SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Thursday, October 6, 2016

HUSNUZON2...

#Throwback

Jangan marah tau! & #JanganKecamSaya ;P

Kerana baru nak buat entry Raya Aidilfitri. Sibuk sikit dewasa ini. Ye, klise! Tapi, ini hakikat. Sila percaya... Ahaks...

Agenda budak2 di malam raya adalah main munge api. Supplier: Oppa. Shhh..! Biar pecah di perut, jangan pecah di mulut, ek! Heh3...

~ 'Havoc2 hav... Havoc2 hav... Havoc2 hav... La3...' ;D

Gumbira bukan kepalang budak2 tu. Eh, diorang gumbira sikit je, actually..! Mak budak, bapak budak, nenek budak & mak + pak sedara budak yang over excited! Kalau boleh, nak join tumpang sekaki. Tapi, kena jaga tatasusila sebagai orang dewasa. Control, hokay..! Control. Walaupun... akhirnya, tercilok jugak 2 - 3 batang, kemudian gigih main munge api kat ceruk. Ha3...

Kutip kelongsong munge api yang bersepah tu & kumpulkan kat 1 tempat. Amik sebatang munge api, cucuh & kasik bakar kelongsong munge api tadi tu. Mini unggun api la kengkononnya... Mende biasa je kot..! Tapi, terus jadik legend di mata anak2 sedara! Ha3...

~ Juadah akhir Romadhon... Terkenang2 daging masak kicap by Mother tu. Owh... nom3..!

Tahun ni, berbeza sikit dengan tahun2 sebelumnya. Ada projek raya baaaikkk... punya baq hang! Projek panjut raya. Eh, kejap! Nak buat hashtag... #ProjekPanjutRaya Ha3...

Idea asal: Abang & Kak Aneem

Yang lain2 adalah supporting roles. Permulaannya tak berapa nak lancar. Sebab teramatlah hazab nak jumpa kedai yang jual minyak tanah a.k.a minyak gas. 

Takpe2... Husnuzon2... Kita assume as cabaran yang wajar di atasi. Serahkan sebulat2 kepercayaan kat kaum Adam. Hwaiting!!! Kaum Hawa, sila berdoa je. Kita kan kaum yang lemah, hanya mampu berserah. Ahaks...

Kesimpulannya, kes ketiadaan minyak tanah a.k.a minyak gas berjaya disetelkan. Bagaimana..?! Mengapa..?! Apakah..?! Adakah..?! Ah kak tak boleh nak jawab sebab memang tak tau, lepas tu malas pulak nak amik tau. Macam magic je panjut tu boleh menyala. Sejurus selepas menyala, memang kaum Hawa takde banyak soklan. Muka senyum... Muka senyum... Muka senyum... je la. Tapi, cer try takmo menyala... kompom 1001 soklan meniti di bibir. Ha3...

~ #ProjekPanjutRaya ;)

~ Salah seorang model #ProjekPanjutRaya Hiks...

~ Kreatif ;P

~ Rifqi gigih nak main munge api tapi, asal nak cucuh, mintak temankan. Choiii..!

~ Sangat happy.

~ Boyfriend terpaling handsome. #Chiaaa3 Ahaks...

Sedang khusyuk beronok2, jiran sebelah rumah Mother tayang munge api yang hebat, yang meletop2 keluar percikan yang bermunge2 macam munge api countdowm merdeka tu haaa..! 

~ Daebak!

Hamboih..! Saja je nak kasik panas kan... Mentang2 la kite takde munge api spesis tu. Kecik hati kita, you ols..! Choiii..!

Tu kalau pikir sekali la... Cer pikir 2 kali ke... 3 kali ke... Errr... maksudnya, pikir lebih dari sekali la... macam bagus jugak jiran tu tayang munge api hebat dia tu. Boleh we ols tumpang tengok sambil bersorak riang. Siap melompat2, noks..! Over! Ha3...

~ Holloh3..! Comel nau2 Mother pose cenggitu. He3...

Semoga #ProjekPanjutRaya diteruskan untuk tahun2 mendatang... ;)


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Saturday, October 1, 2016

HILANG BOSAN

Bosan sekejap. Sementara nak tunggu Runningman #Throwback, otak ni ligat berpikir2, mencarik aktiviti yang boleh hilangkan bosan. 

Tingggggg......!!! Idea datang betingkek2... He3...

Tapi, tak boleh la nak realisasikan semua yang bertingkek2 tu... Tak sempat. Masa sungguh mengcemburui. Eceh! Hiks...

Amik 1 je iaitu aktiviti game. 

Nama Game: Pantun 2 Kerat
Nama Pemain: Ah kak a.k.a #SongJiHyo & Oppa a.k.a #KangGary #Chiaaa3... Ha3...

Ah kak start dulu. Pantunnya seperti berikut:-

Burung pungguk terbang tinggi,
Wahai Oppa... kekandalah kekasih hati...

#Chiaaa3... Ahaks...

#Krikkk3... Maknanya, takde jawapan daripada Oppa. So, ah kak menang 1st round dengan point 1 - 0. Yee haaa..!!! ;D

2nd round...

Pun ah kak start dulu sebab menang 1st round. ;)

Sarang tempua di atas batu,
Tiada yang lain... kaulah kekasihku...

Oppa ada jawapan, noks..! Tanjat gigirl! Ha3...

Tenung di hati berkatalah kita,
Maka... berkata2lah kita...

#Chiaaa3... Eh, ah kak konpius kejap! Sejenis apakah motip & modus operandi pantun beliau tu? Adeh3... Ha3...

Hilang bosan. ;)




:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Thursday, September 22, 2016

WALAUPUN MUKA PAN ASIAN

Selamat hari jadi, Malaysia..!

Selamat hari lahir untuk aku. ;)

Kitorang share birthday, noks..! Seperti tahun2 yang lepas gitu..! Ah kak likeee..! Ahaks...

So kesimpulannya, ah kak kompom anak Malaysia, hokay..! Walaupun MUKA PAN ASIAN. #SengajaHurufBesarkanTangMukaPanAsian Ha3...

Birthday girl TER-bangun lambat pada hari tersebut. Nampak kan perkataan 'TER' tu? Jujur. Takde niat langsung nak cover line. Ha3...

Bangun2, muka sembab, cek WhatsApp, perrgghhh!!! Berduyun mesej membina semangat! A good start of the day. Terus terfeeling retis. Sempat la jugak senyum tersengih2 seorang diri. Hiks...

Oppa kerja. Tapi, Oppa janji nak balik awal, spend time dengan birthday girl. Terasa dihargai sangat..! Awwsss..! ;P

Oppa dah ada plan, sebenarnya. Berupa sejenis dinner treat yang spesel. Awwsss... lagik! ;P

Well... ah kak tak demand. Ah kak redha je. ;P

Rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicarik. Kecik tapak tangan, nyiru ah kak tadahkan. Haaa... peribahasa keluar dah! #Jaga2CikSalmah ;D

Tapinya, aku mintak postpone dulu. Sebab lepas Raya Haji macam penat sikit. Kemudian, nak survey2 tempat makan best & plan betul2. Oppa setuju. Canteklah!

Pre-celebration di KFC. 

~ Bagi memenuhi keperluan + kehendak perut yang comel... Hiks...

~ Birthday girl tersangat happy..! ;D

Alhamdulillah...

Terima kasih kepada Oppa, Mother, Kakak, Abang, ipar-duai, biras & kawan2 yang wish siap dengan doa sekali. Sangat2 dihargai. Sayang semuanya... ;)


:: A.R.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



MEMANFAATKAN REZEKI

#Throwback

Dari Ipoh ke Lumut. Kakak & family balik kampung. So, aku suruh Kakak terus je ke AEON Seri Manjung. Lepak2 kejap sambil makan pretzel Auntie Anne. Faveret aku & Oppa. Yang cheese aku punya. Coklat untuk Oppa. Owh... terbayang2 pulak. Choiii..!

Kemudian, semua konvoi ke Ikan Bakar Lumut. Aku plan nak 'open table'. Memanfaatkan rezeki dapat APC. #Chiaaa3 Heh3...

~ Nania, generasi termuda yang suka makan. Dapat nasik dengan sup, tak toleh mana2 dah. Behave  je kat baby chair tu.

~ Kak Ngah si penggemar kuih & dessert. Bubur manis, kuih manis & biskut... serah je kat dia. Kompom licin!

~ Mother semakin gebu..! Takpe... gebu tu kan indah. Ha3...

~ Sabor tunggu makanan.  

~ Sotong & ikan gerut2 bakar. 'Hero' hari kejadian.

~ Sotong goreng tepung & sup campur. 'Heroin' hari kejadian.

~ Sayur campur merangkap 'pelakon pembantu' hari kejadian.

Perrgghhh! Caption semua sejenis terms2 drama & filem. Nampak sangat rindu nak tengok wayang. Ha3...

Errr... movie ape best sekarang, ek? Cer share... Cer share...


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Wednesday, September 7, 2016

KAKI BANGKU PUN MAMPU ENJOYCE

#Throwback

Merujuk kepada diri aku sendirik. Tak kata kat orang lain pun... 

Tak kesah la bola apa. Bola sepak ke... bola jaring ke... bola baling... basketball... aku tak pernah main dengan serius. Tak pernah jadik wakil negeri, sekolah mahupun rumah sukan. Kategori bukan sportswoman.

Tapi, tak bermakna aku langsung takde interest kat apa2 sukan. Aku layan je... Tukang tengok, tukang kepohchi & tukang sorak. He3...

Oppa peminat bola sepak. Sekali-sekala Oppa ajak tengok bola live kat stadium, aku ok je. Paling latest adalah Piala FA, Perak vs PKNS. #Throwback ni... #Throwback. He3...

~ Singgah lunch kat Tapah. Ikan tilapia bakar adalah specialty.  

Gerai ni macam jadik tumpuan jugak la... Sejenis deretan gerai makan. Tepi jalan je. Nama gerai, aku tak ingat. Nak bagi direction pun, kompom ke laut dalam pergi dia. Makanya, pandai2lah korang google & Waze. Sila berdikari. Ha3...

~ Akibat kekenyangan... He3...
Kami check in kat Paragon City Hotel. Paling ideal, paling strategic. Sebab malam kang nak menapak ke Stadium Perak. 8 minit je jalan kaki. Tak kose naik kereta. Berchenta nak parking & berchenta pulak nak keluar dari parking once game dah habis. Oppa & Abang la kata... Diorang lebih arif. Aku ok jerrr... Mana2 pun bollehhh...

~ Lobby. Amik mood dulu. Heh3...

~ Stretching sementara tunggu dapat kunci bilik.

~ Landing

~ Seorang Mother & seorang daughter yang gumbira. ;)

~ Puan Sri sedang berehat. Jangan kaco! 
~ Gigih, dowh..!



Mother lepak bilik je. Tak follow ke stadium. Mother layan live kat tv je. Kak Aneem & anak2 pun cenggitu jugak. So, yang menapak adalah aku, Oppa & Abang.

Berlengas pun berlengaslah. Yang penting, enjoyce! Happy, babe sebab dapat feel tu! ;D

~ Bendera bergerak.

~ Perak vs PKNS
~ Geng bola.
~ Keterujaan

Meng-loncat, meng-jerit, meng-boo, meng-bebel & meng-macam2lagilah yang kami buat. Best! Feeling cenggini hanya boleh didapati bila tengok live kat stadium. Tak kira kaum, tak kira bangsa... semua sibuk nak support team negeri / faveret memasing.

Tu belum lagik masuk bab 'drama2' live di tengah padang. Kalau team lawan buat 'drama', perrgghhh... meluat, menyampah, kena kecam kaw2! Ha3...

Tapi, kalau team yang disokong yang buat 'drama', semua pakat diam. Senyap-sunyi. Hamboih, bersatu hati sangat..! Ha3...

Malangnya, rezeki tak berpihak pada team Perak... Kami kecewa... sedeh... bad feelings la... Tapi, it's fun! Errr... paham tak maksud dia tuh? Kiranya... maksudnya... kalau kita anggap sesuatu game itu adalah game, adapt & hadam ia secara profesional plus bakal berakhir dengan ada pengalah & pemenang, then kita akan secara automatik boleh terima the keadaan walaupun kalah. Bab menang toksah cerita la... Memang kompom rasa best! Betul tak?

So, tak perlu la kot nak fanatik sangat... Baling2 mercun, bakar2 stadium... apa kejadahnya semua tu, bapak2 ibuk2 sekalian..??! Tak mengubah keputusan game pun... Silap haribulan, ko ke dalam jawabnya..! Choiii sangattt..!

Hokay, paham kan maksud "it's fun' tadi tu?

Esoknya, breakfast kat hotel je. Nasik goreng, bihun goreng, mee goreng & kuih. Boleh la... buat alas perut. 

~ Rezeki. Alhamdulillah...
~ Rifqi baru potong rambut. Skinhead! Ha3...

~ Ottomen skinhead. ;P

Bosan. Tak tau apa nak buat dah sementara nak tunggu check out. Oppa ajak lepak kat Padang Polo. Hokay... ON!

~ Sampai dah. Wefie dululah.

~ Lepas tu, mereka ini sibuk dengan surat khabar. Kasehan ah kak keseorangan... Tsk3...

~ Ah kak bawak diri sambil menikmati pemandangan. ;P

Pukul 11.30 pagi, kami check out. So, kepada yang datang jauh2 (luar Ipoh) tapi, gigih nak tengok bola kat stadium, nak menapak macam kami mahupun drive / merempit, disyorkan menginap kat Paragon City Hotel.

Paragon City Hotel,
No. 1, Jalan Dato' Haji Megat Khas,
Taman Bandaraya Utama,
31400 Ipoh, Perak.

No. Telefon: 05-5450900

Siapa kata kaki bangku tak boleh menikmati & enjoyce tengok game bola? Ah kak mampu... korang2 yang kaki bangku tapi, was2 nak laburkan duit sekali-sekala tengok live kat stadium pun pasti mampu. Silakan... Eceh! Hiks...


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Wednesday, August 24, 2016

MASIHKAH SUATU FENOMENA?

Aiskrim sumi.

Pernah jadik fenomena 1 ketika dulu. Eceh, ayat wartawan penyiaran keluar dah! Hoiii2!!! ;D

Sampai aku pun terpengaruh. Ajak Mother terjebak sekali. He3...

Beli sumi, susu, plastik aiskrim... lagik apa ntah... tak ingat. Oppa uruskan. Gua order je... Heh3...

Nampak macam senang. Tapi, bila dah start buat, terasa jugak la lecehnya. Especially tang masukkan sumi & ikat plastik aiskrim. Menguji kesabaran ah kak yang tak berapa nak sabar ni jugak la...

~ Finally... siap! Fuh!

Aku bukan jenis pemakan aiskrim tegar. Aku makan bila betul2 teringin. Tengah lepak2 kat laman ruman Mother ke... tengah tengok tv ke... perrgghhh... memang menikmati jugak la...

Aku tak pasti sama ada sekarang ni aiskrim sumi masih relevan sebagai 1 fenomena atau dah tenggelam nyawa2 ikan dengan kemunculan aiskrim2 spesis baru yang lebih hebat?! Yang aku yakin pasti, ia sodap, lemak, manis, menawan, gorgeous. Haaa... amekaw! Pujian melambung. Ikhlas. ;P


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::


Wednesday, August 10, 2016

WORDLESS WEDNESDAY #111: KOPEE PASTE

#Throwback

~ Iftar di Kopee Paste, Manjung.

~ The menus. Berbondong2!

~ Real + sedikit acting. He3...

~ Melunaskan saki-baki makanan.

~ Tobot dia tak pernah dilupakan. Isk3...

~ Semoga Mother happy... ;)

~ Anak sedara yang sama2 gila selfie. He3...


~ Kenyang

~ Outside Kopee Paste.

~ Bukan 'Buloh Inn'... Ha3...




Alhamdulillah... 

Terima kasih, Allah... untuk rezeki & kegembiraan. ;)


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.E.N.D.Y ::



Wednesday, August 3, 2016

WORDLESS WEDNESDAY #110: SUP MENENTANG KARI

~ Mother yang masak.

Aku tolong potong2, tolong kacau2 sebatikan & tolong rasa. Eh, mana boleh rasa! Ini #Throwback Romadhonlah..! Hu3...

Sup ikan menentang kari ayam. Perrgghhh!!!


:: .A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Monday, August 1, 2016

PERAMAH & RAJIN 'MELAWAT KAWASAN'

Itulah dia Kak Ja. 

Peramah kast sini bermaksud dia sejenis yang semua orang pun dia nak & boleh buat kawan. Geng surau Mother pun jadik sebahagian drpd kawan dia. Terjebak sebab tempah langsir je kot. Lepas tu, terus get along. Aku panggil 'mokcik' geng surau Mother tu. Tapi, dia panggil 'kakak'. Ha3... Tak kesahlah. Yang penting, hormat.

'Melawat kawasan' pulak bermaksud walaupun Kak Ja dah selamat transfer ke KL tapi, dia still keep in touch dengan aku, dengan opismate yang lain2, dengan Mother & dengan geng surau Mother. 

Bulan Romadhon hari tu, Kak Ja 'melawat kawasan' dengan Abe Ding (hubby Kak Ja). Nak amik baju raya yang ditempah kat Mother katanya... Kebetulan, aku & Oppa ada kat rumah Mother. Sempatlah berborak2, lepas rindu... membahankan diri memasing. Ha3...

~ Selfie sebelum Kak Ja balik.

Semoga Kak Ja sentiasa sukses walau di mana jua berada. Perrgghhh, macam ucapan perpisahan masa form 5 pulak! He3...

Sekian... #Throwback bersama Kak Ja... ;)


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google