SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Wednesday, June 11, 2014

#THROWBACKENAMBELAS: MAS TAK NAK KAHWIN DENGAN ABANG ARY!

Yang ke-16...

Jauh dia merenung dalam2 tattoo dragon yang dibangga2kan suatu waktu dulu, mamat kolam ikan bermonolog...

~ Credit to: kepalabergetar

'Ya Allah... begitu mudah aku beli jiwa manusia... 

Dulu... aku dilayan bagai raja... 

Kaki yang Allah pinjamkan padaku... aku sepak terajang tubuh2 yang lemah yang tak mampu melawan. Kejamnya aku, ya Allah... 

Semua ini... aku yang punya. Semua ini... milik aku. Iman aku senipis kulit bawang... bila rasuah menjadi santapan aku, hari2. Kuasa... maruah... kesetiaan boleh dibeli dengan adanya duit. Inilah balasan berjasa pada V.V.I.P... yang Uncle Kwan dapat. Aku bangga. Bangga menolong orang buat kejahatan. Nauzubillah... Hidup aku dipenuhi dengan kemewahan. Tanpa ambil peduli apa itu berzakat. Usia aku baru mencecah 20 tahun tapi, aku sudah mampu memiliki semua ini. Umur aku 24 tahun... aku telah menguruskan perniagaan kasino mewah... di Hong Kong. Akulah raja segala naga... yang paling hebat... paling digeruni... paling dipuja... paling disanjung. Tapi, hakikatnya... akulah lintah darah yang tak berhati perut. Kalaulah aku mampu hilangkan semua ini... 

Ini adalah warisan turun-temurun. Hanya aku yang terpilih dari setiap generasi. Pigmen warna yang digunakan bukan pigmen warna biasa. Dengan teknik tradisional keluarga Foo... tattoo Long, tao yang dicampurkan dengan kapur Cina... akan terus tertanam di dalam kulit... & agak sukar untuk ditanggalkan...'

~ Credit to: ping

Sungguh... dia benci sejarah 'Long' & dia jijik dengan tattoo yang dicacah... Hanya solat boleh buat dia rasa tenang. Sebab dia yakin pasti, Allah Maha Mendengar... & tiba2 dia teringatkan bunga manja...

Bunga manja kena kuarantin. Kunci kereta Tok Ayah amik. Tak payah kerja, duduk rumah diam2 je. Kunci gate pun Pak Hamid sorang je boleh pegang. Even Mak Awa nak buang sampah pun kena pass2 kat Pak Hamid. Bunga manja terkejut & stress! Apa lagik yang Tok Ayah nak buat untuk 'pisahkan' dia dengan mamat kolam ikan? Paling dia tak suka bila soal darjat yang dijadikkan isu. Sampai demam2 bunga manja dibuatnya.

~ Credit to: videomix

"... Abang Jebat memang tak berharta. Tapi jiwa dia besar. Dia baik, Mak Awa. Rajin... suka tolong orang... selalu pergi surau... Dia taat pada agama. Mak Awa, Abang Jebat tu tak senang tau tergoda dengan perempuan. Tak cukup ke semua tu? Tak cukup ke semua tu untuk... bahagiakan Mas?
"Mak Awa faham... Tapi kadangkala, pilihan orang tua ni, ada sebabnya... ada kebaikannya..."
"Mas yang nak kahwin, bukan Tok Ayah..! Salah ke Mas nak pilih teman hidup Mas sendiri? Salah..?"
"Hmmm..."
"Kenapa, Mak Awa?"
"Mas, pagi tadi, masa sarapan, Mak Awa ada terdengar perbualan Tan Sri dengan Aryan. Diorang dah bincang, nak adakan majlis pertunangan Mas dengan Aryan minggu depan."
"Tak nak! Mas tak nak! Mas tak nak kahwin dengan Abang Ary! Mas tak nak..!"

Jenuh Mak Awa pujuk tapi, tak jalan. Bunga manja tetap pilih mamat kolam ikan. Even dia boleh psycho Mak Awa balik. Hati dia cuma ada pada mamat kolam ikan katanya... Bukan Aryan!

Mak Awa bawakkan breakfast, dia reject, takmo makan. Mak Awa pujuk lagi... pujuk untuk bunga manja redha dengan pilihan Tok Ayah. Mak Awa buat comparison antara Aryan dengan Uwais. Uwais jugak pilihan Tok Ayah. Hannah yang memula membantah bermati2-an tapi, sekarang dah hidup bahagia dengan Uwais. Mungkin Aryan jugak boleh bahagiakan bunga manja macam Uwais bahagiakan Hannah.

*** "Hoi! Ko ingat bila ko dapat menangi hati Tok Ayah, ko dapat curi hati aku, hah? Malam la, brother..! Orang yang takde masa depan macam ko ni... tak layak jadi suami aku. Kalau layak pun, jadi kuli aku. Sesuai sangat, huh!"
"Hannah... abang..."
"Abang apa..? Hoi, ko dengar sini, eh! Kalau aku setuju pun, untuk jadi bini ko, itu bermakna bukan aku suka kat ko, hah! Jangan perasan, eh! Sebab aku hormat kepada Tok Ayah. & selepas tu, aku tak nak ko ganggu kehidupan aku, hah... kebebasan aku... harta benda aku! Faham!" ***

Bunga manja teringat kes Hannah 'serang' Uwais kat gerai burger milik Uwais. Betapa arrogantnya Kak Long dia masa tu! Kesian dia tengok Uwais. Tapi, Uwais tetap setia dengan Hannah. Tetap puji keperibadian Hannah. & yang paling dia kagum, Uwais boleh ubah mentaliti Hannah untuk terima dia seadanya. Menuntut tahap kesabaran yang tinggi & Uwais berjaya! Sejak insiden tu, bunga manja berdoa untuk ditemukan jodoh dengan lelaki sebaik Uwais.

Yang pasti, Aryan takkan sesabar Uwais. Tapi, kalau mamat kolam ikan, yesss..! Bunga manja sangat yakin! ;)


:: Like3, ek! ::



No comments:

i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google