Shopping baju raya untuk tahun ni dibuat lebih awal atas permintaan Mother a.k.a Mak merangkap tailor pojaan hatiku... Mmuahhh... Sayang Mother laju2..! ;D
Mother tak larat dah nak shopping di bulan Romadhon macam tahun2 sebelum ni. Mother nak lebih relax & tak terkejar2 masa. Beli kain awal2, Mother boleh jahit baju awal2, pelan2 & chill2 je.
~ Kami shopping kat Nagoya, Plaza Angsana, Ipoh. Dah biasa dengan selok-belok kat situ. Mudah. |
~ Beberapa geng surau Mother join sekali. |
Perut memang suka lapor sejurus selepas shopping. So, Restoran Sabar Menanti memang jawapan paling tepatlah. Syiok makan sambil dengor Mother & geng surau berceloteh. Sebab geng surau Mother tu lawak. Tau2 je, pinggan dah licin. Heh3...
Plan nak bawak Mother & geng surau makan laksa Padang Polo. Tapi, tak jadik sebab semua masih kekenyangan. Perut macam ikan buntal. Ha3...
~ Kita lepak2 je lah. |
~ Ini bukan sekadar lepak. Ini nama dia paling tepat & jitu adalah tidoq tak hengat dunia! Ha3... |
~ Mengabadikan kenangan katanya... |
Lepas tu, takde ke mana2 dah. Kaki lenguh, mata mengantuk, hati sangat bermunge2 sebab dah shopping dengan jayanya. Pulang ke Teluk Intan je la kekdahnya...
Eh, jap! Nak habaq mai ni... Semenjak 2 menjak ni, memang I ols & adik-beradik gigih panggil Mak as Mother. Aku start dulu. Kemudian, yang lain2 follow. Well... ah kak kan trend setter... Ahaks...
Mother / Mak... takde masalah. Insan yang sama. Paling kami cintai, paling kami sayang... dunia akhirat. Peace, Mother! He3...
:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::
4 comments:
cak!!! pekabarrr
Bestnye, mother Leez tailor anytime boleh jait baju sendiri nk temph boleh tk??
prebetsabu,
oo.. ok. fine, tq.. cak2 jugaklah. ;P
Nooriah Abdullah,
mmg best! he3.. sbb setiap bj ade sentimental value. hasil keje tangan mother. ;)
Post a Comment