SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Wednesday, July 2, 2014

#THROWBACKDUAPULUHENAM: NANTI IKAN NAMPAK, BUTA LA MATA DIORANG.

Yang ke-26...

Tiger suruh konco2 dia spykan mamat kolam ikan. Dia nak tau setiap gerak-geri, lokasi, apa2 lagiklah..! Semua pun dia nak amik tau! Hmmm... ada la tu..! Muslihat kotor! Isk3...

~ Credit to: lilieynor

Mamat kolam ikan bawak Mak Cik Sari ke kedai, nak beli barang sikit kat Kedai Awang. Tetiba handphone berdering. Ringtone paling nostalgia dari handphone Nokia zaman batu. Ha3...

Dia tau bunga manja yang call. Sebab sejak ada handphone ni, dekat lapanplohjuta kali bini dia call. Naik pening dibuatnya..! 

Mak Cik Sari paksa dia stop kat tepi jalan & jawab call. Kot2 ada hal penting kan... Tetiba... dengan deruman enjin kereta yang mengaum...

*** Aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa..................... Aaaaaaaaaaaaaaaaaaa3.................. Nasib baik aku tak lenyek je kepala ko, ko tau tak?!! Puiii! Puiii2!!! Ha3... Haaa... Ha3... ***

Boleh pulak dia berangan bawak kereta laju2, drift habis, langgar Dato' Jaafar, si tua ganyut yang gatal tuh. Siap gelak syaiton! Konpius Mak Cik Sari! Ha3...

Tadi stress dengan Dato' Jaafar. Kat Kedai Awang, mamat kolam ikan stress pulak dengan so called, 'samseng Kampung Dusun'! Sodap betul mulut Zali dengan Musa mengumpat mamat kolam ikan face to face. 

"... Untung la orang zaman sekarang ni, Mus, hah! Tak payah belajar tinggi2, bodoh pun takpe. Degree bagai... ni dah tak guna dah. Tunjuk alim sikit, dah... boleh kahwin dengan orang kaya."
"Kahwin dengan orang kaya? Itu yang aku heran tu, bang... hah! Yang dulu tu layaklah. Yang ini rupa pun takde... muka dah macam pecah rumah. Dengan bertobek lagi... dah macam Kedai Awang ni. Berserabut aku tengok! Kenapa cucu Tan Sri tu, hah? Tergedik2 sangat nak menikah dengan dia. Dia dah buta ke apa..?"
"Ha3... Yang tu 1 hal. Yang aku heran ni, dia nak kahwin cepat, kahwin ekspres kenapa, hah? Haaa... ni! Terkejut beruk! Kalau beruk dengar pun, buasir dia tau!"
"Beruk pun tak nak mengaku beruk, sebab terkejut. Ha3..."
"Ha3... Ni... yang si betina dok tergila2 si jantan, haaa..! Kejar ke hulu ke hilir, ke hulu ke hilir. Katanya ada projek. Projek dalam hutan. Ha3..."
"Ha3... Itu yang aku terkejut tu. Ntah2 kahwin ekspres tu sebab dalam perut tu dah ada apa... uwek2..."
"Ada budak..!"
"Dah ada budak..! Kalau betul la... Tan Sri tu dah belasah dia merempat dah tepi jalan. Tak duduk dah... Ntah2 kena bomoh dengan Mak Esah... "

Mulut kalau terover longkang, cenggitu la jadiknya! Huh! Sikit je lagik nak kena debik dengan mamat kolam ikan. Nasib baik ada Mak Cik Sari  dengan Awang je. Kalau tak, mau bersepai gigi kutip satu2! Isk! Sakit pulak hati kita!

Mak Cik Sari jadik peguam bela, tolong belakan mamat kolam ikan. Habis segala tok nek isu seluar kecik bagai... keluar! Haaa... ni makan dia..!!!


"... Eh, mak cik! Oiii... sedapnya bercakap... hah! Aku cili jugak mulut orang tua ni, kang! Eh, tu dah kira menghina kitorang tau! Dah menjatuhkan maruah kitorang sebagai orang kuat kampung ni! Alah..!"

"Hahhh... ada maruah.. hah? Ada maruah..? Habis si Jebat tu takde maruah? Ko ingat dia tu anak patung, hah?"

Amekaw! Hidup Mak Cik Sari..! ;P

Kelam-kabut bunga manja! Kejor masa nak balik, nak jumpa suami kesayangan. Dah la dari tadi dia call tak berjawab. Kadang2 konpius jugak dengan mood suami dia tuh. Kejap2 romantik melampau sampai dia melting habis! Owhhh3... Kejap2 brutal serupa takde perasaan! Isk3...


"Abanggg..!
"Eh! Haaahhh..."
" Abang, handphone! Abang, stop kejap... Mas mintak handphone, dengar ke tak? Handphone2..!!!"
"Apa..?"
"Arrgghhh..!!!"
"Aku lempang sekali..! Haaa..! Buruk siku, takde kena-mengena dengan aku!"
"Isk..!"
"Haaa4..!"
"100 missed call? Ntah siapa la yang call Abang kan? Ntah dia kesah ke... tak tau Abang buat apa... apa jadik dekat Abang... Abang boleh buat bodoh je tak angkat call dia. Takpe... "

Tangan bunga manja gigih menggodek2 handphone, keluarkan sim card.

"... Hey, ko nak buat apa dengan telefon aku tu?"
"Ni kan... hah... dah terbaling, sorry..!"
"Hah, handphone aku!"
"Biar la..!... "

Buta2 bunga manja campak handphone Nokia zaman batu tu nun keceplop... selamat 'bersemadi' dalam kolam ikan. Puas hati! Ha3...

~ Credit to: lilieynor

Zali dengan Musa tak habis2 nak mengumpat pasal mamat kolam ikan. Tak puas hati sampai ke sudah! Sampai tak perasan yang ada spy sedang memerhati.

"... Orang yang korang dok cerita ni, Jebat yang ada parut kat mata tu kan? Kerja kolam ikan?"
"Haah."

Ok, fine! Suspen sikit. Siapakah spy tersebut & apakah niat mereka nak mengspy2kan mamat kolam ikan? Hah, yang tu kenalah... tungguuuuuuuuu..........! Eceh! ;P

Meh sambung balik scene melting cayaq habih #jebatmas, meh! Hiks...

"... Abang marah lagi ke?"
"Aku rasa tak patut la ko buat macam tu. Tak cantik."
"Alaaa... biar je la... Phone tu dah lama sangat la... Memang phone tu layak pun bagi ikan makan. Sesuai sangat! Abang tau tak, sekarang ni, orang bagi free pun, takde siapa nak pakai phone tu, dah lapuk, dah... dah takde orang pakai dah. Jangan risau sangatlah!"
"Ko cakap suka hati ko je kan? Walaupun handphone tu buruk tapi, dia tetap ada nilai ko tau tak? Kalau orang miskin dapat telefon tu, sikit punya bersyukur. Ni yang aku pantang pasal ko ni, berlagak!"
"Sorry..."
"Dah la... sudah la... Tak payah la pikir."
"Kenapa, Abang? Abang2 sakit dada ke? Mas urutkan, eh!"
"Takde!"
"Habis tu..?"
"Alaahaiii... Mas! Ko paham tak, telefon tu, bagi aku, dia... alaahhh... susah la aku nak cakap dengan ko... dia ada... sentimental value. Sentimental value... ko paham kan?"
"Tau... Abang... sayang sangat ke kat handphone tu?"
"Kalau aku tak sayang, ko tak payah suruh pun dah lama dah aku baling dalam kolam ni..."
"Ok. Kalau macam tu, Abang sayang Mas lagi ke... sayang phone tu?"
"Dah handphone tu takde sekarang, ko dah baling dalam kolam, mesti la aku terpaksa sayang ko!"
"Abang, kenapa cakap macam tu? Tak romantik langsung... Tsk3... Huh, ok fine dah! Memandangkan ni Abang ni sayang sangat dekat pemberian, isteri Abang tu... so... taraaa..!... "

~ Credit to: kepalabergetar

Samsung S3 pulak bunga manja nak kasik dekat mamat kolam ikan. Gantikan Nokia zaman batu. He3... Sebelum mamat kolam ikan tolak mentah2, better dia kasik full explanation pasal keistimewaan handphone tuh. Ada WhatsApp, Tango, 3G, wi-fi, bla3... Kalah promoter! Hiks...

"... Termasuk ni, masuk ni dalam... collection Mas yang ke-11 kot. Tapi, Mas sayang sangat kat phone ni..! Memang Mas sayang sangat! Sayang4 sangat! Abang... Abang jangan la jeles... Jangan jeles ok? Memang Mas sayang phone ni... tapi, phone ni barang... Abang Mas sayang selama-lama3nya..!"
"Mas..."
"Ok. Abang nak Mas kiss Abang, eh... hmmm..? Ok2, fine. Abang tau tak, phone ni, Mas tunjuk kat Abang... cara ambik gambar dia tau! Phone ni memang, camera dia memang tinggi, tip top aaa... Kejap. Serious dah lama tak pakai phone ni, memang tak jumpa camera dia kat mana... aaa... dah jumpa dah. Meh sini. Kita ambik gambar sama2. Abang buat macam ni, nampak sweet sikit. Senyum sikit..! Aloolooo... comelnya..! Cantik tak Abang?"
"Mana?"
"Ni!"
"Tapi, Abang rasa yang sebelah yang kepala botak tu cantik lagi."
"Haah la... Memang handsome pun, handsome gila ni! Patut la Mas tergila2 kat dia! Handsome sangat ni..!"

~ Credit to: pingje

Tak bagi peluang langsung dekat mamat kolam ikan nak mencelah / menolak pemberian. Sengaja. ;)

"... So, 1 lagi... dia boleh buat macam ni tau Abang. Mas ajar Abang, dia boleh taip macam ni... Wo i bu suka de lo to. Wo ibu suka... wo ibu suka lu!"
"Apa? He3..."
"Tu! Wo tulis tu..!"
"Dia cakap... dia cakap apa ni? He3..."
"Wo i lo suko lu."
"Apa maksud dia?"
"I love you."
"Kan senang..."
"I love you, Abang... Jebat..."
"Nakal, eh..?! He3..."
"Sakit la, Abang..."

Bunga manja gosok dahi yang kena tenyeh dengan handphone dek mamat kolam ikan. Ganas! Tak romantik! Tapi, itulah daya tarikannya...

"... Sini."
"Abang! Abang nak bawak pergi kotej Abang ke..? Eiii... aaaaaaaa......!!! He3... "

~ Credit to: daydreamer

Melompat dia naik atas belakang mamat kolam ikan! Sambil menyanyi2 gumbira pulak tuh! Mamat kolam ikan layankan je. Sesambil bergurau acah2 nak jatuhkan bunga manja. Owh... melting sangat tau..! Awwsss..! Ha3...

~ Credit to: dianarashid

"... Eh, kunci kereta ko mana?"
"Cakap dulu nak pergi mana?"
"Tak la... ko bagitau la... kunci kereta ko mana?"
"Tak nak. Cakap dulu nak pergi mana..?"
"Ko cakap dulu, kalau tak aku baling ko! Haaa3..!!!"
"Ok3. Kat dalam. He3..."
"He3... Hah? Dalam?"
"Haah."
"Turun! Berat la ko ni! Ko makan apa? Lamborghini ke Myvi?"

~ Credit to: youtube

"Sakitlah, huh! Ni boleh bukak?"
"Bukaklah."
"Masuklah!"
"Kenapa?"
"Masuk la... Sini5. Haaa.. masuk dulu."
"Nanti! Kenapa?"
"Masuklah."
"Kenapa?"
"Takkan la nak on kat sini. Nanti ikan nampak, buta la mata diorang. Masuk la..."
"Kat rumah, eh? Jom4! Jom Abang! Jom2!"
"Haaa... jomlah, jom!"
"Cepatlah!"
"Babai."
"Apa Abang?"
"Aaa... ni... balik, eh!"
"Huh, Mas tak nak..!"
"Balik..!"
"Mas tak nak balik..!"
"Ko tak nak balik aku baling handphone ni! Haaa2..!"
"Ok2."

Terpaksarela balik. Sentap! Holloh3... ;P Manakala ah kak, gigih berguling2 kat depan tv. Ha3... Hadoih!


:: Like3, ek! ::



2 comments:

fairus said...

OOOMAKK AII.. BARU TAU AWAK PENULIS SKRIP DRAMA NI.. HEHEHE

ArELeEz said...

fairus,
sape kata? sbb mmg xlah! sekadar #throwback. script writernye tetap chinta nadeesha & the geng.

i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google