Monday, August 31, 2020

DARI BERGOLEK KE MENAIP ENTRY

Mendung petang ni. Gaya macam nak hujan. Guruh pun dah mula 'bersuara'. Takpelah... Syukur kalau hujan turun. Sejuk sikit bumi Teluk Intan. 

Sis bosan. Dari tadi bergolek2. Kejap ke kiri, kejap ke kanan. Sesekali, tengok tv. Dari Bidadari Kiriman Tuhan, membawak ke Property Brothers membawak ke Escaping Poligamy membawak ke My Haunted House. 

Tang My Haunted House tu Sis cemas. Gigih nak tengok tapi, always cemas! Ha3...

Dan sebab tu lah Sis tengok tv sambil tulis entry blog. Untuk kurangkan rasa cemas, kononnya. Kadang2 dengor audio je. Nasib baik result MUET Sis band 5. So, paham la jugak kalau tak tengok subtitle. Eceh! Ha3...

Sis sambung kesah aktiviti hujung minggu with family, ye. ;)

Dari Taman Rekreasi Gunung Lang ke AEON Kinta City. Kami nak lunch di Johnny's Restaurant.

Banana Split untuk Rifqi & Rania.

Soup & tom yam steamboat

Lapor tapi, still gigih nak selpie.

The 3 Gorgeous. Ha3...

Dah kenyang, kami pun pulang. Musim2 COVID-19 ni, macam buntu pulak nak pikir ke mana nak berjimba?! Lagi2 kalau port yang kita nak singgah tu crowded. Terus terbantut nawaitu. Hu3...

Takpelah. Berkorban rasa sikit. Sebab kesihatan lebih penting dari keinginan tu. 

Sama2lah #KitaJagaKita, ye u ols... 

 

:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::

 

 

Friday, August 21, 2020

TERTARIK DENGAN TAMAN REKREASI GUNUNG LANG

 Berjimba2 dengan keluarga. Aktiviti paling indah dalam dunia. 

Jauh atau dekat, bukan masalah. Yang penting, enjoyce..!

Taman Rekreasi Gunung Lang, Ipoh, Perak. 

Kalau ke Ipoh, urusan kerja ke... personal ke... lalu je. Tak pernah singgah. 

Pernah tengok kat social media, baca pengalaman yang pernah berkunjung, rasa tertarik jugak. So, kali ni, kami betul2 terjah.

Sis. Kanda. Mother. Anak2 sedara. Ahli rombongan pada hari kejadian.


Salah 1 favourite spot pengunjung. Mungkin sebab batu tu nampak gah & sesuai sungguh jadik background selfie. Mungkin la...

Berkerut dahi menahan panas membahang don't care..!


Plan nak naik bot, pusing2 tasik. Tapi, tiket sold out. Takde rezeki...

Nature memang tak pernah mengecewakan...

#TeamMerah. Eceh!

Kanda sedang buat case study. Ntah apa la yang Kanda pikirkan?! Kalau case study je, takpe. Jangan gigih nak try rock climbing, sudah. Cemas Sis nak menyaksikan. Ha3...

Port wajib, bukti kejadian.

Siang cantek. Malam cemas. Ha3...


Lepas selfie, berlarik carik tempat redup. Ha3...

Kat sini, korang buleh bagi ikan / hidupan yang wujud dalam tasik tu makan roti.

Yang macam kura2 tu Sis syak bukanlah kura2. Sebab saiz ia besor. Sis teka tuntung. Mother kata labi2. Ntahlah. Tak berani pulak Sis nak berkenalan. Ha3...

Kat sini comfy. Ada bench untuk kita rest sambil tengok view / bagi makan ikan & tuntung / labi2 tersebut. Roti buleh dibeli di cafe belakang kitorang tu je.

Gunung Lang

Sis berimej insop hari tu. Baju kurung pun onz. Apa ada hal?!

Rania punya pose memang tak buleh blah. Kengkonon duta Gunung Lang ke apa ke tu?! Ha3...

Rindu Kak Yong... Dia tak join sebab nak packing untuk balik hostel.

Jeles, owh... tengok boat kat belakang tu..! Hu3...

Taman Rekreasi Gunung Lang ni asalnya adalah gunung batu kapur. 5 km je dari Bandaraya Ipoh, Perak. Diuruskan oleh Majlis Bandaraya Ipoh dengan kerjasama Kementerian Pelancongan.

Selain rekreasi, sesuai jugak dijadikan tempat perkhemahan untuk yang suka camping dikelilingi nature. Rock climbing pun ada jugak.

So, kepada yang berminat, jemputlah singgah, ye.


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Thursday, August 20, 2020

SIS & CEMAS BERPISAH TIADA

Norma baharu...

Ada macam2. Mohon jadikan rutin & kebiasaan. Demi kemaslahatan bersama.

Face mask. Social distancing. Sampai ke cara nak order dine in untuk Pizza Hut pun ada norma baharu.

1st time kami dine in di Pizza Hut sejak PKP & PKPP. Sumpah, tak tipu! 

Install lah. Scan QR code lah. Fuh! Nasib baik dengan Kanda. Kalau sorang2, kompom Sis cemas! Ha3... 


Dine in untuk lunch.

Soy Milk untuk Sis yang mudah cemas. He3...

 

Alhamdulillah... syukur nikmat.

Bila dah kenyang, Sis dah tak cemas. Hellokkk...... pergi dia..! Ha3...

 Jaga diri.

Patuhi SOP.

Sis pesan ikhlas ni tau! Hwaiting! ;)

 

:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::