SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Friday, July 5, 2013

TEROWONG MASA

Dari Big Red Strawberry Farm, ke Time Tunnel Museum pulak. Sejak plan nak ke Cameron Highlands lagik aku dah aim nak pergi sini. Tengok barang2 lama... tin Dutch Lady lama... beskal zaman dulu2... macam best je kan...

Tak susah jugak nak carik Time Tunnel Museum nih. Meh nak kasik alamat, meh! 

Time Tunnel Museum
Brinchang
Cameron Highlands, Pahang

Again... address yg giler simple. ;)

Ada caj masuk dikenakan. Tapi, tak mahal... 5 hengget untuk dewasa & 3 hengget untuk kanak2 bawah 6 tahun. Kira ok la tuh. Berbaloi2 kalau nak dibandingkan dengan pengalaman bergambar sepanjang merentasi 'terowong masa' nih.

~ Bersama 'pokcik' penyambut tetamu di terowong masa. He3...

~ Sexylah 'pokcik' tuh! Awwsss2..!!! Ha3...

~ Ko mampu naik beca kat Cameron Highlands..??? Heh!

~ Jemput mengeteh, you ols..! ;P

~ Kerusi malas. Samadengan orang yang duduk. Ooppsss!

~ Asal jumpa mende pelik je nak bergambar. Asal nak bergambar je jumpa mende pelik. 

~ Botol2 minuman. Contoh: 7 up, etc.

~ Cheers..! Katanya..! 

~ Nak amik gambar dengan Mak. Tetiba Rifqi enterframe. Haish!

~ Anak-beranak berebut telefon sebab handphone dah habis kredit. Ha3...

~ "Aiyakkk, Apek! Apa pasal lu kira pakai sempoa? Sikalang olang sudah pakai kalkulator maaa..!" ;P

~ 999. He3...

~ Mak pantang nampak mesin jahit. Hiks...

~ Teringat mesin jahit kat rumah la tuh! ;)

~ DARKIE..??? Owh3...

~ Jahanam beskal Abang Posmen! Ha3...


~ Rifqi jadik surat. Kejam Abang Pomen nih! ;P

~ Abang Posmen di hatiku... Awwsss2..!!! Hiks...

~ MERDEKA..! ;)

~ Suka gambar ni. Macam sedang bersantai di laman rumah sambil main dam dengan anak2. Cewwah..!

~ "Duaplohsen..!" 



Thumbs up untuk owner muzium nih, See Kok Suen sebab dapat kumpulkan barang2 lama macam ni. Dengan modal RM 20k, dia dapat buat 1 muzium yang bawak kita menjelajah sekejap ke zaman silam. 

Paling kagum bila semua artifak2 tu tak terlalu disorok macam kat sesetengah muzium. Maksudnya, korang boleh sentuh & bergambar aci sukahati korang je. Takde extra caj. Amiklah gambar sampai lebam!

~ We ols dah menerokai terowong masa. Anda bila lagik..? Ececeh..! Macam iklan pulok. ;)



*Bersambung...


:: Like3, ek! ::



Thursday, July 4, 2013

BIG RED STRAWBERRY FARM YANG MEMANG BIG!

Lena betul aku tido malam tuh. Ye la kan... badan letih, kaki sengal2 sebab banyak berjalan, mulut pun naik cramp sebab banyak gelak & berposing.. heh3... ditambah pulak dengan perut yang kenyang bulat macam belon udara panas, sojuk2 pulak tuh, perrgghhh... memang terbahek sangat la mentido kan... Lena betul! Bom meletop pun confirm wat dek je sambil ngeliat2.

Cer bayangkan... Cer bayangkan... Ha3... Hadoi!

Bangun pagi pun rasa cool & relax je. Maybe sebab dapat tido yang berkualiti kot... ;)

Sebelum meneruskan pengembaraan, aku dah siap google2 tempat2 best yang boleh we ols terjah. Salah satunya adalah Big Red Strawberry Farm. Confirm Mak suka! Sebab awal2 lagik Mak dah berangan nak petik2 strawberry. He3...

Sappedek dulu kat Restoran Kerisik Emas. Senang je nak carik restoran ni. Lokasinya kat belah belakang Star Regency Hotel & Apartment. Not bad la... Yang penting bersih! Berchenta tau nak carik kedai makan bersih kat Cameron Highlands nih. Memula gediks nak makan kat luar Brinchang. Sampai ke Tanah Rata nun... mencarik port nak berbreakfast. Nan hado..! 

Errr... ada sebenornya. Tapi, yang ada tu macam... &*!@$# lah! We ols bukanlah nak demand makan kat tempat high class ke apa ke kan... Cukup la sekadar bersih & takde bau macam2. Gerai2 biasa pun takpe. 

1 lagik yang aku tak berapa puas hati, kebanyakan tong sampah besar lokasinya dekat kot dengan kedai makan. Bila angin sepoi2 bahasa bertipu, memang confirmlah tekak akan jadik kembang! Hu3...

Last2, patah balik ke Brinchang. Tu yang terjumpa Restoran Kerisik Emas tuh! Akhirnya kan... Brinchang jugak..!

Breakfast, Kak Aneem belanja kot... ;)

~ Tetiba dah sampai kat Big Red Strawberry Farm. Macam magic! Nampak sangat nak memendekkan cerita. Ha3...

Tak jauh mana pun dari Restoran Kerisik Emas tuh. Memang dekat sangat! Signboard pun bapak besor! Senang nak carik. 

Big Red Strawberry Farm a.k.a Taman Agro Tourism
Brinchang
Cameron Highlands, Pahang

Simple giler kan addressnya. Beginilah... dari main road tu korang masuk simpang kat depan Star Regency Hotel & Apartment. Straight je sampai la jumpa Restoran Nassya. Kat situ ada signboard, follow je anak panah tuh. 

Eh, tetiba ah kak macam terror je kan bagi direction..! Ahaks3...

Jalan masuk adalah membukit. Kereta boleh bawak masuk. Antara gayat ngan tek je la kan... Ngeeeeee.....

~ Mak jumpa munge. Feeling hindustan kot! Hiks...

~ Gambar bukti kejadian. ;P

~ Jumpa kolam ikan koi.

~ Ikan koi sedang berchenta. Gatal! Ahaks3... Awwsss!!!

~ Nama je strawberry farm. Tapi, kaktus ngan munge pun ada.

Aku ada tanya Mak, nak beli kaktus tak? Jawapan Mak...

"Tak naklah! Mak malas nak 'bela'."

Ha3... Kesian kaktus, Mak tak kose nak 'bela'. Hadoi!

~ Muka orang takmo 'bela' kaktus. Suruh posing pun macam paksarela je. He3...

~ Hah! Ni pulak tempat impian ah kak! Sebab dah google2 kan... tengok blogger2 upload gambar diorang dok dalam lubang strawberry. So, I ols is nak jugak! Ha3...

~ Taraaaaaaaaa..........

~ Memang BIG kot dia punya strawberry..!

~ Ini semua poyo... sangat..! ;P

~ Sayur apa ntah nama dia... tapi, cantik! Sebab dia cantik, rasa nak baring manjas2 pulak kat atas dia. Hijau je... Macam karpet bulu tebal. Amekaw... perumpamaan! He3...

~ Naik atas sikit, jumpa cafe yang ada jual macam2! Produk berasaskan strawberry terutamanya. Souvenir pun ada. 

We ols tak petik strawberry kat sini pun sebab tak boleh petik katanya... Maybe, kebanyakan strawberry kecik2 lagik kot. Tak cukup umur. ;P

~ Ah kak tumpang menggediks je. Tak beli apa2 pun... Heh3...

Kak Yong, Kak Ngah & Rifqi adalah kanak2 paling bahagia kat situ sebab diorang boleh main mainan yang kita masukkan coin 50 sen, lepas tu dia gerak2 sambil keluarkan lagu. Alaaa... yang macam2 rupa bentuk tuh. Ada kereta, ultraman, zirafah bagai... tu haaa..!

Kopak jugaklah coin Abang ngan Kak Aneem kat sini. Ha3...

Jalan masuk & keluar kat Big Red Strawberry Farm ni kan membukit. Jalan sehala kekdahnya... Nak dijadikkan cerita, Mak tersangat gayat nak naik kereta. Mak kata Mak lebih rela menapak dari naik kereta. Nak tak nak terpaksa la aku temankan Mak menapak!

Hadoiiyaiiinyapon!!!

~ Nampak tak jauh. Tapi, dah katanya membukit kan... confirm tercungap2! Hnnsss2..!!!

~ Chaiyok2, Mak! Chaiyok!

~ Siap pegang tangan lagik dengan Mak. Padahal, lutut menggigil, bontot pulak rasa tertinggal nun jauh di belakang! Tonggek semacam! Semput! Hu3...

Berjaya jugak we ols menapak. Fuh!!!

Lepas ni, kalau setakat nak mendaki Puncak Everest tuh, aku ngan Mak akan kata, 'No hal lah!' Ha3... Over, noks! 

Pui! ;P


*Bersambung...


:: Like3, ek! ::



FEELING2 BERADA DI SCOTLAND

Dah katanya pergi vacation dari hari Jumaat sampai la ke Ahad. Maknanya jugak adalah hari weekend. & maknanya lagik, kebarangkalian hotel fully-booked adalah tinggi!

Cabaran sangat tau nak mencarik hotel di saat akhir! Lebih kurang 3 - 4 hari sebelum 'hari kejadian' baru hegeh2 nak booking. Sampai stay-up2 aku menggoogle tau! Uhuks3... Mencik!!!

Hotel Remix... tu la nama hotel penginapan kitorang. Nasib baik ada kosong lagik kan...

~ Amik 3 Standard Room. 139 hengget / nite.

Kategori hotel bajet je... 139 hengget tu adalah harga weekend. Kalau weekdays, 99 hengget je. Biasa la tuh... time weekend la pengusaha2 hotel hatta hotel bajet sekalipun nak up harga, nak carik untung lebih kekdahnya... Tu baru weekend! Kalau cuti sekolah lagik la melambung2 naiknya!

Kusss... semangat..!

Bilik ok, seperti yang digambarkan. Bilik aku ngan Mak kat tingkat 1. Bilik Abang kat tingkat 2. Servis pun not bad. Lokasi pun strategik, betul2 kat Brinchang. Dekat dengan Pasar Malam Brinchang. Jalan kaki pun boleh sampai. Kalau korang tengah menggoogle2 hotel bajet kat Cameron Highlands, boleh la try click website Hotel Remix nih.

Eh, lupa nak bagitau! Bilik hotel ni takde aircond tau! Ada kipas dinding je. Bukan sebab hotel bajet ke apa ke kan... Tapi, sebab Cameron Highlands adalah sojuk. Walaupun ada yang kata Cameron Highlands dah tak sesojuk dulu sebab banyak pembangunan tapi, aku rasa Brinchang tak kot sebab still sojuk. Kipas tu pun jarang sangat kitorang on. Kalau on pun setakat level 1 je. Percayalah!

Belah petang, we ols dah start jalan2. Memula, singgah makan dulu kat Food Court Brinchang. Menapak je sebab tak jauh pun dari hotel. Abang belanja makan. Weehooo..!!!

Lepas makan, ke Pasar Malam Brinchang pulak. Terjebak beli strawberry. Ada kesah sebenornya strawberry nih. Tapi, ah kak cerita kat entry lain je la, ek! Tungguuuuuu........

~ Maghrib rehat kat hotel kejap. Lepas tu, Abang roger2 ajak keluar. We ols is hokay jerrr...

Actually, dah google2 dah sebelum jalan2 malam tu. Google pasal aktiviti malam kat Cameron Highlands. Kesimpulannya, memang tak banyak aktiviti yang boleh dibuat di malam hari, selain makan steamboat. Tapi, kitorang degil! Gigih jugak nak tengok dunia malam Cameron Highlands kan... Kitorang aci redah je. Macam explorace! He3...

~ Last2, sampai kat Tanah Rata. Stop kejap, amik angin malam. 

Angin malam kat Cameron Highlands sangat sojuk, hokay! Sumpah, tak tipu! Menggigil2 + terketar2 mulut nak bercakap. Laju2 je nak feeling2 bercuti kat Scotland di musim salji. Ha3... Overbahkalaukau!

So, tips bergunanya, kalau nak ke Cameron Highlands, sila prepare sweater, ye! Sangat berguna especially di waktu malam.

Teruskan pengexploran... My 'sayang' lead. Aci belasah je masuk kat ceruk mana pun! Bajet nak tengok hotel2 / rumah2 penginapan yang gah2. Naik bukit, nak tengok Rumah Peranginan Persekutuan tapi, kena bebel dengan Mak sebab jalan dia weird! U-TURN!!! Ha3...

Banglo2 kat situ memang nampak weird pun especially waktu malam. Ngeee...

Ada 1 lagik hotel yang nampak sangat2 weird di waktu malam. Ye Olde Smokehouse namanya. Nampak macam banglo bercirikan Inggeris zaman dulu2, dengan ada juntaian pokok2... malam tu pulak macam berkabus kan... perrgghhh..! Terus terbayang Hantu Kak Limah! Scary, noks!

Hokay, dah tuh! Moh la kita kembali ke hotel. Hu3...

~ Singgah dinner dulu kat Restoran Idaman Aikaa nih sebelum naik ke bilik. Comel restorannya. Meja konsep kopitiam, siap ada display motor Honda Cup lagik, you ols..!


Makanan dia not bad jugak la... Sodap! Tapi, harga up sikit la... bagi aku la kan... Sebab bihun goreng Singapore yang aku order pun dah cecah 7 hengget sepinggan. Takde la grand sangat presentationnya... Biasa2 je... Macam yang kita selalu makan kat gerai2 / kedai2 makan biasa tu... Tapi, ok la kot... sebab agak sodap & bersih. 

Dinner disponsor oleh Kak Aneem. Terima kasih la, ye! ;)


*Bersambung...


:: Like3, ek! ::



Wednesday, July 3, 2013

KU LIHAT HIJAUUU... LA3...

We ols ikut laluan Tapah. Jalannya sangat la bengkang-bengkok! Kejap2 kang aku senget ke kanan... Kejap2 pulak kang senget ke kiri.. Sentap pinggang ah kak tau! Adeh3...

Mak dah start berzikir sambil pejam mata. Well... Mak tak berapa tahan sikit jalan bengkang-bengkok nih. Pening2 lalat katanya...Memula I is hokay jerrr... Bila dah separuh jalan terasa jugaklah pening2 lalat tuh. Hadoiiyaiiinyapun..!!!

Akhirnya, sampai jugak kat Ringlet. Fuh, lega! Sebab dah kurang dah jalan bengkang-bengkok merangkap selekoh tajam tu kan... Tinggal selekoh manjas2 je. He3...

~ Kat Cameron Valley (Bharat Plantations & Tea House). Cannnnnnnnntekkk sangat, hokay! Hijau!

Terus laju2 nak feeling nyanyi lagu Abang Jenal Abidin...

' ... Dewasa ini kita saling merayakan, Kejayaan yang akhirnya membinasakan, Apalah gunanya kematangan fikiran, Bila di jiwa kita masih lagi muda & mentah, Ku lihat HIJAU... La3...'

Ecewah! Menyumbangkan suara pulok dah..! Hiks...

~ Sojuk kot..! Angin bukan sepoi2 bahasa je. Tapi, kuat sangat!

~ Lepak kejap.

~ Owh... apakah..??!

~ Merah! ;)

Sempat jugak la kitorang mengexplore ladang teh yang menghijau tuh. Jalan ke depan sikit, turun bukit sikit, semput2 sesak napas sikit sebab kekurangan stamina... Hu3... Mencik!!!

~ Menyorok di sebalik daun teh... tajuk album dia. Ha3...

~ Kak Yong pun nak jugakkk...

~ Lihatlah dunia hijau di belakang ah kak... ;D

~ Cubaan nak menyorok kat belakang Kak Yong. Memang tak... la kan... He3...


~ Cameron Valley Tea... Bagusss...!!! ;P


~ Gaya... Mutu... Keunggulan... katanya... Ha3...




Kat Cameron Valley ni, selain berphotoshoot, korang boleh je kalau nak minum2 teh kan... Ada cafe yang disediakan kat situ. Nak shopping souvenir pun boleh. Macam2 ada..! Bukan setakat teh tapi, strawberry, bantal strawberry, keychain, mug... isk... macam2lah! Harga affordable jugak aku rasa... Takde la sampai cekik darah ke apa ke kan...

Aku just beli strawberry yang 3 peket 10 hengget tuh je. Buat makan kat situ jugak. Kena tahan nafsu shopping sikit sebab ada banyak lagik tempat shopping yang hebak2 yang aku dah google. 

Mak ngan my 'sayang' yang minat strawberry nih. I is tak berapa minat. Boleh la kalau setakat nak merasa kan...

Tak boleh nak lepak lama sangat kat sini sebab nak carik Masjid Kayangan kat Brinchang. Kaum Adam nak bersolat Jumaat.

Yang 'wajib' didahulukan gitu..! 

Ecewah! Feeling2 Tok Adi (Tanah Kubur) pulak. P.E.A.C.E! ;)


*Bersambung...


:: Like3, ek! ::



WORDLESS WEDNESDAY #32: TIADA LAGIK BERBONDONG2...

~ Backpack, kasut, body care & purse.

Paling penting adalah backpack tuh. Lepas ni, takde la GISP! membebel2 bila aku berkursus usung beg berbondong2 banyaknya! Ha3...


:: Like3, ek! ::



Tuesday, July 2, 2013

KESAH VACATION YANG BEREPISOD2

Tarik napas dalam2...

hnnsss2........ 

& lepas pelan2... Fuh3!!!

Saja je suruh buat macam tu... kengkonon sebagai persediaan untuk korang hadap kesah vacation ah kak bersama family ke Cameron Highlands. Berepisod2 tau! Kalau menanah mata, ah kak tak bertanggungjawab, ek! Ha3...

Amekaw!!! ;P

Hokaylah! Mari memulakan 'pengembaraan'... katanya... Heh3...

Tarikh vacation adalah dari 21 sampai 23 Jun 2013. Gerak dari Teluk Intan pukul 9.30 pagi. Konvoi 2 bijik kereta je. We ols sejibik kereta ngan Mak & Abang sejibik lagik dengan family dia. 

~ Singgah kat Restoran Mee Rebus Tapah & berfotogediks dengan Kak Yong. Acara wajib! Heh3...

~ Nak breakfast, sebenornya. Semua amik nasik walaupun katanya adalah breakfast sebab semua dah kebulur. 

~ Penangan breakfast di pukul 11 pagi. Ha3... Hadoi!

~ Aku makan nasik ayam. Terbahek..!

~ Walaupun Mak dah breakfast kat rumah tapi, Mak tetap amik nasik sebab terpengaruh dengan my 'sayang'. He3...

~ Lakonan semula... Ha3...

Total makan kat sini samadengan 30 ++ hengget, untuk 6 orang. Worth it & affordable jugak rasanya. Menu & rasa pun hokay jugak. Paling aku rekomen adalah nasik ayamnya. Sambal dia sodap! Dah beberapa kali jugak aku makan nasik ayam kat sini. & setiap kali tu jugaklah aku refill sambalnya. He3...

Jangan salahkan perut comel ah kak tapi, salahkan tauke restoran sebab dia yang kasik bekas sambal kecik seciput. Cer kasik semangkuk godang, kan senang... Tak payah ah kak nak refill2. Ecewah! Ha3...

Lepas tu, orang kata mee rebusnya pun terbahek jugak. Kalau tak silap, ada mee rebus tulang, ayam & daging. My 'sayang' pernah rasa mee rebus tulang. Sodap jugak katanya...

Plus, restoran ni pernah masuk rancangan Warung Kita tau! Alaaa... yang hostnya Farouk Hussein tu..! 

Nah alamat, kot2 korang teringin nak mengtry jugak:-

Restoran Mee Rebus Tapah
No. 4, Taman Seri Kelana
Tapah, Perak

Breakfast telah disponsor sepenuhnya oleh my 'sayang'. Sekian, untuk makluman. Heh3...


*Bersambung...


:: Like3, ek! ::



i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google