SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Thursday, August 29, 2019

LEFTOVER SOLD OUT!

#Throwback

Kami check-in di De Palma Eco-Resort, Kuala Selangor, Selangor. 2 minggu pencarian & survey party venue ni.

Full address seperti berikut:-

De Palma Eco-Resort Kuala Selangor,
Jalan Tanjung Keramat, 
45000 Kuala Selangor, Selangor.

No. Telefon: 03-32897070

Kau diberi 2 pilihan iaitu sama ada nak menginap di Chalet / Villa. Chalet ada 4 jenis:-

Superior
Deluxe
Junior Suites
Dara Suites

~ Kawasan chalet.

Villa pulak ada 3 jenis:-


Villa Superior
Villa Malawati / Desa / Tanjung Suite
Villa Jugra 

Pilihan kami adalah 2 Superior Queen Chalets & 1 Superior Single Chalet. Comel, comfy, ada private bathroom & cukup segala basic facilities dengan pool view & lanskap kehijauan. Maksudnya, bukak tingkap, nampak pool. Bukan pintu, nampak lanskap kehijauan. Aaa gitchew..!

Aktiviti petang hari adalah cubaan menjadik Pandelela Rinong. Membawak sampai ke pukul 6.30 petang.

Pool ada 2 sides. Adult & kids pool. So, kalau yang datang bawak anak2, tak perlu risau pasal depth of the pool. Suruh je anak2 tu berkubang dalam kids pool. In shaa Allah... selamat. Kids pool jugak menyediakan mini slide. Hah, bolehlah anak2 tu bergumbira sambil menggelongsor..!

Lounge chairs pun ada di sekitar pool. So, kalau bawak mokcik2 / nenek2 yang tak nak mandi tapi, nak lepak chill2 tepi pool sambil tengok anak2 sedara / cucu2 mandi, bolehlah diorang lepak2 kat lounge chairs tu. Nak berjemur, buleh... Nak beredup pun buleh sebab ada sebilangan lounge chairs yang tempatnya di bawah pokok2 renek.

~ Sebelum basah-kuyup.

~ #TeamPandelelaRinong

~ View dari bilik Mother. Senang Mother nak jerit kat anak2, menantu & cucu2, suruh naik, sudah2lah tu berkubang, nak Maghrib dah, oiii..! Ha3...

Lepas berkubang, opkos perut lapor kan... Bilik Mother jadik mangsa serbuan sebab situ port makanan. Leftover jamuan birthday laju je sold out! Licin! Ha3...

*Bersambung...


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



4 comments:

Warisan Petani said...

Menarik tempatnya.

A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y said...

Warisan Petani,

not bad la.. kedesaan.

Hayati Suki said...

seronok nampaknya lokasi cuti2 ni :-)

A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y said...

Hayati Suki,

not bad utk chillax & release tension.

i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google