SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Monday, June 16, 2014

#THROWBACKSEMBILANBELAS: SEANDAINYA MASTURA ADALAH JODOHKU... MAKA KAU PERMUDAHKANLAH...

Yang ke-19...

Kesian pulak mamat kolam ikan tengok bunga manja yang terlantar atas katil hospital. Sangat dia tak sangka yang bunga manja nekad mogok lapar untuk dia! Gila betul pompuan tu! Tapi, pompuan segila bunga manja tu jugaklah yang buat dia rasa bahagia... & aku pulak terus feeling2 sambil berguling2... Ha3... Ko dah kenapa kan..?! ;P

"... Ko ni apahal, haaa..? Sampai masuk hospital semua ni, dah kenapa ko ni?"
"Kenapa Abang marah Mas..? Mas tak buat apa2 salah kat Abang pun... Huuu..."
"Aku bukannya marah ko, sekarang ni. Cuma aku geram dengan ko la... Hari tu ko terjun kolam ko nak bunuh diri. Sekarang ni ko mogok lapar ko nak bunuh diri. Ko apa masalah ko ni? Dah puas hidup ke? Dah nak mati sangat ke?" 
"Tak nak... Tsk3..."
"Masalah la ko ni... Sekarang ni pun ko dengan perangai pelik ko. Nanti dah... Aku tak tau la... macam mana nak hidup..."
"Abang jangan la cakap macam tu. Ok2. Mas janji, Mas... Mas takkan dah terjun kolam, Mas tak nak mogok lapar. Mas janji Mas takkan buat benda pelik2. Mas buat benda yang tak pelik je ok. Abang jangan la tinggalkan Mas... Huuu2... Abang kena janji ngan Mas Abang tak boleh tinggal Mas. Abang takkan tinggal Mas... Abang jangan... Tsk3..."
"Dah la, diam la... Kenapa ko nak kena nangis?"
"Abang marah... Tsk3..."
"Kan aku dah cakap, aku tak marah tadi. Ni... Mak Awa pesan kat aku suruh bawak makan untuk ko. Ko makan, eh? "
"Hmmm..."
"Aku ambik, eh!"
"Hmmm..."
"Nah, ada bubur ni, ko makan sendiri la. Tangan ko tak sakit pun... "

Nak harap dapat beromantik2 dengan mamat kolam ikan, memang tak la... Membebel2 mulut bunga manja bila disuruh suap sendirik. Siap meraung2! Tak berenti langsung membebel & meraung! Last2, mamat kolam ikan sumbat jugak mulut yang membebel tu dengan bubur. Ha3... Amekaw! 

~ Credit to: ping

Aku geget SpongeBob je time ni. Sweet sangat... ;P

"... Ni, Mas... ko tau tak pilihan Tok Ayah tu kan dah elok... Ko cuba tengok Aryan tu, sikit punya handsome. Aku apa yang ada? Apa pun takde! Muka handsome, kulit putih. Aku, kulit... alah haiii... sedehlah aku tengok! Nah!"
"Abang sexy..!"
"Kejadah mana yang sexy, aku pun tak tau ni!... "

~ Credit to: phimvideo

Parut kat kening tu yang buat mamat kolam ikan nampak sexy di mata bunga manja. Lantaklah kulit sedeh ke... rupa ke laut ke... yang dia tau, dia cuma nak kahwin dengan mamat kolam ikan sorang je! Hokay, fine! Aku tergeget SpongeBob lagik. Melting! Ha3... 

Bukannya mamat kolam ikan tak nak terima cinta bunga manja. Tapi, terlalu banyak rahsia kesah hitam dia yang bunga manja tak tau. Kalau kahwin jugak, dah tentu2 bunga manja akan tau semuanya. Antara lambat dengan cepat je. Nak berahsia, mungkin dia tak mampu, apatah lagi nak berterus-terang! Sebab dia tak sanggup kehilangan bunga manja... Tapi, dia tau yang bunga manja memang nekad! Sangat nekad!

"... Abang jangan tinggalkan Mas tau. Abang tak boleh tinggalkan Mas. Abang tak boleh tinggalkan Mas... Kalau Abang tinggalkan Mas nanti... Mas tak happy... Tsk3..."
"Betul ko... tak nak aku tinggalkan ko? Ko dah cakap ko tak boleh tarik balik ko tau. Kalau ko tak nak aku tinggalkan ko, ni... ko makan ni sampai habis. Kalau tak, aku akan tinggalkan ko terus, eh!"
"Ok. Abang nak sikit tak?"
"Dahlah. Air liur ko penuh dalam tu, buat apa aku nak makan."
"Abang share dengan Mas, eh!"
"Ko makan je la, tak nak!... "

Owh... jual mahal, ek! Kali ni, bunga manja pulak sumbat mengejut bubur tu kat dalam mulut mamat kolam ikan. Habis comot! Tapi, comot2 pun... #halussss lei..! Ha3...

Disuruh makan, bunga manja makan. Tapi, bila disuruh makan ubat, boleh pulak dia jawab, 'Tak nak!'. Takut nanti bila dah makan ubat, dia tertido & mamat kolam ikan akan tinggalkan dia. Pening mamat kolam ikan! Gila, degil, keras kepala, manja, cantek... semuanya secukup rasa. Hiks...

Kat Dragon Villa, Tiger sedang bersenang-lenang bila Airen sampai. Sakit pulak hati Airen tengok Tiger buat rumah tu macam rumah sendirik. Sedangkan Uncle Kwan dah hadiahkan rumah tu dekat mamat kolam ikan. Bertambah2 sakit hatinya bila kekasih hati dah takde kat villa tu.

Alaaa... amik je la Tiger tu... Sesuai sangat! Ngam ho! Tak payah nak kejor mamat kolam ikan sangat la... Nanti letih! Yang dikejor tak dapat, yang dikendong keciciran. Hmmm... ah kak bermonolog di depan tv. Huh!

Hannah berdiskusi dengan mamat kolam ikan kat luar wad. Disuruhnya mamat kolam ikan kahwin dengan bunga manja. Tak diberi pilihan sebab itu 1 arahan! Hujah 'bela diri' mamat kolam ikan dibantah sekeras2nya!

"... Eh, ko dengar sini apa aku nak cakap! Selepas Mastura keluar hospital, aku nak ko kahwin dengan Mastura. Kalau tidak, aku akan susahkan hidup ko sampai bila2!... "

Mamat kolam ikan speechless! Nasib baik ada Uwais. Dapat jugak dia mengadu nasib. Sebab selain Wahab, cuma Uwais je yang tau siapa dia sebelum ni. Serba salah dibuatnya bila Uwais pun sokong cadangan Hannah. Takde siapa yang paham apa yang dia dah lalui dulu, apa yang sedang dia alami sekarang & apa yang akan dia hadap bila andainya dia kahwin dengan bunga manja nanti...

Sejarah... hari ini & masa depan... hanya Allah yang tau. Dia berserah & redha... beristikharah...

"... Ya Allah Ya Tuhanku... Seandainya Mastura adalah jodohku... maka Kau permudahkanlah... sehingga dia menjadi milik aku yang sah, ya Allah... Jika seandainya bukan... maka Kau permudahkanlah untuk aku melupakannya... Jika Mastura adalah bidadariku... maka Kau panjangkanlah jodoh kami sehingga ke syurga-Mu, ya Allah... Seandainya jodoh itu tidak berpanjangan... aku redha dengan ketentuan-Mu, ya Allah... "

~ Credit to: kepalabergetar

Air mata lelaki yang sedang katarsis itu gugur jua... Sesungguhnya, jodoh jugak rahsia Allah...


:: Like3, ek! ::



2 comments:

AL FAJR TRAVEL JOHOR said...

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalammualaikum wbt

ALFAJR TRAVEL & TOURS SDN BHD (768307-X) (KPK/LN 5056/1) menyediakan perkhidmatan UMRAH.

Pakej Umrah December (Musim cuti sekolah) dari harga RM4,790.

Layari:

umrahjohor.blogspot.com
www.alfajrtravel.com.my

Hubungi:
07-2344437
(utk sebarang pertanyaan)

ArELeEz said...

AL FAJR TRAVEL JOHOR,
tq.. ;)

i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google