SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Monday, June 30, 2014

IFTAR 1 RAMADAN... 2014

My 'Jebat' dah cop untuk berbuka kat rumah parents dia. I is ok jerrr... ;)

Meriah sebab ramai yang balik. We ols sampai pukul 5 petang. Maklumlah... rumah 'paling jauh'... Hiks...

Kaum Adam ada yang melepek kat ruang tamu,ada yang melayan anak & ada jugak yang melepek kat dalam bilik. Kak Ti dengan my MIL tengah masak. Tapi, dah hujung2 masak. Maksudnya, dah nak siap. Owh... kojo sonang.! Ha3... Nampak tak menantu hantunya di situ..? ;P

Tapi, pandai2lah cover line... Jenguk2 & tanya, kot2 ada apa2 yang boleh ditolong. My MIL mintak tolong kupaskan timun tanggal, potong dadu,lepas tu, sira dengan santan yang dibancuh dengan gula & sedikit garam. Abah teringin katanya...

Eh, you ols kenal tak timun tanggal yang mana 1? Actually, ah kak pun baru kenal. My MIL ada tanam.Dah berbuah & besar2 pulak tuh!

~ Rupa paras timun tanggal, untuk sesiapa yang tak berapa kenal / baru nak kenal lah. Ada jugak yang panggil as timun betik. Errr... timun ke... betik ke...? Erkkk! ;P

*Credit to: cendanakasih

Itu desertnya untuk sesiapa yang reti makanlah.

~ Ini pulak adalah menu utama. Meriah bukan..? ;)

Macam tak terasa, dah 'selesai' 1 Ramadan... ;)


:: Like3, ek! ::



#THROWBACKDUAPULUHLIMA: SPIRIT FINGERS TU MENATANG APA?

Yang ke-25...

Kan mamat kolam ikan terimbau2 kenangan lama dengan Airen kan... kan3... Ingat tak episod sebelum ni? Ingat kan..? Haaa... disebabkan itulah dia terlambat sikit fetch bunga manja. Sikit lagik je bunga manja nak merajuk. Sikit... je lagik! Nasib baik Mak Awa main peranan, kasik sejuk sikit hati yang sedang merajuk tuh. 

"... Kenapa lambat?"
"Ermmm... ni... tadi, ada... jem. Lembu... dia jatuh dalam parit."
"Ntah hape2 ntah alasan! Tak logik langsung... "

Reason paling bernas daripada mamat kolam ikan. Ha3...

Tak jadik pun merajuk... Cancel sebab terpegun terpana  tengok kesexy-an, kehot-an & kehandsome-an suami terchenta. He3...

"... Oiii2! Kenapa..? Aku tutup zip aku semua..! Ko pandang apa..?"
"Ehem..! Tak, bukan. Ermmm... Mas tengok kan... Abang malam ni, extra hot dengan sexy. Geram Mas! Ssss... huh..!... "

Neves mamat kolam ikan tau! Bini dia tak habis2 usha body dia, dari depan membawak ke belakang, atas bawah kot! Ha3...

"... Erppp... ni... ko nak pergi tak nak pergi? Tak nak pergi, aku balik je."
"Nak3!!!"
"Hah?"
"Nak. Erk! Nak. Jom! Nak. He3... Jom5!... "

~ Credit to: linieynor

Bukan 'nak' pergi dinner function tapi, 'nak benda lain.' Ha3... Gila betul! 

"... Aaaa... Abang, boleh tak pakaikan Mas kasut..? Please..!"
"Huh..! Kaki..."
"Awww..! Slow4. Abang, slow2 sikit. Abang ni... kasar sangatlah..! Cuba jadi romantik sikit..."
"Aku mana reti romantik! Kaki!"
"Ok3. Try yang ni ok... Aaaa... camni la... Ok!"
"Haaa... boleh la tu."
"Thank you, Abang."
"Hmmm... Dah apa lagi? Jom la."
"Jom. Abang, nak... hold hands."
"Nak hold hand buat apa? Depan ni je kereta! Ko nak hold hand, aku hold ko kang!"
"Nak..."
"Apa..?"
"Spirit fingers."
"Spirit fingers tu menatang apa?"
"Sprit fingers..! Haaa... macam ni, kering keding ding6..."
"Allahuakhbar! Sampai bila kita nak spirit fingersnya? Nak pergi ke tidak?"
"He3... Ok2. Jom3... "

~ Credit to: nesco2u

Tak menahan aku tengok 'spirit fingers' tuh! Comel sangat..! He3...

"... Abang. Meow..! He3... Ahhh..! Sorry, Mas tak tahan! Mas geram sangat! Hahhh..! Sorry, Bang, eh!"
"Haish! Mas, ko4 jalan, ko jalan depanlah."
"Hah? Mas jalan depan?"
"Haaa..."
"Ok!... "

Dia jadik kucing betina pulak dah..! Habis expired bumper mamat kolam ikan kena tepuk! Siap jalan meliuk-lentok punya catwalk..! Berpoluh mamat kolam ikan. Ha3...

Sempat la sentap sekejap sebab mamat kolam ikan tak bukakkan pintu kereta. Tapi, nak pujuk memang kojo sonang! Kasik je tangan untuk dia hold hands, kompom tak sentap dah. Dalam kereta pun nak sambung hold hands. Hiks...

Sampai kat rumah Dato' Rasyid pun bunga manja gigih amik kesempatan, peluk sakan suami terchenta. Kak Hannah takkan marah katanya... sebab pantang diorang cuma tak boleh 'ehem2' je. Pegang2 boleh, takde hal! Naik pitam mamat kolam ikan nak melayan bini dia.

Makan pun nak hold hands jugak. Holloh3...

"... Eh2, Mas! Ada awek panggil aku tu."
"Isk!"
"Tu..! Tengoklah."
"Ermmm..."
"Aaa... aku pun babai jugaklah."
"Isk!"
"Apa hal?"
"Abang..."
"Apa..?"
"Boleh tak... ok Mas promise, sekejap je!"
"Apa tadi?"
"Please..!"
"Buat apa? Ooo... ko nak pergi sana?"
"Haaa..."
"Haaa... pergi la..! Tak balik pun takpe."
"Betul2 la, Abang..."
"Pergi la..."
"Abang marah tak?"
"Gila nak marah ko..! Huuu... tak berani... tak berani... Pergi3."
"Sayang Mas tak..?"
"Bolehlah..."
"Isk!"
"Sayang la..."
"Banyak sikit?"
"Ssss... ermmm... aaa... banyak."
"Betul?"
"Ermmm... betul."
"Ok."
"Eh, ni Mas3! Ada awek depan tu nanti ko mintak nombor telefon dia."
"Jangan la... gatal..!"
"Aduh!"
"Mas tak suka la macam ni..! Behave boleh tak?"
"Aku tengah behave la ni! Kalau aku tak behave, aku dah berenang dah belakang ni!"
"Ok. Sayang Mas tak?"
"Tak berapa."
"Sayang Mas tak?"
"Sayang2... "

Melting cayaq habih aku tengok scene ni. Terasa seperti tak berpijak di bumi nyata. Di awang2-an... Ha3... Hadoi la...

Bunga manja kata je sekejap. Dah namanya pompuan kan... kompomlah banyak gossipnya! Terkontang-kantinglah mamat kolam ikan sorang2. Bosan sampai dia rasa nak cuci kolam renang yang ada kat situ. Ha3... Boleh pulak cenggitu kan...

"Long!"
"Siapa pulak panggil nama..."
"Long!"
"Aaa..!"
"Heyyy... betui Long aaa... Lu tak ingat saya aaa?"
"Aaa... ermmm..."
"Saya Albert maaa... Bisnes sama lu punya uncle... Haiiyaaa..! Lupa?"
"Heyyy..! Mr. Albert, mana wa boleh lupa punya. Albert Group aaa... mesti wa ingat punya..."
"Betui! Haiiyaaa..! Toksah takut! Takde bodyguard."
"Eh, takpa..! Diolang takdak lagi baguih lei. Heh3..."
"Hey, saya tanya aaa..! Apasal lu punya itu... kasino aaa... sulah tutup? Lu mana pergi..?... "

Memula, panggil nama dia, Long... ok la... boleh layan lagik sikit2, walaupun dah start neves. Tapi bila dah masuk bab kasino, uiks! Tak boleh jadik! Kena tarik apek tu pergi tempat lain. Explain baik2 kat Mr. Albert yang dia dah cuci tangan. Fuh!

Tetiba, datang pulak 1 pokcik tua ganyut, mencelah...

"... Tan Sri... Tan Sri... Tan Sri Albert... Ha3..."
"Lato' Jaafar... Haiiyooo..!"
"Saya tak tau you pun ada sini..."
"Saya misti mali maaa... Ada kawan sini."
"Owh... Ha3..."
"Haiiyooo..! Sini manyak amoi maaa... Kalau ada amoi punya tempat, saya misti mali punya..."
"Ooo... Ha3..."
"Hey, lu nampak sihat la. Lu punya bini... mana? Takde bawak mali."
"Tan Sri... mesti la... Kalau sudah handsome, kalau sudah sihat, takkan saya mau bawak bini saya. He3... Kalau saya bawak saya punya bini, macam mana saya mau kenal, ini perempuan semua... Cantik2, sexy2..! He3... Aaaa... ini siapa? Lu punya anak ka?"
"Ini aaa... saya kawan punya anak. Lato' apa, lu sendiri tanya dialah. Haiiyooo..!"
"Anak Dato' Kwan, Jebat."
"Ooo... "

~ Credit to: linieynor

Bunga2 kegatalan dah keluar... Haish!

"... Ini lato' aaa... manyak pandai, tackle amoi punya. Tengok dia, mata... tak boleh stop ooo..! Ho3..."
"Biasa la, Tan Sri. You tau I punya skill, macam mana saya pikat orang perempuan kan... hah! Kalau perempuan tak cair dengan saya aaa... jangan panggil saya Dato' Jaafar ooo... Tapi aaa... ada 1 perempuan banyak susah ooo... Haish..! Dari dulu sampai sekarang aaa... masih tak dapat2 lagi. Itu perempuan aaa... dengan saya punya wang banyak mana pun aaa... tak boleh beli ooo... Dia macam ikan, susah mau makan umpan. Walaupun itu umpan aaa... mahal."
"Lato', siapa tu..?"
"Itu. Yang pakai, tudung, yang cantik tu. Eh, tapi... sebelum dia bertudung aaa... dia lagi cantik ooo..! Kalau lah dia aaa... jadi saya punya bini aaa... itu.. cucu Tan Sri Idris aaa... saya tak keluar bilik ooo... 1 bulan. Ha3..."
"Tackle la... Saya pun boleh, apasal lu tak boleh?"
"Saya dengar, saya dapat tau dia sudah kahwin la. Eh, tapi... kalau dia belum kahwin aaa... saya mesti mengorat dia sampai saya dapat ooo..!"
"Lai! Sini lai! Lai! Lu dato' kan? Lu punya dato' sini sudah sampai, lai!... "

Amekaw! Kan dah kena sejibik tepat kat muka! Terjun tiruk ko kat dalam kolam tuh! Nak mengorat bini mamat kolam ikan, memang tak agak2lah! Ni makan dia..!!!

Sepanjang on the way balik, mamat kolam ikan senyap sunyi 1000 bahasa. Jenuh bunga manja mintak explanation, mana la tau kot2 dia ada buat salah ke kan... terlama sangat bergossip dengan kawan2 ke sampai mamat kolam ikan bengang tahap nak menumbuk orang cenggitu ke... tapi, soklan dia semuanya tak berjawab.

"... Abang..."
"Pergi masuk la... Jangan derhaka dengan aku boleh, hah? Boleh tak?... "

Terngiang2 lagik suara gatal Dato' Jaafar, memuji bini dia. & dia tau, dia tak sepatutnya lepaskan amarah tu dekat bunga manja yang langsung tak bersalah! 

"... Mas... aku cintakan ko, Mas. Sekali aku cintakan ko, sampai mati aku cintakan ko... "

~ Credit to: ping

Mamat kolam ikan peluk & kiss dahi bunga manja. Dua2 pun menangis... Ah kak touching jugak... Tsk3... Mintak tisu lapanbelas helai, pehh--lisss..! Tsk3...


:: Like3 ek! ::



SAHUR 1 RAMADAN... 2014

'Dari jauhhh... ku berlari... Mengejar mimpi2... La3...'

Hah! Toksah nak bayangkan lebih2 sangat la... scene2 sweetness overloaded #jebatfoo & #hannahmastura, ek! Bulan Romadhon. Kurang pahala puasa ko karang. Ha3...

Itu sebenarnya ringtone handphone ah kak yang berdering subuh tadi. Mak buat wake up call sebab Mak sedia maklum, tanpa wake up call, kebarangkalian anak bertuah dia ni termiss sahur adalah tinggi! Hu3...

Terima kasih, 'Mak Cik Sari'..! Eh, Mak! ;D

Menu sahur yang dirancang adalah nasik putih, ikan termenung goreng & cicah cili kicap. Tapi, perancangan hanya tinggal perancangan. Ke laut habis! Sebab tuan tanah kedaung mengantuk tahap gaban! Berchenta betul nak bukak mata! & akhirnya, menu sahur bertukar ke nasik putih, telur mata & cicah cili kicap. Pekena pulak dengan air teh yang My 'Jebat' bancuh. Perrgghhh..!!! 2 pinggan nasik jalan..! Ko nak puasa ke nak mentekedarah... ntah... ah kak pun konpius! Ha3... Hadoih!

Sangat bersyukur sebab masih diberikan peluang & kesempatan untuk 'bertemu' dengan Ramadan 2014... Alhamdulillah...


:: Like3, ek! ::



#THROWBACKDUAPULUHEMPAT: ABANG JANGAN ADA TATTOO!

Yang ke-24...

Suami terchenta kata nak datang. Gigih la bunga manja masak. Rindu... Eceh! ;P

Rumah banglo tu sunyi sepi je. Uwais dengan Hannah bawak Nafisa & Daqiq ke Gambang, vacay katanya... Tan Sri dengan Putera pun nan hado..! Keluar kot. Tinggal Mak Awa dengan bunga manja je lah. Awal2 Mak Awa kasik warning...

"... Jangan ko ingat line clear pulak! 
"Eh! Amboi..! Mak Awa ni rasa macam, jahat sangat ke saya? Tak percaya ke kat saya?"
"Bukan tak percaya... Masalahnya, korang berdua tu suami isteri, hah! Aku pulak nak jadi spy Hannah dengan Tan Sri, hah! Macam la aku ni CCTV, haaa... nak pantau boleh rekod, korang 24 jam."
"He3... Kenapa Mak Awa?"
"Haaa... Jebat masuklah dulu, ye! Mak Awa... terlupa pulak nak angkat bunga ros Mak Awa tu. Ni panas ni terik ni! Habis la... bunga ros Mak Awa tu nanti. Masuk dulu, eh!"
"Haaa... ye lah."
"Haaa... ingat! Mak Awa memang tak nampak. Tapi, Allah tu nampak, apa yang korang nak buat!"

~ Credit to: nesco2u

Mamat kolam ikan boleh ingat pesanan Mak Awa tuh. Takut bunga manja je yang tak berapa nak ingat. Tak pun, buat2 lupa. He3...

Mamat kolam ikan skodeng bunga manja kat pintu dapur.

"Sayang apa khabar denganmu... Tenenet... Ku di sini merindu dirimu... Tadada... "

Amboi3..! Beronok2 betul dia masak sambil berjoget. Sumpah, cute! Hiks...

Tetiba... ting..!!! Datang idea nakal mamat kolam ikan. Dia terkam bunga manja dari belakang, tangan kiri melingkar kat leher & tangan kanan buat 'pistol', cucuk pinggang bunga manja. Berlakon jadik pencuri merangkap perompak. Haish! Nakal2 neves nih! ;P

"... Aaaaaaaaaaaa3........."
"Shhh..! Shhh3!!! Kalau ko bising aku tembak ko, hah! Ni pistol ni!"
"Siapa ni..?"
"Shhh3!!!"
"Siapa ni..? Takyah la buat macam ni..! Mak Awa..!!!"
"Hoi! Aku pencuri... merangkap perompak..."
"Oo... ok. Awak boleh... boleh ambik apa je yang awak nak dalam rumah ni. Ambik, tak kesah. Tapi tolong jangan rogol sebab saya belum buat apa2 lagi dengan suami saya. Saya baru je kahwin... Lepaslah... please... Lepaslah..."
"Kalau ko tak bagi aku buat apa2, aku nak... ermmm... ehem3... ehem2... aku nak... ermmm..."
"Nak apa???"
"Kejap la aku tengah pikir..! Ermmm... errr... aku nak mencuri hati ko... Haaa... boleh tak? Kalau tak bagi, aku... ambik... haaa... Aduh..! Allahuakhbar... "

Haaa... kan bunga manja dah terswing lengan kiri dengan pisau..! Bergurau tu ganas sangat..! Menyesal bunga manja tapi, dia tak sengaja sebab mati2 dia ingat pencuri merangkap perompak yang original. Hadoih!

Tak pasal2 jadik 'nurse', tolong bubuh ubat & balutkan luka mamat kolam ikan.

"... Tiup lagi..."
"He3..."
"Ha3... Adoi! Wei, sakit la gila!"
"Tahan2 sikit je."
"Aduh..!"
"Fuhhh..."
"Yang ko tiup kenapa..?"
"Tak... sebab bagi dia ni..."
"Apa?"
"Bagi dia... sembuh sikit."
"Ad... doi..!"
"Abang."
"Hmmm..."
"Bukak je la baju senang sikit."
"Wei..! Weh! Kalau leceh tak payah bikin lei... hah! Mana? Nak pakai, apa? Yang ni? Aku buat sendiri je lah... "

Takut sangat dia nak bukak baju depan bunga manja. Bukak & salin baju kat toilet. Pinjam baju lengan panjang Putera. Bukan takut tak sexy / tak nampak 6 pack tapi, takut tattoo dragon tu terkantoi. Tak bersedia lagik dia nak berterus-terang dengan bunga manja. 

"... Sampai mana Abang balut?"
"Sampai sini la, takkan 1 kepala pulak..."
"Ha3... Sini ok?"
"Situ la yang sakit! Yang pi picit kenapa?!"
"Ok4. Sorry3."
"Hmmm..."
"Tengok! Abang balut macam mana?"
"Sini je la... Sampai... aaa... ni, nampak? Cantik tak?"
"He3..."
"Aku balut cantik tak?"
"Lain kali tolong la... jangan gurau sampai extreme macam tu sekali."
"Ermmm2..."
"Nasib baik sikit kat sini je. Kalau kena sini?!"
"Ermmm2..!"
"Kalau kena sini?!"
"Ermmm2..! Ma... mana..?! He3..."
"Tak pasal2 Mas jadi janda. Mas tak nak..."
"Kalau aku... mati ke apa ko, macam mana ok ke?"
"Tak. Mesti Mas nangis macam orang gila kat kubur Abang."
"Tapi sekarang pun macam orang gila je."
"Ye la... sebab Mas... Mas gilakan Abang... "

~ Credit to: ping

Habis tangan mamat kolam ikan kena pusing2, belai2, tarik2 dengan bunga manja. Nasib badan la dapat bini terpaling manja cenggitu. Nak makan pun kena pejam2 mata, amik2 bau dulu. Makan bersuap2. Tangan wajib pegang. Aci geget pun bollehhh... kalau dua2 tangan dah full. He3...

Bahagia betul hidup diorang. Berbeza dengan Airen yang still mengharap. Tiger jugak mengharap. Mengharap Airen untuk jatuh cinta dengan dia & lupakan mamat kolam ikan. Diupah pencopet untuk purak2 mencopet handbag Airen yang baru keluar dari bank, lepas tu dia datang selamatkan ala2 superhero. Tetap tak jalan jugak! Cinta Airen hanya ada pada mamat kolam ikan!

~ Credit to: linieynor

"Huh! Huh... wataaaaaa....! Ko apa hal?"
"Ok3... Abang, Mas baru ingat, malam lusa kan, Mas ada dinner function tau. Dekat rumah kawan Tok Ayah. So, memandangkan Tok Ayah takde, Mas kena wakilkan. Abang, teman Mas ok?"
"Huh! Tak naklah aku teman ko. Ni, Abang Uwais dengan Kak Hannah kan ada. Bagi diorang pergi je la... Dah memang selalu diorang pergi."
"Alaaa... susah la. Diorang kan ada anak kecik apa semua... macam... macam leceh la... Kesian la diorang. So, Abang memang kena teman Mas. Tak kira!"
"Huh..! Ko pergi la sendiri. Macam la ko tak biasa pergi sendiri."
"Really, Abang?"
"Hmmm... really!"
"Really?"
"Really lorrr!"
"Mas pergi sorang?"
"Ahah."
"Kalau apa2 jadi kat Mas? Kalau ada orang nak rogol Mas ke... orang nak, kacau Mas ke, nak usik2 Mas, nak, pegang2 Mas, Abang tak kesah?"
"Ek ellehhh..! Siapa nak mengorat ko? Puiii..! Takde siapa nak ngorat ko la..!"
"Aduhhh..! Sakit! Cantik2!"
"Pelan sikit!"
"Cantik..."
"Lembut2."
"Cantik..."
"Cantik, sayang..."
"Cantik! Eiii arrgghhh..! Cantik, sayang... Allah..! Tercabut aku punya."
"Abang kena teman Mas tau."
"Ye lah... Ye la..! Aku teman ko. Tapi, aku tak boleh lama. Nanti Kak Hannah marah aku..!"
"Eh, takpe! Kak Long cakap, dia suruh kita yang pergi sama2. Lepas tu dia cakap, asalkan kita balik awal, lepas tu, Abang ambik, Abang hantar Mas, tepat pada waktunya. Lepas tu dia cakap lagi, kalau kita mungkin in case balik lambat ke apa, takpe! Dia suruh kita check-in kat mana2 hotel, kita 2 orang je tido sama2."
"Ha3... Ko ingat aku nak percaya ko cakap tu. Memang aku tak boleh percaya punya! Puiii! Kak Hannah cakap macam tu. Tu ko yang cakap. Ko tido la sorang2. Ko check-in la dengan hantu!"
"Orang gurau je lah... "

Pandai bunga manja bergurau. He3...

Sambil makan desert yang bunga manja buat khas untuk mamat kolam ikan, sambil layan tv cerita apa ntah?! Tapi, ganas!

"... Cerita apa ni, Bang?"
"Hmmm? Tak tau. Ni ada, ada3 Jepun ada... ada, Mat Salleh ada... Siam pun ada... Lain macam cerita ni!"
"Mas tak suka la tengok cerita macam ni! Ganas, bertattoo! Eiii... tukar la..!"
"Mana la aku tau! Ko yang tukar tadi! Aku tengok je la. Eh, tapi kalau... kalau... lelaki ada tattoo macam... sexy pun ada... "

Sengaja dia nak duga hati & persepsi bunga manja.

"... Seriously, Abang?"
"Se... serious la... kot."
"Tang mana sexy pun Mas tak tau lah! Abang. Abang tengok jap! Ni? Ni Abang kata sexy? Mas... Mas tak boleh terima la! Lagi2 kalau orang Islam yang pakai macam tu. Nampak... kotor, jijik tau! Dengan... tak tau la Mas nak cakap macam mana. Dengan dia punya... bukannya cantik pun! Kalau cantik takpe. Tu nampak macam kotor. Dah, tak suka! Tukar! Eiii... tak suka la..! Tukar la cerita. Cerita ni baru la ok... Abang jangan ada tattoo! Mas tak suka! Tau?!... "

~ Credit to: kepalabergetar

Sesungguhnya, desert yang memula tadi sodap, manis... dah jadik pahit, payau... sampai tekak dia susah nak telan. Hu3...

Mak Awa jumpa baju mamat kolam ikan yang berdarah kat dalam toilet. Mak Awa dah suspek yang bukan2. Yang 18SX. Ha3... Panjang lebar explanation yang bunga manja kasik. Mak Awa lega... He3...

Uwais kasik pinjam kereta kat mamat kolam ikan.

"Jebat."
"Hah? Ye, Bang."
"Ko pakai kereta ni, hah!"
"Buat apa ni, Bang?"
"La... malam ni kan ko nak kena ambik Mas... kat rumah Tok Ayah. Takkan ko nak naik motor buruk tu, pergi ambik Mas, pergi hantar Mas semua. Bawak je la kereta ni."
"Eh, terima kasih la, Bang."
"Hmmm... sama2..."
"Tap..."
"Saya pergi dulu."
"Tapi! Lepas majlis malam ni, ko jangan lupa, hantar Mas tu baik2. Aaa... jangan nak singgah mana2 pulak, kan..! Ko nak buat itu ke... nak buat ini ke... aaa... jangan pulak..!"
"Ooo2... ok. Saya... he3... saya mintak diri dulu. Terima kasih, bang. BMW siottt..!"

Ok, fine! tang '... BMW siottt..!... ' tu memang kelakor, memang epic. Ha3...

Dia teringat kata2 bunga manja pasal tattoo masa nak pakai suit. Teringat balik kesah silam dia dengan Airen. Segak dengan suit jugak, tapi masa tu, keluar clubbing dengan Airen. Sekarang, dia pakai balik suit untuk temankan isteri kesayangan yang sangat manja, sangat cintakan dia, sangat berprasangka baik pada dia & yang sangat tak tau tentang kejahilan dia sebelum ni. Owh...


:: Like3, ek! ::



Sunday, June 29, 2014

KOSONG2

*This is a sticky mode entry. Please scroll down for new updates. Thank you.

~ Credit to: thegymmonkey

Selamat bersahur...
Selamat berpuasa...
Selamat berbuka...
Hadapi dengan senyuman...
Walaupun perut berdangdut, bershuffle mahupun berjoget lambak sebab lapor, sebab haus...
Anggap itu semua dugaan...
Untuk lebih menghayati erti Ramadan...
Kosong2...
Peace, yo! ;)


:: Like3, ek! ::



KAMU BERSALAH!

Demam World Cup. Ada yang sanggup bersengkang mata tengok team faveret beraksi... ada yang rajin check jadual game via surat khabar / online... & macam2 lagiklah ragam peminat fanatik bola. Termasuklah My 'Jebat'. Nak stay up, nak tengok team 'A' main la... team 'B' la... bla3... Tapi, end up... bola yang tengok dia! Selalu sangat! Ha3...

Aku bukan peminat. Tapi, bukan jugak tergolong dalam haters / tak minat langsung. Aku jenis yang ok-ok... Kalau rasa best, aku layan jugak, especially bila player2 dia handsome. Ha3... 

Macam masa Oranje lawan team mana ntah... tak hengat... My 'Jebat' dok sebut2 pasal van Persie. Aku dengor, aku angguk2 sambil main game Apo Bondo Eh Ni? Maknanya, mulut dengan telinga je dok respon kat My 'Jebat', mata pulak ke Tablet. 

Stop kejap main game sebab leher & jari-jemari dah lenguh. Massage2 lelebih kurang, sambil chit chat dengan My 'Jebat'...

"B, siapa van Persie tu?... Terror sangat ke dia main?... Yang mana 1 pokcik van Persie tu?... Handsome ke?"

Soklan yang last tu memang tak boleh blah! Tapi, soklan wajib jawab tuh. Ha3...

~ Robin van Persie. Disebabkan kamu aku terjebak tengok World Cup. Kamu yang bersalah! Ingat tuh! Ha3...

*Credit to: bet


:: Like3, ek! ::



Thursday, June 26, 2014

PERUT YANG MAMPU BERDANGDUT

Semasa sedang 'bersidang' di rumah Mak. Di ruang tamu, di depan tv, dengan kehadiran aku (of courselah.), Abang, Kak Aneem dan anak2 sedara yang gigih ghalit layan siaran ulangan Ceria Popstar... Abang bersuara memecah keheningan petang... Eceh, ayat! Tak boleh blah! He3...

"Dik, kat mana nak makan ikan bakar selain Lumut? Tak nak jauh2, yang area Teluk Intan / kawasan kejiranannya je. Sebab kalau jauh sikit macam kat Lumut, tak larat. Esok kan kerja. Ada orang nak belanja nih."

Sambil 'memperkenalkan' si isteri yang tersipu2 malu dok kat sebelah sebagai si tukang belanja. Hiks...

Owh... lupa nak bagitau. '... Esok kan kerja... ' tu maknanya hari kejadian jatuh pada hari Ahad. ;)

Laju aku google. Tapi, ntah apa yang digoogle pun tak tau. Sebab kepala dok pikir restoran ikan bakar area Teluk Intan / kawasan sekitarnya untuk respon pada soklan Abang. Tapi, jari-jemari gigih menaip & menggoogle InstaGram Sharnaaz Ahmad. Nak stalk kejap. Konpius, den! Ko dah kenapa haaa..?! Ha3...

~ Gambar selfie yang takde kaitan. Sekadar tumpang lalu je. Harap dapat berikan laluan untuk iklan selfie ini. He3...

Abaikanlah penggoogle-an yang merepek-merapu-meraban tuh. Terjah je mana yang kita tau. Nun di Hutan Melintang. Restoran Ikan Bakar Simpang 4 namanya. Bolehlah!

Neves jugak aci walk-in walk-in nih. Takut full house. Redha je lah. Nasib baik tak. Line clear. Boleh sukahati chop meja, cantek punya depan tv. Nasik putih, ikan gerut2 bakar, kailan ikan masin, sotong masak kicap, telur dadar, tomyam campur & air yang pelbagai. 

Bbrrppp..! Alhamdulillah... Kenyang, bebeh! ;D

Perut berdangdut riang... Siap dengan gelek 360 darjah. Boleh imagine tak betapa comelnya ia? Mas Idayu pun menangis tengok! Ha3...

Terima kasih daun keladilah, Kak Aneem. ;)


:: Like3, ek! ::



Wednesday, June 25, 2014

#THROWBACKDUAPULUHTIGA: KO SAMAKAN AKU DENGAN TORA?

Yang ke-23...

"Ahmad Ziyad bin Iskandar Foo."
"Saya."
"Aku nikahkan dikau dengan cucuku, Hannah Mastura binti Umar Mukhriz dengan mas kahwinnya, senaskhah Al-quran."
"Aku terima nikah, Hannah Mastura binti Umar Mukhriz dengan mas kahwin senaskhah Al-quran."

Sekali lafaz je, barulah hero namanya! ;P

~ Credit to: kepalabergetar

Hannah kasik seutas gelang pada bunga manja. Hadiah wedding merangkap amanat arwah ibu diorang. 

~ Credit to: nesco2u

"Cepatlah. Cepatlah..! Jom..!"
"Eh! Eh, jatuh! Eh, ko nak pergi mana ni?"
"Pergi bilik kita..."
"Woiii..!"

Neves mamat kolam ikan! Hannah dah warning, jumpa boleh, asalkan jangan terbabas. Masalahnya, kalau dah bunga manja tegediks2 manja ajak masuk bilik, apa ko rasa 'benteng pertahanan' mamat kolam ikan tu kebal sangat ke? Ha3...

"Woi, lau wei..! Tak payah la..."
"Alaaa... adat je pun! Kak Long tau apa pasal adat. Jomlah..!"
"Eiii, ko tak payah sembang dengan aku pasal adat ko tau tak! Kalau kakak ko upper cut aku, sekali dagu tang dahi ko tau!"
"Ok. Takkan jadi apa2, ok. Jom! Kalau terjadi apa2, Mas bertanggungjawab."
"Heh, ko bertanggungjawab! 400 kali aku dengar aku je asyik yang kena kibas!"
"Alaaa... jomlah..!"
"Aduh2! Masak aku! Tolong3! Tolong..! "

Bunga manja kepit kepala mamat kolam ikan, tarik bawak masuk ke bilik. Ganas jugak! Ha3...

"... Ni, Mas! Aaaa... ko nak apa sebenarnya ni..? Mas, kalau Kak Hannah nampak ni Mas... kalau dia tikam tang bijik mata aku... sia2 je aku baru akad nikah dengan ko tau, mati, janda ko..!"
"Over sangat Abang ni. Kak Long tu Kak Long Mas jugak kan, bukannya, along lintah darat tu. Kalau yang macam tu lagi baik mati daripada hidup tau! Abang... sini la duduk sini dengan Mas..."
"Aaa... ni..."
"Meh la..."
"Da... tepi! Sini2! Sini sikit!"
"Ok3. Mas dengar."
"Aaa... ko alih sana sikit. Ko... jangan! Tolonglah!"
"Ok3. Mas kat sini. Jauh2."
"Mas ko rapat, Mas... ko tengok aku buat apa, Mas... Aku korek lubang telinga ko..."
"Nak..! Abang... Mas kan... ada benda tau nak bagi dekat Abang... Nak tengok?"
"Hah..? Apa ntah tadi..?! Ni... kalau aku cakap tak nak tengok pun, ko paksa aku tengok. Ko korek bijik mata aku suruh tengok jugak. Terpaksa la aku redha."
"Abang tengok, eh?"
"Hmmm... tengok la..."
"Tengok la..."
"Hmmm... tengah tengok... la ni..."

~ Credit to: ping

Tertonggeng2 bunga manja amik something dari dalam drawer. Ingat tak mamat kolam ikan tengok kat mana time nih? Ha3... Bunga manja tetiba toleh...

"... Siling ko ni, plaster la... Haaa..."
"Abang. Tararaaa...!!! Nah! Ni... Mas belikan handphone untuk Abang. Suka tak? Abang ambik la... Ye la, Mas beli ni pun sebab... Mas tengok Abang macam takde handphone je. Susah la tiap kali nak cakap dengan Abang kena, pesan2 kat Mak Cik Sari... Please, ambik."
"Mahal la benda ni. Ko simpan la. Ko bagi dekat Mak Awa ke... apa ke... kan... "

Ada ke suruh kasik i-Phone5 kat Mak Awa..?! Sedehlah mamat kolam ikan nih!

"... Mas, aku kahwin dengan ko kan... bukan nak harapkan benda2 macam ni ko tau. Aku ikhlas kahwin dengan ko, aku ikhlas sayang ko. Aku tak mintak ko 1 sen pun la."
"Ye... Mas tau Abang ikhlas kahwin dengan Mas... Mas pun ikhlas nak bagi kat Abang handphone ni. Please, ambik... Abang, ambik la... Abang... Abang tak kesian ke kat Mas? Nanti kan Bang... kita kena kuarantin 2 bulan tau! Kita tak macam suami isteri yang lain. Kena duduk, asing2... Nanti kalau Mas rindu macam mana? Please... ambik."
"Nanti aku beli la... Kumpul duit sendiri, aku beli dekat ko, telefon. Ni apa... ni apa, i-Phone5, eh? Haaa... five, six, seven, eight, nine, ten... berapa ada sekarang? 12, eh? Huh, takde hal lah."
"Alaaa... kalau nak tunggu Abang beli ntah bila Bang..?! Habis tu kalau Mas... rindu kat Abang macam mana? Mana Mas nak cari Abang?"
"Elleh... ko tu yang mengada la Mas..! Merajuk sikit, hospital... Merajuk sikit, lari bawah meja. Ko ni pelik la... Kalau ko bagi aku telefon ni, 24 jam ko telefon aku, aku nak bagi makan ikan macam mana... ikan nak makan aku macam mana..? Ko paham tak ikan nak makan aku macam mana, aku makan ikan tu la."
"Alaaa... suka hati la... Abang kan Mas punya. Suka hati Mas nak buat apa. Mas nak call, Mas nak cakap dengan Abang sampai bila2..!"
"Tak nak la... Mas, ko tolong la paham, Mas..! Aku tak nak nanti kalau aku ambik barang ni, orang cakap dekat aku yang aku ni nak mengikis harta benda ko... Ko tak rasa segan ke orang cakap macam tu kat aku..?"
"Alaahhh... tak habis2 dengan orang cakap... orang cakap..! Suka hati la orang nak cakap apa pun! Kalau Mas nak bagi Abang rumah ke... kereta ke... suka hati la. Duit Mas, bukan duit diorang!"
"Eh, suka hati aku la aku nak ambik ke tak! Aku..."
"Ambik la..!"
"Suk... aku tak nak ambik aaa..."
"Ambik..!"
"Suka hati akulah!"
"Ok, fine! Abang tak nak ambik sangat kan? Sebab ni mahal kan?"
"Ha!"
"Betul, eh?"
"Betul la!"
"Abang tunggu jap! Abang tengok sekali lagi!"
"Apa hal aku kena tengok lagi?"
"Abang mesti nak tengok punya... "

Bunga manja tertonggeng2 sambil godek2 laci lagi. & mamat kolam ikan pun tala mata ke 'sinun' lagik. Ha3... Sekali bunga manja toleh...

"... Ok..."
"Kipas... ni buat hal!... "

Tadi salahkan plaster siling. Ni kipas pulak yang bersalah. Ha3... Mengong betul!

"... Abang tak nak yang tadi sebab mahal kan? Abang ambik ni, kalau ni pun Abang cakap mahal, Mas tak tau nak cakap apa lagi?!"
"Ko perli aku, eh Mas... huh..?"
"He3... Tak la... Ok macam ni, kalau orang tanya Abang, mana Abang dapat ni, Abang cakap je Abang beli biskut Tora, dapat toy free. Eh, free toy! Ok?"
"Ko samakan aku dengan Tora? Apsal ko tak cakap Ding Dang?"
"Lebih kurang la. Thank you..! Thank you, Abang... Thank you, Abang... Thank you, thank you, thank you, thank you, thank you..!"
"Kak Hannah nampak, masak aku..!"
"Takpe... "

~ Credit to: blogr

Siapa suruh reject i-Phone5?! Kan dah dapat Nokia zaman batu! Ha3...

'Ranap' badan mamat kolam ikan kena peluk, kena kiss dengan bunga manja. 'Expired' habis kalau dapat bini macam tu. Ha3... Hannah terjah bilik pun bunga manja buat2 tak perasan. Mamat kolam ikan yang berpeluh sakan. Takut kena backhand dengan Hannah. He3...

"... Erm... kitorang tak buat apa2 pun."
"Aduh! Ko pijak kaki aku!"
"Tak buat apa2..?"
"Just 1 kiss. Ok, twice. Tu pun dekat pipi je. Kita ringan2 je kan, Bang? Lagipun Kak Long, orang cakap kan... kalau kita cium suami dapat pahala. Haaa... macam ni, mmuahhsss7... "
"Ringan2 je? Lepas tu, berat2?"
"Erm... kalau teraccident pun takpelah. Bukannya dosa. Ni kan suami Masss... "

Pening Hannah tengok bunga manja. Lebih baik, tarik mamat kolam ikan keluar dulu. Suruh Wahab bawak balik sebelum bunga manja terkam, seludup masuk dalam bilik lagik. He3...

Susah betul mamat kolam ikan nak lepaskan diri dari kena peluk. Sampai rasa nak pecah buah pinggang! Peluk ketat2! Mamat kolam ikan dah jalan nak keluar bilik pun bunga manja tarik lagi. Lepas tu, peluk. Lepas tu, tepuk 'bumper'. Ini yang paling tak menahan. Slumber kodok je bunga manja buat cenggitu depan Hannah. Ha3... 

Kalau boleh, hari2 bunga manja nak datang kotej, bawak nasik lemak untuk suami terchenta. Tapi, nasik lemak tu mukadimah je sebab dia sebenarnya nak masuk dalam kotej tu,  nak belai2 suami dia tu, nak bermanja2 & nak macam2 lagiklah. ;P

"Selamat pagi, sayang!"
"Allahuakhbar! Eh, heyyy..! Aaaa..."
"Kenapa?"
"Ermmm... ada siapa2 nampak ko datang sini tak? Hmmm... ko datang sorang ke?"
"Haah. Takkan nak datang dengan Kak Long. Mas datang hantar makanan ni je."
"Ooo... Terima kasihlah, eh! Terima kasih."
"Hah?"
"Hah, eh! Haaa... "

Gedeganggg..!!! Pintu kotej dah selamat kena tutup. Sorang kat dalam, sorang kat luar. Achaner tuh? Hiks...

"... Sampai hati halau Mas..."
"Alaaa... Mas... Aku bukan nak halau ko tapi... Alaaa... macam mana aku nak cerita kat ko kan. Kalau orang nampak, kang jadi tak elok. Tu kalau orang nampak, kalau aku yang... Alah haiii..! Ni... aaa... kalau jadi apa2, Mas macam mana?"
"Alaaa... jadi la apa2 pun, Mas tak kisah, Mas lagi nak... Tu kan tanggungjawab kita... Abang, please..!"
"Huuu... "

Degil betul bini dia tuh! Terpaksa jugak mamat kolam ikan bukak pintu kotej. Terus kena terkam dengan bunga manja. Rakus! Ha3...

"... Eh2..! Alah haiii..! Aduh..! Aku tak mandi lagi. Tak payah la masuk..."
"Haaa, takpe! Mas mandikan nak?"
"Hah?"
"Please."
"Eh! Eh, tak boleh, tak boleh, tak boleh! Errr... takpe2. Ermmm... aku boleh mandi sendiri apa?! Aaa... aku ada tangan. Kan..? Mas, ko balik la..."
"Kata boleh jumpa..."
"Iye la... Memang la ko boleh datang. Tapi, bukan kat sini."
"Dah tu kat mana?"
"Aaaa... ko tak payah la buat muka sedih macam ni..! Ko pagi2 ko tanya kat aku soalan macam ni, aku nak jawab pun tak reti. Ko tak payah la jadi lawyer..! Ko balik je la..."
"Jangan lupa makan tau. Jangan lupa call..!"
"Hey! Memang ko tak reti salam laki ko ke apa?... "

Ooppsss! Lupa nak salam, kan dah kena sound! Adeh3... 

Salam, cium tangan, lepas tu, sempat lempang2 manja kat pipi mamat kolam ikan. Awwsss..! Melting ah kak tau..! ;P

Esoknya, bunga manja hantar nasik lemak lagi. & esoknya lagi... & lagi... & lagi... Tapi, kecewa sebab tak dapat jumpa suami kesayangan. Yang ada cuma bakul kosong, tempat khas untuk bubuh nasik lemak. Ok, fine! Dia takmo hantar apa2 dah! Takmo ke kotej. Takmo3! Nak merajuk! Uhuks3...

Sepanjang merajuk, Mak Awa yang jadik perantara. Mamat kolam ikan call pun bunga manja paksa Mak Awa yang jawab. Merajuk tahap gaban kekdahnya tuh. He3...


:: Like3, ek! ::



Tuesday, June 24, 2014

DONUT & #JEBATMAS

Sedang bermalas2-an di hujung minggu, terdengor bunyik hon. Berat bontot nak bangun, nak bukak sliding door. Arrgghhh..!!! Gagahkan jugaklah. Amik peluang buat 'stretching' sikit. Kesian kat urat2 ni, dah banyak yang tersimpul. Tuan badan asik makan, tido & membesarkan badan je. Isk3...

Abang datang rupanya. Singgah sekejap hantar donut homemade. Errr... aku syak la homemade sebab bentuk dia bulat2 comel2 dok dalam tupperware untuk kegunaan microwave which is sangat rare kalau ada yang jual sebegitu rupa. Maybe hasil air tangan Kak Aneem.

Tak kesahlah. Yang penting, langkah kanan. Rezeki di pagi hari yang mulia... tajuk album dia... He3...


Terima dengan redha & open heart. ;)

~ Breakfast donut bertemankan #jebatmas. Eh, #nelynaaz..! Eh3..!!! ;D

~ #halussss... katanya... Hiks...

Senyum... tak perlu kata apa2... & bersyukur. Rezeki tu indah kan? ;)


:: Like3, ek! ::



Monday, June 23, 2014

#THROWBACKDUAPULUHDUA: BETUL KO NAK KAHWIN DENGAN AKU NI?

Yang ke-22...

Permintaan mamat kolam ikan bukanlah sesuatu yang susah untuk ditunaikan. Kojo sonang yo..! ;P

"Ko cantik kan?"
"Abang... hmmm... mintak apa tadi?"
"Sebab ko cantiklah aku... tak suka kecantikan ko tu orang lain pun boleh nampak. Kalau boleh, kecantikan ko tu biarlah aku je yang nampak... & aku je yang rasa... bila aku dah gelar sebagai suami ko... hah! Maksud aku... kalau... nanti bila ko dengan aku dah kahwin nanti... kan... ko pakailah tudung. Ermmm... macam baju yang ko selalu pakai yang ketat2 tu... ko tau kan nanti bila ko dah kahwin ko dah jadi isteri, semua dosa ko, aku yang kena tanggung. Dah jadi tanggungjawab aku sebagai suami ko. Aku rasa aku mintak takde la besar mana kan. Benda kecik je. Aku harap ko pahamlah, eh?"
"Boleh. Yang tu Mas paham."
"Hmmm... Ni... betul ko nak jadi... isteri aku ni? Betul ni? Betul ko nak kahwin dengan aku ni?"
"Nak kahwin Abang... please..! Bang, nak kahwin."
"Ye lah nak kahwin! Mak Awa tengah usha line ni. Ko relax je." 
"Betul ke nak kahwin? He3..."
"Hmmm..."

Excited giler bunga manja! Nikah khitbah pun, nikah khitbahlah! Apa ada hal..?! Asalkan dapat jadik isteri mamat kolam ikan. Wee hooo..!!! Aku pulak yang rasa nak melompat bintang. ;P

Tok Ayah yang suruh diorang nikah khitbah. Siap bersyarat. Lepas nikah, kena duduk separate selama 2 bulan. Lepas 2 bulan, baru 'merdeka'. Uwais dengan Hannah pun konpius jugak dengan syarat Tok Ayah tuh. Hmmm... agaknya Tok Ayah saja je nak mengetest mamat kolam ikan dengan bunga manja kot..! Gasaklah! Yang penting kahwin. ;)

"... Miskin / pun tidak berduit, bukanlah alasan, untuk seseorang itu, tidak bernikah. Disebabkan itulah, nikah khitbah ini, dijadikan pendekatan, selain daripada, untuk mengelakkan berlakunya gejala sosial, muda-mudi, kita sekarang ni... "

"... Jika pasangan telah berjimak, maka terbatallah istilah, nikah khitbah. Maka si suami, wajib, menanggung si isteri, tanpa bergantung kepada keluarganya lagi... "

Panjang lebar explanation Ustaz Hafiz pasal isu nikah khitbah. & mamat kolam ikan semakin paham, especially dari aspek tanggungjawab. Tinggal 2 minggu je lagik, dia akan jadik suami kepada bunga manja. Tak pernah terlintas langsung! Tapi, jodoh kan rahsia Allah... ;)

Bukan Hannah dengan Uwais je yang konpius dengan Tok Ayah. Mak Awa pun terjebak sama, termusykil jugak.

Yang sebenar2nya, Tok Ayah buat keputusan & syarat cenggitu sebab terlalu sayangkan bunga manja. Dia nak bagi masa untuk dirinya sendirik kenal dalam2 siapa mamat kolam ikan... & dari mana asal-usulnya... Tak payah nak bertunang2. Sebab Tok Ayah kenal sangat dengan perangai cucu dia tuh. Sebelum orang kampung bertambah kepoh dek kerana bunga manja rajin sangat jumpa mamat kolam ikan, lebih baik la dia nikahkan cepat2. Nikah khitbah pilihan thorrbahekkk..! 

~ Credit to: ping

Kalau boleh, hari2 bunga manja nak dating dengan mamat kolam ikan. Tak payah nak buat restaurant reservation, makan kat hotel mahal2 yang bermintang2 tuh. Kat kolam ikan pun dia dah rasa heaven sangat! He3...

"Abang Jebat..!"
"Allahuakhbar..!"
"Abang Jebat..."
"Eh!"
"Hai... Ahhh..!"
"Mas."
"Haaa..!"
"Ermmm... Mas2! Ko buat apa kat sini?"
"Nak jumpa Abang lah, nak buat apa lagi kat sini."
"Mas, ko balik la..."
"Kenapa? Nak jumpa kejap je. Bukannya buat... buat salah apa2 pun kat sini."
"Memang la ko takde buat salah... Tapi masalahnya, kalau orang kampung nampak... tak ke sia2 ko tiang sana, aku tiang sini. Kena ikat, ko nak? Haaa... Mas, tolong aku 1 boleh? Betul? Janji?"
"Janji."
"Tolong balik Mas..."
"Ok lah... Mas balik tau!"
"Elok2."
"Bye Abang..."
"Bye."
"Bye Abang..!"
"Bye..!"
"Abang Jebat..! Byeee..!"
"Byeee..!!!"

~ Credit to: ping

Berita pernikahan mamat kolam ikan dengan bunga manja dah bertebaran ke seluruh pelosok kampung, termasuk jugaklah ke telinga Zali & Musa. Saja je 'samseng Kampung Dusun' tu bikin onar, kasik panas hati mamat kolam ikan. Mencik! Sekeh kang haaa..!

"... Eh, aku dengar, ada pendatang, hah... pendatang tanpa izin pulak tu, huh... nak kahwin..! Eiii, mampu ke..? Ha3..."
"Mana tak mampunya, bang... kahwin free. Kalau aku pun nak, bang..!"
"Free?"
"Hmmm..!"
"Eh, minah rempit pun ada rega tau!"
"Bohsia la tu..."
"Haaa... kalau bohsia kena! Kalau bohsia kena dengan... ha3..."
"Abang Jebat..!"
"Jebat!"
"Haaa... bagus4..! Kebetulan pulak korang semua ada dekat sini. Senang sikit kerja aku. Abang... Abang bagitau tak yang kita nak kahwin dah?"
"Hmmm."
"Takpe3, Mas bagitau. Next week, lepas Isya' tau kitorang nak kahwin. Datanglah kenduri nikah kitorang..! Haaa... jangan tak datang pulak! Datang tau..! Nanti... Abang Jebat pakai handsome2... Apa ni..? Bawak keluar... bawak keluar... Apa2? Tengok2! Mas tengok. Ok. Jangan buat macam tu! Handsome Abang..! Abang, Mas tak sabar nak tengok Abang pakai baju Melayu... Lepas tu kan, Mas nak butangkan Abang kat sini... Lepas tu, Abang kiss dahi Mas... Ok tak Abang?"
"Ok3. Buleh..."

~ Credit to: phimvideo

Ha3... Thorrbahekkk... lah acting bunga manja! Gediks2 menawan gitu..! Mamat kolam ikan layankan je. Remuk-redam hati Zali dengan Musa! Ha3... Padanlah dengan muka tuh! Ha3... Nak gelak syaiton lagik..! Ha3... Amekaw!

Sangat cantik bunga manja masa malam pernikahan tu. Mamat kolam ikan pun tak kalah. Kacak bergaya! Ngam ho, lei..! ;P

"... Kalau dah jadi hak ko... jaga dia elok2. Sejak kecil aku bela dia. Ingat! Kalau dia nangis... merengek... nak itu nak ini... semuanya itu dia adu kepada aku. Kalau ko tak dapat penuhi kehendak & keperluan dia pun tak apa. Asalkan ko dapat jaga hati & perasaan dia. Sayang dia lebih. Seperti apa yang telah aku curahkan pada dia... "

Mamat kolam ikan takkan lupa pesanan keramat Tok Ayah tu...


:: Like3, ek! ::



Friday, June 20, 2014

RAKAN SUBAHAT

Menyakat anak orang memang hobby thorrbahekkk..! Extra thorrbahekk.. bila anak orang tu tak melawan & tak menjerit menangis. Cool. Redha je. Tengok muka dia yang comel tengah confuse, makin bahagia to the max habaq hang! He3...

Mangsa terpilih kali ni adalah Arrisya. Elok2 budak kecik tu diam, sedang bergolek2 di bawah buaian dia, datanglah My 'Jebat' menyakat. Kalau tak silap, Bulat pun join the club. Club kaki menyakat. Isk3...

~ Tudung My MIL 'mangsa' ke-2. See! Arrisya blur kan? He3...

Konpius kot tengok Pak Anjang & Pak Su yang dok gigih agah2, lepas tu, amik2 gambar, lepas tu, gelak2. Apakah..?! Kesian Arrisya... Mahapkan Mak Anjang yang tak mampu nak berbuat apa2. Sebab Mak Anjang pun bersekongkol! Rakan subahat. Ha3...


:: Like3, ek! ::



Wednesday, June 18, 2014

CANCEL MENGKURUS!

Mak sedang renovate bumbung rumah. Kontraktornya kompomlah My 'Jebat'. Tak syak lagi... Ha3...

Semenjak 2 menjak ni, memang My 'Jebat' selalu ke rumah Mak lah. Urusan kerja gitu..! Eceh! ;P Bila balik, musti Mak tapaukan makanan yang Mak masak. Kompom ke lautlah misi mengkurus aku! Tak tahan, noks... nak control2 nafsu makan sedangkan di depan mata, lauk2 tu maha luas terbentang..! Air tangan Mak kot..! Simple macam mana pun, sumpah, sodap! Yummehhh kata ko..! #halussss ;D

~ Antara yang Mak tapaukan... ikan kayu masak cili padi bersama kacang buncis. Mak memang suka masak lauk 2 in 1 macam ni. Jimat masa & tenaga katanya... Ada lauk, ada sayur, campak sekali.

Makanan selalunya ditapau untuk dinner. Memula, amik 1 senduk je nasik. Kengkonon nak control carbo la kan... Kengkonon sangat..! Tapi, memang tak la..! Lepas tu, ntah berapa kali senduk nasik aku pun lupa nak kira dah. Belasah sampai 'overdose'! 

Kemudiannya, sentap tengok perut! Sob3...

Esok, pasang azam tinggi menggunung. Diet3!!! Mengkurus3!!! Tapi, bila Mak tapaukan makanan lagi, diet dengan mengkurus samadengan cancel3!!! & sentap untuk kali yang ke berapa belasratus ntah... tengok kondisi perut & kawasan yang sewaktu dengannya. Ha3... Hadoiiyaiinyapon..!!!


:: Like3, ek! ::



#THROWBACKDUAPULUHSATU: BAK KUT TEH BUKAN... OINK2..?

Yang ke-21...

Motip mamat kolam ikan dipanggil ke rumah Tan Sri adalah untuk suap bunga manja makan. Profesion dah bercabang 2. 1st, 'suap' ikan makan & 2nd, suap bunga manja makan. Kalau boleh, hari2 bunga manja nak makan bersuap. Barulah berselera dia makan! Amboiii3..! Anjenya diaaaaa... hoi! Hiks...

"Abang... Abang nak tak kalau kita... dating kat sana?"
"Erk! Alamak... Tak payahlah... Mas... Ni... boleh ke..? Tak payahlah. Sinilah."
"Takpelah. Mas tak naklah... makan."
"Eh, Mas! Merajuk2 jugak, helmet. Wa tang lah... Sinilah."
"Alaaa... boleh la..."
"Ye la... Ye la... Sini aaa... Adoiii... "

Helmet dengan kunci semua bunga manja pegang. Takut mamat kolam ikan larik. Ha3...

"... Alah... Mas..! Ko kan dah baik. Ko makan sendiri. Jangan jadi macam budak2 boleh tak?"
"Hmmpsss..!"
"Mas tangan ko bukannya putus ke... kena penyakit kusta ke... kudung ke... Ko makan la sendiri..."
"Hmmpsss..!"
"Haaa... ko hentak kaki! Ko hentak kaki! Aku kerat kaki baru tau! Kalau ko tak nak makan... hari ni jugak aku retire daripada profesion penjaga ikan. Dah! Aku balik sekarang jugak!"
"Ok3."
"Tau takut..!"
"Sini air aku bukak!"
"Abang... nak air."
"Ko makan la dulu... Kembung perut... Ni, abang ko ni ikat... dia nak ikat apa ni? Ingat towing kereta ke?... "

~ Credit to: ping

Bahagianya hati bunga manja bila mamat kolam ikan layan dia macam tu. Memang la tak romantik. Dia sangat tau & arif dengan sikap mamat kolam ikan. Tak reti nak jadik 'plastic', nak pura2. Semedang je ganas & kasar. Yang ganas & kasar tu lah buat dia jatuh cinta pada mamat kolam ikan. Cinta mati!

Perbincangan keluarga pasal nak cancelkan pertunangan bunga manja dengan Aryan buat bunga manja tak senang duduk. Clearly, Aryan naik hantu!

"Puas hati Mas sekarang ni... huh? Bertahun2 abang tunggu Mas, & ini balasan Mas terhadap abang. Sampai hati Mas kan? Tergamak buat abang macam ni."
"Abang, Mas mintak maaf. Mas betul2 mintak maaf dekat abang..."
"Maaf. Mas simpan maaf Mas tu. Abang cuma nak Mas jadi isteri abang. Itu je!"
"Tsk3... Abang... abang kena faham yang hati Mas takde dekat abang... Hati Mas hanya dekat..."
"Mas jangan sebut nama lelaki tu! Jangan sebut! Abang tak mau dengar, eh! Mas... Abang... abang janji yang abang akan jaga Mas. Abang akan layan Mas baik2... Abang... sayang Mas..! Kenapa Mas? Kenapa Mas nak kecewakan abang, Tok Ayah, keluarga abang..? Kenapa, Mas? Kenapa, Mas?"
"Abang, salah ke kalau Mas nak cari kebahagiaan Mas sendiri? Salah sangat ke..? Tsk3..."
"Huh... bahagia... Bahagia atas kekecewaan abang. Itu bahagia namanya? Takkan kekal lama, Mas. Kalau tak percaya tengoklah nanti."
"Kalau betul abang sayangkan Mas, abang takkan doa benda buruk2, Abang akan doakan benda yang baik untuk Mas... Kalau betul abang sayangkan Mas... Tsk3..."
"Mastura! Aku habiskan zaman remaja aku untuk ko Mastura! & ini... ini balasan ko terhadap aku, hah?... "

Suka2 hati je kan... dia nak doa cenggitu. Tak baik, dowh..! Dah orang tak chenta, mana boleh dipaksa2! Angkat kaki lambong, lei..! Mengugut pulak tuh! Nak disiasatnya asal-usul mamat kolam ikan sampai ke akar umbi! Suka bagi ah kak neves & emo tau..! Mencik! Cer terima dengan hati yang redha, Aryan, oiii..! Haish!

Drama sentap2, ungkit2, ugut2 terstop bila Uwais sampai. Fuh! Thanks, Uwais. Selalu jadik hero Uwais nih. ;) Bawak mamat kolam ikan sekali pulak tuh! Aku pulak yang terkinja2, excited! Ha3... Bunga manja tak jadik nak emo2. Dari sedeh2 terus gumbira melompat bintang! Propa depan Aryan, ye... Hiks...

Masalahnya, sempat jugak Aryan sound sedas 2 kat mamat kolam ikan.

"... Tu... ko tengok tu. Kereta2 mewah... semuanya kesukaan Mastura. Barang dalam rumah ni pun semuanya pilihan Mastura. Apa saja yang dia mintak, pasti akan dipenuhi walau apa cara sekalipun. Aku cuma nak ingatkan ko... Mastura cepat jemu. Aku risau nanti ko jadi barang2 perhiasan sama dalam rumah ni. Ko fikirlah sendiri. Ko seumpama suami yang dibeli oleh Kak Hannah... semata2 nak penuhi kehendak adiknya saja. Agak2nyalah, berapa ringgit yang dia bayar? Seringgit? 2 ringgit? Atau 50 sen je. Heh3... Hati2 bila dia tak suka ko. Masa tu lah, aku akan rampas Mastura dari ko!"

Aku cili jugak mulut Aryan ni kang, haaa..! Biasa tu..! Isk3... Nasib baik bunga manja cepat keluar carik mamat kolam ikan. Kalau tak, dah kena debik sebijik muka Aryan tu dengan mamat kolam ikan! 

Ajak dating kat dalam rumah, mamat kolam ikan segan. Terpaksa la berembun kat luar, kat taman tu je. Menggigil2 bunga manja tahan sejuk! Mamat kolam ikan bangun & coverkan bunga manja dengan jaket kulit yang dia pakai. Sampai ke mulut dicovernya. Romantik ganas2! I likeee..! Ha3... 

~ Credit to: kepalabergetar

Tok Ayah tengokkan je gelagat cucu dia bila jumpa dengan hero pujaan. Dari situ dah nampak yang keputusan menikahkan bunga manja dengan mamat kolam ikan adalah yang paling tepat. Walaupun kecewa tapi, dia tak nak bunga manja jadik buah mulut orang kampung lagi.

"... Ko dah makan belum?"
"Belum... Abang Jebat nak... suapkan ke?"
"Mengada ko kan? Dah! Duduk sini diam2!... "

Mamat kolam ikan amik makanan yang dia tapau kat kereta. Bila dia datang balik dekat bunga manja, dia konpius tengok bunga manja tengah baik punya... dok cium jaket kulit dia! Dia jerkah! Blushing bunga manja tau! Terus control ayu..! Ha3...

"... Abang apa ni..? Abang... apa..?"
"Bak kut teh."
"Hah..!"
"Bak kut teh."
"Bak kut teh bukan... oink2..?"
"Ni aku masak sendiri tau... Aku letak ginseng... Aku reneh sekali dengan cendawan. Takkan la aku nak pi letak oink2 dalam ni..! Benda ni halal, aku masak sendiri..! Cepat!"
"Betul ke..?"
"Astaghfirullahalazim... Ko ingat aku jahat sangat ke letak oink2 dalam ni? Takpe la kalau ko tak nak makan, aku bagi anjing makan je!"
"Ok2."
"Bukak mulut! Sedap..? Sedap makan lagi... Makan... aku tau tak sedap! Nama pun ubat, mesti la tak sedap! Makan! Hmmm... Makan!"
"Apa tu?"
"Makan dulu baru aku jawab!"
"Apa tu..?"
"Makan dulu."
"Tsk3..."
"Ni pun, aku buat special jugak untuk ko."

"Ni dim sum kan?"
"Ini jiaozi. Hmmm... macam dim sum jugaklah. Nah! Ko nak aku suap ke, ko nak makan sendiri?"
"Suap."
"Hmmm... bukak mulut, eh! Ni... makanan kegemaran aku ko tau. Haaa... semalam aku rajin terlebih, aku masak la... lebih. Sebab aku teringatkan ko. Eh, tapi ni sedap tau nih! Nah, bukak mulut! Ok, nah! Hmmm..."
"Sedap! Mana abang belajar masak ni? Sorry..."
"Kenapa pulak, sorry?"
"Ye la... Abang mesti belajar daripada arwah mak abang kan?"
"Aku belajar dengan sepupu aku... Airen."
"Cantik tak?"
"Cantik lagi ko. Dah, makan."
"Pandai Abang Jebat masak. Macam ni kan, senang hidup Mas."
"Kenapa pulak senang hidup ko?"
"Ye la... macam Mas, kalau Mas busy kerja apa semua kan, tak sempat nak masak apa semua, Abang boleh masakkan. Mas balik so Mas makan je."
"Wah3... macam tu?"
"Ok tak, Abang?"
"Tapi... bila yang aku cakap aku nak kahwin dengan ko?... "

Sentap terus! Ha3...

Ini maknanya sesi suai kenal. Sambil suap2 makanan, geget2 jari, bagitau makanan kegemaran, sentap2... pujuk2... kan best tuh! Sweet sangat... Hiks...

"Mas. Alah... ko ni... Aku bergurau je pun, tadi... Ko macam tak kenal aku... Aku ni mana la reti cakap elok2... Mas. Ni kira betul la ko tak nak cakap dengan aku ni? Hmmm... takpelah. Aku gerak dululah. Sia2 aku masak elok2."
"Betul ke Abang tak nak kahwin dengan Mas?"
"Daripada aku kena tanam hidup2, kepala aku kena potong, & ko masuk hospital hari2... terpaksa la aku kahwin dengan Hannah Mastura."
"Eiii, tak sweet langsung!"
"Aduh! Dah tau aku tak sweet, dah tau aku bukan romantik punya orang, ko yang nak kat aku, bukan masalah aku, ko yang gila kat aku, bukannya aku gila kat ko, gila! Haaa... Eh, Mas! Aduh... ermmm... Aku ni bukannya yang reti... aaa... macam mana nak cakap yang... yang... aduh... alaaa... Mas... macam ni la, Mas... aku... aduh... ni... senang cerita la, aku potong pendek je dengan ko la, eh! Aku jadi suami ko, amacam?"
"Boleh. Nak!"
"Hmmm... Tapi... ni la... aku nak mintak, 1 permintaan dengan ko, boleh?... "

Walaupun ganas... walaupun tak romantik... tapi, aku tetap melting tengok diorang berdua ni tau! Suka sangat menaikkan tahap 'glukosa' ah kak tau..! Awwsss..! Ha3...

Errr... 'permintaan' tersebut sambung kat next #throwback, ek! ;P


:: Like3, ek! ::



WORDLESS WEDNESDAY #63: BUKAN SEKADAR 'WORDLESS'...

~ Selepas berhempas-pulas dengan Kak Ja mengemas bilik Encik Boss. Maklum la... cleaner dah cha alip bot..! Hadoih! 

Kalau Encik Boss nampak, kompom dia speechless! Bukan sekadar 'wordless', habaq hang..! Ho3... hoi..! ;P


:: Like3, ek! ::



i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google