SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Wednesday, January 29, 2014

WORDLESS WEDNESDAY #48: AJAIB SANGAT..!

~ Pose maut kat tepi jalan pun bollehhh..! Pompuan ni dah kenapa ntah?!! Ha3... Hadoi!

Ajaib sangattt..!!!


:: Like3, ek! ::



Saturday, January 25, 2014

NITE @ LUMUT

'Malam yang sepi pi2... Pak Mat jual topi pi2... Topinya koyak yak2... Pak Mat jual tempoyak yak2... La3...'

Ingat lagik tak dengan lagu asli Melayu zaman kanak2 tuh? Nyanyi sambil tepuk2 tangan. Comel je. ;)

Tapi, bukan nak cerita pasal lagu kanak2 atau 'topi Pak Mat' mahupun 'tempoyak jualan beliau' tau! Tidak sama sekali. Tak berkait langsung! Yang berkait cuma 'malam' tu je sebab kesah ni kesah waktu malam. 

Begitu... Hiks...

Dengan murah hatinya, Abang nak belanja dinner treat, makan ikan bakar & seafood. Owh... kecik tapak tangan, 1 Pasar Malam Teluk Intan adikmu tadahkan..! Eceh! Mementang la baru lepas cerita pasal pasar malam. Ha3...

Tak nak kat Teluk Intan katanya... Nak makan kat area Lumut nun! 

Hokay! Baheklah. Yang penting perut kami terisi. He3...

~ Kat Restoran Ikan Bakar Nasa 2. Tak plan pun... Aci redah & terjah!

~ Rambut Kak Ngah a.k.a Adira (kengkonon la kan... kengkonon...) selepas ditiup angin sepoi2 bahasa.

~ Mak menikmati Lai Chi Kang Suam.

~ Menu macam biasa lah, ikan bakar, telur dadar, tomyam campur, sotong masak kicap, kailan ikan masin & udang masak pedas. 

Terangkat, dowh..!!! 

Walaupun 1st time tapi, puas hati. Servis cepat & rasa sodap tak hengat! Berbaloi2 kitorang mengterjah. Pasal harga, sila rujuk kat Abang sebab kami tau sediakan perut cukup2 & makan je. Ha3...

Perut dah ceria, muka pun ceria. Dari perut membawak ke wajah gitu..! ;P

Teruskan menikmati keindahan malam di Lumut Waterfront. Nyaman. Best. ;)

~ Tumpang landing kat Mak, amik napas dalam2. Semput berjalan dari parking ke waterfront. Hnnsss3!!!

~ Model handbag nenda kesayangan... He3...

~ Tengok laut...

~ Dengan angin sepoi2 bahasa... Rasa romantik pulak! Ahaks3...

~ Team Gwiyomi. Ha3...

~ Happy bila Mak happy... ;)

~ Team Gwiyomi lagik. ;P

~ Macam nak berdansing!


~ Feeling2 romantik jugak kot..! Hiks...

~ Anak Papa...


~ Anak2 menggediks, Mak tengokkan je. He3...



Bosan tengok laut. Ke Gerbang Malamnya pulak. Macam2 ada..!!!

~ Clown pun ada..! 3 spesis belon Abang 'invest' kat sini untuk 3 anak2. Bila lagik nak pau Papa korang kan... ;P



Sampai rumah pukul 12 tengah malam. Nak check-in kat Lumut tak boleh sebab esok paginya aku & my 'sayang' nak ke Penang. Urusan persandingan Aril & Erna. Redah jugaklah balik malam tu. 

Alhamdulillah... selamat semuanya... 

Terima kasih, bro sebab belanja we ols. Nanti I ols belanja pulak, ek! Lokasi pilihan, pehh--lisss..!!! ;P


:: Like3, ek! ::



Wednesday, January 22, 2014

JALAN2 KE PASAR MALAM LALU TERJUMPA CHAR KUETEOW PENANG

Jalan2 ke pasar malam...

Takde tujuan pun... Saja je... cuci mata & lenguhkan kaki. ;P

Dari mula ke hujung, dari sana ke sinun... beli buah je. Plan nak balik. Tapi, my 'sayang' ajak try char kueteow Penang. Kat pasar malam tu jugak. Ada stall siap dengan a few kerusi meja untuk ala2 dine in. 

Kami pilih dine in. 

~ Tauke busy memasak.

~ Kitorang order Char Kueteow Penang...

~ & Smoked Chicken Wing ni. 

Rating Char Kueteow Penang: 3/5
Not bad. Tapi, muak & kuah dia kurang kick sikit. Best lagik char kueteow kat Dataran MBI.

Rating Smoked Chicken Wing: 3/5
Chicken wing tu ok, masak sempurna la... Tapi, sos dia fail! Pelik! Tak kena dengan anak tekak ah kak yang agak mengada2 nih. ;P Plus, tak boleh lawan chicken wing kat Inanam, Sabah, bah... Heh3...

Cara nak terjah, carik je kat Pasar Malam Teluk Intan. Redah sampai ke hujung, sampai jumpa abang jual char kueteow siap dengan kerusi meja. Sebab dia pioneer & satu2nya. Stall char kueteow lain nan hado!

Lain orang lain citarasa, 
Tepuk dada tanya selera...

Eceh! ;P


:: Like3, ek! ::



WORDLESS WEDNESDAY #47: WILAYAH JAJAHAN!

~ Ruang santai lepak... ruang menonton... ruang berblog... & tak ketinggalan jugak, ruang bergossip... Ha3...

It's my territory... ;D


:: Like3, ek! ::



Tuesday, January 21, 2014

KUNING DIRAJA PULAK

Kompang rebana dipalu seiring,
Sireh junjung cantik dipandang,
Dari Perak ke Bandar Taiping,
Sama2 memeriahkan majlis bertandang...

Amekaw, mukadimah! Al maklum... feeling2 Tun Teja... Ha3...

1 gerombolan datang bertandang! Naik pening tuan rumah nak melayan kot..! He3...

~ Apa ntah yang kelakor sangat?! Lupa dah...


~ Tema adalah kuning diraja ye, you ols..!

~ Sederet.

~ Sempat jeling paparazzi.

~ Punnn... sempat jugak!

~ Wedding cake, Mon & Azie. Oren. Owh... comel!

Kali ni, Mak & A_bern pun join sekali. Kebetulan A_bern balik kampung. Angkut je lah. Apa ada hal kan...

Selesai makan beradab, salam2 tuan rumah, salam2 pasangan pengantin & balik. Ada drama air mata sikit. Jijah la... nangis dulu! Habis dengan Mak aku pun tumpang nangis sekali. Mak memang tak boleh tengok drama air mata. Mula la nak join jugak. Hadoi!

Tangisan terharu + gumbira gitu..! ;P

Ramai2 singgah masjid berdekatan untuk solat. Jamak terus. 

Lepas tu, ke Kuala Sepetang, Abah nak belanja makan Mee Udang Banjir Mak Jah. Tutup la pulak! Takpe... laksanakan plan B, try carik mee udang banjir lain. Jumpa! Mee Udang Banjir Mak Teh. Hmmm... bolehlah..!

~ Sangat full house! Ni pun terpaksa share meja dengan customer lain.

Aku terpaksa tahan nafsu makan. Allergic udang katanya kan... Mee udang banjir tu pun share dengan my 'sayang' je. Betul2 makan mee + kuah sikit2. Udangnya besar2, sexy lagik menggiurkan. Tapi, tak berani nak ngap! Natijahnya hazab! Control je la... Tsk3...

Selamat sampai rumah lewat petang. Alhamdulillah...


:: Like3, ek! ::



Monday, January 20, 2014

BATIK BIRU SEDONDON

Wedding adik ipar, Jijah & Mon pulak...

Semua pakat2 pakai sedondon baju batik biru yang we ols beli beramai2 kat Jakel, Sungai Besar ni, haaa..! Fesyen ikut suka kati ko. Yang penting, sedondon. Wah, gitu..! ;P

~ Mukadimah. Heh3...

~ Bersama 'anak2' yang sama2 mesra camera. Macam penyakit keturunan pulak. Ha3...

~ Merasmikan pelamin. Hiks...

~ Pandang2... jeling2... tenung2... last sekali, renungan makrifat! Ha3... 

~ Over sangat tau! Awwsss3..!!!

~ Lepas tu, kacau Arrisya makan. ;P

Heaven betul kalau kenduri pakai khidmat caterer nih. Tak payah nak berlengas2. Kemas2 rumah sikit2, bersiap make-up cantik2 2-3 inci then, dah boleh jadik front liner, sambut tetamu datang. ;)

200 % setujulah! He3...

~ Saat2 terakhir bergelar anak dara...

~ Di mana ada paparazzi, di situ lah ah kak menebeng! & Cik Ani pun tumpang sekaki. 

~ Neves tapi, control macho! He3...

Lepas majlis akad nikah (belah pagi), semua cha alip bot lepak kat luar. Jaga mini stall kengkononnya. Kengkonon je la kan... Memula je bersemangat. Lepas beberapa minit, mini stall pun terabai sebab memasing sibuk bergossip sambil mengunyap jugak. Ha3...

~ Tree of fortune katanya... Buat sendirik tau! Adik2 ipar & biras yang gigirls yang bertungkus-lumus buat.  

~ Sedondon + sejoli tak, we ols? Ahaks3...



~ Chocolate fountain...

~ Kalau tadi nikah serba putih, time sanding kaler peach pulak.

~ Santapan diraja katanya...

Elok2 Jijah & Mon selesai bersanding, hujan turun dengan lebatnya... Hujan rahmat. Alhamdulillah...

Lepas tu, rombongan family Yana dari Banting, Selangor pulak sampai. Owh... lupa nak bagitau. Actually, 1 hari tu ada 2 pengantin, Jijah & Mon dengan Memem & Yana. Dah bajet masa dah untuk giliran bersanding. Tapi, rombongan dari Banting agak lewat sikit sampai sebab jalan jemm katanya... Plus, diorang datang dengan sebijik bas. Terpaksa parking jauh sikit sebab takde tempat nak pusing. 

My 'sayang' & the gang ditugaskan untuk amik ahli rombongan pakai kereta dari tempat parking bas. Fuh, mancabar jugaklah! 

Alhamdulillah... sebab semuanya dapat diatasi. ;)

~ Makanya, diorang bersanding la dalam hujan renyai2... 

~ I heart this photo sebab tetiba je Abah & my MIL jadik sesporting ini. Amboi3..!!! He3...

~ Family portrait... tapi, tak cukup kuorum. Yang complete ada kat camera official photographer. 

2 sejoli terikat sudah,
Dalam majlis penyatuan jiwa,
Happy newly wedd Mon & Jijah,
Semoga berbahagia ke hujung nyawa...

Pantun dikarang bertulis pena, 
Puitis indah bermadah cinta,
Welcome to the club Memem & Yana,
Mari bersama menuju bahagia...

Amacam? Mantap tak ending entry ah kak? Ha3...


:: Like3, ek! ::



i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google