Tuesday, October 22, 2019

KABUS PANDANGAN

#Throwback

Kanda kata, nak try cable car Genting. Hokay, fine... Dinda onz je. Taat. Hiks...

Nak naik cable car ni senang je tatacara dia. Memula, kau kena carik Awana Skyway Station. Kalau otak sejenis bijak, apa direction pun buleh sampai, guna otak kau je lah. Tapi, kalau tak berapa bijak, onz je Waze. Kojo sonang.

Parking pun senang kat Awana Skyway ni. Luas.

~ Kemudian, pandai2lah carik kaunter tiket manual / self service ticket kiosk seperti di atas ni.

Harga tiket dewasa Standard Gondola: RM 9

Glass Gondola harga lain. Tak sama. Tepuk dada, tanyalah tahap kegayatan memasing...

Fast lane pun harga lain. Harap maklum.

~ Queue nak naik gondola. Ok-ok je time ni. Tak crowded sangat. Ketabahan & kesabaran masih dalam kawalan. Ha3...

~ Masa kami naik tu, agak foggy. Makin ke puncak, makin foggy. 

~ Bulehlah mengabadikan kenangan dalam gondola tu... 

~ Owh... sweetttttt...... Ahaks...


~ Geli2 sikit je tapak kaki tu... Ha3...


~ Sejuk dah mula terasa.

~ Foggy yang dimaksudkan...

~ Chin Swee Caves Temple 

Stesen pertama yang dibenarkan untuk korang keluar dari gondola adalah Chin Swee Station. Kot2 la nak photoshoot ke... saja2 nak amik angin ke... haaa.. kat sini buleh. 

Kalau tak nak pun takpe. Takde siapa nak marah. Duduk je diam2 dalam gondola tu, tunggu ia naik sampai last station iaitu Sky Avenue. 

~ Excited beserta gigih. Heh3...

Kami tergolong dalam kategori penumpang yang turun di Sky Avenue. 

Lapor, dowh..! Berdangdut perut. Laju2 carik Medan Selera, Resorts World Genting. 


*Bersambung...


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Tuesday, October 15, 2019

BERPANTUN PULAK LAH HAIII..!

Nama Sis naik lagik...

Emcee untuk Perhimpunan Bulanan + Majlis Farewell, Puan Rosidah Ramli, Timbalan Pengarah II, SKM, Perak. 

Terkesima jugak memula. Sebab tugas emcee ni konsep rotation. Turn Sis dah pernah sampai. Rotation pun tak habis pusingan lagik. Ingatkan, buleh la chill lebih lama. Tup2... terkono jugak buat ke sekian kalinya! 

Redah je la... Takkan nak menangis meratap kat bucu katil pulak kot. ;P

~ Emcee bersaiz cekodok. Ha3...

Setelkan Perhimpunan Bulanan dulu. Kemudian, continue dengan Majlis Farewell. 

Puan Rosidah Ramli akan bertugas ke HQ, SKM. Terima kasih atas segala jasa & budi yang dicurahkan sepanjang berada di SKM, Perak. Semoga Puan Rosidah Ramli sukses di tempat baru. ;)

~ Selesai tugas.

~ Lega... Selpie pun senang hati baq hang! Ha3...

Merdu bertingkah tidak terperi,
Tiupan semangat di segenap segi,
Mohon izin mengundur diri,
Salam muhibbah jumpa lagi...

Eceh! Berpantun pulak dia lah haiii..! Mementang kau emcee! Ha3...


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



SELPIE DI MERCU TANDA

#Throwback

Persinggahan pertama: Fraser's Hill

Tak explore banyak pun. Just selpie di mercu tanda.

~ Dah mula rasa angin sejuk.



Back to nature...

Hidu bau gunung-ganang. Hutan belantara. Udara segar. 

Walaupun sekadar persinggahan tapi, tetap rasa berbaloi. Nikmat yang jangan sekali2 kau dustakan.


*Bersambung...


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



WORDLESS WEDNESDAY #126: ... MENOLONG NENEK

~ ".. Semoga Allah menolong Nenek.."

Ucapan yang sentimental value nya paling mahal..! ;D


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Monday, October 14, 2019

MUDAH TERPENGARUH & TER-ENJOYCE

#Throwback

Terjebak purchase voucher Matta Fair. Tak beli direct la, tapinya... Pakai agent a.k.a Personal Shopper (PS). 

Sebenarnya, dah lama pasang impian nak cuba, try, test voucher Matta Fair. Tapi, selalu ada kekangan masa & lokasi fair. Satu hari, Eika introduce sorang PS ni. Service tip top katanya... Sis terpengaruh. Lantas, terjebak. Ha3...

Sis memang cenggini kalau bab2 vacation. Mudah sangat terpengaruh & terjebak. Orang lain cakap tak best / so-so tapi, aku always enjoyce je. Sampai ada kawan2 cakap, "Aku tengok hang pi mana2 macam best je... Macam takde 1 pun yang nampak tak best. Bla3..."

Yang 'bla3...' tu, off-record. Sebab membawang. Ha3...

Tapi kesimpulannya, memang cengginilah Sis... Sejenis #MudahTerhibordanTerenjoyce kot. ;D

Aku & Kanda pilih untuk acah2 honeymoon ke Genting Highlands, Pahang. Jadik, aku purchase voucher Grand Ion Delemen Hotel. Tak pernah pun jejak kaki ke situ. Tapi, aci terpengaruh lepas tengok gambar2 & dengan sedikit survey via Instagram, terus onz! Aaa... gitchew..!

~ Hari kejadian... Breakfast di Zul Mee Kari, R N R Ulu Bernam.

~ Haaa... See! Belum sampai Genting pun muka dah ter-enjoyce. Ha3...

Sepanjang perjalanan tu, hati bermunge2... Burung2 pun turut berkicauan... Menyanyi lagu riang... Ha3... Pui! ;P


*Bersambung


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



NAMPAK NOMBOR2

Kerja...

Kali ni, Sis tune ke otak accounting pulak. Nampak nombor2 je... He3...

Program Klinik Akaun Koperasi. Pepagi, dah berpergian ke Kompleks SKOMK, Teluk Intan (venue program). 

~ Sis tolong Eika jaga pendaftaran peserta. Tapi, nampak macam Sis tolong selpie je kan?! Ha3...

~ Sambutan sangat memberangsangkan. Alhamdulillah... 

~ Sis tolong selpie lagik... Ha3...

~ Bilik makan. Setelah kenyang menjamu selera dengan mee goreng sedap.



Program ni 2 hari berturut2. Terima kasih kepada Cik Ketua Bahagian Audit (KBA) & Nabila, Pembantu Juruaudit, SKM, Perak sebab sudi jadik fasci of the day... Thumbs up! ;D

Ada jugak koperator2 under Sis yang mintak tolong tengok2kan akaun diorang & ada jugak yang mintak pendapat pasal tadbir urus. Sis bantu yang termampu. Yang di luar kemampuan & kotak pikiran, Sis recommend untuk refer kepada yang pakar. Aaa... gitchew..!

Semoga ilmu teori & praktikal yang dicurahkan bermanfaat untuk koperator2 yang hadir. Yeahhh...


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::




Friday, October 11, 2019

DEMIKIANLAH...

#Throwback

Masa untuk check-out. Sudah2lah tu berjimba. Tapi, selpie tak boleh sudah2 sampai ke sudah. Ha3...

~ Kenang2-an di depan bilik memasing...

~ Babai 213, 215 & 217... U'll be missed. Eceh!


~ Depan chalet.

~ Flying 'fox'. Ha3...

~ Yang di kejauhan sinun tu masih tak buleh move on dengan pool. #NiaBeghaseNakStaySiniLagik Ha3...

~ Lepak bawah pokok kelapa ni pun macam best jugak. Especially time angin sepoi2 bahasa...

~ Mungkin #NiaBeghaseDahBulehMoveOn. Ha3...

~ Jadik Nia mampu tersenyum girang...

~ ... dan berselpie senget2 badan. Ha3...

~ Sis pun beghase macam Nia, tak boleh move on. Hu3...

Demikianlah kesah birthday bash Mother merangkap family vacay kami... Lain tahun, jumpa lagi... Babai.


*TAMAT...


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Wednesday, October 2, 2019

WORDLESS WEDNESDAY #125: #TETAPSAYANGWALAULAMAMENGHILANG

~ #TetapSayangWalauLamaMenghilang

Yeahhh... Sis terjebak!


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::