Wednesday, December 5, 2018

MEET UP & KPI

Meet up dengan koperator adalah tunjang utama kerja aku. Pendek kata, takde meet up, tak capai KPI. Hah, gitu...

Kali ni pasal Taklimat Indeks Gerakan Koperasi Malaysia (IGKM). Cik Boss mintak set kan tarikh untuk bagi taklimat. Hokay, done!

~ Responden dah cukup. Taklimat ringkas daripada Cik Boss pun dah selesai. Maka, silalah jawab questionaire tersebut, ye wahai responden2 sekalian... 

Dijamu dengan mee goreng, kuih-muih & teh panas. Mee goreng tu sodap, nom3... owh... 


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



WAARNA FLORAL

Kesah kerja lagik...

Well... selagik tak pencen, selagik tu lah hidup aku akan terselit pasal kerja. Saya yang menjalankan amanah, you ols..! ;)

Kali ni, bagi taklimat untuk MAP. Tak perlu rasmi sebab perasmi adalah VVIP lain.

~ Tempat yang aku ditempatkan. Lepak dulu, tunggu ketibaan bakal anggota koperasi untuk cukupkan kuorum.

~ Dewan Waarna Floral. Cantik wooo...

Dewan Waarna Floral ni under pengurusan Restoran Wana. Restoran selalu je aku terjah. Makan kambing bbq. Ho liao! Tapi, dewan ni adalah yang pertama kali aku jejak. Even sebelum ni tak tau pun yang Restoran Wana ada Dewan Waarna Floral.

~ Partner in crime pada hari tersebut. Ecah si budak intern. ;D

~ Kiri: Encik Hasnul Farid, Pengerusi Penaja, Koperasi. Kanan: Encik Muzaffar Shah Khairuddin, Pegawai Khas, Exco Kemudahan Awam, Infrastruktur, Pertanian & Perladangan.

Encik Hasnul Farid tu anak sedara Encik Jamal Abdillah tau! Alaaa... Encik Jamal Abdillah yang penyanyi legend tersohor tu..! "... Kau kekasih awal & akhir... Kau kekasih batin & zahir... La3..." Haaa... Encik Jamal Abdillah yang tu la! 

Sebelum MAP, ada gak aku try tanya2 kat Encik Hasnul Farid, ada ke Encik Jamal Abdillah dijemput untuk perform?! Kalau ada, nak mintak tuju lagu. Ha3...

Buang tebiat 'Puan SKM' ni katanya... Ha3... ;P

~ Turn taklimat daripada ah kak. Muka serius tu memang trademark. Mujur nampak kepala. Owh... I hate rostrum! Sob3...

~ Khusyuk nampaknya diorang nih mendengor taklimat ah kak. Bagus2..! Ah kak like... ;D

Koperasi ni dah on the way nak didaftarkan. Mudah2-an sukses. Lepas daftar, ALK dah boleh merangka & melaksana aktiviti koperasi yang dirancang. Ah kak sebagai Puan SKM sentiasa doakan kejayaan koperasi. Kalau ada masalah yang relate dengan Akta, Peraturan / UUK, moh jumpa ah kak di opis. Don't shy2 naa..! ;)


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



KONGSI REZEKI

Ke 'Vietnam' kita, weh..! He3... 

Sebenarnya, Abang yang discover Restoran Masakan Saigon ni. Bukanlah bermaksud kami terjah Vietnam. Tapi, 'Vietnam yang terjah kami'! ;D

Tak berapa plan sangat pun... Tapi, sebab dia adalah hujan. Maksudnya, bila hujan, aku & Oppa sejenis yang membayangkan makanan. Well... see the tummies lah! Ha3...

Kami pikir, hujan2 cenggini mungkin enak kalau layan steamboat. Kat sini tak banyak pilihan steamboat halal. 1 & only kot. Maka, ke Restoran Masakan Saigon la kekdahnya...

~ Konsep set, bukan buffet. Yang ni Set A for 2 worth RM 39.90.

~ Berbaloi. Tinggal sos pelik tu je, tak berusik. 

Malam tu, Mother bermalam kat rumah kami yang comel, yang sweet, yang rumahku sorgaku sangat tu. He3... Sebab esoknya, Mother ada appointment diebetes & hypertension kat Hospital Teluk Intan. 

Appointment & check up berjalan lancar. Walaupun masa menunggu giliran ya ampon... menguji kesaboran jugak la... Hu3...

Takpelah. Yang penting, tekanan darah & tahap gula Mother under control. Bagus, Mother! Keep it up! ;)

Jadik, sempena kebagusan Mother tu, aku hadiahkan The Store untuk Mother..! Eh, silap! Kau ingat kau kaya sangat nak bagi shopping mall cenggitu?! Lammmbat lagi... Heh3... 

Aku bawak Mother shopping blouse muslimah kat The Store. Haaa... baru betul... ;D

~ Blouse muslimah pilihan hati beliau. 

Rezeki yang Allah bagi, kongsikanlah dengan yang tersayang. Tak rugi. Even dapat bonus barakah lagi ada..! Tak percaya, cer try.


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



MENJANA EKONOMI NEGARA

Hari ni, aku cuti sakit. Dari semalam. Sebab demam. Sebab flu. Sebab batuk. Sebab pening kepala bila batuk melampau. Haaa... banyak nau asbab! Amekaw! #PenghapusDosa Mudah2-an... 

Bosan jugak bila tak kerja rupanya. Ooppss, silap! Kena tambah sikit ayat tu. Bosan jugak bila tak kerja SEBAB CUTI SAKIT rupanya. Sebab tak boleh buat apa2. Bukan tak nak / tak cuba. Tapi, tak mampu / tak larat. Aku mampu makan & tido je. Ha3... Silakan kecam! 

Apalah kan?! Bila kerja, kau sibuk2 kata penat la... hectic la... I need a vacay la... bla3...

Bila 'cuti' (read: Cuti sakit), kau sibuk2 pulak kata bosan la... asik makan-tido la... bla3...

Haish, manusia! Bersyukur la sikit... Eh, silap lagik! Bersyukur la banyak... Sebab Allah bagi kau rasa semua. Yang bahagia... yang indah... yang pahit... yang kelabu... Hmmm... (read: *Istighfar). Insap.

Sempena 'tak kerja sementara' ni, aku ringan2kan jari, menaip. Tulis entry. Rindu ahhh... kat blog gua nih..! Rindu giler! Dah la hujan beserta  guruh & petir kat luar tu. Lagik la syahdu perasaan rindu tersebut. Ha3... Tetibe je rindu ada kaitan dengan hujan + guruh + petir. ;P

~ Ini kesah kerja. Kesah menjana ekonomi negara.

MAT koperasi. Seperti biasa, sehari sebelum kejadian Oppa dah show off jalan & direction bagai... Jadik, pada hari kejadian, aku drive. Tapi, tetap on Waze. Ha3...

Very low self-esteem pasal jalan. Harap maklum. Hu3...

Waze tak mengecewakan. Minda bayangkan 'tutorial' Oppa, telinga dengorkan Waze. Sampai pun. On time. Alhamdulillah...

~ Ok je koperasi ni. Masih boleh dididik & 'dikembalikan ke jalan yang benar.'... & masih boleh selfie..! He3...

Tamat 1 'rencah' dalam kerjaya. Semoga rencah2 yang akan datang mampu buat dunia kerja aku lebih 'enak'. Mudah2-an... ;)

Alamak! Ubat tak makan lagik la... Errr... nak telan ke... nak ngelat? Hiks... ;P


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::