SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Wednesday, July 23, 2014

#THROWBACKTIGAPULUH: ABANG, MAS NAK HONEYMOON...

Bunga manja luahkan perasaan pasal kes kematian anak sulung Hannah. Sampai mati pun dia takkan mahapkan orang yang bertanggungjawab buat Hannah jatuh kat bilik air sampai keguguran. Tersentak mamat kolam ikan! Gulp!

Bunga manja sibuk tunjukkan gambar wedding dekat Airen walaupun sebenarnya, Airen langsung tak pay attention. Sebab Airen lebih fokus kat mamat kolam ikan yang diam2 follow Tiger naik atas. 

"Arrgghhh..!!!"

Mamat kolam ikan sepak Tiger masuk dalam bilik. Geram sangat dia kat Tiger yang sengaja ungkit kesah lama. Tiger keluarkan pistol & cuba nak tembak mamat kolam ikan. Nasib baik mamat kolam ikan sempat grab. Fuh!

"... Waaa... lu aaa... lu tak payah bawak ini balang latang sini lei Tiger. Sini olang baik punya lu tau aaa..? Bukan serupa lu aaa... Tapi wa tarak faham aaa... lu aaa... boleh aaa... berlakon pura2 sama wa punya kakak ipar baik aaa... Aiyaaa... hah?"
"Lu boleh, kenapa wa tak boleh?"
"Lu cakap kuat lagi 1 kali, wa tembak lu punya muka lei... itu tan dong... jerit wa punya nama lagi 1 kali, wa mau dengaq lei! Eh, Tiger aaa..! Ini family punya kerja aaa... wa punya hal, bukan lu punya hal, bukan Airen punya hal! Lu bocor wa punya rahsia aaa... Tiger aaa... wa kasi lu punya hidup banyak susah lei... Sekarang wa mau, lu angkat lu punya kaki sama Airen punya kaki lambong ini tempat, sekarang lei..."
"Lu cakap la sama Airen sendiri. Kenapa? Lu takut ke?"
"Wa tak mau bikin hal lei... "

~ Credit to: nesco2u

Boleh je kalau mamat kolam ikan nak hambat Tiger dengan Airen tu. Tapi, dia tak nak haru-birukan lagik keadaan. Dia nak Tiger & Airen pergi secara 'terhormat'!

Tiger dah mula goyah dengan mamat kolam ikan. Dia mula teringatkan kesah dulu, masa dia diwajibkan patuh pada mamat kolam ikan a.k.a Long Taiko.

"... Tolong la, Long..! Wa buat semua tu untuk duit je, Long..! Long... tolong... Hu3..."
"Luit, lei! Haaa... luit. Luit la. Banyak olang mati pun sebab luit la. Sebab..."
"Arrgghhh..!!!"
"... luit lei... hah?"

Sekali dia hayun pedang samurai kat leher Tiger! Acah2. Fuh, neves!

"Hey, Tiger aaa..! Lu tau aaa... lu sudah bikin apa?"
"Tak tau, Long. Hu3..."
"Tak tau aaa..? Lu tak tau aaa... wa cerita sama lu lei. Lai! Ini macam. Wa sudah cakap sama lu lei Tiger, itu job jangan angkat. Tapi, lu aaa... tak boleh dengar cakap punya olang lei! Tak boleh dengar cakap punya. Wa cakap sama lu lei Tiger aaa... itu Hannah aaa... wa punya abang punya kawan baik punya bini lei. Lu tau aaa... lu sudah bikin apa? Dia punya anak sudah mati lei, hah!"
"Wa tak tau, Long! Wa tak tau! Wa tak tau boleh jadi sampai macam ni, Long! Hu3..."
"Lu tak tau, sekarang wa cerita sama lu lei! Hah! Lu mau jadi taiko aaa..? Lu mau jadi taiko? Lai... sekarang wa tunjuk sama lu, apa macam mau jadi taiko?! Tarik!"
"Long. Longgg... aaa... Tolong jangan potong tangan wa, Long..! Hu3..."
"Lu mau jadi taiko kan? Lai! Wa tunjuk lu apa macam mau jadi taiko. Tadi lu cakap apa? Potong kan? Lai! Sekarang wa mau potong sama lu! Lu mau cakap apa, wa tak dengar?"
"Long, tolong Long..! Tolong jangan potong, Long..! Hu3... "

Kecut sangat dah perut Tiger masa tu! Mamat kolam ikan pulak asik acah2 je nak potong tangan Tiger. Tak potong tangan pun tapi, habis ditoreh2 lengan Tiger dengan pedang samurai. Itu hukuman untuk sesiapa yang ingkar arahan Long Taiko! Tak kira sepupu, tak kira sedara. Uncle Kwan pun tak mampu campur tangan sebab kuasa veto dah diserahkan kat Long Taiko.

"... Lu... bawah tapak kaki gua la, Tiger!!!... "

Parut & ayat keramat yang Tiger takkan pernah lupakan sampai bila2.

Mamat kolam ikan mula berkemas2. Pelik pulak bunga manja mengtengoknya. Nak pergi mana la pulak suami kesayangan dia tu kan...

"... Kenapa ni, yang..? Sayang... huh?"
"Mas ko kemas barang2 ko. Kita keluar daripada sini, Mas."
"Abang, kita nak pergi honeymoon ke? Tapi, kita tak discuss nak pergi mana2 lagi pun. Abang dah ada plan, eh? Hah, kita nak pergi mana, Abang? Huh?"
"Kita balik kotej, eh Mas."
"Aaa... kotej... Boleh... Boleh tu boleh, Abang. Tapi, Mas ingat, plan nak pergi Greece ke... Hawaii... or London. Best sikit, Abang. Romantik sikit. Ok?"
" Mas."
"Hmmm..."
"Dulu masa... ko janji nak kahwin dengan aku, ko sudi duduk kotej dengan aku kan? Mas, aku... tak mampulah, Mas nak ada benda macam ni semua rumah besar... barang2 mahal macam ni. Mas, ko tau tak, bilik ko ni, kalau aku ada rumah pun, besar tandas je pun, tandas rumah ko ni."
"Ermmm... ok, macam ni... aaa... kalau tak nak mahal2 sangat, kita pergi Bali. Tak pun Phuket. Senang2 Perhentian je, Bang. Tak mahal sangat! Please..! Ok?"
"Tu pun kira mahal la bagi aku... hah?"
"Alaaa... Mas bayar la... Mas bayar."
"Mas, aku ni suami ko tau! Makan, minum, pakai, apa yang ko nak, tu semua tanggungjawab aku. Mas, bagi la aku kumpul duit dulu. Aku... in shaa Allah... aku boleh bagi apa yang ko nak. Selagi aku ada nyawa, selagi tu aku akan bahagiakan ko. Ko tau tu kan? Aku tak nak duit ko, aku tak nak duit Tok Ayah. Biar aku cari dengan, tulang 4 kerat aku ni."
"Errr... tapi kan, Bang... errr... majlis baru je selesai semalam. So, kalau kita macam, nak keluar terus kan, nanti Tok Ayah cakap apa pulak... At least kita bagi  2, 3 hari lagi ke... lepas tu, baru kita keluar. Macam tu ok tak?"
"Ko patut dengar cakap suami ko tau."
"Mesti la dengar cakap Abang..."
"Hah."
"Mas nak jadi isteri yang soleh."
"Eloklah."

~ Credit to: voteexton

Uiks! Taat habis! Baguih lorrr..! ;)

"Abang... Mas nak sentiasa dengan Abang. Mas tak kira apa jadi sekalipun, Mas nak dengan Abang jugak..! Nanti, Mas dah start kerja Mas busy tau..! Siang Mas kat office, malam je Mas ada masa untuk Abang. Tapi, Abang ni, siang malam dekat kolam ikan tu. Sabtu Ahad pun sama. Abang... kalau macam tu kan, Bang... Abang... bila masa kita nak 'sama2..'?"

Bunga manja jongket2kan kening tang 'sama2...' tuh. Ha3...

"Mas, aku kerja dengan orang... Aku bukan kerja macam ko, 9 balik 5..."
"Alaaa... orang tu bukan orang lain, abang long jugak... Mintak la extra cuti dekat dia. Dia ada 2, 3 orang pekerja lagi kan... Abang, Mas nak honeymoon... Mas nak honeymoon... Uhuks3..."

Dia merayu2 pulak dah... Holloh3... comelnya dia..!

"Hei5! Penting sangat ke honeymoon ni?"
"Penting!"
"Kat mana yang pentingnya, macam tak nampak je?"
"Penting!"
"Macam tak nampak penting."
"Penting! Abang tau apa yang penting?!
"Kat mana pentingnya?"
"Abang tau apa yang penting..!"
"Kat mana pentingnya?"
"Abang tau apa yang penting... Abang tau apa yang penting..! Ok, macam ni, Abang. Sekarang ni, Mas bayar dulu kita pergi honeymoon... Bila Abang dah ada duit nanti, Abang bayar. Tak kesah 24 kali bayar pun takpe. Mas takkan ambik bunga macam ah long tu. Abang, ah long tu jahat tau, Abang! Dia kalau orang tak bayar, dia pancung kepala senyap2! Mas takkan buat macam tu. Orang yang buat macam tu, orang yang takde hati perut je dia buat macam tu! Ok? Yang penting kita pergi honeymoon, nak? Hmmm..."
"24 kali bayar? Kenapa tak buat 9 tahun installment payment tu?"
"Ha3..."
"Hah? Hei, nanti la aku pikir macam mana..! Aku tak boleh nak pikir la sekarang ni, eh, hah? Tapi, aku ada tempat lagi best daripada situ..."
"Kat mana?"
"Kotej."

Ha3... Ke kotej jugaklah akhirnya honeymoon diorang. Neves jugak memula bunga manja tengok kotej tuh!

"Abang..."
"Hei!"
"Tak, bukan! Mas nak tolong Abang bukak baju je sebab... belakang Abang basah kan... Takut kalau lama2 nanti Abang, tak selesa ke... gatal2, nanti tak elok... Sorry..."

Tindakan refleks mamat kolam ikan bila bunga manja cuba nak bukak baju dia. Risau takut rahsia besar terbongkar. Cepat2 dia pujuk isteri kesayangan dia.

"Mas, nah! Pergi mandi. Kata nak tido dengan aku kan? Tido dengan aku kalau masam2 pergi tido kat luar."
"Ok3. He3..."

Sharing katil single memang nampak sangat comel! Tapi, bila sorang pandang dinding, sorang nak dimanja2, terus rasa sedeh. Tsk3...

~ Credit to: kepalabergetar


:: Like3, ek! ::



No comments:

i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google