Wednesday, August 26, 2015

PERSEMBAHAN TRANSPORT

#Throwback

'Kapal Running Man' dah balik. Annyeong... Hu3...

Mohlah beralih ke persembahan dari pasukan keselamatan negara buat kali ke-2. Masih di Resort World...

Mengkesahkan aset2 a.k.a transport yang digunakan dalam sesebuah operasi. 

~ Preparation

~ Ini sejenis transport jugak, hokay..! Boleh muat 2 orang. Tapi, aku lupa nama ia apa. Mahaplah...

~ Yang ni pun best jugak. Rasa macam nak tumpang je. Heh3...

Tak tengok sampai habis pun. Sebab kesuntukan masa. Ada banyak lagik aktiviti yang nak dibuat. 


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



WORDLESS WEDNESDAY #85: A OR B

~ A (Western) or B (Eastern)?

Yang mana 1 pilihan kalbu? ;)


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::




Sunday, August 23, 2015

PERANCANG BANDAR

Raya3..!!! Tak habis2 lagik. Gigih, noks! Ha3...

Rumah kawan Mak a.k.a Kak Noni. Dari raya ke-2 nak beraya kat rumah Kak Noni. Tapi, Kak Noni takde kat rumah. Kenduri katanya...

So, Kak Noni set up hari lain untuk kami beraya & dia pun dapatlah masak2 something kan... 

~ My 'bodyguard & dayang2'. He3...

~ Kak Noni suruh lepak2 dulu sementara dia & maid set up meja. & kami pun ber-wefie..! Wee hoo..!

Kak Noni jamu nasik lemak, nasik impit & rendang ayam. Makan sambil chit chat... memang tak sedarlah dah berapa kali cedok untuk refill. Ha3...

Tapi, aku tukang dengor & gelak tersipu2 malu je la... Nak menyampuk, tak reti. Eceh! 

~ Aktiviti lepas makan. Babysit bebudak ni sambil jadik 'perancang bandar'. ;P

Best la pulak toys yang anak Kak Noni keluarkan tu. Even anak2 Kak Noni yang 2 orang tu pun terkagum2 tengok kami develop 'bandar kami'. 

Kak Yong kata, "Balai polis kena la letak kat sebelah pejabat. Nanti orang jahat tak berani la kacau papa & mama."

Kak Ngah kata, "Restoran kena letak kat sebelah taman yang ada banyak munge2 ni. Lepas main2 kat taman, boleh makan kat restoran."

Rifqi kata, "Acu, ini Ottomen & Ryukendo (sambil tunjuk 2 patung polis). Adik letak kat sini, ye? Boleh tangkap orang jahat."

Ha3... macam2lah korang ni kan... Dah kenyang lepas tu, kepoh!


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Friday, August 21, 2015

ANNYEONGHASEYO

#Throwback

Oppa tapau breakfast. Nasik lemak dengan kuih karipap. Sedap, owh... 

Oppa kata, tapau kat mokcik yang meniaga bukak payung tepi jalan tu je. Bukan kedai / restoran. Serious, sedap! Oppa kata lagi, kalau macam tu, esok dia tapaukan lagiklah. #JiHyo ok jerrr... ;)

Pagi tersebut adalah pagi yang penuh dengan semangat. Sebab itulah hari & detiknya... kami nak menjelajah ke dalam perut kapal Korea yang besor godang tuh. Mulut pulak, asik nak praktice speaking Korean je. Pening Oppa. ;P

Kejap2 kang... 'Annyeonghaseyo...'
2, 3 minit lepas tu... 'Kamsahamnida...'
Kejap2 lepas tu kang... 'Bogoshipo...'
Last2... 'Saranghae...'

Dah. Tu je pun yang aku tau. Ha3...

~ Dah sampai. 

Hmmm... aku syak yang 'Dae Jo Yeon' tu samadengan nama kapal tesebut. Sebab bila aku check kat Google Translate, dia keluar wording yang sama jugak in Malay.

Ke... ada maksud lain? Ntah! Korang tau ke? Share lah.

~ B'debar, dowh... nak masuk dalam ni. Perasaan dia adalah perasaan seperti kau akan terserempak dengan Kim Jong Kook, Lee Kwang Soo, Kang Gary, Yoo Jae Suk, Ji Hyo, Haha & Ji Suk Jin kat dalam tuh. Ha3...

~ Puas hati.

~ Ni dah kenapa sampai nak tabik2 spring bagai... ntah?! Ha3...



~ Ruang depan.

~ Dengan anak kapal. Ko suruh la dia berdiri arah mana sekalipun, dia tetap akan posing secara tegak cenggitu. Nak suruh pose comel2 seperti retis K-Pop tu pun ah kak neves! Ha3...

~ Port ' Titanic'. He3...

~ Meriam. Kalau main time raya ni, perrgghhh... kompom gegar vaganza, bebeh! ;P

~ Dengan Song Ji Hyo fake. Tinggi nau2!

~ Terima kasih Song Ji Hyo fake sebab tolong snapkan gambar 'saranghae tak cukup sifat' ni. Ha3...

~ Kami sampai tepat pada waktunya. Sebab tak lama lepas turun dari kapal, diorang dah tutup pintu untuk visitors. Nak belayar balik Korea dah. Annyeong..! ;)

~ Kapal Kri Kujang from Indonesia.

Ok, experience ini sangat fun! I love ships. ;)

Rasa macam nak menyorok je kat dalam Kapal Dae Jo Yeon tu. Nak meng-smuggle-kan diri sampai ke Korea. Boleh jumpa Running Man. 

Ha3... Berangan...


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Wednesday, August 19, 2015

WORDLESS WEDNESDAY #84: TODAK PLANE

~ Todak Plane... bukan nama sebenar. ;P



:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



CHEESY GRILLED CHICKEN

*Slot Ketuk2 Kuali Bersama Areleez (KKBA)

Petang semalam, rasa macam teringin nak basuh merangkap nak kemas2 bahagian dalam WirAsLeez. Dah macam lori pindah rumah rupa parasnya. Sedeh!

Tapi, Oppa menghalang niat suci murni isteri mithali dia ni. Tak payah susah2 katanya... Esok Oppa nak hantar kat carwash, sekali dengan tukar wiper.

Ok, paham... Maksudnya, Oppa sayang sangatlah kat #JiHyo dia nih. Takmo tangan dia kasar2... badan penat2... baju basah... bla3... Hokay... memang nampak sangat kasih sayang yang Oppa tunjukkan tu. Awwsss..! Ha3... #MemintaSangatKenaLempang

#JiHyo pun tukar plan lah. Dari basuh kereta ke memasak. Meh, tengok #JiHyo masak apa, meh! ;)

Bahan2:-

1/2 ekor ayam (dipotong)
2 keping processed cheese
1 cawan brokoli
1 sudu kicap manis
2 sudu sos cili
1 sudu sos tomato
1 sudu butter
1 biji tomato (dihiris memanjang)
1 biji limau kasturi (dibelah 2)
Mayonis
Daun salad
Garam

Cara2 Penyediaan :-

1) Perap ayam dengan sedikit garam, kicap manis, sos tomato & cili selama sekurang2nya 1 jam.
2) Cairkan butter dalam kuali grill.
3) Grill ayam hingga separa masak.
4) Letakkan brokoli di celah2 ayam. Teruskan grill.
5) Koyak2kan sekeping processed cheese. Letak di atas ayam & brokoli. Grill seketika. Tutup api.
6) Susun daun salad, tomato & limau kasturi di atas pinggan.
7) Letakkan mayonis secukupnya.
8) Susun ayam & brokoli yang telah digrill tadi di atas daun salad.
9) Koyak2kan lebihan processed cheese ke atas hidangan. Siap!

~ Cheesy Grilled Chicken

Bbrrppp...

Ooppsss! Sendawa rasa 'omputih' lah! (Read: cheese lah!) Ha3...


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::




Tuesday, August 18, 2015

KEMBUNG PERUT AKIBAT LAKSA

Pencarian 'mangsa' masih diteruskan pada 3 Syawal. Misi terjah kekdahnya... 

Nasib la... siapa yang terima kedatangan kami sebagai tetamu. Redha ke... terpaksa ke... kami belasah je! Juadah raya pulak gerenti habis dikerjakan! Memang akan jadik 'mangsa' sangat la kan... Haaa... ngeri tak? Ngeri tak? Hiks...

~ Rania dah tak sabor nak ajak Nenek dia, buat misi terjah. He3...

Pertama sekali, terjah rumah kawan Kakak. Kawan zaman childhood a.k.a setadika. Dah lama kot tak bersua muka. Finally, jumpa di Facebook katanya... Misi terjah merangkap jejak kasih la kiranya ni kan... He3...

~ Mereka gigih bersembang, kami pulak gigih berwefie. Heh3...

Juadah raya yang disediakan adalah laksa. Ok, fine... Tak payah nak wefie sangat wahai anak sedaraku... Marilah kita mencekik laksa dulu. Lepas tu, boleh sambung berwefie balik. Ha3... #BurukNau2Perangai

Misi terjah diteruskan...

Kali ni, ke rumah Wak pulak a.k.a rumah wajib setiap tahun. Sebelum terjah, dah roger2 dulu. Tapi, tak berjawab. So, gamble je la... Ada rezeki, dapat la beraya dengan Wak. Kalau takde, redha je la...

Dipendekkan cerita, Wak takde kat rumah. Maka kami pun meneruskan misi terjah ke rumah kawan Kakak lagik... Rumah Kak Yati. Dijamu dengan laksa, mee kari & tapai ubi. Laksa dia... perrgghhh... pekat, likat, melekat, jitu & yang seumpamanyalah! Kembung perut we ols akibat laksa... Ha3...

Rumah terakhir adalah rumah Abang. Kojo sonang nih! Lepak2, tido2, makan2... itulah aktiviti di rumah Abang. Best2. Aku suka je. ;)


p/s: Ye, aku tau Syawal baru je berlalu. Tapi, sukahati tuan tanah kedaunglah! Peace! Heh3...


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Monday, August 17, 2015

PERMATA KEDAH

#Throwback

Dari Resort World terus ke Pantai Cenang. Sempat la tapau burger spesel 2 bijik untuk minum petang. 

Carik port cantek, duduk atas pasir pantai yang memutih halus mulus gebus tuh sambil perati orang mandi laut. Eh, bukan mandi laut je! Macam2 aktiviti ada. Paragliding, banana boating, jet skiing, bla3... Tak kurang jugak yang macam kami. Lepak2, makan2, sambil menikmati apa yang ada kat depan mata.

~ Langkawi Permata Kedah

Sunset yang indah. Terima kasih, Allah atas nikmat-Mu...


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::


Friday, August 14, 2015

LUCKY DRAW RAYA

Raya ke-2 adalah turn beraya kat rumah Mak pulak. Kakak & Abang pun dah roger2, tanya pukul berapa nak sampai kat rumah Mak. Kesimpulannya, aku dengan Oppa yang sampai dulu. Diorang lambat sikit sebab tengah tunggu turn nak mandi kat rumah mertua memasing. Paham2 je lah... raya kan... Queue nak masuk bilik air kompom panjang sedepa.

Takpe, bagus jugak begitu. Bolehlah aku & Oppa habiskan lauk-pauk raya air tangan Mak yang sememangnya daebak! Tinggalkan tulang2 dengan pinggan2 kotor je untuk mereka. Haaa... nampak tak kekejaman di hari raya di situ..?! Ha3...

Hari raya belah family aku pun tak pernah sunyi dengan photoshoot. Lepas photoshoot, terus berdesup... ziarah sedara-mara / kawan2. Takkan ada di rumah. Kalau nak jumpa, cariklah kami di rumah sedara-mara / kawan2 tersebut. Ha3...

~ Songkok lintang tu memang... #Halusssss ;P

~ Hokay, sopan sikit, pehhh--liss..! ;)

~ Saranghae... Roh 'Kang Gary & Song Ji Hyo' meresap masuk dah. Ha3...

~ Melompat raya... konsep dia. Rifqi = 'Mangsa keadaan' Acu dia. He3...

~ Photographer tak bertauliah ni pun nak enterframe jugak. 

~ Peace, ya'll..! ;P
~ Semua dah siap, dah cool & dah make up cantik2. So, bolehlah amik gambar family. Yang paling cantik vogue da vass of courselah gigirl yang tepaling kiri di barisan belakang tu. Awwsss2..!!! Ha3...
~ Ini konsep dia adalah... gila2 di hari raya. Ha3...

~ Asal suruh free style je, semua jadik ting tong. Asal ting tong je, semua free style. Hiks...

Tahun ni ada 1 perbezaan. Ada Lucky Draw Raya, hoiii2..!!! Dianjurkan oleh satu2nya abang kandung yang aku ada. 'Si tauke XOX.' Tetttttt......... ;P

Jimat melampau2 katanya! Tapi, aku tak reti nak explain lebih2. Kalau teringin nak tau, terjah je la Facebook beliau ni. ;)

Abang dah sediakan lucky draw berupa 5 keping angpau raya yang masing2 mempunyai nilai wang yang berbeza di dalamnya. Paling tinggi adalah 15 hengget kot... & paling rendah adalah 2 hengget. Peserta terdiri daripada adik-beradik, ipar-duai & anak sedara beliau. Mak & ahli keluarga penganjur tak dibenarkan participate sebab memasing dah dapat angpau spesel.

Memula, Abang suruh cabut je mana2 angpau yang jadik idaman hati. Tapi, macam tak function je kekdah tu sebab memasing gigih macam nak terkam beliau. Ha3...

Finally, Abang aci baling je semua angpau2 tu. Nasib la ko dapat kutip yang mana 1. Aku syak akulah pemenang Lucky Draw Raya tersebut. Sebab aku kan #JiHyo, si Ace yang selalu bertuah! Heh3...

Tapi, hampeh! Sebab aku punya nilai angpau hanyalah 2 hengget. Paling rendah, hokay..! Stress ah kak tau! Dah rasa macam Lee Kwang Soo pulak. Uwaaawaawaaa...

~ Berbangga dengan angpau raya memasing. Pemenang adalah Kakak kot... Oppa dapat 5hengget, aku dapat 2 hengget, jumlah keseluruhan = 7 hengget. Bolehlah buat bayar bil air. Hu3...

Sepatutnya, family mertua aku datang beraya pagi tu. Tapi, ding-dong, ding-dong, takde rezeki nak beraya. Even Mak & aku dah siapkan juadah raya spesel, siap susun2 semua kat meja ruang tamu. Plannya, lepas mereka datang, barulah kami move on... beraya. 

Dipendekkan cerita, family mertua ke Selabak dulu & diorang suruh kami go on beraya dulu, kemudian baru roger2. Al kessahnya... family aku kalau beraya memang tahap tak ingat nak balik. Ha3... 

Dari Teluk Intan sampailah ke Batu Gajah nun... Malam baru sampai rumah Mak. So, takpe la... takde rezeki. Raya haji / raya2 yang akan datang je la kot... In shaa Allah... ;)

~ Jalan2 raya...

Rumah pertama adalah rumah kawan Kakak. Sedap pulak bihun sup yang kawan Kakak buat. ;P

~ Rumah ke-2 pun adalah rumah kawan Kakak kat Chenderong Balai. Kami memang suka buat rumah orang macam rumah sendirik. Harap maklum. Ha3...


~ Berjaya bawak Ottomen Mebius enterframe. Bukan main girang lagik si Ottomen Mebius tuh. Ha3...

~ Oppa sentap sebab tak dapat duit raya. Terpaksa la #JiHyo pujuk. He3...

~ Siblings forever... Tetiba, Ottomen Mebius enterframe. Dengki lettew..! Ha3...

~ Rumah ke-3 adalah rumah Pak Tam. 

~ Makanan kat rumah Pak Tam pun cantik menarik tertarik komemangthebomb jugak! Nasik putih + ikan goreng + ikan sepat masin goreng + masak lemak kobis + kari ayam + sambal belacan. Perrgghhh..!!! Ko mampu nak tolak makanan yang seumpama itu? Aku... kompom tak mampu! Belasah! Ha3...

Rumah terakhir adalah rumah Uteh. Pun ada makanan yang... masha Allah... Superb! Nasik putih + ikan goreng + telur dadar + sayur campur + ikan masin goreng + sambal belacan. O.M.G..! Dari perut agak sederhana kenyang, terus lapor balik. Automatik! Ha3...

Apa yang berlaku di hari raya ke-2 tu semuanya best2 & happy2 belaka. Tapi, yang paling win adalah... Lucky Draw Raya. Daebak! 

Terima kasih kepada organizer. Semoga Abang sukses dengan bisnes XOX-nya. Semoga Allah murahkan rezeki. Semoga impian tercapai. Aminnn...

Lain tahun, sila buat Lucky Draw Raya lagik. Sharing rezeki kekdahnya... Kasik up sikit nilai angpau tuh. Supaya makin berkobar2 semangat kami nak merebut angpau. He3...


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Wednesday, August 12, 2015

'AWEK' JAMBU

#Throwback

Destinasi hari pertama adalah Resort World Langkawi. Nak tengok Maritime Zone. Khas untuk peminat2 submarines, warships & vessels. Boleh tengok sampai lebam siap dengan info2 dia sekali. 

Masuk adalah percuma. Hoyyeahhh..! ;)

~ Jumpa helicopter, gigih amik gambar dengan helicopter. Baru tengok yang spesis besor ni, dah dia punya excited melambung2! Kalau tengok yang lebih dari ni, aku rasa aku nganga terkagum2! He3...

~ Peluru tu, kalau gantung kat leher, boleh bongkok 3 wooo..! Hokay, fine! Kagum lagik. Ha3...

Dinasihatkan, bawaklah payung / topi / yang sewaktu dengannya. Sebab ada zon open air. Panas membahang toksah ceritalah. Berkerut2 dahi ah kak menahan pancaran mentari, you ols..! Awwsss..!!! ;P

Tapi, kalau tak bawak segala jenis penahan terik mentari pun takpe. Sebab ada booth yang jual payung godang & cap. Sediakan ongkos je.

~ Zon yang ber-booth. Sejuk & redup sikitlah.
~ Baru register jadik pasukan beruniform. He3...

Ada show khas jugak dari pasukan keselamatan negara. Aku syak, acara ni la jugak yang ditunggu2 oleh pengunjung sebab awal2 lagik diorang dah pilih port memasing kat sekitar tebing Resort World tuh. 

Sinopsis kes: Ada V.V.I.P kena kidnap dengan lanun. Lanun mintak wang tebusan. Pasukan keselamatan dapat selamatkan V.V.I.P tersebut, fight dengan penjenayah & control situasi dengan tangkas. 

Hokay, daebak!
~ Siap dengan bom meletop 'kebabom2' lagik..! Diakhiri dengan tabik hormat kepada pengunjung naik helicopter. Relax je abang polis tu berdiri tegak kat tepi helicopter sambil tabik hormat. Macam tak goyah!
~ Ada 'awek' jambu wooo..! Izara Aishah fake! He3...
~ Show ke-2. Khas untuk tunjuk & buat demo pasal aset / kenderaan yang digunakan dalam sesebuah operasi.

Tak susah nak jumpa Zon Maritim ni. Carik je Resort World, kompom destinasi anda tepat. Cenggitu...

Resort World Langkawi
Tanjung Malai
07000 Langkawi, Kedah

~ Nak tengok warships & vessels pulak. Kat Jeti Star Cruises. Tak payah risau / takut sesat sebab dia bersambung2 je dengan Resort World tuh.

Nun di sana tu, haaa..! Perlu menapak, ye you ols! Transport not allowed. Golf buggy je yang boleh masuk ulang-alik, amik & anta penumpang yang mungkin menginap di Resort World / berstatus 'somebody'. Hu3...

~ Kapal dari Korea baru nak berlabuh. Hokay, fine! Memang tak sabor nak tengok 'Kapal Running Man' nih! Wee hooo..!
~ Petang tu, cuma boleh amik gambar kat luar cenggini je. Tak boleh masuk dalam kapal lagik. Esok paginya barulah pengunjung dibenarkan menjelajah ke dalam kapal.

~ Mintak tolong abang polis amikkan gambar. Terima kasih, wahai abang polis tersebut. He3...

~ Kapal selam. Tak sure pengunjung boleh menjelajah masuk ke tak. Tapi, aku syak, tak boleh kot... sebab takde orang bersidai kat situ pun. Macam dikawal rapi sikit.

Masa nak balik, ada abang navy kasik tumpang golf buggy yang dia drive. Owh... sorga, noks..! Sembang punya sembang, rupa2nya abang navy tu orang Kampung Bahagia, Teluk Intan. Ala2 sekampung, weh..! He3...

Thank you very muchlah, wahai abang navy yang baik hati. ;)

~ Nak ke parking lot, terserempak pulak dengan abang ninja nih. Kita amik gambar, dia kasik jelingan sexy pulak. Awwsss2..!!! Ha3...

Berlengas, berpeluh2, kaki cramp bagai... tapi, satisfaction tetap ada. To the max! Kami happy... ;)


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::