sampah.
Bagaimanapun, pencuci bangunan kemudian secara tidak sengaja telah memindahkan sampah yang mengandungi bayi tersebut ke dalam tong sampah besar.
Sehubungan itu, polis terpaksa mengambil masa selama dua hari untuk mencari mayat bayi tersebut dengan menyelongkar lebih 20 buah tong sampah sebelum ia ditemui pukul 1.50 petang semalam di pusat pengumpulan sampah hospital.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka, Asisten Komisioner Mohd. Adnan Abdullah berkata, siasatan mendapati pasangan tersebut berusia dalam lingkungan 20-an dan merupakan pelajar institusi pengajian tinggi (IPT).
"Sebaik menerima maklumat, kita telah melancarkan operasi mencari mayat bayi tersebut. Polis bernasib baik kerana menemuinya semula," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka semalam.
*Sumber: kosmo
Nie 1 lagik isu yang sangat2 mendukacitakan! Isu buang bayi yang semakin banyak skang. Orang selalu buang sampah kat tong sampah. Tapi, hape kes lak ko nak buang baby kat tong sampah?! Hape... ko dah tak buleh beza antara sampah ngan babykah? Huh! Tau nak berseronok jer! Tapi, tak pikir natijah!
::. TrULy, MaDLy, DeEpLy .::
dpt sape yg buang 2,kita buang balik dia cam 2 gak....
ReplyDeletesedih betul hari2 ada jer kes ni...
ReplyDeletehuhh! geram betol dgn kes2 buang bayi skrg nih..makin menggiler nmpknya..
ReplyDeletenak samakan dgn BINATANG..marah plk! tp buat kerja lebih hina dr binatang..cemana tu??
ishh! x(
mmg patut dr awal2 g kena hukuman gantung pd org yg buang bayi ni..tk bperikemanusiaan lgsg..
ReplyDeleteLeEanEEm,
ReplyDeletebetul3!! sokong!
lily lotus,
ReplyDeletetu la.. macam nyawa seorg bayi yg xb'dosa tu dah xde nilainye..
J@J@ / Bini The Rock,
ReplyDeletesamekan jer.. sbb lebih teruk dr binatang!! huh!
LeEanEEm,
ReplyDeleteaah kan? sbb kan ke macam m'bunuh gak tuh! xpun, pakai hukum hudud.