SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Monday, June 16, 2014

#THROWBACKLAPANBELAS: KALAU DIA TAK MAKAN, SIAP KO!

Yang ke-18...

Mamat kolam ikan try call Wahab. Tapi, cable telefon dah diputuskan. Stress betul! Dah la kaki injured, cable telefon pulak putus. Haish!

Nak mintak bantuan Tiger, kompom2lah Tiger boh layan. Nak mintak bantuan Airen, dia tak sanggup lagik nak mengadap muka Airen yang penuh skill menggoda tuh. Last2, dia jadik Mcgyver. Dikokak2 cable telefon tu kemudian disambung2, try call Wahab & berjaya! Hoyyeahhh..! Ah kak kat depan tv pun menjerit keriangan, hokay..! Hiks...

Wahab bagitau yang bunga manja pengsan sampai kena masuk wad. Mintak dia balik cepat, tengok bunga manja kat spital. Makin resah gelisah la mamat kolam ikan bila dapat berita tu. Dia carik Tiger kat lapang sasar, tempat Tiger selalu training menembak. Dia bukan nak carik pasal dengan Tiger. Just nak kunci motor & wallet dia je. Kasik la woi..! Isk3...

Tiger kasik syarat la pulak... Eiii... aku la kan..! Geram betul!

"... Kalau lu boleh tembak semua tu, wa boleh bagi lu apa yang lu nak... "

Ko dah kenapa, haaa... nak 'main' tembak2 buah epal pulak..?!! Apa lu ingat mamat kolam ikan tak boleh buat ke? Kojo sonang, hokay..! Aci pandang tempat lain pun dia boleh tembak dengan tepat. Lu mampu..??! Tak kan... 

"Itu buah aaa... lu boleh makan lagi. Wa talak suka bazir punya. Ini 4 ekor anjing lu aaa... kasik makan... huh!... "

Sedehlah lu ni Tiger..! Haaa... kan aku pun dh ber-wa-lu, wa-lu dah..! Isk...

Dah habis tepat buah epal tu kena tembak dengan mamat kolam ikan tapi, Tiger still takmo lepaskan dia. Aku tembak jugak Tiger ni kang!

"... Selagi tattoo naga tu ada pada badan lu, lu tetap ketua keluarga ni!"
"Lei kong nga meh aaa... hah? Ketua? Wa kalau takdak ini family pun aaa... wa boleh angkat wa punya kaki cali makan aaa... Wa talak mintak 1 sen pun daripada lu la... Daripada achey pun wa talak mintak la... Wa punya suka la mau bikin apa? Itu olang sana duduk kampung aaa... lagi baik daripada ini family maaa..!"
"Baik? Lu kata diorang baik dengan lu? Diorang baik dengan lu sebab diorang tak kenal lu siapa lagi. Kalau diorang kenal lu siapa sebenarnya, diorang akan buat macam ni kat lu?"
"Pui! Hami lan aaa..!"
"Lu sanggup tinggalkan keluarga sendiri... sebab lu nak hidup bersama keluarga tu. Keluarga yang lu sendiri pernah buat taik dulu! Lu tak malu ke?"
"Itu bukan wa punya taik la. Lu punya taik la Tiger!"
"Apa bezanya, Long? Kalau wa tak silap, lu la orang pertama yang sanggup mengintip diorang! Wa ikut je..."
"Tapi, lu langgar wa punya arahan! Eh, Tiger! Itu 10 ribu aaa... Tengku Muiz bagi sama wa, wa sudah kasi sama lu aaa... wa sudah cakap sama lu, jangan angkat itu job, jangan bikin! Tapi, lu bikin! Sekarang lu punya taik ke wa punya taik?"
"Long, wa buat, sebab wa perlukan duit tu! Wa bukan pengecut macam lu! Pedulik apa wa... dia kawan baik abang lu ke... apa ke... "

~ Credit to: pingje

Jenuh bertegang urat, bertikam lidah, ungkit2 kesah lama... akhirnya, dapat jugak kunci motor dengan wallet. 

Bunga manja meracau2 panggil nama mamat kolam ikan. Sampai doktor pun konfius! Doktor nasihatkan Hannah untuk carik mamat kolam ikan, mungkin boleh pujuk bunga manja makan. Hannah freeze sekejap. Ha3...

Elok2 mamat kolam ikan sampai spital, terus kena sembur dengan Hannah. Kaki yang terjengkot2 pun dikatanya mamat kolam ikan merempit. Hadoiiyaiiinyapon..!!!

"... Hah, takpelah, Jebat. Lagipun benda dah jadik. Haaa... ko masuklah dalam, tengok Mastura."
"Apa takde apa2?!! Amboi... senang je abang cakap..! Eiii, sebab ko la Mastura masuk hospital, eh! Kalau ikutkan hati aku, nak je aku benamkan kepala ko dalam kolam ikan. Aku sumbat mulut ko dengan ikan tu! Haish!"
"Sabar, sayang..!"
"Apa dah janji dengan dia, huh? Apa ko dah janji dengan Mastura sampai dia mogok lapar tak nak makan? Ko cakap!"
"Sa... Saya takde janji apa2 pun. Sumpah saya tak janji apa2."
"Ewah2..! Sedapnya ko nak sumpah bagai... hah! Ko ingat aku nak percaya cakap janji sumpah ko tu. Ko cakap dengan aku, ko dah buat apa dengan Mastura? Ko dah rosakkan dia, eh?"
"Hah..?"
"Astaghfirullahalazim... Sayang! Jebat ni dah sampai kat sini. Kan lebih baik kalau bagi dia masuk dalam, pujuk Mastura tu bagi dia makan..."
"Abang diam boleh tak? Ok2. Ok, sorry. Ok, sekarang ko boleh masuk, ko boleh pujuk untuk dia makan. Tapi, lepas keluar, ko jumpa dengan aku. Aku ada banyak hal nak bincang dengan ko!"
"Saya..."
"Dah la, Jebat. Ko masuk dalam dulu."
"Tunggu apa lagi? Masuklah!"
"Saya masuk dulu la, bang."
"Pastikan dia makan! Kalau dia tak makan, siap ko!... "

~ Credit to: kepalabergetar

Uwais pun terjebak kena sembur dengan Hannah. Garang betul bakal kakak ipar mamat kolam ikan tuh! Ngeri! Hu3...

Bunga manja terjaga bila terasa pipi dia disentuh...


:: Like3, ek! ::



4 comments:

♡ m.a.w.a.r_ b.e.r.d.u.r.| ♡ said...

macam tak jumpa ni episod yang mana..hihi bagus juga ade flash back macam ni :P

Afasz said...

assalamualaikum dr http://afasz.blogspot.com

follow sini :)

cite dah mcm novel plak

ArELeEz said...

♡ m.a.w.a.r_ b.e.r.d.u.r.| ♡,
ni episod 18, mase #hannahmastura masuk spital sbb mogok lapor, lps #jebatfoo kene tembak dgn tiger kat kaki. ingat x? ingat x? sila ingatkan. he3..

ArELeEz said...

Afasz,
tq sbb sudi follow. ;)

saje je wat #throwback. ;)

i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google