Tuesday, September 30, 2014

GEDEBAK GEDEBUKNYA RASA

Sangat neves! Sangat berdebar2! Sangat gedak gedebuk rasa dada ni! Secukup rasa semuanya. Tak kurang & tak lebih walau sikit pun. Hu3...

'Hari tu' tiba jugak akhirnya... Hari Pemeriksaan Projek KIK by pemeriksa dari SUK Perak. 

3 orang... pakai kot hitam dengan necktie yang nampak sangat korporat... muka serious tak hengat... bakal kasik soklan cepu emas yang boleh buat ketaq lutut... hmmm... ini semua imaginasi aku tentang team pemeriksa SUK Perak tu.

Imaginasi yang bulat2 meleset! 

~ Sebab yang datang adalah mereka berdua ni je. Encik Surendran & Encik Abdullahaslam. & mereka adalah sempoi... ;)

1st impression tetaplah cuak tak hengat kan... Pertama kali bertemu kekdahnya... Tapi, diorang mintak kami relax & buat presentation secara chill2 je. Plus, diorang tu lebih kepada nak check kesahihan kewujudan projek. Nak tengok dokumen sokongan & bukti2 projek berjalan. 

Owh... kalau begitu kesahnya, bolehlah kami tarik napas lega. Heh3...

~ Presentation ringkas dari wakil presenter Diamond Wave, Encik Selvam.

~ Senyum simpul. He3...

~ Sebabun fail bukti! Amekaw! Ha3...

~ Stay focus.

Alhamdulillah... semuanya berjalan lancar. Kami jawab apa yang sepatutnya, apa yang kami termampulah. Selebihnya, redhakan je... 

Terima kasih, Encik Surendran & Encik Abdullahaslam. Nasihat & panduan daripada tuan2 berdua sangat kami hargai. ;)

~ #OfficialDiamondWave

Diamond Wave yang biruuuuuuuuuu............... He3...


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::


SANGAT2 LUAR BIASA!

Kursus Pengurusan Kewangan Koperasi (Wajib 1)

'Join venture' antara SKM dengan MKM. Tugas aku dengan Kak Ja macam biasalah... jadik urusetia bahagian pendaftaran. Memula kami ok jerrr... Tapi, lama2 kami jadik 'culture shock'! Sebab peserta melimpah-ruah! Attendance yang sangat2 luar biasa sampai bilik seminar full! Tahap kena mintak 2-3 bijik meja + kerusi extra kat urusetia bersama [Koperasi Orang Melayu Kerajaan (SKOMK) Perak Berhad]. 

Fuh, dasat!

~ Opening speech daripada top management bahagian latihan, MKM.

~ Speaker of the day... of courselah dari MKM jugak.

~ Good joblah to all wakil2 coperators nih..! Anda sememangnya hebak!

Urusetia pun terkena tempias semangat kamu semua. Beronok2 betul kami tengok kamu semua berkursus. & hati kami pun bermunge2... Ecewah..!

Kursus ni 2 hari. Alhamdulillah... berjalan dengan lancar.


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Friday, September 26, 2014

TERLAJAKKK... HAVOC!

Dah tak sama macam dulu. Sebab dulu2, dia sunyi. Sepi je... Cuma ada tv Astro Sport Channel yang ulang tayang football match. Kena sangat dengan nama dia... Arena.

Tapi, sekarang dah lain! Lain sangat! Hmmm... macam penjenamaan semula pulak kekdahnya... Kerusi meja dah makin bertambah, especially untuk yang suka bersantai kat outdoor. Tv masih kekal, dengan tambahan 2 white screen + projector ala2 untuk presentation khas untuk peminat bola yang nak menonton secara outdoor jugak. 

Hokay, takpe! Itu masih macam mengekalkan konsep asal la jugak kan... Yang jadik tambahan drastik adalah sudut DJ & karoks. Kalau takde yang nak berkaroks, DJ akan pasang lagu pelbagai genre. Gegak-gempita, weh! 

Memula rasa ok je... Tapi, lama2 rasa seperti, 'Owh... sakitnya telinga ah kak!". Hu3...

~ Restoran Arena Bistro yang... terlajakkk... havoc! ;P

~ Meredhakan halwa telinga. Hu3...

~ Dari segi makanan pun Restoran Arena Bistro buat penjenamaan semula / penaiktarafan rasa kot. Sebab semakin sodap especially sup ekor. Betul2 ho liao wooo..! Heh3...

Restoran ni sangat sesuai untuk havoc lover. Macam kami yang spesis havoc suam2 kuku ni, agak merunsing sikitlah especially bila DJ naikkan volume lagu to the max. Nak sembang pun aci jerit2, noks! Sakit pulak hati kita..! Nasib baiklah makanan dia tip top jugak. Kurang sikit tahap sakit hati tu. Hu3...

So, kepada peminat karoks, bola & makanan yang sodap, silalah terjah Restoran Arena Bistro ni, ek!

Restoran Arena Bistro
Jalan Maharajalela
36000 Teluk Intan, Perak


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Thursday, September 25, 2014

MACAM ROMEO DENGAN JULIET...

#throwback

Officemate dengan jamuan makan2 memang tak dapat dipisahkan. Macam lagu dengan irama... Macam ombak dengan pantai... Macam Romeo dengan Juliet... Ecewah!!! Ha3...

Sebab tu jugaklah kat opis ada Pegawai Jamuan. Jawatan yang diwujudkan khas untuk Kak Ja. Kira sain sampai pencenlah! Dengan harapan, Kak Ja tarik balik permohonan transfer dia either ke Terengganu / HQ. Hiks...

~ Hati pun beronok2 bila di depan mata terbentang luas makanan2 cenggini. Ho3...

~ Pegawai Jamuan dengan Assistant Pegawai Jamuan. Eh, tetiba pulak Cik Nad jadik Assistant Pegawai Jamuan! He3...

~ Proses melonggarkan button blazer memasing sebab takut sendat. Ha3... Larikksss..!!!

~ Opening speech from Encik Boss.

~ Diikuti dengan personal speech daripada Cik Nad, ...

~ ... Kak Ja, ...

~ ... Encik Selvam, ...

~ ... Hafiz, ...

~ ... Fadzil, ...

~ ... & Encik Amir.

Semua kasik speech kecuali ah kak sebab ah kak sibuk jadik photographer merangkap berselfie tak hengat! Heh3...

~ 3 munge SKM, Hilir Perak. Ececeh..! ;P


~ Macam nak bersilat je... Isk3...

Ini jamuan raya merangkap jamuan untuk mengalu2kan kedatangan Cik Nad. Sebab tu ia di #throwback kan. Plus, tengok je la makanan2 yang terhidang kat atas meja tu. Lemang, nasik impit, kuah kacang bagai... Obvious sangat mencerminkan tema rayanya..! ;P

'Kembung' perut untuk 1 hari. Terima kasih Puan Pegawai Jamuan yang gigih menjayakan makan2 nih. ;)


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Sunday, September 21, 2014

BERMALAM DI WAD

Hari ke-2 di wad...

Drip air dulu, kemudian drip 1 pain darah. Kesian tengok tangan kiri Mak kena cucuk dengan jarum yang besar. Meruntun jiwa sangat..! Tapi depan Mak, kena tunjukkan yang kita ni ok2 je. Kontrol segala yang meruntun / sedeh2, simpan jauh2 sikit kat dalam hati tu. 

~ Tarikh menunjukkan yang ini adalah #throwback

Aku kerja macam biasa. Sebab keadaan Mak ok & tak membimbangkan. Sampai je opis, terus roger2 Mak, tanya khabar bagai... Bila dah tau keadaan Mak, tenang sikit hati ni nak buat kerja.

~ Aku lawat Mak masa lunch hour. Sengaja pilih baju batik kaler ijo semata2 nak kasik moral support kat Mak yang pakai baju wad kaler ijo jugak. ;)

Mak dah sedikit berselera untuk makan. Aku tapau 2 bungkus nasik & karipap sardin. Kami makan sama2 kat dalam wad tu. Alhamdulillah... 

Kemudian, aku masuk opis balik macam biasa. Hati makin senang dengan keadaan Mak yang semakin hari semakin baik. Terima kasih Allah...

Pukul 6 petang, My 'Jebat' & aku melawat Mak lagik. Siap bawak kerusi malas, blanket, bantal bagai... sebab malam tu, aku akan temankan Mak, tido kat wad. ;)

Abah, My MIL & Jijah pun datang ziarah Mak petang tu. Terima kasih... ;)

~ Aku ajak Mak selfie sebelum tido. He3...

~ SpongeBob pun aku angkut jugak. Heh3...

Aku buat wad tu macam rumah sendirik. Maksudnya, kerusi malas yang boleh diadjust2 jadik seperti single bed tu aku letak betul2 kat tepi katil Mak. Letak lapik & bantal. Kemudian, pergi toilet, cuci muka bagai... pakai skincare, Vaseline, sarung stoking, usik2 Mak kejap, peluk SpongeBob & baru tido. Mak pun pening kepala tengok anak bongsu dia yang kengkonon perfectionist nih. Ha3...

Actually, My 'Jebat; awal2 lagi dah pening kepala tengok 'bagasi & props' bini dia yang nak dibawak ke wad. Tapi, beliau redhakan jerrr... Ha3...

Esok paginya, My 'Jebat' datang amik sebab aku nak masuk opis macam biasa. My 'Jebat' tapaukan roti canai, request daripada Mak. A good sign. Maknanya, selera makan Mak semakin baik. Alhamdulillah...


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Saturday, September 13, 2014

SUSAH NAK BEHAVE!

#throwback

Ada berita mengejutkan! Jijah terpaksa bersalin awal @ 7 bulan merangkap pada hari raya ke-5 sebab bleeding. 

Begini kesahnya...

Baby Jijah ada problem placenta previa atau pun uri di bawah. Almost sebulan dia admit kat Hospital Melaka. Dia mintak transfer ke Hospital Teluk Intan. Nak dekat dengan My MIL mungkin. & it's approved! Maka 'bermastautinlah' pulak Jijah kat Hospital Teluk Intan...

Masa tu, baru 6 bulan kot. Baby kecik. Maknanya, tak cecah berat minima untuk usia kandungan 6 bulan. Baby baru 500 gram out of 800 gram (berat minima). Memang perlukan pemantauan doktor, tak boleh buat kerja berat mahupun ringan & kena jaga pemakanan. Sebab kalau tak follow semua tu, Jijah bleeding. Harapan untuk deliver normal adalah tipis. Kebarangkalian untuk C-section adalah tinggi. Doktor dah bagitau, kalau boleh nak baby cecah usia 7 bulan, baru sesuai untuk C-section. Tapi, kalau boleh cecah sampai 9 bulan tanpa bleeding, lagik baguslah.

Doktor kasik Jijah discharge bila bleeding dah takde. Tapi, doktor pesan siap2, kalau bleeding teruk lagik, kena cepat2 ke hospital. Nak dijadikkan cerita, Jijah mintak transfer semula ke Hospital Melaka. Tapi, tak sempat admit sebab masa balik rumah mertua dia kat Tepeng, Jijah bleeding lagik. Terpaksalah buat C-section kat Hospital Tepeng. 

Berat baby masa lahir adalah 850 gram sahaja. Dok dalam inkubator kat Unit Rawatan Rapi. So, aktiviti raya ke-5 adalah melawat Jijah kat Hospital Tepeng. Tak dapat tengok baby sebab tak dibenarkan. Takpe... Kami paham.

Lepas tu, kami terus beraya ke rumah mertua Jijah. Sodap bihun sup mak Mon. ;)

Pukul 3 ++ petang, kami mintak diri. Tapi, tak balik terus pun... Ada agenda nak ke Zoo Tepeng. Nak bawak Athirah, Arrisya & Aisy berkenalan dengan haiwan kekdahnya... Eceh! He3...

~ Naik trem je, senang. Tak payah susah2kan kaki nak tawaf seluruh zoo tuh.

Kami conquer 80 % dari seat trem tu. Lagik 20 % adalah family orang lain. Tapi, aku syak family yang 20 % tu mesti menyesal naik 1 trem dengan kami. Eh, bukan aku je yang syak! Tapi, My 'Jebat', adik2 ipar & biras2 pun syak cenggitu jugak. Sebab kami buat trem tu macam kami yang punya. Ha3...

Bila driver trem kasik briefing...

"Ok. Di sebelah kiri anda adalah buaya... bla3... dengan ukuran panjang bla3..."

Kami sahut...

"Whoaaa..!!! Buaya2... bla3... panjang... takut... huuuu..."

Bila driver trem briefing lagik...

"Di sebelah kanan anda adalah badak sumbu... bla3... baka kacukan bla3..."

Kami sahut lagik...

"Fuyyohhh..!!! Besarnya badak sumbu tu... bla3... kenapa dia berendam dalam lumpur bla3..."

Nampak 1 couple berselfie pakai monopod kat sebelah kandang zirafah pun kena bahan jugak...

"Huuuuuuuu....... monopod tuuuuuuu......!!!"

Susah betul nak behave! Abah dengan My MIL geleng kepala je la... Ha3...

~ Berhenti makan masa on the way balik. Aci redah je... Asal ada nampak restoran yang 'tak mencurigakan', kami stoplah. Roy belanja. Terima kasih daun keladilah, ye! ;)


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Friday, September 12, 2014

LONE RANGER

Bermulalah episod aku sebagai lone ranger, bawak Mak ke sana ke mari berputar2 dari 1 department ke 1 department lain.

Terima kasih nurse JPL yang membantu & terima kasih jugak untuk pokcik attendant spital sebab tolong tolak wheel chair Mak + tolong uruskan proses 'check-in' ward. Kalau diorang tak 'hulurkan tangan', kompom aku sesat. Hu3...

~ Pertama kali tengok Mak kat atas wheel chair. Pucat muka Mak kan?

Pertama kali tengok Mak salin baju wad. Terima kasih nurse Athirah yang mula2 sekali 'entertain' kami. Walaupun awak 'junior' tapi, awak sangat polite & tak lekang dengan senyuman.

Pertama kali tengok Mak kena interview dengan soklan yang macam2 & dari pelbagai segi. Terima kasih Dr. Chan yang treat Mak secara sopan. Awak sangat muda & energetic. Kalau nak cepat, siap lari sambil seret2 kasut seperti meluncur kekdahnya... Comel! Ha3... Terima kasih jugak sebab bawak & tunjukkan aku jalan ke bilik scan kat Dewan Bersalin. Jalan laju giler! Semput ah kak nak kejor sambil tolak wheel chair Mak. Hnnsss3..!!! Fuh!

Doktor sahkan yang Mak memang ada fibroid. Solutionnya adalah pembedahan. Tapi, belum boleh proceed sebab HB darah Mak sangat kurang. So, doktor akan treat Mak step by step. 

Aku mintak izin kat doktor untuk belikan Mak lunch. Jenuh jugak Mak kasik briefing pasal direction nak ke cafe spital. Last2, aku konpius jugak. Tapi, aku redah je. Jalan ikut naluri sampailah ternampak Klinik 6 (O & G). Lega sebab kalau jumpa Klinik 6, kompom akan jumpa cafe. Kedudukan diorang macam sebelah2 je. 

Punyalah bangga bila dah berjaya jumpa cafe & tapaukan lunch untuk Mak. Berjalan balik ke wad siap menyanyi2 riang kot..! 

"Let it go... Let it go... La3..."

Amekaw, lagu frozen..! Bangga tak boleh blah! Ha3... Tapi, bila dah 1/2 jalan baru sedar yang aku dah tak ingat jalan nak balik wad Mak. Hadoih! Pitam sambil mengamik napas sekejap di situ... Hnnsss3..!!! Sekali lagik aku ikut naluri. & akhirnya, aku nampak jugak pak guard yang jaga pintu laluan masuk ke wad. Fuh, lega tak hengat, bebeh! ;P

Terima kasih, Allah... sebab show me the way... ;)

Aku ceritakan kat Mak kesah sesat-barat buta jalan aku tuh. Mak gelak sambil geleng2 kepala je. Ha3... Hadoih!

Hari pertama kat wad, ubat akan didripkan ke dalam badan Mak. 


*Bersambung...


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



MOOD BERAYA @ 4 SYAWAL

#throwback

Syawal yang ke-4...

Mood nak beraya masih ada. Janji berkumpul kat rumah Mak. Lepas tu, baru buat diskusi nak beraya ke mana. Priority adalah untuk Mak. Maknanya, Mak yang decide nak ke mana. Kami follow jerrr... ;)

Mak ajak ke rumah Cik Zai, geng surau Mak. Hokay, fine! Lets gone..! ;P

~ Tapi sebelum tu, selfie dulu lorrr..! ;P

~ Abang ajak berselfie kat rumah Cik Zai. Bukti kejadian gitu..! Layankan jerrr... He3...

Cik Zai jamu kami dengan laksa. Owh... best! Dengan cili padi potong tu, menambah2 kebest-annya. Berpoluh2 ah kak nak menghabiskan. Fuh!

~ Kak Aneem tak nak kalah. Berselfie jugak. He3...

Lepas tu, Mak kata nak ke rumah Cik Hajar. Geng surau Mak jugak. Kat sini kami ratah kuih raya je. Ada marukku yang best. Krup krap... krup krap... ;P

Rumah ke-3 adalah rumah Cik Mai. Pun geng surau Mak. Sodap betul biskut Nestum homemade Cik Mai. Rasa nak mintak sebalang tapi, maluuuuuuuuu.......!!! Ha3...

~ Ini destinasi terkahir untuk hari tu. Rumah cikgu Kak Ngah, Cikgu Sha.

~ Selfie di mana saja. Errr... buat rumah orang, macam rumah sendirik konsep dia. Ha3...

Hokay, sudahlah tu. Moh la kita balik ke rumah Mak semula. Rehat2kan badan, lepak2, sembang2, tido sekejap... Kemudian bangun... selongkar dapur Mak, carik makanan. Syioknya lah haiii... aktiviti raya! Ha3...


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Thursday, September 11, 2014

FIBROID..???

Aku masih tak puas hati! Aku ajak Mak buat check-up lagik kat private clinic yang sama dengan 4 tahun lepas. Tapi, dari sebelum Ramadan sampailah dah nak hujung2 raya, Mak tetap menolak. Mak takut & nervous! Hu3...

Sampailah baru-bari ni, bila aku tengok muka Mak pucat, kurang selera makan & Mak mengadu pening2, nak pitam + rasa seperti di awang2-an, aku buat tindakan drastik! Aku paksa Mak untuk buat check-up kat private clinic (yang sama). Mak menurut perintah je... Almaklum la... anak bongsu Mak ni garang, ya ampon! Ha3...

Doctor decide untuk buat scanning. Surprisingly, doktor dapat detect 1 ketulan kat rahim Mak! Aku terkejut tapi, purak2 cool depan Mak. 'Lakonan' seperti ini sangat penting sebab Mak seorang yang sangat2 cepat panic! Kalau orang sekeliling panic, korang bayangkanlah betapa panicnya Mak nanti.

Doktor suspect ketulan tu adalah fibroid. Doktor bagi surat untuk direfer kes Mak ke Hospital Teluk Intan (HTI). Tapi, Mak mintak delay untuk dia berpikir lagik 1 malam & tanya pendapat anak2 yang lain. Keputusannya, Mak setuju untuk ke hospital.

Aku refer kes Mak ke Jabatan Pesakit Luar (JPL). Doktor Yogeswari (doktor in-charge) suruh Mak check HB (darah) & E.C.G (jantung). Surprisingly lagik, HB Mak just 4.6! Sangat2 low! Nak tak nak, Mak memang kena admit.


*Bersambung lagik...


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::


Saturday, September 6, 2014

2 + 3 SYAWAL

#throwback

Baliklah pulak ke rumah mertua... lepas beraya sakan dengan family aku. Diorang plan nak beraya ke rumah Tok Uda kat area2 menghala ke Sabak Bernam nun..! Apa ntah nama tempat dia. Aku selalu konpius antara Sabak Bernam, Sungai Besar & Kuala Selangor. Tak boleh nak detect dengan pantas! Buta jalan ya hamat! Hu3...

Hujan renyai2. Mengantuk pulak mata nih. Isk3...

Kemudian, beraya pulak ke rumah nenek Yana. Kebetulan, parents Yana balik beraya kat situ. So, dah alang2, kami terjah je lah. Katanya... Mak Yana dah siap masak nasik untuk lunch. Owh... memang thorrbahek sangat tuh! Hujan + mendung kan... perut memang semedang je berkeroncong. He3...

Kami sampai lewat sikit. Eh, lewat banyak kot..! Pukul 3 ++ petang baru nampak batang hidung. So, dikategorikan sebagai late lunchlah. Hmmm... takpe... aci jerrr... ;)

Nasik putih + kari ayam + ikan goreng + telur dadar = perrgghhh..!!! Riang-ria betul perut nih. Kalau buat ultrasound, kompom nampak dia sedang menari2 zapin. Ha3...

Sebelum balik, sempat singgah rumah sedara belah Abah. Pangkat Tok jugak kot sebab Abah panggil as 'pakcik'. Dijamu dengan mee goreng & bubur jagung adalah sangat best! Rasa macam nak mintak tapau je mee goreng tuh. Tapi, maluuuuuuuu.........!!! Behave itu penting bila bersama family mertua, ye! ;P

3 destinasi je untuk 2 Syawal. Ok la tuh kan...

Esoknya pun kami beraya lagik. Start belah petang. Destinasi pertama adalah rumah Mak Kerol kat Kampung Gajah. Wajib carik daging dendeng Mak Kerol sebab best. Lepas tu, jumpa pulak dengan cookies yang thorrbahekkk..! Bulat discover dulu. Lepas tu, kami 'berjemaah' meratah cookies tu. Krup krap... krup krap... sesado! He3...

Kemudian, ke rumah Nenek Siai kat Kampung Bahagia. Nenek Siai = nenek sedara belah My MIL. Belum sempat tuan rumah pelawa apa2, My MIL, My 'Jebat' & adik2 ipar dah berusaha dengan gigih kait buah rambutan kat laman rumah Nenek Siai. Aku sekadar 'rakan subahat'. Tukang tala mulut je. Ha3...

Sodap, owh..! Lekang & tak berair. Feeling habis! ;D

Last pit stop adalah rumah Angah Ali. Then, baru balik rumah.

~ 'Abang Pengakap' dengan 'Kakak Renjer Puteri' baru balik beraya. Penat & nak berehat. Hiks...

Hokaylah! 2 + 3 Syawal dah selesai. Sekian dulu...


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Thursday, September 4, 2014

TERKILAN & GERAM!

Ini kesah kronologi Mak admitted. Baru sekarang ada kekuatan untuk menceritakan & berkongsi. Macam2 perasaan ada. Terkejut, nervous, suspen, sedeh... & berbagai2lah. Hmmm...

Begini kronologinya...

Dah 2 hari Mak bermalam kat rumah aku. Mak tak sihat. Rasa pening2... rasa macam berjalan di awang2-an katanya... Mungkin sebab bleeding yang berterusan.

Umur Mak sekarang dah 55 tahun. Tapi, still belum putus haid / dalam bahasa saintifiknya, menopause. Kawan2 Mak yang seangkatan majoriti dah sampai ke fasa tu. Mak sedikit curious. Bertambah2 curious bila period cycle Mak sangat panjang, irregular & kuantitinya tak konsisten. Kejap sikit, kejap banyak.

4 tahun lepas, aku ada bawak Mak buat check-up kat private clinic. Doktor buat scanning. Doktor kata rahim Mak ok, posisinya pun cantik je. Tapi, ada banyak angin. So, doktor diagnosed masalah period Mak tu as symptom menopause.

Year by year, keadaan period Mak lebih kurang sama. Setiap kali aku bawak Mak buat follow-up appointment hypertension & diabetes, aku akan tanya masalah period Mak kat doktor yang in-charge. Jawapan diorang tetap sama, 'Symptom period'.

Sebelum Ramadan, bleeding Mak makin membimbangkan. Kuantitinya banyak! 2 kali doktor amik darah untuk tengok HB. Yang 1st, bacaannya 6.9 which is di tahap yang membolehkan Mak masuk wad. Tapi, doktor takde bagitau pasal admitted hatta bercerita pasal wad sekalipun! 

Terkilan & geram jugak bila diingat balik. Huh!

Next appointment, bacaan HB Mak 9. Doktor kata dah ok sikit walaupun still bukan di tahap yang memuaskan. Doktor musykil kenapa doktor sebelum ni tak suruh Mak admit?! Hmmm... kami takde jawapan untuk soklan tu. Silalah tanya doktor yang berkenaan, ye!


*To be continued...



Wednesday, September 3, 2014

WORDLESS WEDNESDAY #67: YANG 'BIASA' & YANG 'WHITE'

~ Yang 'biasa' & yang 'white'. Jangan tanya apa bezanya. Sebab dua2 pun sodap. ;)

Peminat tegar #bukankeranaakutakcinta sure terkenang2 moment 'Kinder Bueno' kan? ;)


:: Like3, ek! ::



MAHAPLAH...

Mahaplah...

Kalau ada yang terterjah tapi, nampak entry lama. Tak berganjak2. 

Mahaplah...

Kalau dah sedikit tersasar dari landasan blogger tegar #katanya... Entry pun tak konsisten. 1 hari kadang2 1 entry... 2 entry... atau kadang2 nan hado..! 

Mahaplah...

Sebab kesimpulannya, tuan tanah kedaung dah lama tak update blog. Hu3...

Busy 1 hal. Of course dengan hal2 kerja opis & kerja rumah. Ada emergency pun 1 hal jugak. Mak admitted! Memang 1 kejutan hebak jugaklah untuk aku. Hmmm... nantilah aku story mory morning glory kat entry lain, ek!

Kesah raya pun akan 'diqada'. Makanya, kalau ah kak publish entry raya di bulan tak raya ni, paham2 je la, ye! Maknanya, entry tertunggak la tuh. Tak payah susah2 nak mempertikai bagai... Terima je dengan redha. Open heart... Eceh! Ha3...


:: Like3, ek! ::