SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Thursday, October 13, 2016

ESISPRO

Outstation. 

Jauhhhhhhhhh.........!!! Seberang sungai, merentas gunung-ganang, redah lautan, masuk hutan, keluar hutan... pung pang pung pang... fuh, baru sampai! 

Lokasi: Kat Hutan Melintang nunnn..! Ha3...

Suspen tak? Ke... ah kak sorang je yang tersuspen sendirik? Hu3...

~ Tunggu Oppa bersiap. Gigih buat spiky hair kot... ntah la... Takpe, biarkan... ;)

Eika kata, pukul 8.45 pagi kena sampai Taman Karentina. Hokay, mission accomplished! Tunggu 2 minit je di tepi jalan, kemudian Eika sampai.

~ Annyeong, Oppa..! Syahdu pulak nak tinggalkan Oppa. Rinduuuuuu...... Sob3... ;P

Maka, ah kak pun menumpang beliau ke Pusat Internet 1 Malaysia, Parit 11, Batu 16, Sungai Sumun, 36400 Hutan Melintang, Perak.

Amekaw! Full address! Hiks...

Ini Bengkel Pengisian Data Keanggotaan Koperasi Ke Dalam Sistem Profil Maklumat Anggota (ESISPRO). Haaa... nama penuh lagik! ;P 

~ Tutor yang dedikasi. #Chiaaa3... Hiks...

Ada 2 sesi. Sesi pagi dari pukul 9.30 pagi sampai 12.30 tengah hari. Sesi petang pulak dari 2.00 sampai 5.00 petang. Sehari suntuklah ah kak berkampung kat sinun. S.Y.M.P. Hu3...

~ Beronok2 sebelum sesi ke-2.

~ Spot the difference. Ha3...

Semoga bengkel ini bermanfaat kepada wakil koperasi yang hadir. Sekian... daripada #TutorYangGarang... Ha3...


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Wednesday, October 12, 2016

SAWADEE KHA...

Mother nak datang rumah. Tapi, aku & Oppa tak available. Ada majlis bacaan Yassin kat rumah Cik Am. Nak kena amik Abah & My MIL dulu kat rumah diorang. 

So, aku suggest kat Mother untuk lepak kat rumah Abang dulu 1 malam. Esoknya, baru kami amik, bermalam kat rumah kitorang plak.

Mother on. Hokay, good... ;)

Kami amik Mother lepas Maghrib. Sempat dinner dulu kat rumah Mother. Nasik putih + ikan kayu masak taucu + rendang ayam + peria tumis telur. Mother & the geng masak2 kat surau. Perrgghhh..! Tak mampu ah kak tolak, dik non..! Ha3...

Sekarang ada Thai Food Festival. Memang berhajat nak singgah. Ingatkan ada jual foods je. Rupa2nya... macam2 ada..! Baju, kasut, seluar, toys, handbag, carpet, power bank & bla3... Tapi, ah kak fokus kat Thai food je. Sebab targetnya adalah nak carik tomyam ori Thai. 

Ini penyinggahan ke-2 untuk Mother. Sebelum tu, Mother pergi dengan Kak Aneem & cucundas2. Mother dah tau apa yang nak ditarget.

~ Tomyam poktek yang aku target & coconut ice cream yang Mother target.

Coconut ice cream tu memang rasa aiskrimlah. Sejuk, nyamannn... Faveret Mother sangat!

Tomyam poktek tu sodap! Secukup rasa! Masam, pedas... semua ada. Isi kandungan je sedeh sikit. Hu3...

Senyum je tido. Sebab perut rasa bahagia sangat..! Sawadee kha... Eh! Ha3...


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Monday, October 10, 2016

MEATBALL #CHIAAA3

*Slot Ketuk2 Kuali Bersama Areleez (KKBA)

Akibat terkenangkan meatball IKEA. Hu3...

Bahan2 Meatball:-

1 peket daging kisar
1 biji bawang besar (dicincang)
1 sudu butter
3/4 sudu teh serbuk lada hitam
1 sudu teh garam
30 ml susu segar
1 biji telur ayam

Cara2 Penyediaan Meatball:-

1. Cairkan butter. 
2. Tumis bawang besar hingga naik bau. Matikan api.
3. Masukkan daging kisar, serbuk lada hitam, garam, susu segar, telur ayam & campuran bawang besar + butter yang telah ditumis tadi ke dalam mangkuk. Uli hingga sebati.
4. Bulat2kan mengikut saiz yang dikehendaki.
5. Cairkan butter.
6. Goreng meatball hingga garing. Angkat & toskan.

Bahan2 Fries:-

1 mangkuk frozen fries
Sos cili
Mayonis
Minyak masak

Cara2 Penyediaan Fries:-

1. Panaskan minyak.
2. Goreng fries hingga kekuningan. Angkat & toskan.
3. Hidangkan fries ke dalam pinggan bersama-sama dengan meatbal yang telah digoreng tadi.
4. Tuangkan sos cili & mayonis ke atas fries.

Bahan2 Sayur:-

1 batang carrot (dihiris)
1/2 biji cauliflower (dipotong)
Serbuk lada hitam
Garam
Air

Cara2 Penyediaan Sayur:-

1. Rebus sayur dalam air secukupnya hingga empuk bersama sedikit garam. Angkat & toskan.
2. Taburkan dengan serbuk lada hitam.
3. Hidangkan dengan meatball & fries tadi.

Bahan2 Sos Lada Hitam:-

1 sudu butter
1 cawan susu segar
1 sudu kicap
1 ketul kiub ayam
1 sudu tepung jagung (dibancuh dengan sedikit air masak)
Serbuk lada hitam
Air masak

Cara2 Penyediaan Sos Lada Hitam:-

1. Cairkan butter.
2. Masukkan kicap, kiub ayam, serbuk lada hitam & air masak secukupnya. Kacau hingga mendidih.
3. Masukkan susu segar & bancuhan tepung jagung. Kacau seketika & matikan api.
4. Tuangkan ke atas meatball tadi. Siap.

~ Meatball #Chiaaa

Fuh, penat mengtaip! Sekian...


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Saturday, October 8, 2016

LAKSA NGIEEGHORR + ABC

EKSA diteruskan. Atas arahan Encik Boss. 

~ Kerja2 persediaan awal menghadapi banjir.

~ Hang Mop serba ungu.

~ Hang Sapu serba warna-warni.

~ Hang Sapu #2 serba grey.

~ Good job, Hazrie..!

Jamuan ringan: Laksa Ngieeghorr + ABC. 

Tekak tak berapa sihat. Tapi, gigih jugak telan ABC yang sesejuk rasa tu. Nikmat! Hu3...

Terima kasih kepada semua yang terlibat. Semoga opis kita sentiasa kemas, bersih, cantik & wangiiiiiiiiiii.......... He3...


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Thursday, October 6, 2016

HUSNUZON2...

#Throwback

Jangan marah tau! & #JanganKecamSaya ;P

Kerana baru nak buat entry Raya Aidilfitri. Sibuk sikit dewasa ini. Ye, klise! Tapi, ini hakikat. Sila percaya... Ahaks...

Agenda budak2 di malam raya adalah main munge api. Supplier: Oppa. Shhh..! Biar pecah di perut, jangan pecah di mulut, ek! Heh3...

~ 'Havoc2 hav... Havoc2 hav... Havoc2 hav... La3...' ;D

Gumbira bukan kepalang budak2 tu. Eh, diorang gumbira sikit je, actually..! Mak budak, bapak budak, nenek budak & mak + pak sedara budak yang over excited! Kalau boleh, nak join tumpang sekaki. Tapi, kena jaga tatasusila sebagai orang dewasa. Control, hokay..! Control. Walaupun... akhirnya, tercilok jugak 2 - 3 batang, kemudian gigih main munge api kat ceruk. Ha3...

Kutip kelongsong munge api yang bersepah tu & kumpulkan kat 1 tempat. Amik sebatang munge api, cucuh & kasik bakar kelongsong munge api tadi tu. Mini unggun api la kengkononnya... Mende biasa je kot..! Tapi, terus jadik legend di mata anak2 sedara! Ha3...

~ Juadah akhir Romadhon... Terkenang2 daging masak kicap by Mother tu. Owh... nom3..!

Tahun ni, berbeza sikit dengan tahun2 sebelumnya. Ada projek raya baaaikkk... punya baq hang! Projek panjut raya. Eh, kejap! Nak buat hashtag... #ProjekPanjutRaya Ha3...

Idea asal: Abang & Kak Aneem

Yang lain2 adalah supporting roles. Permulaannya tak berapa nak lancar. Sebab teramatlah hazab nak jumpa kedai yang jual minyak tanah a.k.a minyak gas. 

Takpe2... Husnuzon2... Kita assume as cabaran yang wajar di atasi. Serahkan sebulat2 kepercayaan kat kaum Adam. Hwaiting!!! Kaum Hawa, sila berdoa je. Kita kan kaum yang lemah, hanya mampu berserah. Ahaks...

Kesimpulannya, kes ketiadaan minyak tanah a.k.a minyak gas berjaya disetelkan. Bagaimana..?! Mengapa..?! Apakah..?! Adakah..?! Ah kak tak boleh nak jawab sebab memang tak tau, lepas tu malas pulak nak amik tau. Macam magic je panjut tu boleh menyala. Sejurus selepas menyala, memang kaum Hawa takde banyak soklan. Muka senyum... Muka senyum... Muka senyum... je la. Tapi, cer try takmo menyala... kompom 1001 soklan meniti di bibir. Ha3...

~ #ProjekPanjutRaya ;)

~ Salah seorang model #ProjekPanjutRaya Hiks...

~ Kreatif ;P

~ Rifqi gigih nak main munge api tapi, asal nak cucuh, mintak temankan. Choiii..!

~ Sangat happy.

~ Boyfriend terpaling handsome. #Chiaaa3 Ahaks...

Sedang khusyuk beronok2, jiran sebelah rumah Mother tayang munge api yang hebat, yang meletop2 keluar percikan yang bermunge2 macam munge api countdowm merdeka tu haaa..! 

~ Daebak!

Hamboih..! Saja je nak kasik panas kan... Mentang2 la kite takde munge api spesis tu. Kecik hati kita, you ols..! Choiii..!

Tu kalau pikir sekali la... Cer pikir 2 kali ke... 3 kali ke... Errr... maksudnya, pikir lebih dari sekali la... macam bagus jugak jiran tu tayang munge api hebat dia tu. Boleh we ols tumpang tengok sambil bersorak riang. Siap melompat2, noks..! Over! Ha3...

~ Holloh3..! Comel nau2 Mother pose cenggitu. He3...

Semoga #ProjekPanjutRaya diteruskan untuk tahun2 mendatang... ;)


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Saturday, October 1, 2016

HILANG BOSAN

Bosan sekejap. Sementara nak tunggu Runningman #Throwback, otak ni ligat berpikir2, mencarik aktiviti yang boleh hilangkan bosan. 

Tingggggg......!!! Idea datang betingkek2... He3...

Tapi, tak boleh la nak realisasikan semua yang bertingkek2 tu... Tak sempat. Masa sungguh mengcemburui. Eceh! Hiks...

Amik 1 je iaitu aktiviti game. 

Nama Game: Pantun 2 Kerat
Nama Pemain: Ah kak a.k.a #SongJiHyo & Oppa a.k.a #KangGary #Chiaaa3... Ha3...

Ah kak start dulu. Pantunnya seperti berikut:-

Burung pungguk terbang tinggi,
Wahai Oppa... kekandalah kekasih hati...

#Chiaaa3... Ahaks...

#Krikkk3... Maknanya, takde jawapan daripada Oppa. So, ah kak menang 1st round dengan point 1 - 0. Yee haaa..!!! ;D

2nd round...

Pun ah kak start dulu sebab menang 1st round. ;)

Sarang tempua di atas batu,
Tiada yang lain... kaulah kekasihku...

Oppa ada jawapan, noks..! Tanjat gigirl! Ha3...

Tenung di hati berkatalah kita,
Maka... berkata2lah kita...

#Chiaaa3... Eh, ah kak konpius kejap! Sejenis apakah motip & modus operandi pantun beliau tu? Adeh3... Ha3...

Hilang bosan. ;)




:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Thursday, September 22, 2016

WALAUPUN MUKA PAN ASIAN

Selamat hari jadi, Malaysia..!

Selamat hari lahir untuk aku. ;)

Kitorang share birthday, noks..! Seperti tahun2 yang lepas gitu..! Ah kak likeee..! Ahaks...

So kesimpulannya, ah kak kompom anak Malaysia, hokay..! Walaupun MUKA PAN ASIAN. #SengajaHurufBesarkanTangMukaPanAsian Ha3...

Birthday girl TER-bangun lambat pada hari tersebut. Nampak kan perkataan 'TER' tu? Jujur. Takde niat langsung nak cover line. Ha3...

Bangun2, muka sembab, cek WhatsApp, perrgghhh!!! Berduyun mesej membina semangat! A good start of the day. Terus terfeeling retis. Sempat la jugak senyum tersengih2 seorang diri. Hiks...

Oppa kerja. Tapi, Oppa janji nak balik awal, spend time dengan birthday girl. Terasa dihargai sangat..! Awwsss..! ;P

Oppa dah ada plan, sebenarnya. Berupa sejenis dinner treat yang spesel. Awwsss... lagik! ;P

Well... ah kak tak demand. Ah kak redha je. ;P

Rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicarik. Kecik tapak tangan, nyiru ah kak tadahkan. Haaa... peribahasa keluar dah! #Jaga2CikSalmah ;D

Tapinya, aku mintak postpone dulu. Sebab lepas Raya Haji macam penat sikit. Kemudian, nak survey2 tempat makan best & plan betul2. Oppa setuju. Canteklah!

Pre-celebration di KFC. 

~ Bagi memenuhi keperluan + kehendak perut yang comel... Hiks...

~ Birthday girl tersangat happy..! ;D

Alhamdulillah...

Terima kasih kepada Oppa, Mother, Kakak, Abang, ipar-duai, biras & kawan2 yang wish siap dengan doa sekali. Sangat2 dihargai. Sayang semuanya... ;)


:: A.R.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



MEMANFAATKAN REZEKI

#Throwback

Dari Ipoh ke Lumut. Kakak & family balik kampung. So, aku suruh Kakak terus je ke AEON Seri Manjung. Lepak2 kejap sambil makan pretzel Auntie Anne. Faveret aku & Oppa. Yang cheese aku punya. Coklat untuk Oppa. Owh... terbayang2 pulak. Choiii..!

Kemudian, semua konvoi ke Ikan Bakar Lumut. Aku plan nak 'open table'. Memanfaatkan rezeki dapat APC. #Chiaaa3 Heh3...

~ Nania, generasi termuda yang suka makan. Dapat nasik dengan sup, tak toleh mana2 dah. Behave  je kat baby chair tu.

~ Kak Ngah si penggemar kuih & dessert. Bubur manis, kuih manis & biskut... serah je kat dia. Kompom licin!

~ Mother semakin gebu..! Takpe... gebu tu kan indah. Ha3...

~ Sabor tunggu makanan.  

~ Sotong & ikan gerut2 bakar. 'Hero' hari kejadian.

~ Sotong goreng tepung & sup campur. 'Heroin' hari kejadian.

~ Sayur campur merangkap 'pelakon pembantu' hari kejadian.

Perrgghhh! Caption semua sejenis terms2 drama & filem. Nampak sangat rindu nak tengok wayang. Ha3...

Errr... movie ape best sekarang, ek? Cer share... Cer share...


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Wednesday, September 7, 2016

KAKI BANGKU PUN MAMPU ENJOYCE

#Throwback

Merujuk kepada diri aku sendirik. Tak kata kat orang lain pun... 

Tak kesah la bola apa. Bola sepak ke... bola jaring ke... bola baling... basketball... aku tak pernah main dengan serius. Tak pernah jadik wakil negeri, sekolah mahupun rumah sukan. Kategori bukan sportswoman.

Tapi, tak bermakna aku langsung takde interest kat apa2 sukan. Aku layan je... Tukang tengok, tukang kepohchi & tukang sorak. He3...

Oppa peminat bola sepak. Sekali-sekala Oppa ajak tengok bola live kat stadium, aku ok je. Paling latest adalah Piala FA, Perak vs PKNS. #Throwback ni... #Throwback. He3...

~ Singgah lunch kat Tapah. Ikan tilapia bakar adalah specialty.  

Gerai ni macam jadik tumpuan jugak la... Sejenis deretan gerai makan. Tepi jalan je. Nama gerai, aku tak ingat. Nak bagi direction pun, kompom ke laut dalam pergi dia. Makanya, pandai2lah korang google & Waze. Sila berdikari. Ha3...

~ Akibat kekenyangan... He3...
Kami check in kat Paragon City Hotel. Paling ideal, paling strategic. Sebab malam kang nak menapak ke Stadium Perak. 8 minit je jalan kaki. Tak kose naik kereta. Berchenta nak parking & berchenta pulak nak keluar dari parking once game dah habis. Oppa & Abang la kata... Diorang lebih arif. Aku ok jerrr... Mana2 pun bollehhh...

~ Lobby. Amik mood dulu. Heh3...

~ Stretching sementara tunggu dapat kunci bilik.

~ Landing

~ Seorang Mother & seorang daughter yang gumbira. ;)

~ Puan Sri sedang berehat. Jangan kaco! 
~ Gigih, dowh..!



Mother lepak bilik je. Tak follow ke stadium. Mother layan live kat tv je. Kak Aneem & anak2 pun cenggitu jugak. So, yang menapak adalah aku, Oppa & Abang.

Berlengas pun berlengaslah. Yang penting, enjoyce! Happy, babe sebab dapat feel tu! ;D

~ Bendera bergerak.

~ Perak vs PKNS
~ Geng bola.
~ Keterujaan

Meng-loncat, meng-jerit, meng-boo, meng-bebel & meng-macam2lagilah yang kami buat. Best! Feeling cenggini hanya boleh didapati bila tengok live kat stadium. Tak kira kaum, tak kira bangsa... semua sibuk nak support team negeri / faveret memasing.

Tu belum lagik masuk bab 'drama2' live di tengah padang. Kalau team lawan buat 'drama', perrgghhh... meluat, menyampah, kena kecam kaw2! Ha3...

Tapi, kalau team yang disokong yang buat 'drama', semua pakat diam. Senyap-sunyi. Hamboih, bersatu hati sangat..! Ha3...

Malangnya, rezeki tak berpihak pada team Perak... Kami kecewa... sedeh... bad feelings la... Tapi, it's fun! Errr... paham tak maksud dia tuh? Kiranya... maksudnya... kalau kita anggap sesuatu game itu adalah game, adapt & hadam ia secara profesional plus bakal berakhir dengan ada pengalah & pemenang, then kita akan secara automatik boleh terima the keadaan walaupun kalah. Bab menang toksah cerita la... Memang kompom rasa best! Betul tak?

So, tak perlu la kot nak fanatik sangat... Baling2 mercun, bakar2 stadium... apa kejadahnya semua tu, bapak2 ibuk2 sekalian..??! Tak mengubah keputusan game pun... Silap haribulan, ko ke dalam jawabnya..! Choiii sangattt..!

Hokay, paham kan maksud "it's fun' tadi tu?

Esoknya, breakfast kat hotel je. Nasik goreng, bihun goreng, mee goreng & kuih. Boleh la... buat alas perut. 

~ Rezeki. Alhamdulillah...
~ Rifqi baru potong rambut. Skinhead! Ha3...

~ Ottomen skinhead. ;P

Bosan. Tak tau apa nak buat dah sementara nak tunggu check out. Oppa ajak lepak kat Padang Polo. Hokay... ON!

~ Sampai dah. Wefie dululah.

~ Lepas tu, mereka ini sibuk dengan surat khabar. Kasehan ah kak keseorangan... Tsk3...

~ Ah kak bawak diri sambil menikmati pemandangan. ;P

Pukul 11.30 pagi, kami check out. So, kepada yang datang jauh2 (luar Ipoh) tapi, gigih nak tengok bola kat stadium, nak menapak macam kami mahupun drive / merempit, disyorkan menginap kat Paragon City Hotel.

Paragon City Hotel,
No. 1, Jalan Dato' Haji Megat Khas,
Taman Bandaraya Utama,
31400 Ipoh, Perak.

No. Telefon: 05-5450900

Siapa kata kaki bangku tak boleh menikmati & enjoyce tengok game bola? Ah kak mampu... korang2 yang kaki bangku tapi, was2 nak laburkan duit sekali-sekala tengok live kat stadium pun pasti mampu. Silakan... Eceh! Hiks...


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google