Wednesday, December 31, 2014

SILA TAK KONPIUS

"Andai pastinya ku tahu... Takkan aku tinggalkanmu... Namun masih keliru... Teringat masa lalu... La3..."

Perrgghhh..!!! Lunak merdu betul lontaran vokal ah kak. Silap haribulan, mau menanah telinga Alyah dengor! Ha3... #OverSangatTau

Kat opis... kat rumah... kat dalam kereta... kat rumah mak mahupun mertua... hatta kat toilet sekalipun, gigih karoks lagu Sesal Separuh Nyawa. Ni haaa... sesambil taip entry ni pun, mulut dok kumat-kamit berkaroks, feeling2 Alyah nyanyi pakai turban blink2. Ko hado..??! Ha3...

Berhantu betul lagu nih! ;P

Tapi, kat atas ni mukadimah je. Takde kaitan dengan intipati entry. Sila tak konpius. Harap maklum. ;P

~ Ini barulah intipati entry. Heh3...

Majlis bertandang #AzwaNely. Hari tu serba merah. Kali ni, serba biru pulak. Ada selit2kan pink sikit.

~ Arissa yang konpius, menebeng dengan Mak Tam.

~ Mahaplah sebab terlambat banyak update kesah wedding korang. 

Kengkonon #Throwback la konsep entry ni... He3...


p/s: Siapa layan drama '1 Hari', Slot Ratu, TV9? Lagu tema 'Sesal Separuh Nyawa', noks! La3... ;P


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



WORDLESS WEDNESDAY #72: PINK + GREY

~ Bawal Maira 2.0 (Pink + Grey). 1 tudung tapi, boleh matching2 dengan multiple warna baju. 2 in 1.

Terima kasih, benanghijau. ;)


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Tuesday, December 30, 2014

SIAP KO, AEDES!

Aku arrange jadual untuk gotong-royong kat opis. Bukan suka2 tapi, atas arahan. Pertama2nya adalah arahan dari Pejabat Daerah Hilir Perak yang mana arahan asalnya adalah daripada Setiausaha Kerajaan Negeri Perak. Discuss dengan Encik Boss, propose tarikh yang sesuai & issue notice.

Hari yang cun lagik indah tu jatuh pada hari Jumaat... 

~ Encik Boss not around. Cik Nad kasik briefing sebagai pemangku.

~ Kasik clear itu longkang.

~ Tong kosong pun kasik sumbat dalam plastik sampah.

~ Daun2 kering dikumpulkan 1 tempat.

~ Ada tayar buruk rupanya kat opis aku nih. Adeh3...

~ Wanita terhebak! Go, Kak Ja! Go, Kak Ja! Go! Ha3...

~ Pelepah kat pokok pun nak kena rentap jugak. Gasaklah! ;P


~ 'Kita bakor je..! Kita bakor..!' He3...

~ Jejaka terhebak pulak. Eceh!

~ Bergurau pulak diorang nih..! Isk3...


~ Kasik bersih!

~ Sental toilet.


~ Korek2 yang tersembunyik. He3...


~ Pukul 4.30 petang, gotong-royong setel. Ada jamuan sikit sebagai imbuhan. ;)

~ Bab doa makan memang laju! Ha3...

~ Mulut penuh! ;P

~ Encik Fadzil dah kenapa, haaa...??!

~ Terpaling khusyuk! Mak mertua lalu pun kompom buat2 tak nampak nih. Ha3...

~ Cik Nad cool je... ;)

Motip gotong-royong adalah untuk banteras Aedes. Nak cegah wabak denggi. Alhamdulillah... semuanya berjalan lancar. Terima kasih, opismate sebab bagi kerjasama. Jasa kalian dikenang sampai bila2...

Majulah gotong-royong untuk opis..! Eh2!!! Ha3...


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Tuesday, December 23, 2014

#AZWANELY

Dah lapanbelas kali kot #AzwaNely honeymoon, tapi aku baru nak update kesah wedding diorang. Haish! Jangan salahkan aku! Blame KIK tu, haaa..! ;P

Toksah banyak merepek. Moh ke 'storyboard' teruslah. ;)

~ Tema pengantin samadengan merah. Tapi, tema rombongan hantar pengantin adalah sukahati. Heh3...

~ Tukang memeriahkan majlis. ;)

~ Perrgghhh..!!! Merah habis kan?

Ini majlis kat rumah parents Nely. 

Azwan ni anak Mak Ngah My' Jebat' yang nombor 2. Ada 3 beradik je... Kakak & adik dia dah kahwin. Maknanya, Azwan 'penutup' la... ;P

Isk3... Skema sangat la panggil dia 'Azwan'. Kitorang biasa panggil dia 'Juan' je. Lebih mesraaa... gitu! Eceh! 


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Wednesday, December 17, 2014

WORDLESS WEDNESDAY #71: ENTREPRENEUR TO BE...

~ Aril, cousin My 'Jebat'.

~ Panel juri yang menghakimi proposal Aril.

~ Presentation

~ Confident yakin! ;P

~ Rural Business Challenge (RBC). 3 bakal usahawan untuk 1 episod. Tapi, rezeki tak berpihak pada mereka... 

Takpe... Don't give up & don't quit! Cuba lagik next time. Chaiyok3!!!

Ehem3! 

Aril masuk tv wooo...!!! Ho3...

Eh, 'wordless2'! ;P


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



8/10

Kursus Pengukuhan dan Kesedaran MS ISO 9001: 2008 Siri 1/2014 katanya...

Hmmm... berat betul segala anggota badan ni nak packing2, tinggalkan My 'Jebat' untuk 3 hari 2 malam. Rasa macam 3 tahun 2 bulan pulak. Isk... coiii..!!! Tsk3...

Tapi, 'Saya yang menurut perintah,' kan... redah je la... Hadapi dengan senyuman... walaupon...

Wakil SKM, Perak ada 5 orang termasuk ah kak. My 'Jebat' hantar sampai ke R&R Tapah je. Dari situ, naik Innova Jabatan dengan yang lain2. Kursus kat Golden Straits Villas, Port Dickson, Negeri Sembilan. Dalam perjalanan, aku banyak tido. Perkara biasa sangat tu..! Ha3...

Sesat-barat jugak sekejap nak mencarik Golden Straits Villas tuh. Terlajak sampai ke Sunshine Bay Resort nun..! Mengucap panjang kami bila tengok Sunshine Bay Resort! Kusss... semangat! Takkan kat ceruk tu kot..! Apartment dia giler weird! Perrgghhh..!!! Ngeri, noks..!

Nasib baik itu adalah sesat. Golden Straits Villas tu kat depan2 sikit. Fuh, lega..!

Tapi, lega2 pun... indah khabar dari rupa jugaklah. Cumanya, kalau ada 5 mintang, Sunshine Bay Resort dapat 1, Golden Straits Villas dapat 3. Haaa... cenggitu perbezaanya... Boleh la...

1st session start petang tu jugak, PK URUS by Encik Mohd Lutfi Muhajir. Dapat jugaklah mengrefresh ilmu yang ada & serap mana yang baru tau.

Hari ke-2, ada spesel ala2 consultant dari AJA EQS Certification (M) Sdn. Bhd. Habis segala mak nenek terms ISO didedahkan. Kena hafal lak tuh! Sebab ada test di hari terakhir. Siapa fail, kena repeat! Owh3...

~ Ini day 2, belah malam, ada bbq nite.

~ Tema sukahati. Sebab tu ada macam2 kaler.

~ Gambar sebelum turun ke tempat bbq, tepi pool. Tengok perut pun dah tau & tak syak lagik ini gambar sebelum. Ha3...

~ Gambar selepas... tak berani nak tunjuk. Perut menggelembung dengan hebak! Huuuuuu......

Ke........ gambar sebelum pun dah menggelembung? Ha3...

~ Final day... memasing dah tak sabor nak balik, rindukan yang tersayang... Eceh! 

Soklan test ada 10. Aku & the gang dapat 8/10. Duduk dekat2, markah pun sama. Nampak tak 'permainannya' kat situ? Ha3...

Shhh...!!! ;P


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Monday, December 15, 2014

SEMUANYA SEBAB KIK

Natijah Kumpulan Inovatif & Kreatif (KIK)...

Macam nak lupa dah password Facebook,
Sebabnya... KIK.

Macam dah ketinggalan gossip2 Kiah Propa,
Sebabnya... KIK jugak.

Macam terabai sangat blog,
Takde entry... tak terlayan komen,
Pun sebab KIK.

~ Teaser KIK yang entrynya akan menyusul. Tungguuuuuuuuuuu........ Eceh! ;P

Nak qada' entry2 tertunggak dulu. K-mon, bebeh... k-mon..! Jom 'balas dendam'!!! Woo hooo..! 


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Sunday, November 23, 2014

08.11.2014... MAK SEMAKIN BERSEMANGAT!

Kembali dengan rutin menjaga Mak di Wad GD. Keadaan Mak stable walaupun agak lemah. Doktor kata progress penyembuhan Mak agak lancar & cepat. Hari ke-2 lepas operate, doktor dah remove drainage bag (bag yang ada tiub untuk Mak buang air kecil). 

Doktor dah 'izinkan' Mak untuk consume nutritious fluids. Kemudian, dah dibenarkan makan porridge. & akhirnya, dah boleh makan nasik biasa. Step by step... Alhamdulillah...

~ Morning, Mak... ;)

Keadaan Mak memuaskan. Cuma perlu dibantu untuk bangun & perlu dipimpin untuk ke toilet. Yang lain2 macam glucose, BP, HB bagai... dalam keadaan tip top! Eceh! ;)

~ Breakfast dengan bihun sup. Mak kata sodap... tapi, takde 'isi kandungan'. Ada sayur je. Menu sihat habis! ;P

8 November 2014...

Tarikh keramat! Tarikh yang buat Mak semakin bersemangat untuk minum banyak, makan banyak, makan ubat banyak (ikut dos lah) & buang air banyak. He3... 

Sebab ini adalah tarikh discharge! ;)


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



THIS IS THE DAY...

Hari pembedahan...

Pukul 6 pagi, nurse bagi Mak makan ubat. Tak boleh minum banyak. Lepas tu, terus full fasting. Aku pun ikut full fasting. Tak sangguplah nak makan sedangkan Mak 'berpuasa penuh'. Plus, takde selera sebab hati ni terlalu neves bila pikirkan hari tu adalah hari operation Mak. Gedebak gedebuk bunyik jantung. Hu3...

Sekejap2 Mak suruh aku roger2 My 'Jebat', mintak hantarkan makanan untuk aku. Aku jawab je yang aku 'diet' sambil buat muka seposen. He3...

Mak kes #3. Pukul 12 tengahari, nurse siapkan Mak, dok atas stretcher & Mak disorong ke tingkat 1. Muka Mak sangat redha... Aku pulak yang emo. Jenuh dok cover2 mata yang dah merah ni daripada Mak. Nasib baik ada My 'Jebat'. Dia banyak tenangkan aku. Katanya...

"Aaby kena kuat untuk Mak. Kalau Mak nampak aaby nangis cenggini, nanti Mak lagik down. Kita doakan yang terbaik je untuk Mak."

Hokay, fine! Kamu memang kena kuat! Walaupun kamu tau yang inilah kali pertama Mak admitted sampai kena operate bagai... No matter what... 

Aku tarik napas dalam2... aku istighfar... selawat... aku mohon doa pada Allah supaya segalanya dipermudahkan... Aminnn...

Operation makan masa dalam 4 jam. My 'Jebat' bawak aku lunch dulu kat kantin & balik rumah kejap untuk refresh diri sendiri. Abang take over tunggu Mak kat luar Operation Theatre (OT).

Pukul 4 petang, Abang roger2, Mak dah keluar dari OT & dah ditempatkan kat Wad GD katanya... Alhamdulillah... sebab operation berjalan lancar. Paling bersyukur bila Mak tak perlu dimonitor dalam Recovery Room untuk disedarkan dari bius. Sebab kalau tak sedar, berkemungkinan besar patient akan koma / stroke! & ini adalah risiko yang paling aku takut. Hu3...

Mujurlah semangat Mak kuat! 

Alhamdulillah3... Terima kasih, Allah...


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



ROMBONGAN GENG SURAU KE WAD

Bukan 'Rombongan Cik Kiah Ke Kelana Jaya' tau..! Lain sangat tu... Jauh menyimpang! ;P

Aku kerja macam biasa hari tu. Tengaharinya, My 'Jebat' bawak Abah & My MIL ziarah Mak. Terima kasih, parents mertuaku... ;)

Belah petang, aku & My 'Jebat' lawat Mak macam biasa. Tapi, terkejut sikit sebab Mak dapat pelawat yang ramai! Dinamakan sebagai 'Rombongan Geng Surau Ke Wad', Heh3...

Geng surau Mak sangat2 supportive. Diorang happykan Mak... buat Mak ceria. Paling suka buat kelakor adalah Acik Ayoi. Ada je isu yang dia timbulkan & buat kengkawan ketawa. Tukang havoc kekdahnya... He3...

Kak Ja pun datang ziarah 'Mak angkat' dia jugak. Terima kasihlah atas kunjungan... ;)

Aku temankan Mak kat wad malam tu. Dapatlah risik2 condition Mak daripada doktor & nurse. HB Mak dah ok. BP dah semakin stable, 112/62. Glucose pulak 5.7 which is ok. 

~ Ajak Mak selfie. He3...

Sempat la borak2 dengan Mak sebelum Mak lelap. Pukul 11.30 malam, nurse kejutkan Mak untuk makan ubat. Ubat tu ala2 pil tido. Nak kasik Mak mengantuk, tido & rest secukupnya. Awal2 doktor dah bagitau pasal ubat ni. So, takdelah terkejut ke... neves ke... apa ke kan...

~ Sempat bagi senyuman paling sweet sebelum tido. Ecewah! ;)
Susah sikit aku nak tido malam tu. Perasaan bercampur-baur. Ntah! Tak tau la nak kata macam mana..?! Yang pasti, aku selalu  harapkan yang terbaik untuk Mak. 

Semoga semuanya dipermudahkan... Aminnn... 


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Wednesday, November 19, 2014

1 PAIN

Hari ke-2 admitted...

Mak breakfast roti potong kosong dengan air teh 3 in 1 tanpa gula. Boleh agak la kan... betapa tawar hebennya menu tersebut. Kesian Mak... Mak lapor tapi, terpaksa telan. Aku pun sedeh. Redha dalam diam je demi untuk tengok Mak sihat. Tsk3...

Lepas Mak habiskan breakfast, aku balik rumah. Siap2 & masuk opis macam biasa. Tengahari tu, Mak roger2 My 'Jebat', mintak tapaukan roti potong Gardenia. & tengahari tu jugaklah 'delivery roti' sampai. Terima kasih, My 'Jebat'... Service bagus sangat nih..! Ha3...

Rice porridge hospital tak mampu nak tampung kapasiti perut Mak. Maksudnya, roti tu buat alas perut Mak bila lapor sangat. Cenggitu...

Pukul 6.15 petang, aku & My 'Jebat' tengok Mak. Berboraklah kami sampai ke Maghrib. Sebelah tangan Mak dah ada drip. Air & 1 pain darah dah selamat masuk dalam badan Mak. Muka Mak pun dah kurang pucat. Dah mula naik balik serinya. Macam Neelofa! Eh! Ha3...

Actually, aku suka... Syukur... ;)

~ Rancak bercerita. He3...

~ Nasib baik katil tak runtuh. Ha3...

~ Sayang Mak sebanyak infiniti... ;)

Mak kata, malam tu tak teman Mak pun takpe. Mak ok jerrr... Plus, Mak dah mula tambah 'friend list'. 1 'jiran' katil sebelah & 2 'jiran' katil depan. Condition Mak pun makin stable. So, aku tak tido wadlah malam tu.

Pukul 9 malam, aku roger2 Mak. Tanya khabar terkini & wish goodnite. Dengan harapan, Mak dapat relax & mimpikan yang indah2 je malam tu. ;)


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Thursday, November 13, 2014

DOS KASIH SAYANG YANG TINGGI

Beberapa minggu sebelum Mak admitted...

My 'Jebat' kan dok tolong buat kerja2 renovation dapur rumah Mak. Selalunya, petang2 baru habis buat kerja. Mandi, solat, makan... tau2 dah malam. & selalunya jugak, pukul 9.30 malam My 'Jebat' dah 'hanyut' di alam mimpi. Bila aku kejut, nak bukak mata pun tak larat. Nak2 pulak dapat landing kat 'tilam ada dadah' Mak tuh. Kompom lena habis! Ha3...

Sudahnya, bermalam je la... Esoknya, boleh sambung kerja. Tak perlu rushing2.

~ Mee Goreng by Makcik Sari... breakfast of the day...

Lepas makan, terus sleepy ya hamat! Mungkin kadar / dos kasih sayang yang dicurahkan semasa pembuatan mee goreng seperti yang tersebut di atas agak tinggi. Ecewah..! Ha3...


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



PUNCAK JAYA

Ada yang tertinggal rupanya cerita KIK, Diamond Wave peringkat Negeri Perak. Hmmm... mohon buat sambungan, ek?! ;P

Simple je... Just nak share apa yang terjadik di hari terakhir konvensyen. Rasa rugi pulak kalau tak share sebab muka ni comel sangat..! Bak Nelydia Senrose gitu, noks..! Awwsss..!!! Ha3... #StatementMohonDilempang

~ Tempat yang sama dengan hari presentation, Dewan Bankuet, Bangunan SUK Perak. Susun atur je yang berbeza. Kami ditempatkan mengikut meja & kumpulan. Maknanya, 1 meja bulat = 1 kumpulan.

~ Koir SUK Perak sedang perform. Hebaklah diorang..! Siap ala2 bersilat bagai... 

4 lagu kot diorang perform. Paling thorrbahekkk... adalah lagu Puncak Jaya. Tau ke tidok lagunya yang mana 1? Alaaa... yang cenggini tu... 

Nyalakan azam membumbung 
Padukan tekad & waja 
Songsongi ombak bergulung 
Menuju ke pulau cita 

Setitis jadikan laut 
Sekepal jadikan gunung 
Namamu kelak disebut 
Jasamu kelak disanjung 

Nyalakan tekad di hujung cita 
Sama muafakat ke puncak jaya 
Sembah setia sepenuh jiwa 
Untuk nusa & negara 

Kan megah langit dijunjung 
Rela bumi nan dipijak 
Kan megah ibu mengandung 
Putera puterinya berjasa 

Hah, boleh imagine kan? Kan3..??? ;P 

Perrgghhh..!!! Bila time lagu ni, terus rasa macam nak mintak form jadik ahli. Ha3... Over sangat tau..! ;P

~ Perasmian penutup oleh MB Perak. Clap3... ;)

Di hari terakhir tu jugaklah hari pengumunan keputusan. Menang kalah, adat pertandingan. Yang penting, semua kumpulan dah cuba yang terbaik. 

Kutip pengalaman, simpan baik2, untuk panduan masa depan. ;)


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::