Monday, February 29, 2016

ROTI CANAI NACHOS TO BE

*Ketuk2 Kuali Bersama Areleez (KKBA)

Masa Kak Ja still kat Teluk Intan, aku rajin order roti canai instant. Bukan Kak Ja yang buat tapi, kawan Kak Ja. Dia tolong orderkan je. 

Hokay, jom kita fusion kan roti canai instant tu! ;)

Bahan2:-

2 keping roti canai instant
1/3 biji timun (dibuang biji & dipotong memanjang)
1 ketul dada ayam
1 biji bawang besar (dihiris)
1 tin kecil sardin
Garam
Serbuk kunyit
Gula
Asam Jawa Xtra Adabi
Minyak masak
Air masak

Bahan2 Kisar:-

5 tangkai cili kering
2 biji bawang putih
1 biji bawang besar

Cara2 Penyediaan:-

1. Panaskan roti canai instant atas non-stick pan. Angkat & biarkan sejuk sedikit.
2. Lumur dada ayam dengan serbuk kunyit & garam.
3. Panaskan minyak. Goreng dada ayam hingga garing. Angkat & toskan.
4. Panaskan minyak. Tumis bawang besar hingga naik bau.
5. Masukkan bahan2 kisar. 
6. Tuangkan sedikit air. Masak seketika sambil kacau.
7. Perasakan dengan garam, gula & asam jawa. Tumis sehingga pecah minyak.
8. Masukkan sardin. Lenyekkan ikan sardin. Masak seketika. Angkat.
9. Potong roti canai instant tadi kepada bentuk segitiga. Susun mengikut kreativiti di atas pinggan.
10. Carik2kan dada ayam yang telah digoreng tadi. Taburkan di atas susunan roti canai instant.
11. Tuangkan sambal sardin.
12. Susun hirisan timun mengikut kreativiti.
13. Tuangkan kuah sardin, juga mengikut kreativiti & citarasa. Ready to be served.

~ Roti Canai Nachos To Be

Dah lama tak mengorder roti canai instant. Sejak Kak Ja transfer ke KL. Nak order sendirik, segan. Well.. ah kak kan pemalu nau2... Hu3...


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Sunday, February 28, 2016

SPACE DI SEGENAP PERUT

Encik Fadzil, Hazrie, Eika & aku, carpool ke SKM, Perak. Attend Perhimpunan Bulanan. 

Oppa tapaukan nasik lemak, jiran yang jual. Sodap! So far, tak pernah jemu lagik. 

Terkocoh2 aku suap nasik lemak sebab Encik Fadzil dah sampai. Dah hon2 & WhatsApp. Hu3...

Encik Fadzil, Hazrie & Eika tak breakfast lagik. Diorang ajak breakfast kat gerai Kilang Padi Sungai Manik. Aku on jerrr... Ada space lagik di segenap perut ni! Ha3...

~ Kueteow goreng & telur dadar. Simple tapi, sedap.

Alhamdulillah... selamat pergi & selamat kembali. 

Senang betul buat ending dia kan... Ha3...


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Thursday, February 25, 2016

SEDIKIT MALAS

Bukan 'sedikit' la... Tapi, 'banyak' jugak kot... Hu3...

Ada roti canai instant. Tapi, malas betul nak buat kuah pencicah. 

Kebetulan, aku ada masak sambal tumis ikan bilis untuk dinner. Oppa nak makan dengan nasik. Aku pulak macam nak kurangkan makan nasik masa dinner. Bukanlah diet. Tapi, perasaan dia adalah perasaan nak makan mende lain selain nasik. Cenggitu la... ;P

~ Hasilnya, roti canai instant + sambal tumis ikan bilis + tomato salad. Sambal titik2 & taburan daun sup tu kengkononnya seni kulinari sangat..! Ahaks...

Aku makan dengan bahagianya... Seolah2, meja makan tu, aku sorang je yang conquer. ;D

Sejurus selepas itu, terus rasa kurus, feeling2 #SongJiHyo. Ha3... #KauDahKenapaHaaa ;P


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



SLIDE VS SELFIE

On duty untuk Mesyuarat Majlis Perundingan Koperasi Peringkat Parlimen (MPKP) Telok Intan. Tak jauh... Kat Taman Nanas tu je, haaa... Pejam kemudian celik balik, dah sampai. Aku tumpang Encik Fadzil, together2 with Eika & Cik Nad. 

Semua jabatan / agensi kerajaan daerah Hilir Perak & a few wakil coperators dijemput hadir. Start pukul 9.30 pagi. Tugas aku, macam biasalah, bab awal2, tang pendaftaran. Kemudian, 'melompat' ke laptop, jaga slide untuk Encik Boss.

~ Dipengerusikan oleh YB Dato' Mohd Azhar Jamaluddin, ADUN Changkat Jong.

~ Jaga slide sambil selfie. Ko mampu..??! Ha3...

~ Ahli mesyuarat.

~ The end untuk ahli2 mesyuarat...

~ ... & the end jugak untuk kami...

Jamuan makan tengah hari adalah acara penutup. Nasik beriyani, ayam masak merah & yang sesuai dengannya... Sodap! Kenyang ah kak..! Hiks...


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Wednesday, February 24, 2016

WORDLESS WEDNESDAY #99: CRABBY

~ Crabby Bercili

'Crabby' instead of 'ketam', bunyik dia manjas2 sikit. Ahaks...


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Tuesday, February 23, 2016

JANGAN LUPA ASAL-USUL

Tengah hari tadi, Mak call. 2 kali. Jadik missed call sebab aku tak jawab. Aku keluar lunch dengan Oppa. Tertinggal handphone kat opis. 

Lepas solat Zohor, aku call Mak pulak. Owh... rupa2nya, Mak nak buat aduan pasal handphone. Tengah ghalit sembang dengan kawan, terputus katanya... Mak try call back, tak dapat. Mak risau, kot2 la handphone ada problem ke... atau pun kredit habis ke... 

Aku check, kredit Mak banyak lagik. So, bukan masalah kreditlah & bukan jugak masalah handphone. Sebab elok je Mak boleh call aku sampai 2 kali missed call. Mungkin bateri handphone kawan Mak habis kot... Mungkin la...

 ~ My beloved Mak. Takde galang ganti. 1 & only.

Lepas tu, Mak bercerita lagik. Dah nak khatam quran beramai2 katanya... Setiap pagi, Mak & geng surau bertadarus kat surau. Alhamdulillah... dah hampir khatam. Seronok sangat suara Mak. Aku pun tumpang happy. ;)

Petang tadi, aku call Mak lagik. Saja2 je... Sambil sembang pasal nampak 'Atok' (suami nanny Rania) bawak Rania round2 taman naik motor. Dengan headband munge seketol kat kepala, dengan muka slumber tak boleh blah... Rania cool je. Tergelak jugak Mak dengar cerita aku. He3...

Mak kata, Mak ada aktiviti dengan Acik Faizah & geng surau yang lain. Hantar beras & makanan ruji yang lain2 ke rumah insan2 yang memerlukan. Dana datang dari sedekah jariah. 

Mak kata lagik, dulu kita pun pernah susah. Sekarang, bila Allah dah murahkan rezeki kita sikit, dengan kelapangan waktu yang ada, jangan lupa pada yang kurang berkemampuan. Kita bukanlah sekaya mana. Tapi, kita masih mampu sediakan makan pakai, masih mampu 'bernafas'. Apa salahnya kalau kita hulurkan tangan. Mungkin sedikit sebanyak boleh kurangkan beban mereka.

Jangan lupa asal-usul. Pesan Mak masih & sentiasa dekat di hati. In shaa Allah...


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Monday, February 22, 2016

ARELEEZ IN WONDERLAND

A_bern kata, ada laksa tersodap kat Bangi. Jadik, aku pun Waze.

Redup Rimba Corner,
Jalan Pusat Bandar, Bandar Baru Bangi,
Selangor.

No. Telefon: 017-6826322

Alhamdulillah... Selamat sampai...

~ Laksa didatangkan dalam claypot. Portion besar.

~ Penggemar laksa mungkin boleh habiskan se-claypot tu. Tapi, untuk yang jenis makan so-so je macam aku, perlu sharelah kalau nak elakkan pembaziran.

Rasa dia ok, not bad... Tempat pun bersih, open air. Boleh nampak tasik, jalan raya, housing area & playground. Harga berpatutan. Service laju. Cendol dia pun sodap jugak. Sesuai sangat dengan laksa. Bak irama & lagu! Eceh!

Rating: 3.5/5 mintang

Jemputlah singgah, kalau nak merasa... ;)

Kami masih lagik tak nak balik walaupun perut dah kenyang. Asik nak merayau2 je kerjanya. He3...

Last pit stop:-

Anjung Floria
Presint 4, 
Putrajaya

~ Wow, Mak nampak kurus! He3...

~ Jalani hidup seperti sungai yang mengalir. Mengikut arus, bukan menongkah. 

Amekaw! Sesekali #SongJiHyo berfalsampah. Ahaks...

~ Tak pernah jemu #SongJiHyo & #KangGary ni berselfie. Gigih! Heh3...

~ Mak macam nak nyanyi lagu Negaraku je. Berdiri tegak! He3...

~ Walaupun 'hati' kami kecik tapi, CINTA kami BESAR..! Hah, falsampah lagik! Ko ada..?!! Ha3...

~ Kengkonon Great Wall of China. Kengkonon, ye... ;P


~ Nazim dah nak sama tinggi dengan Mak. 

~ Comel! Hiks...

~ #KangYeJun sesat. Ha3...

~ Ikan oren. ;P Cantik.

~ Ni hao ma? ;P

~ Wo mama... #MakSayaDalamBahasaCinaKengkononnya Betul ke? Hiks...

~ Boleh pulak Oppa bertapa kat sinun. Isk3...

~ Mak nak tolong buat liposuction sebab ngeri tengok '6-pack' Oppa. Ha3...


~ Wonderland katanya...

~ 'Bola2 api...' ;P

~ Tongkat magic Harry Potter.

~ ARELEEZ in Wonderland... Kejap lagik nak carik 'Johny Depp'. Ha3...


~ Mak dah ketandusan idea nak pose macam mana?! Aku paksa suruh ubah gaya pose, terus jadik cenggini. He3... Kiut!


~ ARELEEZ in Wonderland #2... Tak jumpa2 lagik dengan 'Johny Depp'. Hu3...


~ Panas membahang. Tapi, tetap gigih! 



Selepas beronok2 kat Anjung Floria, baru la we ols hantar A_bern balik ke Kajang Perdana. Penat jugak. Lepas mandi & refresh, makan bihun sup & nasik sup. Kakak masak. Ada pulak ikan masin goreng. Perrgghhh..! Meleleh air liur bila terkenang balik, wa cakap lu..! Hu3...


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Sunday, February 21, 2016

'IKAN DUYUNG & LUMBA2'

Hari yang ditunggu2 oleh bebudak. Eh, 'mak budak, bapak budak, kakak budak, nenek budak, mak & pak sedara budak' pun tertunggu2 hari ni jugak sebenornya! He3...

Pagi2 lagik semua dah kena kerahan bangun awal & packing2. Nak ke Gold Coast Morib Water Amusement Park (GCMWAP) & terus check-out. Keluar awal sebab nak chop parking.

~ Menunggu Mr. Drivers sekalian parking kereta.

~ Amik kesempatan berselfie.



~ Purak2 sabor je ni... Hakikatnya, semua dah excited nak jadik 'ikan duyung & lumba2'. Ha3...

~ Rifqi yang tak habis2 nak jadik Ultraman! Haish!

Tiket tak boleh booking / beli awal. Konsep walk-in. Mula dibuka dari pukul 8 pagi hingga 7 malam. Kadar tiket adalah seperti berikut:-

Dewasa: RM 37
Kanak2: RM 21
Sewa Pelampung: RM 20 (termasuk RM 10 deposit)

~ 'Ikan duyung vs Ikan lumba2.' Ha3...

~ Ada banyak jenis pool. Aku, Mak & Andak selesa dengan spesis pool yang ini. Ala2 river pool.

Nenek tak join mandi-manda. Kami restkan Nenek kat 1 port yang agak sesuai untuk Nenek tengok kami berkubang. Siap dengan makanan. He3...

~ Kid's pool. 

~ Terima kasih, Oppa... untuk gambar yang kiut sangat nih! Heh3...

Luas. Agak proper. Banyak pools & slides. Boleh pakai baju sopan untuk mandi-manda. Tak terikat dengan bikini / burqini semata2. 

Tapi, ada slide yang mewajibkan swimming suit. Tak kira lelaki / perempuan. Untuk lelaki. longgar sikitlah sebab kalau just pakai short / seluar panjang biasa pun bollehhh... But, wajib bukak baju. 

Alasan diorang logic & munasabah, faktor keselamatan. Takut baju tersangkut kat celah2 sambungan slide kalau pakai baju biasa. Material swimming suit lebih smooth & sesuai. 

Maybe dah pernah ada kes tersangkut dalam slide kot... Sebab tu diorang buat rules cenggini. 

~ Nak pergi changing room dah... 

Changing room pun ok. Agak bersih. 

~ Rasa nak terjun balik. He3...

~ Antara slides yang ada. 


~ Mana nak carik pokok kelapak yang 'sama level' dengan I ols..?!! Kat sini je tau! Hiks...

~ Siap dah. Ghalit berwefie. Macam tak nak balik kekdahnya. He3...

~ Mak mengabadikan kenangan. Eceh!


~ Kak Yong pun gigih selfie! ;P

~ Lepak sekejap. 

~ Lepak lagik...


~ Cantik mural dia. Bila kami tumpang menebeng kat situ, semakin cantik nampak gayanya. Ahaks...



Gold Coast Morib International Resort,
PT 294, Kawasan Kanchong Laut,
Morib Beach, 
42700 Banting, Selangor.

No. Telefon: 03-31981028

Rating: 3.5/5

Sesuailah kot kalau nak bawak family bercuti kat sini, especially kanak2. Aku review dari aspek water park lah. Dari aspek hospitality, den tak dapek nak nolong sebab tak stay kat sini. 

Pantai dia agak ke laut sikitlah. Smelly & macam tak sesuai untuk mandi-manda. 

Kak Aneem nak beli kerepek. So, kami singgah kat kerepekbanting.com. 

~ Singgah & shopping kerepek secara berjemaah.

Andak + family balik ke Teluk Intan kecuali Wawa & Naim. Budak berdua tu join kitorang hantar A_bern balik ke Kajang. 


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::