SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Thursday, September 22, 2016

WALAUPUN MUKA PAN ASIAN

Selamat hari jadi, Malaysia..!

Selamat hari lahir untuk aku. ;)

Kitorang share birthday, noks..! Seperti tahun2 yang lepas gitu..! Ah kak likeee..! Ahaks...

So kesimpulannya, ah kak kompom anak Malaysia, hokay..! Walaupun MUKA PAN ASIAN. #SengajaHurufBesarkanTangMukaPanAsian Ha3...

Birthday girl TER-bangun lambat pada hari tersebut. Nampak kan perkataan 'TER' tu? Jujur. Takde niat langsung nak cover line. Ha3...

Bangun2, muka sembab, cek WhatsApp, perrgghhh!!! Berduyun mesej membina semangat! A good start of the day. Terus terfeeling retis. Sempat la jugak senyum tersengih2 seorang diri. Hiks...

Oppa kerja. Tapi, Oppa janji nak balik awal, spend time dengan birthday girl. Terasa dihargai sangat..! Awwsss..! ;P

Oppa dah ada plan, sebenarnya. Berupa sejenis dinner treat yang spesel. Awwsss... lagik! ;P

Well... ah kak tak demand. Ah kak redha je. ;P

Rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicarik. Kecik tapak tangan, nyiru ah kak tadahkan. Haaa... peribahasa keluar dah! #Jaga2CikSalmah ;D

Tapinya, aku mintak postpone dulu. Sebab lepas Raya Haji macam penat sikit. Kemudian, nak survey2 tempat makan best & plan betul2. Oppa setuju. Canteklah!

Pre-celebration di KFC. 

~ Bagi memenuhi keperluan + kehendak perut yang comel... Hiks...

~ Birthday girl tersangat happy..! ;D

Alhamdulillah...

Terima kasih kepada Oppa, Mother, Kakak, Abang, ipar-duai, biras & kawan2 yang wish siap dengan doa sekali. Sangat2 dihargai. Sayang semuanya... ;)


:: A.R.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



MEMANFAATKAN REZEKI

#Throwback

Dari Ipoh ke Lumut. Kakak & family balik kampung. So, aku suruh Kakak terus je ke AEON Seri Manjung. Lepak2 kejap sambil makan pretzel Auntie Anne. Faveret aku & Oppa. Yang cheese aku punya. Coklat untuk Oppa. Owh... terbayang2 pulak. Choiii..!

Kemudian, semua konvoi ke Ikan Bakar Lumut. Aku plan nak 'open table'. Memanfaatkan rezeki dapat APC. #Chiaaa3 Heh3...

~ Nania, generasi termuda yang suka makan. Dapat nasik dengan sup, tak toleh mana2 dah. Behave  je kat baby chair tu.

~ Kak Ngah si penggemar kuih & dessert. Bubur manis, kuih manis & biskut... serah je kat dia. Kompom licin!

~ Mother semakin gebu..! Takpe... gebu tu kan indah. Ha3...

~ Sabor tunggu makanan.  

~ Sotong & ikan gerut2 bakar. 'Hero' hari kejadian.

~ Sotong goreng tepung & sup campur. 'Heroin' hari kejadian.

~ Sayur campur merangkap 'pelakon pembantu' hari kejadian.

Perrgghhh! Caption semua sejenis terms2 drama & filem. Nampak sangat rindu nak tengok wayang. Ha3...

Errr... movie ape best sekarang, ek? Cer share... Cer share...


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Wednesday, September 7, 2016

KAKI BANGKU PUN MAMPU ENJOYCE

#Throwback

Merujuk kepada diri aku sendirik. Tak kata kat orang lain pun... 

Tak kesah la bola apa. Bola sepak ke... bola jaring ke... bola baling... basketball... aku tak pernah main dengan serius. Tak pernah jadik wakil negeri, sekolah mahupun rumah sukan. Kategori bukan sportswoman.

Tapi, tak bermakna aku langsung takde interest kat apa2 sukan. Aku layan je... Tukang tengok, tukang kepohchi & tukang sorak. He3...

Oppa peminat bola sepak. Sekali-sekala Oppa ajak tengok bola live kat stadium, aku ok je. Paling latest adalah Piala FA, Perak vs PKNS. #Throwback ni... #Throwback. He3...

~ Singgah lunch kat Tapah. Ikan tilapia bakar adalah specialty.  

Gerai ni macam jadik tumpuan jugak la... Sejenis deretan gerai makan. Tepi jalan je. Nama gerai, aku tak ingat. Nak bagi direction pun, kompom ke laut dalam pergi dia. Makanya, pandai2lah korang google & Waze. Sila berdikari. Ha3...

~ Akibat kekenyangan... He3...
Kami check in kat Paragon City Hotel. Paling ideal, paling strategic. Sebab malam kang nak menapak ke Stadium Perak. 8 minit je jalan kaki. Tak kose naik kereta. Berchenta nak parking & berchenta pulak nak keluar dari parking once game dah habis. Oppa & Abang la kata... Diorang lebih arif. Aku ok jerrr... Mana2 pun bollehhh...

~ Lobby. Amik mood dulu. Heh3...

~ Stretching sementara tunggu dapat kunci bilik.

~ Landing

~ Seorang Mother & seorang daughter yang gumbira. ;)

~ Puan Sri sedang berehat. Jangan kaco! 
~ Gigih, dowh..!



Mother lepak bilik je. Tak follow ke stadium. Mother layan live kat tv je. Kak Aneem & anak2 pun cenggitu jugak. So, yang menapak adalah aku, Oppa & Abang.

Berlengas pun berlengaslah. Yang penting, enjoyce! Happy, babe sebab dapat feel tu! ;D

~ Bendera bergerak.

~ Perak vs PKNS
~ Geng bola.
~ Keterujaan

Meng-loncat, meng-jerit, meng-boo, meng-bebel & meng-macam2lagilah yang kami buat. Best! Feeling cenggini hanya boleh didapati bila tengok live kat stadium. Tak kira kaum, tak kira bangsa... semua sibuk nak support team negeri / faveret memasing.

Tu belum lagik masuk bab 'drama2' live di tengah padang. Kalau team lawan buat 'drama', perrgghhh... meluat, menyampah, kena kecam kaw2! Ha3...

Tapi, kalau team yang disokong yang buat 'drama', semua pakat diam. Senyap-sunyi. Hamboih, bersatu hati sangat..! Ha3...

Malangnya, rezeki tak berpihak pada team Perak... Kami kecewa... sedeh... bad feelings la... Tapi, it's fun! Errr... paham tak maksud dia tuh? Kiranya... maksudnya... kalau kita anggap sesuatu game itu adalah game, adapt & hadam ia secara profesional plus bakal berakhir dengan ada pengalah & pemenang, then kita akan secara automatik boleh terima the keadaan walaupun kalah. Bab menang toksah cerita la... Memang kompom rasa best! Betul tak?

So, tak perlu la kot nak fanatik sangat... Baling2 mercun, bakar2 stadium... apa kejadahnya semua tu, bapak2 ibuk2 sekalian..??! Tak mengubah keputusan game pun... Silap haribulan, ko ke dalam jawabnya..! Choiii sangattt..!

Hokay, paham kan maksud "it's fun' tadi tu?

Esoknya, breakfast kat hotel je. Nasik goreng, bihun goreng, mee goreng & kuih. Boleh la... buat alas perut. 

~ Rezeki. Alhamdulillah...
~ Rifqi baru potong rambut. Skinhead! Ha3...

~ Ottomen skinhead. ;P

Bosan. Tak tau apa nak buat dah sementara nak tunggu check out. Oppa ajak lepak kat Padang Polo. Hokay... ON!

~ Sampai dah. Wefie dululah.

~ Lepas tu, mereka ini sibuk dengan surat khabar. Kasehan ah kak keseorangan... Tsk3...

~ Ah kak bawak diri sambil menikmati pemandangan. ;P

Pukul 11.30 pagi, kami check out. So, kepada yang datang jauh2 (luar Ipoh) tapi, gigih nak tengok bola kat stadium, nak menapak macam kami mahupun drive / merempit, disyorkan menginap kat Paragon City Hotel.

Paragon City Hotel,
No. 1, Jalan Dato' Haji Megat Khas,
Taman Bandaraya Utama,
31400 Ipoh, Perak.

No. Telefon: 05-5450900

Siapa kata kaki bangku tak boleh menikmati & enjoyce tengok game bola? Ah kak mampu... korang2 yang kaki bangku tapi, was2 nak laburkan duit sekali-sekala tengok live kat stadium pun pasti mampu. Silakan... Eceh! Hiks...


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google