Friday, January 27, 2017

TERPANCAR 'NURRRRRR......'

Mother nak ke rumah Kakak. Nak try lepak sana pulak katanya... Means, kami hantar, balik tanpa Mother, seminggu kemudian, Kakak hantar Mother balik kampung. 

Tak pernah buat sebelum ni. Tak sure Mother boleh adapt ke tak dengan persekitaran baru. Nak cuba katanya... Nak temankan cucu. A_bern tengah mid-term break masa tu.

Kami gerak pukul 11.00 pagi, hari Ahad. Singgah Ayer Hitam sekejap. Tengok convo Rifqi.

~ Happy sangat lettew sebab banyak hadiah..!

~ Pass2 je jubah konvo tu. Nasib baik nampak kaki. Ha3...

~ Opah & Nenek Rifqi.

~ Kak Yong takde sebab demam. Baring je kat kerusi biru tu. Kesian Kak Yong...

~ Dia berjaya pau Acu Pendi sejenis belon Elsa Frozen. Syabas, Nania!

Konvo tak habis lagik. Tapi, kami terpaksa gerak dulu. Kang, lambat pulak sampai ke Kajang.

~ Singgah lunch di Nasi Bamboo Sungai Klah.

Lama dah simpan nawaitu. Asal lalu je, nampak ramai orang. Berpusu2, berduyun2. Parking pun full. Terpaksa cancel.

Tapi, kali ni nekad! Apa jadik pun, jadiklah! Redahhhhhh......!!! Eceh! ;P

~ Bukti kejadian. He3...

~ Konsep self service.

Ada beberapa seksyen makanan, minuman & junk food. Pikir2lah nak makan apa, kemudian sila beratur kat seksyen yang berkenaan. Step dia cenggini:-

1. Amik talam plastik besor godang tu.
2. Amik nasik & lauk2 yang berkenan di hati, bubuh dalam talam.
3. Bawak ke kaunter & bayar. 

Seksyen minuman pun sama. Beratur, order & bayar.

Pastikan ada sorang wakil dah chop meja & kerusi. Kalau tak, mungkin kena tunggu sampai ada port kosong.

~ Rupa paras makanan pilihan kitorang.

~ Keunikan: Nasik yang dibungkus dalam daun apa ntah... nampak seperti daun kunyit tapi, bukan... kemudian disumbat dalam kelongsong buluh.

~ Puas hati. He3...

~ Bukti kejadian lagik...


Nasi Bamboo Sungai Klah,
Kampung Buloh Telor,
35600 Sungkai, Perak.

No. Telefon: 017-5167592

Waktu Operasi: 10.00 pagi - 6.00 petang

Rating: 3/5 mintang

Agenda makan berterusan sampai ke Kajang. Perut sungguh dimanjakan. Makan nasik lauk ayam sirsau, ikan goreng & zucchini. Kakak masak. Ho liao! ;D

Lepas makan, tengok Train To Busan sampai tertido sekejap. Bangun tido, Kakak tanya, nak makan apa untuk dinner. Haaa... nampak tak tahap memanjakan perut dia tuh?! Ha3... Makan, tido, makan, tido, bla3...

Aku suggest, takyah susah2 masak. Kita dinner kat luar je. Kompomlah semua setuju. He3...

~ Kakak yang suggest Restoran Baby Groove ni. Tak jauh. Dekat2 Kajang Perdana tu jugak.

Restoran Baby Groove,
No. 26-1, Jalan TTDI Groove 1/2,
TTDI Groove,
Kajang, Selangor.

No. Telefon: 016-2332875

Sodap, boleh tahan, not bad la... Service pun pantas. Owner dia friendly.

Rating: 4/5 mintang

~ Gemok is awesome. Haish, neves nak meng-type & menuturkannya. Hu3...

~Perrgghhh!!! Terpancar 'nurrrrrr......' di wajah memasing. Hiks...

Sangat kenyang & sangat terasa gemoknya pada malam tersebut. Hujan pulak tuh. Terus je mata ni asik nak terkatup. 

Esok pagi, lepas breakfast, aku & Oppa gerak balik. Kakak & Abang Mie kerja macam biasa. Tapi, sempatlah jugak Kakak masakkan breakfast. Terima kasih, Kakak... ;)

Seminggu Mother kat Kajang... Rasa rindu kot..! Sembang dengan Mother via WhatsApp. Sweet pulak bila baca Mother update perkembangan & aktiviti harian. Hiks...


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Wednesday, January 18, 2017

WORDLESS WEDNESDAY #115: DIRINDUI...

~ Kiri: Mother masak. Kanan: Aku masak.

Sejenis or... berjenis2 makanan yang dirindui...


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Sunday, January 15, 2017

TUNAIKAN JANJI

Sejak Kak Yong masuk sekolah darjah 1, Abang akan hantar Kak Yong ke rumah aku setiap hari Jumaat. Lepas solat Jumaat, Abang amik. Kadang2, aku yang hantar. Sekali harung nak masuk opis balik.

Dulu, Kak Yong sorang. Sekarang dah jadik 3 orang. Kak Yong, Kak Ngah & Rifqi. 

Senang je nak bagi diorang behave. On tv, pasang cerita hantu, on air cond, bagi bantal & selimut.

~ Maka cenggini la jadiknya... He3...

Mother yang snap gambar tu. Kebetulan, Mother lepak kat rumah aku. Sampai ke petang la diorang tido. Pukul 7.00 malam, hantar diorang balik. Beli aiskrim dulu, tunaikan janji. 

~ Rifqi & Rania. Tak jumpa, rindu. Asal jumpa, jadik geng gaduh. Isk3...


~ Bahagia nau2 dapat aiskrim.



Lepas berborak, tunggu anak2 sedara makan aiskrim, kami pun balik. Nak hantar Mother pulak.

Nanti free2, kita lepak2 chill2 lagik. ;)


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Wednesday, January 11, 2017

WORDLESS WEDNESDAY #114: BUTTERFLY TIDO

~ Butterfly nak tido. ;P

Nak shopping stoking. Kaler apa pulak kali ni, ek? ;P


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Monday, January 9, 2017

LAPAQ SATE

Dulu, aku study kat belah utara. Kat Arau nun..! Takde geng pun. Maksudnya, geng yang 1 sekolah. Kena buat ice breaker sendirik untuk dapat kawan.

1st kawan, orang utara. Orang Kedah. Kompom2 slang utagha dia tak tinggal! Kejutan budaya jugaklah untuk aku. Halwa telinga disogokkan dengan vocab2 baru. Contohnya:-

Tokua = Tauhu
Toyu = Kicap
Ketegaq = Degil
Ligan = Kejar

Pernah jugak dia cakap, 'lapaq ayaq'. Aku konpius tahap 4! Rupa2nya, 'lapaq ayaq = haus'.

Jadik sekarang ni cerita dia, aku tak lapaq ayaq. Tapi, lapaq sate. Haaa... tu je motip sebenar nak #Throwback2 zaman study ni..! He3...

~ Dinner bertiga di Han Seafood sebab sate kat situ adalah the best in town.

~ Sate & macam2 ada..! Nikmat, hokay..! #SyukurSelalu

Alhamdulillah... Puas hati. Tak lapaq sate dah. Heh3...


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



AIR MATA TERHARU

#Throwback

Cerita birthday tertunggak tak habis lagik. Hadap je la entry2 #Throwback ni buat ke sekian kalinya... ;P

Birthday Kak Aneem pulak. Abang plan surprise. Partnets in crime adalah seperti berikut:-

Aku
Oppa
Mother
Anakanda2 Abang (Kak Yong, Kak Ngah, Rifqi & Rania... pon bollehhh... la...)

Tugas Mother: Tolong buatkan pulut kuning, replace kek.
Tugas aku & Oppa: Tolong hias pulut kuning. Tolong stand by kat rumah Mother. Tolong havoc2, poyo2, over2. Owh... bisa diatur! Memang kepakaran kitorang tuh. Ha3...
Tugas anakanda2 Abang: Nyanyi lagu & bagi kad birthday kat Mama diorang.

~ Dialah penghias, dialah jugak pengacau. Serba boleh. Ha3...

~ Pesen potong tembikai ala2 ice cream sangat menular dalam jiwa aku. Jejah la trend setter nya..!

~ Siap!

Apa lagik..?! Touching lah Kak Aneem. Sebab dia ingatkan, takde siapa2 even Abang sekali pun ingat birthday dia. Jangankan celebrate, wish pun takde. 

Tetibe, dapat birthday surprise yang seumpama ni. Kompom tumpah jugak air mata happy + terharu. He3...

~ Birthday girl baru lepas kesat air mata. Ha3...

~ Meriah dengan anak2 & makanan2.

~ Terima kasih untuk pulut kuning, ayam sirsau & segala macam jenis makanan air tangan Mother tu. Setiap jam kitorang repeat makan. Bersilih-ganti, tanpa sekelumit pun ada rasa bersalah. Ha3...

Semoga murah rezeki & happy selalu di samping family tercinta. ;)


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Thursday, January 5, 2017

RASA SUNGGUH DIHARGAI

#Throwback

Takde banyak masa nak melepak dah. Dapat tido sekejap sebelum check out. 

Loading luggage masuk dalam kereta, check out & amik kesempatan selfie kat lobby.

~ Tangga kejayaan. He3...


~ Nak buat apa2 event seperti wedding pun bollehhh... Ada ballroom yang sesuai & selesa.

~ Relax2 jap.

~ Lambang dia yang macam rumah tu, sweet je.

~ Piano. Di segenap ceruk ah kak berselfie. Ha3...

~ Model rupa paras keseluruhan Kinta Riverfront Hotel & Suites.

Sempatlah singgah sekejap kat Sungai Kinta depan hotel. Walaupun siang hari lampu ala2 i-City tu tak memberi apa2 fungsi tapi, still boleh explore & selfie kat kawasan sekitar yang tak kurang hebatnya. Alaaa... buat syarat...

~ Acah2 San Francisco Golden Gate Bridge. ;P


~ Berkerut dahi, menahan panas. Tetap gigih! Jiwa kental betol!

~ Sungai Kinta mengalir tenang...

~ Oppa dengan cement mixer, berpisah tiada... Isk3...

~ Love locks. Kau kunci cintaku di dalam hatimu... kekdahnya...

~ Mother beredup.







Dah, jom balik! Nak lunch kat Ikan Bakar Tapah. Lambat2 kang, sold out pulak.

~ Lepak kat gazebo Sekolah Menengah Sains Tapah. Tunggu Oppa solat Jumaat. Lepas tu, baru lunch.

Terima kasih, Oppa...
Terima kasih, Mother...
Birthday girl ini rasa sungguh dihargai... Percayalah. ;)


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::


JANGAN TAMAK

#Throwback

Bermalas2-an nak bangun pagi. Rasa macam nak berkelubung sampai petang. Heh3...

Tapi, tak boleh. Kena gagahkan diri untuk bangun sebab tak nak terlepas breakfast. Rugi. Sebab breakfast include dalam penginapan. 

~ Baju tido... don't care..! Yang penting, mandi.

~ Mother happy nak breakfast.

Semua menu breakfast yang ah kak boleh makan, ah kak amik. Tapi, jangan tamaklah. Makan ikut portion yang kita boleh habiskan. Janganlah biasakan untuk amik melambak2 bajet 'tank' kau tu flexible boleh mengembang tak rasa full langsung, lepas tu, tak dapat habiskan. Paling sedeh bila ada makanan yang tak terusik pun. Makanan tu bukannya boleh dikitar semula. Kompom ke tong sampah pergi dia. Kan membazir tu. Amalan syaitonnn... Toksah buat.

Tips: Jangan tamak. ;)

~ Rice porridge. All time fav ah kak nih.


~ Sosej, wedges & dim sum.

~ Try roti bakar sambil jeling2 camera. He3...

~ Kueteow goreng, popiah & cheesy omelette.


~ 1/2 boiled eggs. Menawan hati baq hang!

Mother risau tengok aku makan. Sebab apa yang aku amik, semua selamat masuk dalam perut. Ha3...

1. Aku makan, kemudian relax, chill2... sambil tengok gelagat orang lain dalam 5 minit. 
2. Kemudian, aku sambung amik makanan & makan. 
3. Aku ulang step #1 & #2, over & over again... ;P

Haaa... sejenis tips nih! Tips untuk sesiapa yang suka makan macam aku. He3...


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::