SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Wednesday, June 18, 2014

#THROWBACKDUAPULUHSATU: BAK KUT TEH BUKAN... OINK2..?

Yang ke-21...

Motip mamat kolam ikan dipanggil ke rumah Tan Sri adalah untuk suap bunga manja makan. Profesion dah bercabang 2. 1st, 'suap' ikan makan & 2nd, suap bunga manja makan. Kalau boleh, hari2 bunga manja nak makan bersuap. Barulah berselera dia makan! Amboiii3..! Anjenya diaaaaa... hoi! Hiks...

"Abang... Abang nak tak kalau kita... dating kat sana?"
"Erk! Alamak... Tak payahlah... Mas... Ni... boleh ke..? Tak payahlah. Sinilah."
"Takpelah. Mas tak naklah... makan."
"Eh, Mas! Merajuk2 jugak, helmet. Wa tang lah... Sinilah."
"Alaaa... boleh la..."
"Ye la... Ye la... Sini aaa... Adoiii... "

Helmet dengan kunci semua bunga manja pegang. Takut mamat kolam ikan larik. Ha3...

"... Alah... Mas..! Ko kan dah baik. Ko makan sendiri. Jangan jadi macam budak2 boleh tak?"
"Hmmpsss..!"
"Mas tangan ko bukannya putus ke... kena penyakit kusta ke... kudung ke... Ko makan la sendiri..."
"Hmmpsss..!"
"Haaa... ko hentak kaki! Ko hentak kaki! Aku kerat kaki baru tau! Kalau ko tak nak makan... hari ni jugak aku retire daripada profesion penjaga ikan. Dah! Aku balik sekarang jugak!"
"Ok3."
"Tau takut..!"
"Sini air aku bukak!"
"Abang... nak air."
"Ko makan la dulu... Kembung perut... Ni, abang ko ni ikat... dia nak ikat apa ni? Ingat towing kereta ke?... "

~ Credit to: ping

Bahagianya hati bunga manja bila mamat kolam ikan layan dia macam tu. Memang la tak romantik. Dia sangat tau & arif dengan sikap mamat kolam ikan. Tak reti nak jadik 'plastic', nak pura2. Semedang je ganas & kasar. Yang ganas & kasar tu lah buat dia jatuh cinta pada mamat kolam ikan. Cinta mati!

Perbincangan keluarga pasal nak cancelkan pertunangan bunga manja dengan Aryan buat bunga manja tak senang duduk. Clearly, Aryan naik hantu!

"Puas hati Mas sekarang ni... huh? Bertahun2 abang tunggu Mas, & ini balasan Mas terhadap abang. Sampai hati Mas kan? Tergamak buat abang macam ni."
"Abang, Mas mintak maaf. Mas betul2 mintak maaf dekat abang..."
"Maaf. Mas simpan maaf Mas tu. Abang cuma nak Mas jadi isteri abang. Itu je!"
"Tsk3... Abang... abang kena faham yang hati Mas takde dekat abang... Hati Mas hanya dekat..."
"Mas jangan sebut nama lelaki tu! Jangan sebut! Abang tak mau dengar, eh! Mas... Abang... abang janji yang abang akan jaga Mas. Abang akan layan Mas baik2... Abang... sayang Mas..! Kenapa Mas? Kenapa Mas nak kecewakan abang, Tok Ayah, keluarga abang..? Kenapa, Mas? Kenapa, Mas?"
"Abang, salah ke kalau Mas nak cari kebahagiaan Mas sendiri? Salah sangat ke..? Tsk3..."
"Huh... bahagia... Bahagia atas kekecewaan abang. Itu bahagia namanya? Takkan kekal lama, Mas. Kalau tak percaya tengoklah nanti."
"Kalau betul abang sayangkan Mas, abang takkan doa benda buruk2, Abang akan doakan benda yang baik untuk Mas... Kalau betul abang sayangkan Mas... Tsk3..."
"Mastura! Aku habiskan zaman remaja aku untuk ko Mastura! & ini... ini balasan ko terhadap aku, hah?... "

Suka2 hati je kan... dia nak doa cenggitu. Tak baik, dowh..! Dah orang tak chenta, mana boleh dipaksa2! Angkat kaki lambong, lei..! Mengugut pulak tuh! Nak disiasatnya asal-usul mamat kolam ikan sampai ke akar umbi! Suka bagi ah kak neves & emo tau..! Mencik! Cer terima dengan hati yang redha, Aryan, oiii..! Haish!

Drama sentap2, ungkit2, ugut2 terstop bila Uwais sampai. Fuh! Thanks, Uwais. Selalu jadik hero Uwais nih. ;) Bawak mamat kolam ikan sekali pulak tuh! Aku pulak yang terkinja2, excited! Ha3... Bunga manja tak jadik nak emo2. Dari sedeh2 terus gumbira melompat bintang! Propa depan Aryan, ye... Hiks...

Masalahnya, sempat jugak Aryan sound sedas 2 kat mamat kolam ikan.

"... Tu... ko tengok tu. Kereta2 mewah... semuanya kesukaan Mastura. Barang dalam rumah ni pun semuanya pilihan Mastura. Apa saja yang dia mintak, pasti akan dipenuhi walau apa cara sekalipun. Aku cuma nak ingatkan ko... Mastura cepat jemu. Aku risau nanti ko jadi barang2 perhiasan sama dalam rumah ni. Ko fikirlah sendiri. Ko seumpama suami yang dibeli oleh Kak Hannah... semata2 nak penuhi kehendak adiknya saja. Agak2nyalah, berapa ringgit yang dia bayar? Seringgit? 2 ringgit? Atau 50 sen je. Heh3... Hati2 bila dia tak suka ko. Masa tu lah, aku akan rampas Mastura dari ko!"

Aku cili jugak mulut Aryan ni kang, haaa..! Biasa tu..! Isk3... Nasib baik bunga manja cepat keluar carik mamat kolam ikan. Kalau tak, dah kena debik sebijik muka Aryan tu dengan mamat kolam ikan! 

Ajak dating kat dalam rumah, mamat kolam ikan segan. Terpaksa la berembun kat luar, kat taman tu je. Menggigil2 bunga manja tahan sejuk! Mamat kolam ikan bangun & coverkan bunga manja dengan jaket kulit yang dia pakai. Sampai ke mulut dicovernya. Romantik ganas2! I likeee..! Ha3... 

~ Credit to: kepalabergetar

Tok Ayah tengokkan je gelagat cucu dia bila jumpa dengan hero pujaan. Dari situ dah nampak yang keputusan menikahkan bunga manja dengan mamat kolam ikan adalah yang paling tepat. Walaupun kecewa tapi, dia tak nak bunga manja jadik buah mulut orang kampung lagi.

"... Ko dah makan belum?"
"Belum... Abang Jebat nak... suapkan ke?"
"Mengada ko kan? Dah! Duduk sini diam2!... "

Mamat kolam ikan amik makanan yang dia tapau kat kereta. Bila dia datang balik dekat bunga manja, dia konpius tengok bunga manja tengah baik punya... dok cium jaket kulit dia! Dia jerkah! Blushing bunga manja tau! Terus control ayu..! Ha3...

"... Abang apa ni..? Abang... apa..?"
"Bak kut teh."
"Hah..!"
"Bak kut teh."
"Bak kut teh bukan... oink2..?"
"Ni aku masak sendiri tau... Aku letak ginseng... Aku reneh sekali dengan cendawan. Takkan la aku nak pi letak oink2 dalam ni..! Benda ni halal, aku masak sendiri..! Cepat!"
"Betul ke..?"
"Astaghfirullahalazim... Ko ingat aku jahat sangat ke letak oink2 dalam ni? Takpe la kalau ko tak nak makan, aku bagi anjing makan je!"
"Ok2."
"Bukak mulut! Sedap..? Sedap makan lagi... Makan... aku tau tak sedap! Nama pun ubat, mesti la tak sedap! Makan! Hmmm... Makan!"
"Apa tu?"
"Makan dulu baru aku jawab!"
"Apa tu..?"
"Makan dulu."
"Tsk3..."
"Ni pun, aku buat special jugak untuk ko."

"Ni dim sum kan?"
"Ini jiaozi. Hmmm... macam dim sum jugaklah. Nah! Ko nak aku suap ke, ko nak makan sendiri?"
"Suap."
"Hmmm... bukak mulut, eh! Ni... makanan kegemaran aku ko tau. Haaa... semalam aku rajin terlebih, aku masak la... lebih. Sebab aku teringatkan ko. Eh, tapi ni sedap tau nih! Nah, bukak mulut! Ok, nah! Hmmm..."
"Sedap! Mana abang belajar masak ni? Sorry..."
"Kenapa pulak, sorry?"
"Ye la... Abang mesti belajar daripada arwah mak abang kan?"
"Aku belajar dengan sepupu aku... Airen."
"Cantik tak?"
"Cantik lagi ko. Dah, makan."
"Pandai Abang Jebat masak. Macam ni kan, senang hidup Mas."
"Kenapa pulak senang hidup ko?"
"Ye la... macam Mas, kalau Mas busy kerja apa semua kan, tak sempat nak masak apa semua, Abang boleh masakkan. Mas balik so Mas makan je."
"Wah3... macam tu?"
"Ok tak, Abang?"
"Tapi... bila yang aku cakap aku nak kahwin dengan ko?... "

Sentap terus! Ha3...

Ini maknanya sesi suai kenal. Sambil suap2 makanan, geget2 jari, bagitau makanan kegemaran, sentap2... pujuk2... kan best tuh! Sweet sangat... Hiks...

"Mas. Alah... ko ni... Aku bergurau je pun, tadi... Ko macam tak kenal aku... Aku ni mana la reti cakap elok2... Mas. Ni kira betul la ko tak nak cakap dengan aku ni? Hmmm... takpelah. Aku gerak dululah. Sia2 aku masak elok2."
"Betul ke Abang tak nak kahwin dengan Mas?"
"Daripada aku kena tanam hidup2, kepala aku kena potong, & ko masuk hospital hari2... terpaksa la aku kahwin dengan Hannah Mastura."
"Eiii, tak sweet langsung!"
"Aduh! Dah tau aku tak sweet, dah tau aku bukan romantik punya orang, ko yang nak kat aku, bukan masalah aku, ko yang gila kat aku, bukannya aku gila kat ko, gila! Haaa... Eh, Mas! Aduh... ermmm... Aku ni bukannya yang reti... aaa... macam mana nak cakap yang... yang... aduh... alaaa... Mas... macam ni la, Mas... aku... aduh... ni... senang cerita la, aku potong pendek je dengan ko la, eh! Aku jadi suami ko, amacam?"
"Boleh. Nak!"
"Hmmm... Tapi... ni la... aku nak mintak, 1 permintaan dengan ko, boleh?... "

Walaupun ganas... walaupun tak romantik... tapi, aku tetap melting tengok diorang berdua ni tau! Suka sangat menaikkan tahap 'glukosa' ah kak tau..! Awwsss..! Ha3...

Errr... 'permintaan' tersebut sambung kat next #throwback, ek! ;P


:: Like3, ek! ::



No comments:

i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google