SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Monday, May 20, 2013

'BUBBLE PARTY' DI RUMAH MERTUA

'Bubble Party' sangat kan... Ha3...

Yang sebenornya family mertua buat bbq nite je... Plan sama2, handle sama2, masak sama2, makan pun of course sama2. ;)

Kalau betul la kitorang nak berbubble party, confirm kena sekeh ngan My MIL & Abah. Buang tebiat ke apa ke kan... anak menantu beliau nih?! Ha3... Hadoi!

Weekend tersebut adalah turn balik rumah mertua. Plus, hari Ahad mertua buat kenduri arwah. So, we ols berbbq hari Sabtulah. Bermula dengan idea spontan dari aku & Udda, disokong pulak oleh Awa & Jijah, seterusnya diapprove oleh Abah, makanya terlaksana la bubble party... eh, bbq nite nih. He3...

~ Budak paling kepohchi malam tu... tak lain tak bukan, Cik Qistina... Ke hulu ke hilir dia angkut kipas sate tuh. Ha3... Over tau!

~ Mokcik2 kaki enterframe. Ha3...

~ Lakonan semula. Pecayalah! 1 ayat je aku nak cakap kat diorang, 'Ini semua poyo!!!' Ha3...

~ Mokcik Udda enterframe lagik... Isk3...

~ Sate & mende2 alah yang dah dibbqkan. Ada daging lembu, sotong, ayam, ikan, udang, sosej & daging burger. Aummm3..!!!

~ Tak jadik Aisy nak tido bila tengok mokcik2 & pokcik2 dia yang over kepohchi tuh! He3...

~ Tak sabor nak tunggu baby Awa 'keluar'. Nak kidnap! Ha3...

~ Qistina... owh... Qistina... ;D

Syiok sangat bubble party tuh. Eh, bbq nitelah! Hiks...

Tapi kan, macam best pulak dok sebut bubble party. Terasa seperti havoc tak hengat gitu..! & sekali lagik ah kak feeling2 warga Amerika. Amekaw! Ahaks3...

Aci je la, ek? Sebab bagi aku bubble party samadengan hari bergumbira sambil makan2 sembang2 gelak2 macam kan hape lepas tu pitam sebab overdose punya kenyang. Tambah pitam bila tengok tahap kebersepahan yang memasing aci pejam mata tak tau nak suruh siapa kemaskan?! Ha3...

Bukan party yang bukan2 / yang tidak2 ye! Terpulang kepada interpretasi & pelaksanaan memasing... Hah, keluar dah ayat cendekiawan ah kak! Ha3... Hadoi!

Kepada adik2 ipar, biras2, Abah & My MIL... nanti kita buat bubble party lagik, ek?! Terbaheklah..!!! ;D


:: Like3, ek! ::



PUAS

Bawak Mak jumpa dentist. Hari tu dah cabut. Setel dah bab gigi tersebut. 

Masalahnya, ni gigi lain pulak bikin onar. Mak kata gigi tu rasa ngilu2 & sakit berdenyut2 tapi, tak berlubang pun. Hmmm... takpe la... Biar dentist yang decide, apa nak dibuat dengan gigi tuh.

Takde la ramai sangat patient petang tuh. Sedang2 je. Tapi, mengantuk tahap gaban jugak la aku tunggu Mak punya consultation dengan dentist. Lapanploh kali menguap kot! Adeh3...

Tetiba... Mak keluar dengan muka atak senyum. Eh, pelik! Sebab tak nampak kapas gigi pun kat mulut Mak. Seperti takde apa2 yang berlaku je kan...

Rupa2nya, Mak kata dentist tu decide untuk tak cabut gigi Mak sebab katanya gigi tu boleh dikategorikan sebagai tak rosak. Plus, katanya lagik, gigi Mak still cantik untuk usia seperti Mak sebab kebanyakan orang kalau dah cecah 50-an gigi dah banyak gigi yang rosak.

Kesimpulannya, gigi Mak tu retak & hilang sikit adalah disebabkan oleh 2 faktor, sama ada Mak suka makan makanan yang keras / makan asam. Asam memang tak la kan... sebab Mak bukan la peminat asam sangat. Sekadar merasa tu ada la... Tapi kalau makan makanan keras memang ye sangatlah. 1 habit Mak, lepas makan nasik, Mak akan kunyah beras. 

Aku pun confuse jugak dengan habit Mak nih. Ha3... 

Dentist just bagi ubat antibiotik & ubat untuk ditelan bila rasa sakit datang. Lepas tu, dia kasik appointment untuk buat Root Canal Treatment (RCT). 

~ Tak jadik cabut gigi. So, boleh la makan KFC faveret Mak. Siap buat lakonan semula lagik! He3...

~ Bila la hot & spicy nak keluar balik kan? Mencik! Uhuks3...

~ Cheezy Zinger Hot Box untuk tuan tanah kedaung. Sodap! Melimpah dengan cheese. Memang cheezy sangat2..! Terus feeling2 warga Amerika. Ha3... Over!

~ Makan dengan penuh kenikmatan kekdahnya... Hiks...

Syiok sangat bila tengok Mak happy & dapat belanja Mak makan makanan faveretnya. Tapi, tak boleh amalkan selalu la kan... Fast food tuuu..! Not so good for health... kata mat salleh. ;P

Walaupun aku belanja Mak makan kat tempat biasa2 tapi, rasa puas sangat bila tengok Mak happy macam ni. Tak perlu ke restoran gah2 berbintang2. Ikut kemampuan semasa gitu..! ;P Kat KFC pun boleh je... Yang penting nawaitu kita kan... 


Selamat menyayangi keluarga anda... Adios! ;)


:: Like3, ek! ::



Sunday, May 19, 2013

FAREWELL @ ASIATICA

Farewell Encik Sukeri...

Encik Boss kata buat kat Asiatica. Dia suruh aku handle. 

Alaaa... bukannya susah mana pun... Kerja aku just war2kan kat semua orang then, 'kutip' duit kat 'banker opis' (Encik Amir) lepas tu, buat reminder untuk pastikan semua sampai kat Asiatica on time. 

Memang bisa diaturlah! ;)

~ Yang diraikan sedang gigih bermain dengan pasu munge. Apa yang beliau pikirkan, aku pun tak taulah.

~ Urusetia majlis. Ecewah! ;P

~ Kak Ja & Puan Athirah. Puan Athirah ni la yang ganti Encik Sukeri. Dari SKM Terengganu.

Aku, Kak Ja & Puan Athirah la yang sampai dulu. Kitorang ingatkan kitorang la yang paling lewat. Sebab sebelum tu kitorang ada hal sikit, tolong Puan Athirah pindah. Tup2... kitorang yang paling awal. Hu3...

~ Lepas tu, baru Encik Amir sampai. 

Aku dah start tak senang duduk sebab yang lain2 tak sampai2 lagik. Aku try roger2. Encik Fadzil ngan Ane tak dapat datang rupanya sebab diorang tak sihat. Hafiz on the way katanya... Encik Sukeri pun... Encik Boss je yang kelakor sikit sebab boleh pulak beliau kata beliau lupa. Beliau tak ingat tarikh. Ha3... Hadoi!

Nasib baik Encik Boss berada dalam kawasan / wilayah jajahan. Boleh la beliau berdesup ke Asiatica. 

~ Chicken Mandy untuk Kak Ja, Puan Athirah & Hafiz. Aku amik gambar sepinggan je, buat wakil yang lain. He3...

~ Lamb Mandy untuk yang diraikan, Encik Sukeri.

~ Yang ni untuk aku, Dajaj Khaari. Sodap, hokay! Kari dia memang kawlah! Nasik pun hokay... Sesodap rasa je. Cuma salad tu je aku confuse sikit sebab dia salad bawang Holland dengan sehelai daun salad. Ye la... selalu kan salad ada macam2 jenis sayur then ada dressing. Tetibe yang ni ada bawang je kan... 

~ Memasing khusyuk dengan gajet.

~ Encik Amir siap enterframekan gajet lagik..! He3...

~ Grilled Lamb Chop untuk Encik Boss & Encik Amir.

Menu2 diorder mengikut selera tekak memasing. Sebab tu macam2 ada..! He3...

Farewell hari tu adalah untuk makan2 je. Sebarang ucapan & sesi penyampaian hadiah akan dibuat masa farewell ke 2 yang lebih formal. ;)

Aku tak tau la sama ada aku lapor / Dajaj Khaari tu memang betul2 sodap?! Sebabnya aku makan sampai licin. Dengan bawang2 Holland sekali aku belasah! Tak jadik nak confuse sangat tang salad bawang tuh. Ha3...


:: Like3, ek! ::



321... CINTA..!

~ 1 king size bed.

~ Side table with telephone.

~ Meja solek, tv & mini fridge.

~ Closet

~ Toilet. Quite luas. Owh... mahapkan 'mamarazzi' tersebut, ye bapak2 ibuk2! He3...

~ Shower

Unplanned honeymoon lagik... Kat Ipoh je... ;)

My 'sayang' la... tak larat nak drive balik katanya... Nak bagi aku drive, dia tak confident sebab bini dia drive ngalahkan Fernando Alonso. Ha3... Hadoi!

Pusing2 Ipoh carik hotel bajet. Terserempak dengan FairPark Hotel. Aku pernah stay 2 kali kat sini, dengan Ros masa kursus dulu & dengan Ena & Shiela, masa kursus jugak. Not bad la kan...

Kitorang langkah kanan sebab masa tu ada promotion untuk bilik Deluxe. 100 hengget/nite include breakfast for 2. Harga asal samadengan 149 hengget. Chanteklah tu kan... ;)

~ Belah malam, kitorang pekena char kueteow kat Dataran MBI. Lama dah tak lepak sini.

~ Mengantuk & lapor... kesian beliau... 

~ Hoiii..!!! Kembang setamannya mokcik nih!!! Adeh3...

~ Lepas makan char kueteow pun rasa lapor lagik. Makanya, we ols pun mengordelah chicken chop. 1 pinggan makan berdua sharing2. Owh... romantic sangat, noks! Ahaks3...

~ Bilik kami...

Check-in pukul 6 petang, check-out pukul 6 pagi sebab nak kena balik awal, ada kerja. Hebak punya honeymoon kan? Hanya orang2 yang berjiwa kental lagik poyo macam kami je yang boleh amalkan selalu. Ha3...

321... Cinta..! ;)

Macam tajuk filem kan? He3...


:: Like3, ek! ::



Friday, May 17, 2013

MERAHNYA PICNIC

Plan last minute. Cadangan daripada Abang. My 'sayang' busy jugak sebenornya weekend tuh. Tapi, dia try adjust2 schedule dia, akhirnya... orait, bebeh! 

Yee haaa..!!! 

Moh mengpicnic la kita..! ;D

~ Tak pergi jauh pun... Picnic dekat2 sini je... Kat Teluk Batik nun..!

~ Ini semua poyo!!! Ha3...

Gerak dari rumah pukul 3 petang. Tersengaja gerak belah petang sebab belah pagi my 'sayang' ada kerja nak buat. Ni pun dah habis adjust dah.

Petang2 pun ramai orang jugak tau. Havoc!

We ols dapat port baik punya... bawah pokok kelapa. Redup2 je kan... Dengan angin sepoi2 bahasa... owh... memang terbaheklah! He3...

~ Sampai2 terus 'kenduri'. Lapor kot..!

~ Lakonan semula... He3...

~ Mandi laut, weh! ;)


~ Ombak masih manjas2 lagik time nih.

~ Aku, my 'sayang' & Mak tak mandi laut. We ols nak berehat2 sambil menikmati panorama pantai je. Ecewah!

~ Abang & family pakai merah. Aku ngan my 'sayang' & Mak pun merah jugak. Tak janji, hokay! Tapi, kebetulan. Kebetulan yang aku rasa comel sangat! ;)

Hmmm... merahnya picnic... ;D

~ Mak layan habis! He3...

~ My 'sayang' belasah tido sesado! Tido kejap, lepas tu bangun... mintak nasik. Lepas tu kang, tido balik... bangun balik... mintak nasik lagik... rojak sikit... sandwich pun... Haish! Semua yang ada la dia belasah! Mempicnic ke mengternak lemak nih? Confuse ah kak tau!

~ Wondering... ke mana la agaknya kapal2 tu nak pergi, ek? Hmmm...

~ Tengok orang naik banana boat je. Aku nak try naik? Memang tak la... Bukan takut tapi, tak berapa berani... ;P Sebab aku selalu imagine abang bawak boat tu campakkan aku kat tengah laut. Memang la pakai life jacket tapi, dibuatnya tetiba datang ikan jaws kan... tak ke naya?! 

Hmmm... mintak mahaplah kalau imaginasi ah kak ni nampak over sebab memang over pun... Tapi, kemungkinan tu tetap ada kan? Tak mustahil kot! Ha3... Nak jugak... ;P

Lepas picnic, we ols singgah Kamdar sebab Kak Aneem nak try carik baju raya. Tema tahun ni turn aku ngan my 'sayang' yang pilih. Royal blue katanya... ;)

Dukacita dimaklumkan, tak jumpa pulak kaler royal blue yang Kak Aneem berkenan. Jumpa kain plain kaler royal blue je, Kak Aneem kata nak buat kain baju kurung anak2. 

~ On the way balik, singgah Akim Tomyam. Nak dinner. 

Aci terjah je Akim Tomyam nih. Asal nampak macam ok, terus singgah. 1st time la kiranya...

~ Manjas betul Kak Ngah dengan Nenek dia malam tu. Makan pun nak  Nenek suap. 

~ Kak Yong melekat ngan Papa dia je. Baru bangun tido. Tengah mamai.

~ Sebenornya, masa ni aku dah start rasa nak demam. Tekak tu dah rasa perit manjas2... Mata pun dah suam2 kuku je rasanya... Tapi, gigih jugak minum ais. Esoknya, terus jemm tekak! Amekaw!!!

~ Tak semenggah betul! Hadoi!

~ Kueteow tomyam dia not bad jugak. Sesodap rasa gitu..! 

Yang lain2 aku tak sempat nak amik gambar. Aku syak menu2 lain yang family aku order pun not bad jugak sebab takde dengor diorang komplen. Ke sebab lapor..?! Ha3...


:: Like3, ek! ::



i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google