Wednesday, April 29, 2015

WIRAWATI A_BERN

#Throwback

Kami mengterjah rumah Kakak di Kajang. Bukan ambush tapi, dirancang. Sebab tujuannya adalah nak melawat A_bern kat Kem PLKN. 

Transit 1 malam kat rumah Kakak. Esoknya, pagi2 lagik dah berangkat ke Kem PLKN Bintangor, Nogori Sembilan. 

~ Selfie beramai2 di dalam kereta. He3...

Giler jauh, noks A_bern tercampak! Kat ceruk hutan belantara nun! Masuk kampung, lalu ladang kelapa sawit, kebun, last sekali hutan belantara. Jalan masuk tu pun kecik je! Berbukit2 pulak tu, haaa..! Jumpa pulak kandang kuda... perrgghhh... memang secukup rasa la..! 

~ Wirawati A_bern yang diraikan & dibagi makan banyak2. Sebab katanya, duduk kat kem tu, perut dia asik lapor. Lagik banyak aktiviti, lagik lapor. Ha3... A_bern2...

~ KFC ada... nasik lemak beli ada... masakan ibundanya pun ada. Hah, amekaw! Makanlah sampai lebam, A_bern oiii..! ;P

~ Memanjakan diri.

~ Makan2, sembang2 & lepak2.

Cenggitu la rupa tempat perjumpaan kat Kem Bintangor. Khemah ada 2 je. Kalau ramai pelawat, memang tak cukup la nak menampungnya kan... Pandai2 la ko carik port yang ko rasa paling best & strategik. & kami pilih port di bawah pokok, aci bentang tikar bajet macam picnic gitu..! Sesekali kalau 'bernasib baik', merasa la ko cium aroma bau kuda. Sedeh! Hu3...


~ Nenek rindu cucu, cucu pun rindu nenek jugak. ;)

~ Buang tebiat. Ha3...


~ Happy. Tapi, sedeh jugak sebab dah nak balik. Tsk3...

~ So, selfie puas2 buat pengubat rindu.


~ 'Auntie & uncle' yang kerjanya asik membuat onar. Ha3...

A_bern balik ke dorm naik bas PLKN. Sampai bas bergerak baru kami pun bergerak balik. Aku sengaja usik Kakak. Air mata dia dah bergenang tengok anak tunggal dia dok dalam bas. Aku aim nak usik dia sampai nangis. Ha3... Kejam betul niat adinda. ;P

& adinda pun berjaya... Hiks...


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Sunday, April 26, 2015

SAWAH PADI KE OMBAK LAUT

1st lone ranger drive dah sukses. So, kalau setakat nak ke area Lumut tu, My 'Jebat' dah kasik green light dengan confidentnya lah. Yee haaa..!!!

Kali ke-2 bawak Nenek, Nenek Pendek (nickname ye, you ols..! Beliau adalah kategori nenek saudara, errr... adik ipar nenek... cenggitu la...), Mak Yang & of course la Mak. Mana boleh drive lone ranger tanpa Mak. Syarat wajib My 'Jebat' tu. ;P

Kami sampai kat Lumut Waterfront pukul 12 tengahari. Sedang2 elok untuk lunch. Makan nasik kandaq, tak jauh dari Lumut Waterfront. Makan tak toleh kiri kanan habaq hang! Lapor!

Kemudian, pergi shopping kat kedai2 yang bersepahan kat sekitar situ. 

~ Gambar bukti bahawasanya dah selamat sampai Terminal Jeti Lumut. Eceh!

~ Lepak2 kejap sambil layan bunyik ombak & bayu laut.


~ 2 Neneks yang letih berjalan... Lepak kejap, amik napas. 

Bila dah hilang penat sikit, kitorang pun teruskan 'pengembaraan'... Moh ke AEON Seri Manjung la jawabnya... 

Tak sampai sejam pun kat situ. Lepas shopping mengikut kemampuan, terus balik. Dah petang, takmolah cecah pukul 7 malam baru sampai rumah. Nanti tak pasal2 'lesen lone ranger' kena tarik balik! Ha3...

~ Jubah yang Mak shoppingkan kat AEON Seri Manjung. Mak amik kaler oren & Mak Yang amik kaler kuning. Cantik!

~ Nenek pun nak show-off baju yang dibeli. He3...

Nenek memang sporting kalau disuruh bergambar. Ko request la nak pose macam mana pun... (maksudnya, yang senonoh je lah, ye!) kompom Nenek buat. Siap pakej sekali dengan melatah lagik ko akan dapat! Ha3...

1 kepuasan bila dapat bertukar angin cenggini. Asik 'cium bau' sawah padi je kan... Sekali-sekala, 'cium la bau ombak laut' pulak. Baru la wonderful life gitu..! ;)


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



4 PIT STOP

Baru cuba2 nak drive jauh2 sikit. Sebab sejarah paling jauh aku pernah drive tanpa My 'Jebat' adalah Langkap, Perak je. Errr... kejap, ek! Nak Google Maps jarak dia dari Teluk Intan. ;P

Hah, 24 km yang bersamaan dengan 23 minit! Inilah jarak pemanduan lone ranger aku yang terpaling jauh. Daebak kan? Ahaks3...

Pada suatu hari yang indah sangat tu, adinda pun memohon keizinan daripada kekandanya untuk mengdrive secara lone ranger sampai ke Lumut nun..! Alhamdulillah... mendapat restu & diperkenankan...

Hamboih..! Gediks sangat aih guna kata ganti nama cenggitu..! ;P

~ Nak kata 100 % lone ranger tu, takde la kan... Tetap ada 'co-pilot'... Mak, Kak Yong & Kak Ngah.

Kena jugak ada teman. Sebab kalau mereka takde, nanti aku cuak tahap hand break pun tak tau kat ceruk mana?! Hu3...

Pit stop pertama: Masjid Al-Adli, Lumut

~ Macam tak percaya je dah jejak kaki secara lone ranger kat Masjid Al-Adli. Macam magic! Macammm... 'Eh, betul ke ni, noks?' Haaa... macam gitu lah perasaan dia. He3...

Hujan renyai2. Lepas solat Zohor, lepak2 kejap.

Pit stop ke-2: Restoran Silaturrahim, Teluk Batik

Agendanya adalah lunch. Lapor giler! 

Pit stop ke-3: Pantai Teluk Batik

~ Lepak2... tengok pantai, laut, ombak...

~ & makan aiskrim... Hoyyeahhh..!!!

Pit stop ke-4: AEON Seri Manjung

~ Window shopping & bawak kanak2 Ribena naik kereta comel.

~ Mak pun excited! He3...

~ 'Remp-it' muslimah. He3...

~ 'Remp-it' yang dasat! Ha3...

Beli jeruk, donut Big Apple & balik. Lewat petang sampai rumah.

Alhamdulillah... misi berjaya..! Rasa macam 1 kebanggaan sangat..! Terima kasih, My 'Jebat' atas keizinan. Terima kasih, Mak, Kak Yong & Kak Ngah sebab sudi jadik peneman. & terima kasih, #CikPuteh. He3...


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



#CIKPUTEH

Angan2 & perancangannya dari last year. Tapi, masa tu macam belum boleh lagik. Setelkan dulu apa2 yang patut. Lagikpun, takde la tahap rushing / desperate sangat nak 'memilikinya'.

So, angan2 tersebut dicarry forward ke 2015. ;)

Syukur untuk rezeki yang Allah bagi. Alhamdulillah...

Dari saat My 'Jebat' survey sorang2 sampailah ke 'hari penyerahan'... semuanya dipermudahkan. Terima kasih, Allah...

~ Walaupun konpius sikit dari segi warna pilihan. Hmmm... merah ke putih?

Memula dah aim putih. Sebab nampak suci & besor gitu..! Ni namanya permainan ilusi warna ye, you ols..! ;P

Lepas tu, aim merah pulak. 1st time tengok merah kat Maharaja Lawak Mega. Sebab nampak stunning! Tapi, bila tengok secara live, terus ubah pikiran. Nak putih baliklah. Sebab lively, merah tu tak stunning macam dalam tv. More to maroon & agak dull. Tapi, for sure berkilat sebab ia metallic. Yang nampak stunning dalam tv tu mungkin sebab teknik pencahayaan. 

2-3-4 kali jugaklah drop by kat Perodua, semata2 nak buat final decision. Naik muak agaknya staff2 Perodua tu tengok muka kitorang yang bajet kiut sangat nih! Ha3...

Terima kasih kepada Puan Nurul yang entertain kami. Dari survey2 sampai la dok ada depan mata... beliau la yang tolong uruskan semua. Tak payah tunggu lama2 & tak perlu susah2 nak follow up. Servis tip-toplah maknanya! 

~ & akhirnya... we ols pilih... #CikPuteh

Cik Kan masih ada. Tapi, terpaksa 'direhatkan' kat rumah Mak untuk memberi laluan kepada WirAsLeez & #CikPuteh. Hari2, Mak tolong startkan enjin Cik Kan. Kasik 'warming up'. He3... Terima kasih, Mak.

Khidmat WirAsLeez jugak masih diperlukan. Especially untuk My 'Jebat', untuk tujuan site visit contohnya. 

Alhamdulillah3... ;)


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Saturday, April 25, 2015

CUCI MATA & CUCI PERUT

#Throwback

Shopping dengan opismate gigirl. Sebagai salah 1 cara meraikan lepasnya hazab presentation KIK. Ha3...

Destinasi pertama adalah Sogo. Ada sale yang agak giler2! Makanya, bersepah2lah manusia. Perrgghhh..!! Sempot jugaklah nak lalu mencelah. Hu3...

~ Rembat baju Doraemon untuk Rania.

Destinasi ke-2 adalah Jalan TAR. 

~ Shopping baju yang nampak sama tapi, tak serupa. He3...

Singgah Jakel, beli kain ela & karpet. Jenuh la dok usung karpet dari Jalan TAR tu ke basement parking Sogo. Kak Ja park kereta kat situ. Lenguh segala sendi lesung & engsel. Hadoiiyaiiinyapon..!! Lepas tu, terus terasa lapor yang terhamat sangat! Oleh yang demikian, destinasi ke-3 adalah IKEA.

~ Nak makan meatball ni. Aummm2..!! He3...

~ Gambar selepas kenyang. Harap maklum. Ha3...

~ Sempot. Jadik, berenti rehat kejap. ;P

~ Acara wajib kat IKEA. Ha3...

~ Acara wajib tu dah terberjangkit kat Cik Nad...

~ ... & Kak Ja. Hiks...

~ Gigih selfie. Shoppingnya tak pun. Betul2 selfie & makan meatball je. Ha3... Hadoi la...

Balik hotel, semua mengalami symptom kaki cramp yang melampau. Amekaw! 


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Wednesday, April 22, 2015

WORDLESS WEDNESDAY #82: HAPPY TUMMIES

~ Jemput makan.

~ Jemput tengok. He3...

Menggumbirakan perut. ;P


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Tuesday, April 21, 2015

HARI YANG NEVES

#Throwback

Sebelum Subuh dah rasa gedabak gedebuk jantung ni! Perrgghhh..!!! Ingatkan, bila dah ada pengalaman sikit2 masuk KIK, perasaan neves tu boleh dikawal. Tapi, tak semudah itu rupa2nya... Hu3...

Silver Wave adalah presenter pertama untuk hari tersebut. Hmmm... suka ada... tak suka pun ada. Suka sebab bila jadik yang pertama, cepatlah lepas hazab. Tak suka pulak sebab yang pertama, yang pagi2, kompomlah panel juri semuanya tengah segar-bugar. Focus diorang pun di tahap daebaklah! Kompom ada soklan maut! Uwaawaawaaa...

~ Kesah Pegawai Wilayah yang asik2 submit Permohonan Peruntukan Program yang tak lengkap. Lepas tu, kena return & makan masa untuk approval. Inilah masalah yang Silver Wave cuba selesaikan.

~ Q &A dari panel juri dah setel. Alhamdulillah... berjalan lancar jugaklah. 

Lepas dah 1 hazab... Belah tengahari, 1 hazab lagik menyusul. Diamond Wave pulak...

~ Kesah Anggota Lembaga Koperasi (ALK) yang susah sangat nak datang kursus anjuran SKM Wilayah. Bagi pengesahan 'Hadir' tapi, tak nampak batang hidung. Sudahnya, berlaku pembaziran & ALK dok nganga sebab terlepas ilmu.

~ Q & A yang hampir selesai. Aku tersorok di sebalik Cik Nad sebab sedang handle slide.

~ 3 orang panel juri yang buat kami semua seriau habis! 

& akhirnya, dua2 hazab berjaya diharungi... Fuh, lega giler! Dia punya perasaaan kan... memang tak dapat nak digambarkan! Lebih kurang macam melepaskan 1 beban yang hamat besar jauh2 & now, kepala hotak kita rasa ringan, aman, tenteram & damai tanpa beban tu. Haaa... cenggitu...

~ Lepas tu, terus gigih berselfie. Ha3...

~ #Halussss ;P

~ Court costume

Belah petang, dah takde apa2 untuk kami. Kasik chance kat team lain pulak untuk rasa hazab. He3...

Lunch, balik hotel, tido & bersuka-ria sejenak. Ecewah..! ;P


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Monday, April 20, 2015

GOOD JOB!

Gotong-royong lagi...

Asalnya nak buat 5S. Tapi, merebak2 pulak sampai ke luar opis. Sebab bahagian dalam opis macam tak banyak masalah sangat. Everything's under control... kata omputih. ;P

Sapu2 sikit... mop2 sikit... susun2 sikit... ok la tuh. Kat luar opis, banyaklah kerjanya. Sapu2, cantas2, korek2, tebang2, bla3... macam2 lagiklah! Bukan '5S' tapi, dah jadik 'ber-SSS'! Ho3...

~ Good job, Encik Selvam!

~ Good job, Hafiz!

~ Good job, Encik Boss! Terima kasih banyak2 sebab sudi turun padang. ;)

Good job, Cik Nad! 

Good job, Encik Amir!

Good job, Encik Fadzil!

Good job, Kak Ja!

& good job, diri sendirik! ;)


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::