Wednesday, February 25, 2015

WORDLESS WEDNESDAY #79: TOP3... MELETOP!

~ Nasik Kandaq Lambai

Perrgghhh..!!! Top3... meletop! ;P


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Wednesday, February 18, 2015

WORDLESS WEDNESDAY #78: AIR TANGAN

~ Lagik kesah air tangan Mak.

Ada magic! ;)


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Saturday, February 14, 2015

TENGOK #1, LAYAN #2

Istikharah Cinta...

Memula tak berapa nak tengok. Pertama sebab tak minat sangat kat Zul Ariffin. Sebab ke-2 adalah heroinnya. Rasa seperti... 'Hmmm... Faye Kusairi? Sapekah beliau? Apakah..??! Bla3...'

1st impression tu... Tapi, bila dah start tengok 2-3 episod, terus terjebak! Drama queen sangat tau! Ahaks...

Final episode dia kan secara marathon. 2 episod tayang serentak & the end. 

~ Jadiknya... mata tengok #1 & mulut layan #2. Heh3...

Kami order Big New Year Box yang ada Pizza Pastry Crown tu. Rasa dia, not bad la... Tapi, kami tetap prefer Hawaiian Chicken kot sebab paling kena dengan citarasa tekak kami berdua.

Perut kenyang, hati pun gumbira sebab happy ending. ;D

Istikharah Cinta dah habis. Airil & Dina pun 'nak dapat baby dah'... ;P Teman Lelaki Upahan pulak take over. Macam best! Moh le tengok sama2 sampai ke sudah, ye! ;)


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Wednesday, February 11, 2015

WORDLESS WEDNESDAY #77: WHERE TO START?

~ Penangan cuti...

Tak tau... where to start?! Konpius kejap. Hu3...


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Tuesday, February 10, 2015

RAHSIA KEGEBUAN

Masakan Mak memang tak boleh nak tolak. Sesimple macam mana pun, kompom aku makan berpinggan2 tanpa jemu. Magic air tangan seorang Mak kekdahnya...

Korang pun sure rasa cenggitu jugak kan... Pergi la makan kat negara mana... restoran bermintang2... hatta ke hujung dunia sekalipun, masakan mak2 kita jugak yang tetap kita terkenang2, teringat2, terbayang2 sambil meleh2 air liur. He3...

Betul tak? ;)

~ Nasik putih, ikan goreng & gulai nanas ikan masin. Mak masak simple kot..! Tapi, marvellous... tip top... perrgghhh..!!! Layan berpinggan2 pun redha je. He3...

~ Well... masakan Mak adalah rahsia kegebuan ah kak... Awwsss..!!! Ha3...

Rahsia kegebuan you ols... bagaimana pula? Ecewah! ;P


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



SAYURAN BERDAUN HIJAU

Mak ada appointment darah tinggi & diabetes. Pagi2 kena amik darah, nak check HB & glucose bagai... Tapi, result dapat lambat. Pukul 11 pagi, amik kat kaunter 8. Eh, macam korang tau pulak kaunter 8 tu kat celah mana kan... He3...

Tak tau nak lepak mana sementara tunggu dapat result. Mak cadangkan lepak kat Restoran Mastan Ghani, pekena rojak. Hmmm... oklah. Boleh jugak memanjakan perut. Ahaks3...

~ Rojak Mastan Ghani

~ Amboih! Happynya ibunda kita nih..! He3...

Pukul 10.30 pagi, we ols ke hospital balik. Amik result, jumpa doktor & alhamdulillah... semuanya under control. Cumanya, Mak kena consume banyak sayuran berdaun hijau untuk tambah & maintainkan HB. 

Ok, Mak! Lepas ni, sila masukkan sayuran berdaun hijau dalam diet anda. 'Doktor' tak bertauliah ni akan pantau. Eceh! ;P


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Monday, February 9, 2015

SEBESEN PUN MUNGKIN HABIS!

Rambutan memang best! Orang cakap, ada banyak spesis. Rambutan laici la... anak sekolah la... macam2 lagik la... Kalau ko tanya aku, memang aku tak kenal & tak boleh cam. Anak sekolah ke... anak tak berapa nak sekolah ke... semua pun aku bedal! Yang penting sodap, lekang & tak berair. ;)

Orang cakap lagik, rambutan ni kalau makan banyak2 boleh batuk. Ntah la... Tak sure ini fakta / auta. Yang aku tau, kalau dah start makan, memang payah betul nak berenti. Nak2 pulak kalau dapat petik dari pokok, fresh2 masuk dalam mulut. Perrgghhh..!!! Tang batuk tolak tepi, you ols..! Ha3...

Tapi, tu la... nak mengkokak kulit dia tu adalah sesuatu yang amat malas betul nak dilakukan! Buruk nau2 perangai, aih..! Hu3...

~ Tapi, bila Mak dah siap2 kupas kulit sekali dengan pakej baru keluar dari fridge... owh... la2... memang tak menahan kot..!

Sojuk2 je masuk pelan2 ikut tekak terus ke trakea & terus ke perut. Kalau cenggini, sebesen pun boleh habis wooo..!!! Ha3... Hadoih!

#ThrowbackMusim Rambutan


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Friday, February 6, 2015

MEE GORENG ISTIKHARAH CINTA

*Slot Ketuk2 Kuali Bersama Areleez (KKBA)

Nama resepi tu, seperti biasa, memang hot! Ha3...

Bahan2:-

1 bungkus mee (dicuci bersih & ditoskan)
2 keping tauhu lembut
1 pokok sawi (dipotong)
2 keping fishcake (dihiris)
1 biji bawang besar (dicincang)
3 biji bawang putih (dicincang)
1 sudu kicap manis
1 sudu sos tomato
1 sudu besar kicap masin
1 sudu sos tiram
3 sudu besar cili kisar
Minyak masak
Serbuk kunyit
Garam
Air masak

Cara2 Penyediaan:-

1) Lumur tauhu lembut dengan sedikit garam & serbuk kunyit. Panaskan minyak. Goreng tauhu lembut hingga kekuningan. Angkat & toskan.
2) Panaskan minyak. Tumis bawang besar, putih & cili kisar hingga pecah minyak.
3) Perasakan dengan sos tomato, tiram, kicap manis & masin.
4) Tuangkan sedikit air masak.
5) Masukkan sawi & fishcake.
6) Masukkan mee. Sebatikan & masak seketika. Angkat & hidangkan bersama tauhu lembut yang telah digoreng tadi.

~ Mee Goreng Istikharah Cinta

Penangan marathon Istikharah Cinta malam ni. Jangan lupa nonton ye, you ols..! ;)


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Wednesday, February 4, 2015

WORDLESS WEDNESDAY #76: YASSIN

~ Geng surau Mak.

~ Venue: Of course la kat rumah Mak.


~ Terima kasih semua sebab sudi datang. ;)

#Throwback doa selamat & bacaan Yassin.


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::