SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Wednesday, June 25, 2014

#THROWBACKDUAPULUHTIGA: KO SAMAKAN AKU DENGAN TORA?

Yang ke-23...

"Ahmad Ziyad bin Iskandar Foo."
"Saya."
"Aku nikahkan dikau dengan cucuku, Hannah Mastura binti Umar Mukhriz dengan mas kahwinnya, senaskhah Al-quran."
"Aku terima nikah, Hannah Mastura binti Umar Mukhriz dengan mas kahwin senaskhah Al-quran."

Sekali lafaz je, barulah hero namanya! ;P

~ Credit to: kepalabergetar

Hannah kasik seutas gelang pada bunga manja. Hadiah wedding merangkap amanat arwah ibu diorang. 

~ Credit to: nesco2u

"Cepatlah. Cepatlah..! Jom..!"
"Eh! Eh, jatuh! Eh, ko nak pergi mana ni?"
"Pergi bilik kita..."
"Woiii..!"

Neves mamat kolam ikan! Hannah dah warning, jumpa boleh, asalkan jangan terbabas. Masalahnya, kalau dah bunga manja tegediks2 manja ajak masuk bilik, apa ko rasa 'benteng pertahanan' mamat kolam ikan tu kebal sangat ke? Ha3...

"Woi, lau wei..! Tak payah la..."
"Alaaa... adat je pun! Kak Long tau apa pasal adat. Jomlah..!"
"Eiii, ko tak payah sembang dengan aku pasal adat ko tau tak! Kalau kakak ko upper cut aku, sekali dagu tang dahi ko tau!"
"Ok. Takkan jadi apa2, ok. Jom! Kalau terjadi apa2, Mas bertanggungjawab."
"Heh, ko bertanggungjawab! 400 kali aku dengar aku je asyik yang kena kibas!"
"Alaaa... jomlah..!"
"Aduh2! Masak aku! Tolong3! Tolong..! "

Bunga manja kepit kepala mamat kolam ikan, tarik bawak masuk ke bilik. Ganas jugak! Ha3...

"... Ni, Mas! Aaaa... ko nak apa sebenarnya ni..? Mas, kalau Kak Hannah nampak ni Mas... kalau dia tikam tang bijik mata aku... sia2 je aku baru akad nikah dengan ko tau, mati, janda ko..!"
"Over sangat Abang ni. Kak Long tu Kak Long Mas jugak kan, bukannya, along lintah darat tu. Kalau yang macam tu lagi baik mati daripada hidup tau! Abang... sini la duduk sini dengan Mas..."
"Aaa... ni..."
"Meh la..."
"Da... tepi! Sini2! Sini sikit!"
"Ok3. Mas dengar."
"Aaa... ko alih sana sikit. Ko... jangan! Tolonglah!"
"Ok3. Mas kat sini. Jauh2."
"Mas ko rapat, Mas... ko tengok aku buat apa, Mas... Aku korek lubang telinga ko..."
"Nak..! Abang... Mas kan... ada benda tau nak bagi dekat Abang... Nak tengok?"
"Hah..? Apa ntah tadi..?! Ni... kalau aku cakap tak nak tengok pun, ko paksa aku tengok. Ko korek bijik mata aku suruh tengok jugak. Terpaksa la aku redha."
"Abang tengok, eh?"
"Hmmm... tengok la..."
"Tengok la..."
"Hmmm... tengah tengok... la ni..."

~ Credit to: ping

Tertonggeng2 bunga manja amik something dari dalam drawer. Ingat tak mamat kolam ikan tengok kat mana time nih? Ha3... Bunga manja tetiba toleh...

"... Siling ko ni, plaster la... Haaa..."
"Abang. Tararaaa...!!! Nah! Ni... Mas belikan handphone untuk Abang. Suka tak? Abang ambik la... Ye la, Mas beli ni pun sebab... Mas tengok Abang macam takde handphone je. Susah la tiap kali nak cakap dengan Abang kena, pesan2 kat Mak Cik Sari... Please, ambik."
"Mahal la benda ni. Ko simpan la. Ko bagi dekat Mak Awa ke... apa ke... kan... "

Ada ke suruh kasik i-Phone5 kat Mak Awa..?! Sedehlah mamat kolam ikan nih!

"... Mas, aku kahwin dengan ko kan... bukan nak harapkan benda2 macam ni ko tau. Aku ikhlas kahwin dengan ko, aku ikhlas sayang ko. Aku tak mintak ko 1 sen pun la."
"Ye... Mas tau Abang ikhlas kahwin dengan Mas... Mas pun ikhlas nak bagi kat Abang handphone ni. Please, ambik... Abang, ambik la... Abang... Abang tak kesian ke kat Mas? Nanti kan Bang... kita kena kuarantin 2 bulan tau! Kita tak macam suami isteri yang lain. Kena duduk, asing2... Nanti kalau Mas rindu macam mana? Please... ambik."
"Nanti aku beli la... Kumpul duit sendiri, aku beli dekat ko, telefon. Ni apa... ni apa, i-Phone5, eh? Haaa... five, six, seven, eight, nine, ten... berapa ada sekarang? 12, eh? Huh, takde hal lah."
"Alaaa... kalau nak tunggu Abang beli ntah bila Bang..?! Habis tu kalau Mas... rindu kat Abang macam mana? Mana Mas nak cari Abang?"
"Elleh... ko tu yang mengada la Mas..! Merajuk sikit, hospital... Merajuk sikit, lari bawah meja. Ko ni pelik la... Kalau ko bagi aku telefon ni, 24 jam ko telefon aku, aku nak bagi makan ikan macam mana... ikan nak makan aku macam mana..? Ko paham tak ikan nak makan aku macam mana, aku makan ikan tu la."
"Alaaa... suka hati la... Abang kan Mas punya. Suka hati Mas nak buat apa. Mas nak call, Mas nak cakap dengan Abang sampai bila2..!"
"Tak nak la... Mas, ko tolong la paham, Mas..! Aku tak nak nanti kalau aku ambik barang ni, orang cakap dekat aku yang aku ni nak mengikis harta benda ko... Ko tak rasa segan ke orang cakap macam tu kat aku..?"
"Alaahhh... tak habis2 dengan orang cakap... orang cakap..! Suka hati la orang nak cakap apa pun! Kalau Mas nak bagi Abang rumah ke... kereta ke... suka hati la. Duit Mas, bukan duit diorang!"
"Eh, suka hati aku la aku nak ambik ke tak! Aku..."
"Ambik la..!"
"Suk... aku tak nak ambik aaa..."
"Ambik..!"
"Suka hati akulah!"
"Ok, fine! Abang tak nak ambik sangat kan? Sebab ni mahal kan?"
"Ha!"
"Betul, eh?"
"Betul la!"
"Abang tunggu jap! Abang tengok sekali lagi!"
"Apa hal aku kena tengok lagi?"
"Abang mesti nak tengok punya... "

Bunga manja tertonggeng2 sambil godek2 laci lagi. & mamat kolam ikan pun tala mata ke 'sinun' lagik. Ha3... Sekali bunga manja toleh...

"... Ok..."
"Kipas... ni buat hal!... "

Tadi salahkan plaster siling. Ni kipas pulak yang bersalah. Ha3... Mengong betul!

"... Abang tak nak yang tadi sebab mahal kan? Abang ambik ni, kalau ni pun Abang cakap mahal, Mas tak tau nak cakap apa lagi?!"
"Ko perli aku, eh Mas... huh..?"
"He3... Tak la... Ok macam ni, kalau orang tanya Abang, mana Abang dapat ni, Abang cakap je Abang beli biskut Tora, dapat toy free. Eh, free toy! Ok?"
"Ko samakan aku dengan Tora? Apsal ko tak cakap Ding Dang?"
"Lebih kurang la. Thank you..! Thank you, Abang... Thank you, Abang... Thank you, thank you, thank you, thank you, thank you..!"
"Kak Hannah nampak, masak aku..!"
"Takpe... "

~ Credit to: blogr

Siapa suruh reject i-Phone5?! Kan dah dapat Nokia zaman batu! Ha3...

'Ranap' badan mamat kolam ikan kena peluk, kena kiss dengan bunga manja. 'Expired' habis kalau dapat bini macam tu. Ha3... Hannah terjah bilik pun bunga manja buat2 tak perasan. Mamat kolam ikan yang berpeluh sakan. Takut kena backhand dengan Hannah. He3...

"... Erm... kitorang tak buat apa2 pun."
"Aduh! Ko pijak kaki aku!"
"Tak buat apa2..?"
"Just 1 kiss. Ok, twice. Tu pun dekat pipi je. Kita ringan2 je kan, Bang? Lagipun Kak Long, orang cakap kan... kalau kita cium suami dapat pahala. Haaa... macam ni, mmuahhsss7... "
"Ringan2 je? Lepas tu, berat2?"
"Erm... kalau teraccident pun takpelah. Bukannya dosa. Ni kan suami Masss... "

Pening Hannah tengok bunga manja. Lebih baik, tarik mamat kolam ikan keluar dulu. Suruh Wahab bawak balik sebelum bunga manja terkam, seludup masuk dalam bilik lagik. He3...

Susah betul mamat kolam ikan nak lepaskan diri dari kena peluk. Sampai rasa nak pecah buah pinggang! Peluk ketat2! Mamat kolam ikan dah jalan nak keluar bilik pun bunga manja tarik lagi. Lepas tu, peluk. Lepas tu, tepuk 'bumper'. Ini yang paling tak menahan. Slumber kodok je bunga manja buat cenggitu depan Hannah. Ha3... 

Kalau boleh, hari2 bunga manja nak datang kotej, bawak nasik lemak untuk suami terchenta. Tapi, nasik lemak tu mukadimah je sebab dia sebenarnya nak masuk dalam kotej tu,  nak belai2 suami dia tu, nak bermanja2 & nak macam2 lagiklah. ;P

"Selamat pagi, sayang!"
"Allahuakhbar! Eh, heyyy..! Aaaa..."
"Kenapa?"
"Ermmm... ada siapa2 nampak ko datang sini tak? Hmmm... ko datang sorang ke?"
"Haah. Takkan nak datang dengan Kak Long. Mas datang hantar makanan ni je."
"Ooo... Terima kasihlah, eh! Terima kasih."
"Hah?"
"Hah, eh! Haaa... "

Gedeganggg..!!! Pintu kotej dah selamat kena tutup. Sorang kat dalam, sorang kat luar. Achaner tuh? Hiks...

"... Sampai hati halau Mas..."
"Alaaa... Mas... Aku bukan nak halau ko tapi... Alaaa... macam mana aku nak cerita kat ko kan. Kalau orang nampak, kang jadi tak elok. Tu kalau orang nampak, kalau aku yang... Alah haiii..! Ni... aaa... kalau jadi apa2, Mas macam mana?"
"Alaaa... jadi la apa2 pun, Mas tak kisah, Mas lagi nak... Tu kan tanggungjawab kita... Abang, please..!"
"Huuu... "

Degil betul bini dia tuh! Terpaksa jugak mamat kolam ikan bukak pintu kotej. Terus kena terkam dengan bunga manja. Rakus! Ha3...

"... Eh2..! Alah haiii..! Aduh..! Aku tak mandi lagi. Tak payah la masuk..."
"Haaa, takpe! Mas mandikan nak?"
"Hah?"
"Please."
"Eh! Eh, tak boleh, tak boleh, tak boleh! Errr... takpe2. Ermmm... aku boleh mandi sendiri apa?! Aaa... aku ada tangan. Kan..? Mas, ko balik la..."
"Kata boleh jumpa..."
"Iye la... Memang la ko boleh datang. Tapi, bukan kat sini."
"Dah tu kat mana?"
"Aaaa... ko tak payah la buat muka sedih macam ni..! Ko pagi2 ko tanya kat aku soalan macam ni, aku nak jawab pun tak reti. Ko tak payah la jadi lawyer..! Ko balik je la..."
"Jangan lupa makan tau. Jangan lupa call..!"
"Hey! Memang ko tak reti salam laki ko ke apa?... "

Ooppsss! Lupa nak salam, kan dah kena sound! Adeh3... 

Salam, cium tangan, lepas tu, sempat lempang2 manja kat pipi mamat kolam ikan. Awwsss..! Melting ah kak tau..! ;P

Esoknya, bunga manja hantar nasik lemak lagi. & esoknya lagi... & lagi... & lagi... Tapi, kecewa sebab tak dapat jumpa suami kesayangan. Yang ada cuma bakul kosong, tempat khas untuk bubuh nasik lemak. Ok, fine! Dia takmo hantar apa2 dah! Takmo ke kotej. Takmo3! Nak merajuk! Uhuks3...

Sepanjang merajuk, Mak Awa yang jadik perantara. Mamat kolam ikan call pun bunga manja paksa Mak Awa yang jawab. Merajuk tahap gaban kekdahnya tuh. He3...


:: Like3, ek! ::



2 comments:

CXopportunities said...

mula2 baca ats pstu tgh pstu lagi pahtu lagi .. ehh dah hbs bca. heheh best! :)

ArELeEz said...

CXopportunities,
tq lah sbb sudi baca #throwback yg sgt picisan nih. ;)

i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google