Wednesday, June 16, 2010

FRIED KUETEOW WIF MINCED MEAT ALA BENGANG

Slot Resepi: Ketuk2 Kuali Bersama Areleez (KKBA)

Bahan2:

1 bungkus kueteow (dicuci bersih & ditoskan)
5 sudu besar cili kisar
1/2 biji kobis (dipotong)
Garam
Gula
Serbuk perasa
Minyak masak
2 sudu kicap
2 sudu sos tiram
1 biji telur ayam
Daging cincang
Air

Bahan2 yang ditumbuk:

3 biji bawang putih
1 biji bawang besar

Cara2 Penyediaan:

1) Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bahan2 yang ditumbuk hingga naik bau.
2) Masukkan cili kisar. Kacau hingga pecah minyak.
3) Masukkan daging cincang & kacau rata. Biarkan hingga daging masak. Jika terlalu kering, bolehlah tambahkan air.
4) Masukkan sos tiram & kicap. Tambah garam jika perlu sahaja.
5) Perasakan dengan serbuk perasa & sedikit gula.
6) Masukkan kobis & kacau rata.
7) Masukkan kueteow & sebatikan.
8) Angkat & letakkan dalam mangkuk. Pecahkan telur ayam & kacau hingga jadik telur hancur.
9) Masukkan semula kueteow tadi & sebatikan. Angkat & sedia dihidangkan.


~ Fried Kueteow wif Minced Meat Ala Bengang. Selamat mencuba! ;)


::. TrULy, MaDLy, DeEpLy .::

2 comments:

  1. The problema is....tak minat kueytiaw.....sape nak jawab ??????

    ReplyDelete

KAMSAHAMNIDA...