19 Julai 1959... Lahirlah seorang insan ke dunia ini dengan izin-Nya. Dari bayi ke kanak2... dari kanak2 ke remaja... dari remaja ke dewasa... membesar dalam suasana penuh kesederhanaan.
Seawal usia 15 tahun, dia dijodohkan dengan pilihan keluarga. Tiada bantahan yang mampu diutarakan, hanya menurut kata orang tua. Alhamdulillahhh... walau hidup dalam kesederhanaan tapi, mereka tetap diulit kebahagiaan. Syukur kerana jodoh pilihan keluarga adalah pilihan yang tepat, mampu membimbing tatkala tergelincir dari landasan, mampu memimpin tatkala masih ragu2...
Sinar kebahagiaan semakin terpancar bilamana mereka dikurniakan 4 cahaya mata, 3 puteri & 1 putera. Namun, sinar itu semakin pudar saat puteri sulung dijemput pulang menemui Ilahi. Apakan daya... sudah suratannya begitu... Hari2 mendatang dilaluinya bersama sang suami & 3 cahaya mata. Kebahagiaan masih lagi berpihak kepadanya sehinggalah saat insan yang dicintai sepenuh jiwa, yang menjadi dahan berpaut, pergi buat selamanya menyahut seruan Ilahi. Tak terucap dengan kata2... hanya linangan air mata yang menyambut berita sedih itu.
Demi anak2, dia bangkit dari kedukaan. Mencari pekerjaan halal untuk membesarkan putera & puterinya. Segala jerih-payah dilalui dengan tabah.
~ Itulah dia, bondaku tersayang... Siti Rosiah Abdul Majid... Dialah ibu, dialah ayah buat aku, kakak & abang.
~ 19 Julai 2010... Genap sudah usianya 51 tahun. Aku sentiasa berdoa agar mak diberi kesihatan yang baik, dimurahkan rezeki & sentiasa dalam peliharaan-Nya. Berilah kami peluang untuk menyemarakkan kembali sinar kebahagiaan yang pernah suram cahayanya suatu ketika dahulu. Aminnn...
'SELAMAT HARI LAHIR MAK... ADIK SAYANG MAK...'
*A tribute & specially dedicated to my mom...

::. TrULy, MaDLy, DeEpLy .::
Areleez: We really luv u mom!!! Happy birthday.......
ReplyDeleteazzey,
ReplyDeleteyess zaa..! absolutely! ;D