Thursday, June 22, 2017

DONDANG SAYANG MANJA2 KE HEAVY METAL

Appointment hospital Mother pada hari tersebut sangat menguji kesabaran. Ramai patients. Crowded teruk! 

Takpe... Husnuzon2... #SambilUrutDada

~ Inilah rupa paras apabila husnuzon. Yang time tak husnuzon, tak berani nak share. Ngeri!!!

Dipendekkan cerita... appointment berakhir pada pukul 1.00 tengah hari. Lemau dan lembik kami berdua. Perut ni toksah ceritalah. Dari dondang sayang manja2 membawak ke heavy metal pergi dia! Nak pekena nasik kandaq, memang tak mungkinlah. Berdosa, you ols..! Romadhon... ;P

Mother 'direhatkan' kat rumah aku sebab result BP agak tinggi. Bahaya kalau dibiarkan sorang2 kat rumah. 

Maka dapatlah iftar dengan Mother lagi... Hikmah tu. Alhamdulillah... ;)

~ Air tangan Mother + PARAM. Of course air tangan Mother yang paling win..! ;D

Nasik putih (Mother masak)
Deep Fried Bawal Cermin & Cencaru (Mother masak)
Terung Rebus (Mother masak)
Peria Tumis Telur (Mother masak)
Sambal Belacan (Mother masak)
Lemang (PARAM)
Murtabak (PARAM)
Cencaru Bakar (PARAM)
Pelam Epal (PARAM)

Kenyang. Alhamdulillah...

Kemudian, menung. 
Menung meneliti saiz perut. Ha3.... Hadoih!


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Monday, June 19, 2017

ACI JUGAK KAN?!

Awal betul Mother bangun. Pukul 4.30 pagi, aku baru terkulat2 kat tepi katil, Mother dah siap goreng ikan. Tinggal nak masak telur hancur asam jawa je katanya...

Mahapkan anakanda, Mother... Anakanda tak mampu menangkis godaan tido. Sob3... 

Tapi, nasik aku dah masak awal2. Ikan pun dah bersiang. Kira aci jugak la tu kan?! Ahaks...

~ Nasik putih + Baby Gerut2 Goreng Garing + Telur Hancur Asam Jawa + Cili Kicap

Simple. Tapi, best in the world..! ;D

Terima kasih, Mother terchenta... ;)


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



TAK MEMBAZIR KECUALI...

Kisah iftar...

Tak sempat berbuat apa2. Balik kerja pukul 5.00 petang, terus berdesup amik Mother sebab esoknya nak bawak Mother ke hospital. Ada appointment result ujian darah, hypertension & diebetes. 

Owh... aku tak amik waktu anjal yang boleh balik awal pukul 4.30 petang tu. Sebab rasa macam takde keperluan berbuat cenggitu je. Tapi, kalau tahap keanjalan dia tu membawak sampai boleh balik awal pukul 1.00 petang, kompom aku orang pertama yang sign. Ha3...

Amik Mother & berdesup pulak ke PARAM Teluk Intan. Makanya, menu iftar pada hari tersebut adalah dari PARAM semata2.

Nasik Tomato (Aku)
Nasik Ayam (Mother)
Nasik Kukus Ayam Goreng Berempah (Oppa)
Air Kelapa
Jus Mangga
Kuih-muih

Semua habis, sold out, tak membazir kecuali air kelapa tersebut sebab terlajakkkkkk...... manis. Simpan dalam fridge, sampai ke sahur pun still 'tak laku2'. Manis tahap potong kaki, weh..! Ngeri nak minum!

~ 2 beranak yang kurang kerja sementara tunggu nak pergi tarawikh. Mother layannn... je. He3...

Lepas tarawikh, pergi mengopi kat Mutiara Seafood. Mother makan mee goreng. Oppa makan apa ntah?! Lupa... Aku tak makan sebab gendang gendut tali kecapi, kenyang perut suka hati sangat! Mata macam kena gam. Jenuh nak bukak. Tak semenggah. Ha3...


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Friday, June 9, 2017

TERLAJAK 10 MINIT

Wake up call Mother adalah pukul 4.00 pagi. Alarm handphone aku pukul 4.15 pagi. Tapi, aku terjaga pukul 4.45 pagi, weh!!!

Bangun meloncat! Terkulat2 gosok mata & terus berasa ngeri! Ngeeeeee3......

Cuba bawak bertenang (walaupon...). Takpe... Yang penting, strategi.

1. Reheat nasik
2. Amik 2 pans. 1 untuk reheat lauk leftover. 1 lagik untuk masak #SimplySardin. Risau. Takut lauk leftover tu tak berapa sesuai untuk sahur. Jenuh nak tujah masuk dalam mulut. So, sardin sebagai 'penyelamatlah'.
3. Gunakan 'talian hayat' iaitu Oppa. Mintak tolong banchuh air sarsi suam.

~ Pukul 5.15 pagi, done!

Nasik putih
#SimplySardin (masak)
 Asam pedas ikan (leftover moreh)
Gulai Lemak Ikan Masin Bersama Terung (leftover moreh)
Sup Ayam (leftover daripada My MIL)
Anggur
Air Sarsi Suam
Air suam

Waktu normal sahur kami adalah 5.00 pagi. Terlajak 15 minit tu umpama telur di hujung tanduk kekdahnya... Sebab konsep makan sahur kami adalah bertenang, chill2 sambil sembang2 & #WatLekWatPeace. Sambil makan sambil menjaga keharmonian rumah tangga gitu..! Ha3...

So, bila waktu sahur jadik 5.15 pagi, cuak jugaklah jadiknya! Makan tak bercakap. Aci sumbat je. Walaupun kadang2 tersasul rasa nak menyembang...

"Oppa, tadi kan... eh2, makan dululah! Cerita bersambung lepas imsak, ek!"

Oppa jawab pun aci angguk2 je. Ha3...


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Monday, June 5, 2017

MOREH

Romadhon tahun ni, aku, Mother & Abang ada join kenduri moreh. Sharing2 dengan geng2 surau Mother yang lain sampai cukup peruntukan minima.

Maknanya, juadah berbuka pun mostly lauk2 kenduri moreh. Alhamdulillah...

~ Juadah moreh bergabung meletop dengan air tangan My MIL. 

Nasik putih (moreh + masak sendirik)
Asam pedas ikan (moreh)
Ayam Goreng Upin Ipin (moreh)
Gulai Lemak Ikan Masin Bersama Terung (Moreh)
Sup Ayam (My MIL)

~ Juadah PARAM bergabung meletop dengan air tangan My MIL. 

Pisang Goreng (My MIL)
Murtabak Pisang (PARAM)
Roti John (PARAM)
Onde2 (PARAM)
 
Terima kasih, Mother & geng2 surau sebab sudi tolong masakkan juadah moreh. Terima kasih jugak kepada My MIL yang mengtapaukan lauk & kuih. Jasamu dikenang... ;)

Rezeki Allah bagi dikongsi bersama. Mudah2-an barakah. In shaa Allah... Aminnn...


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::