Wednesday, December 31, 2014

SILA TAK KONPIUS

"Andai pastinya ku tahu... Takkan aku tinggalkanmu... Namun masih keliru... Teringat masa lalu... La3..."

Perrgghhh..!!! Lunak merdu betul lontaran vokal ah kak. Silap haribulan, mau menanah telinga Alyah dengor! Ha3... #OverSangatTau

Kat opis... kat rumah... kat dalam kereta... kat rumah mak mahupun mertua... hatta kat toilet sekalipun, gigih karoks lagu Sesal Separuh Nyawa. Ni haaa... sesambil taip entry ni pun, mulut dok kumat-kamit berkaroks, feeling2 Alyah nyanyi pakai turban blink2. Ko hado..??! Ha3...

Berhantu betul lagu nih! ;P

Tapi, kat atas ni mukadimah je. Takde kaitan dengan intipati entry. Sila tak konpius. Harap maklum. ;P

~ Ini barulah intipati entry. Heh3...

Majlis bertandang #AzwaNely. Hari tu serba merah. Kali ni, serba biru pulak. Ada selit2kan pink sikit.

~ Arissa yang konpius, menebeng dengan Mak Tam.

~ Mahaplah sebab terlambat banyak update kesah wedding korang. 

Kengkonon #Throwback la konsep entry ni... He3...


p/s: Siapa layan drama '1 Hari', Slot Ratu, TV9? Lagu tema 'Sesal Separuh Nyawa', noks! La3... ;P


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



WORDLESS WEDNESDAY #72: PINK + GREY

~ Bawal Maira 2.0 (Pink + Grey). 1 tudung tapi, boleh matching2 dengan multiple warna baju. 2 in 1.

Terima kasih, benanghijau. ;)


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Tuesday, December 30, 2014

SIAP KO, AEDES!

Aku arrange jadual untuk gotong-royong kat opis. Bukan suka2 tapi, atas arahan. Pertama2nya adalah arahan dari Pejabat Daerah Hilir Perak yang mana arahan asalnya adalah daripada Setiausaha Kerajaan Negeri Perak. Discuss dengan Encik Boss, propose tarikh yang sesuai & issue notice.

Hari yang cun lagik indah tu jatuh pada hari Jumaat... 

~ Encik Boss not around. Cik Nad kasik briefing sebagai pemangku.

~ Kasik clear itu longkang.

~ Tong kosong pun kasik sumbat dalam plastik sampah.

~ Daun2 kering dikumpulkan 1 tempat.

~ Ada tayar buruk rupanya kat opis aku nih. Adeh3...

~ Wanita terhebak! Go, Kak Ja! Go, Kak Ja! Go! Ha3...

~ Pelepah kat pokok pun nak kena rentap jugak. Gasaklah! ;P


~ 'Kita bakor je..! Kita bakor..!' He3...

~ Jejaka terhebak pulak. Eceh!

~ Bergurau pulak diorang nih..! Isk3...


~ Kasik bersih!

~ Sental toilet.


~ Korek2 yang tersembunyik. He3...


~ Pukul 4.30 petang, gotong-royong setel. Ada jamuan sikit sebagai imbuhan. ;)

~ Bab doa makan memang laju! Ha3...

~ Mulut penuh! ;P

~ Encik Fadzil dah kenapa, haaa...??!

~ Terpaling khusyuk! Mak mertua lalu pun kompom buat2 tak nampak nih. Ha3...

~ Cik Nad cool je... ;)

Motip gotong-royong adalah untuk banteras Aedes. Nak cegah wabak denggi. Alhamdulillah... semuanya berjalan lancar. Terima kasih, opismate sebab bagi kerjasama. Jasa kalian dikenang sampai bila2...

Majulah gotong-royong untuk opis..! Eh2!!! Ha3...


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Tuesday, December 23, 2014

#AZWANELY

Dah lapanbelas kali kot #AzwaNely honeymoon, tapi aku baru nak update kesah wedding diorang. Haish! Jangan salahkan aku! Blame KIK tu, haaa..! ;P

Toksah banyak merepek. Moh ke 'storyboard' teruslah. ;)

~ Tema pengantin samadengan merah. Tapi, tema rombongan hantar pengantin adalah sukahati. Heh3...

~ Tukang memeriahkan majlis. ;)

~ Perrgghhh..!!! Merah habis kan?

Ini majlis kat rumah parents Nely. 

Azwan ni anak Mak Ngah My' Jebat' yang nombor 2. Ada 3 beradik je... Kakak & adik dia dah kahwin. Maknanya, Azwan 'penutup' la... ;P

Isk3... Skema sangat la panggil dia 'Azwan'. Kitorang biasa panggil dia 'Juan' je. Lebih mesraaa... gitu! Eceh! 


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Wednesday, December 17, 2014

WORDLESS WEDNESDAY #71: ENTREPRENEUR TO BE...

~ Aril, cousin My 'Jebat'.

~ Panel juri yang menghakimi proposal Aril.

~ Presentation

~ Confident yakin! ;P

~ Rural Business Challenge (RBC). 3 bakal usahawan untuk 1 episod. Tapi, rezeki tak berpihak pada mereka... 

Takpe... Don't give up & don't quit! Cuba lagik next time. Chaiyok3!!!

Ehem3! 

Aril masuk tv wooo...!!! Ho3...

Eh, 'wordless2'! ;P


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



8/10

Kursus Pengukuhan dan Kesedaran MS ISO 9001: 2008 Siri 1/2014 katanya...

Hmmm... berat betul segala anggota badan ni nak packing2, tinggalkan My 'Jebat' untuk 3 hari 2 malam. Rasa macam 3 tahun 2 bulan pulak. Isk... coiii..!!! Tsk3...

Tapi, 'Saya yang menurut perintah,' kan... redah je la... Hadapi dengan senyuman... walaupon...

Wakil SKM, Perak ada 5 orang termasuk ah kak. My 'Jebat' hantar sampai ke R&R Tapah je. Dari situ, naik Innova Jabatan dengan yang lain2. Kursus kat Golden Straits Villas, Port Dickson, Negeri Sembilan. Dalam perjalanan, aku banyak tido. Perkara biasa sangat tu..! Ha3...

Sesat-barat jugak sekejap nak mencarik Golden Straits Villas tuh. Terlajak sampai ke Sunshine Bay Resort nun..! Mengucap panjang kami bila tengok Sunshine Bay Resort! Kusss... semangat! Takkan kat ceruk tu kot..! Apartment dia giler weird! Perrgghhh..!!! Ngeri, noks..!

Nasib baik itu adalah sesat. Golden Straits Villas tu kat depan2 sikit. Fuh, lega..!

Tapi, lega2 pun... indah khabar dari rupa jugaklah. Cumanya, kalau ada 5 mintang, Sunshine Bay Resort dapat 1, Golden Straits Villas dapat 3. Haaa... cenggitu perbezaanya... Boleh la...

1st session start petang tu jugak, PK URUS by Encik Mohd Lutfi Muhajir. Dapat jugaklah mengrefresh ilmu yang ada & serap mana yang baru tau.

Hari ke-2, ada spesel ala2 consultant dari AJA EQS Certification (M) Sdn. Bhd. Habis segala mak nenek terms ISO didedahkan. Kena hafal lak tuh! Sebab ada test di hari terakhir. Siapa fail, kena repeat! Owh3...

~ Ini day 2, belah malam, ada bbq nite.

~ Tema sukahati. Sebab tu ada macam2 kaler.

~ Gambar sebelum turun ke tempat bbq, tepi pool. Tengok perut pun dah tau & tak syak lagik ini gambar sebelum. Ha3...

~ Gambar selepas... tak berani nak tunjuk. Perut menggelembung dengan hebak! Huuuuuu......

Ke........ gambar sebelum pun dah menggelembung? Ha3...

~ Final day... memasing dah tak sabor nak balik, rindukan yang tersayang... Eceh! 

Soklan test ada 10. Aku & the gang dapat 8/10. Duduk dekat2, markah pun sama. Nampak tak 'permainannya' kat situ? Ha3...

Shhh...!!! ;P


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Monday, December 15, 2014

SEMUANYA SEBAB KIK

Natijah Kumpulan Inovatif & Kreatif (KIK)...

Macam nak lupa dah password Facebook,
Sebabnya... KIK.

Macam dah ketinggalan gossip2 Kiah Propa,
Sebabnya... KIK jugak.

Macam terabai sangat blog,
Takde entry... tak terlayan komen,
Pun sebab KIK.

~ Teaser KIK yang entrynya akan menyusul. Tungguuuuuuuuuuu........ Eceh! ;P

Nak qada' entry2 tertunggak dulu. K-mon, bebeh... k-mon..! Jom 'balas dendam'!!! Woo hooo..! 


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::