SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Friday, March 4, 2016

KEEP CALM...

Aku & Oppa ke KL... ke Klinik Dr. Hamid Arshat... ada urusan... urusan medical appointment...

Bukan 2-3 hari tapi, 2-3 bulan & 2-3 minggu sebelum menjelangnya hari appointment pun aku dah cuak, neves, dag-dig-dug je rasa... Ntah la... Macam2 kat kepala otak ni. Suka sangat pikir yang bukan2 tau! Owh... mencik! Hu3...

Oppa kata, jangan layan sangat perasaan tu. Oppa suruh relax2, chill2, doa yang baik2, redha, tawakkal & think positive. Allah ada & Maha Mengetahui. In shaa Allah... Oppa jugak akan sentiasa ada & support aku.

Appointment hari Jumaat, pukul 2.15 petang. Kami sampai dalam pukul 1 tengah hari. Oppa solat Jumaat, aku lepak dalam CIMB Auto & Properties Mart's Showroom. 

Belek2 majalah sampai mata mengantuk.

Nasib baiklah takde bantal. Ada kerusi & meja je. Kalau tak, dah lama aku landing. Ha3...

Kami 1st timer. Tak pernah go through sebarang prosedur kat situ. Nasib baiklah staff semuanya friendly. Mesra alam gitu..! Bagus.

Tapi, staff yang friendly tu tak dapat nak turunkan tahap dag-dig-dug ah kak. 3 kali check blood pressure, tiga2 tinggi! Hadoiiyaiiinyaponnn..!!! 

Tiba turn aku...

1 more good thing is, klinik ni husband friendly. Tak payah request nak mintak hubby masuk, temankan pun, diorang memang akan suruh hubby temankan jugak. Happy lah Oppa sebab Oppa memang nak tengok, dengar & tanya soklan2 face to face. Senang. Direct knowledge. #NoFilter

Hmmm... macam mimpi je jumpa bertentang mata dengan Dr. Hamid Arshat yang fofular tu! Dulu2 masa zaman remaja, belum kahwin, banyak kali jugak tengok wawancara dia kat Malaysia Hari Ini la... Wanita Hari Ini la... bla3... Masa tu tak expect apa2. Tengok sekadar untuk amik tau. Tup2... aku buat appointment dengan beliau. Fuh! Perasaan dia adalah sejenis perasaan yang bercampur-baur. Hu3...

Aku just kena buat TVS untuk hari tu. Tak sakit & tak neves. Sebab dah tersangat biasa buat TVS masa buat appointment kat Hospital Teluk Intan yang... hmmm3... ho3... hu3... tu. Huh! Malas nak pikir kenangan yang tak berapa nak best tuh! 

Nak dengar result TVS tu yang buat aku tak berapa syiok! Cuak semacam! Dipendekkan cerita, Dr. Hamid sarankan aku untuk buat 1 prosedur yang aku tak pernah buat seumur hidup aku! Aku terkejut, actually. Dalam masa yang sama, aku rasa takut jugak. Hmmm... macam2 perasaanlah! 

Tahap 'drama air mata' jugak la... Oppa bagi kata2 semangat. Oppa tak paksa. Oppa bagi ruang untuk aku bertenang & berpikir masak2. Sambil2 tu, Oppa bagitau pendapat dia. Lama2 aku ok. Aku redha... aku cuba. In shaa Allah... aku setuju. Doakan yang terbaik untuk aku, ye..!

Lepas tu, aku lapor. Rasa nak makan 'makanan Running Man'. Eh, makanan Korealah! Ha3...

~ Seoul Garden, KL Festival City Mall, Danau Kota jawapan dia. ;P

~ Terima kasih, Allah... sebab 'hadiah & pinjamkan' Oppa untuk aku. ;)

~ Seoul Garden sodap jugak la... Not bad.

~ Annyeonghaseyo... He3...

Well... orang yang sejenis happy go lucky, hot temper & kadang2 manja terlebih di luaran ni goyah jugak bila diuji. Suka simpan sendirik, tak nak tunjukkan kegoyahan tu. 

Tapi, dia selalu cakap pada diri sendirik, 'Allah kan ada... Allah Maha Mendengar setiap rintihan & doa... Allah Maha Penyayang... Allah jugak tau apa yang terbaik untuk hamba2-Nya sebab perancangan Allah sentiasa tepat. Tak pernah silap.'

Allah belum bagi apa yang dia nak tapi, Allah bagi apa yang dia perlu untuk saat ini. Dia ada suami a.k.a Oppa yang amik berat, jaga & sayang dia. In shaa Allah... till forever... Dia ada Mak yang kasih sayangnya melimpah-ruah. Dia ada adik-beradik & ipar-duai yang baik2. Dia jugak ada keluarga mertua yang mengasihi. 

So, tak payah nak argue banyak sangatlah! Just say, 'Alhamdulillah...' ;)


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



4 comments:

Cik Lily Putih said...

sabar je dengan apa yang berlaku.. follow the flow..

♡ m.a.w.a.r_ b.e.r.d.u.r.| ♡ said...

semoga semuanya baik-baik belaka..percaturan Allah tu adalah yang terbaik...kita cuba lah sedaya upaya terima dan redha dengan ketentuannya ....

A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y said...

♡ m.a.w.a.r_ b.e.r.d.u.r.| ♡,
terima kasih utk word of wisdom tu. semoga semuanye baik2.. in shaa allah.. ;)

A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y said...

CikLily Putih,
i'll try.. in shaa allah.. ;)

i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google