SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Wednesday, June 11, 2014

#THROWBACKTUJUHBELAS: ALLAHUAKHBAR... BERATNYA PILIHAN AKU NI, YA ALLAH..!

Yang ke-17...

Jenuh bunga manja carik mamat kolam ikan. Tertunggu2... Anis pun terjebak jadik ejen pencarian. Bunga manja sedeh bila kena grounded dengan Tok Ayah. Tak lama lagi dah nak kena bertunang dengan Aryan. Dia protes habis2-an! Tetap akan pertahankan cinta dia pada mamat kolam ikan. Masalahnya, hero pujaan hati menghilang ntah ke mana... Tsk3...

~ Credit to: ping

& akhirnya, bunga manja mogok lapar! Amekaw! Nak sangat tengok dia sengsara... plus, takde sesiapa pun yang pedulik hati & perasaan dia kan... Mogok lapar adalah tindakan paling bijak yang dia boleh pikir & buat dalam saat2 genting macam tu. Harapnya berjayalah. Fuh!

~ Credit to: kepalabergetar

Bukan mamat kolam tak berusaha nak balik tapi, dia pun kena 'grounded'. Terperuk dalam bilik kat Dragon Villa tu je. Dengan kaki yang still terjengkot2 bila berjalan, memang tak mungkinlah dia nak menyelinap keluar macam rambo! 

Airen tak habis2 datang menggoda! Pakai seksi2 maut. Neves ah kak tau! Takut mamat kolam ikan 'terbabas'. 

"... Long, kenapa ni? Kenapa tak nak tengok Ai?"
"Allahuakhbar..."
"Kenapa? Kaki... masih sakit lagi? Long... kenapa ni, hah?"
"Haish! Ai... ermmm... Ai teman Long la... Kita... keluar jalan2, mau aaa..?"
"Mau! Errr... tapi, Long kena temankan Ai sarapan pagi dulu, boleh? Lagipun, ada dimsum. Ai buatkan untuk Long."
"Bol... boleh, Ai. Tapi... Ai salin baju dulu, lei! Boleh?"
"Kenapa pulak? Ni tak ok ke?"
"Ermmm2... dekat luar sejuk, maa... Nanti... Ai demam maaa... Long susah, lei."
"Ermmm... ok lah. Untuk Long, Ai tukar, ye. Tunggu tau!"

~ Credit to: nesco2u

Cuaca sejuk tu alasan je. Yang sebenornya, nak suruh Airen tutup aurat sikit. Lapanploh kali kot dia beristighfar..! Nasib baik Airen dengor kata. Fuh!

Mamat kolam ikan serba salah. Teringat dosa2 dia dengan Airen... & terbayang2 jugak keletah bunga manja yang ikhlas cintakan dia. Dalam dilema... dia bermonolog...

"Takkan aku nak tinggal Airen, yang dah aku rosakkan, demi nak jaga hati Mastura. Boleh ke Mastura terima aku? Boleh ke aku ubah Airen, ya Allah? Allahuakhbar... beratnya pilihan aku ni, ya Allah..!"

Kesah mogok lapar bunga manja dah sampai ke telinga Hannah. Jenuh Hannah pujuk bunga manja, suruh makan tapi, tetap tak jalan! Sampai Hannah pun tak tau nak buat apa?! 

Bunga manja merayu pada Hannnah, mintak slow talk dengan Tok Ayah untuk batalkan pertunangan dengan Aryan. Tapi, Hannah tak mampu! Sebab dia kenal sangat dengan perangai Tok Ayah. Bila 'A' katanya... 'A'! Bila 'B' katanya... 'B'! Dari merayu biasa2, sampai la ke tahap menangis2, masuk bab nyawa bagai... Hannah lemah tang situ. Akhirnya...

"... Ok2. Sekarang ni Angah nak apa sebenarnya, hah? Nak Along cakap dengan Tok Ayah? Boleh! Dengan 1 syarat, hah... Angah habiskan makanan ni, sampai licin, baru Along akan cakap dengan Tok Ayah. Boleh?"
"Tak nak! Mas nak dengar sendiri daripada mulut Tok Ayah yang Mas ni tak payah kahwin / bertunang dengan Abang Aryan. Ok2, boleh. Boleh kalau nak Mas kahwin. Tapi, dengan Abang Jebat. Bukan Abang Aryan! Mas tak nak kahwin dengan Abang Aryan tu!"
"Haish! Susahlah! Degil sangat, haish!"

Bukan bunga manja tak kebulur. Sumpah, dia sangat kebulur! Nasib baik la dia ada habit suka simpan stok coklat dalam drawer tepi katil. Boleh la makan buat alas perut. Yang penting, jangan kasik orang dalam rumah banglo tu nampak. Kena pandai cover line. Baru la nampak mogok laparnya! He3...

Anis datang jumpa bunga manja. Siap bawak makanan yang Makcik Sari tapaukan. Uwais mintak Anis tolong pujuk bunga manja pulak. Mana tau berjaya kan... Masa Anis masuk bilik, dengor macam bunga manja dok dalam bilik air sebab ada bunyik air kan... Tapi, pintu bilik air tak berkunci. Macam pelik je... Dah la Anis panggil2 nama dia, tak berjawab. Musykil Anis. Tak sedap hati. Terkejut beruk bila dia bukak pintu bilik air, nampak bunga manja dah terjelepok pengsan! 

"... Mas! Astaghfirullahalazim, Mas! Mas!... "


:: Like3, ek! ::



No comments:

i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google