Monday, November 11, 2013

KARNIVAL PERTANIAN & KEUSAHAWANAN

Fuh!

Bukan jampi tapi, sound effect selepas berpenat2 + berlengas2 mengemas rumah. Start dari pukul 5 petang tadi. Lepas balik dari hospital, terus capai vacuum, feather duster bagai... 

Memula setelkan hall. Lepas tu, master bedroom membawak ke bilik solat membawak ke bilik laundry & akhir sekali, dapur. Dengan fridge sekali siap kena 'servis'. Banyak jugak yang dah expired rupanya. Rasa bersalah pulak. Owh... Tsk3...

Walaupun penat tapi, berbaloi2 bila tengok keadaan rumah. Sojuk mata memandang kata ko! Nak berblogging pun aman & tenteram je rasa. Eceh! ;P

Hokay, sudah2 la nak feeling2 tu. Nak cerita pasal kesah jalan2 ke Karnival Pertanian & Keusahawanan pulak. Kak Aneem yang ajak & war2kan sebab opis dia pun terlibat jugak. Kat Kampung Gajah. Kitorang pergi belah petang je. Takde nak rushing2 pun... Santai2 gitu..!

~ Amik gambar kat tempat kejadian memang acara wajib sangat kan... He3...

~ Stage untuk acara launching yang disempurnakan oleh YB Dato' Tajuddin Abdul Rahman (Timbalan Menteri Pertanian & Industri Asas Tani). Means, secara automatiknya, karnival ni adalah anjuran Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani (MOA).

~ Rest kejap sambil menikmati hempedal ayam goreng tepung. Ermmm... dappp...

~ Sawi gergasi katanya..! Asal jumpa mende yang agak2 pelik, semustinya nak berposing. He3...

~ Macam comey jerrr... Macam comey jerrr... Ha3...

~ Jalan ke depan sikit, jumpa pulak dengan nanas 1 Malaysia. Apa lagik..?! Posinglah! Heh3...

~ Pameran buah2-an tempatan. Macam2 ada..!

~ Ni la maksudnya dengan nanas 1 Malaysia tuh. Diorang susun nanas tu banyak2 membentuk nombor 1. Tapi, kitorang salah angle. Nampak no. 1 terbalik pulak. Adeh! 

Well... luas jugak la kawasan karnival nih. Ala2 mini MAHA la... Dibahagikan kepada 3 kawasan iaitu tapak jualan yang jual macam2 produk pertanian macam buah2-an & anak2 / benih2 pokok, tapak pameran yang ada banyak booth jabatan / agensi kerajaan under MOA & tapak hasil ternakan yang ada beberapa spesis haiwan ternakan macam kuda & kambing. Nak tunggang kuda padi pun bolehhh...

Tapi, ah kak is takde la sampai nak tunggang kuda padi bagai... Tak kose + dah Maghrib. Nak chow je la... 

Sekian kesah Karnival Pertanian & Keusahawanan... ;)


:: Like3, ek! ::



Wednesday, November 6, 2013

WORDLESS WEDNESDAY #43: NASIK PAK ARAB

~ Front view.

Sesekali layan nasik pak arab kan... ;)


:: Like3, ek! ::



Tuesday, November 5, 2013

MISI TIZ@NELYDIA LOOK ALIKE DAY 25

Breakfast:-

1 senduk bihun goreng + 2 sudu sambal ayam + air masak
Ramli Selera Kampung, City Mewah jadik pilihan...

Minum pagi:-

1 biji epal merah + air masak
Kat opis, duduk bersandar sambil menikmati. Bayangkan pulak tengah bersantai kat tepi pantai. Owh... heaven betul! He3...

Lunch:-

1 mangkuk kecik nasik putih + 1 ekor ikan gelama goreng + 2 sudu pucuk manis & keledek masak lemak + 1 sudu sambal tumis ikan bilis
Va3..!!! Meriah jugak lunch nih. Adeh3...

Minum petang:-

Busy buat pelupusan fail. So, takde masa nak berhi-tea. Hu3...

~ Dinner: 1 set egg sandwich + milo O panas. 

Terima kasih, my 'sayang' sebab buatkan milo O panas tuh. Sodap tak hengat! Hmmm... ni musti my 'sayang' jampi dengan kasih sayang nih. Eceh! Hiks...


:: Like3, ek! ::



WELCOME 'BUKU BARU'...

Tutup 'buku lama'!

Tapi sebelum tu, muhasabah... renung2kan tauladan & iktibar darinya.

Tiba masa untuk bukak 'buku baru'.

~ Salam Maal Hijrah...

*Credit to: bersihjiwahati


:: Like3, ek! ::



Monday, November 4, 2013

03102013

Abang yang plan mende nih. Seminggu sebelumnya, Abang dah roger2 kata nak surprisekan Kak Aneem sempena birthday dia. We ols is hokay jerrr... Bisa diatur kata ko! He3...

Dengan Mak sekali terjebak. Terjebak jadik chef untuk penyediaan menu utama. Aku dengan my 'sayang' jadik tukang angkut + tukang surprise + tukang nyanyi lagu birthday. Fuh! Macam banyak pulak 'tukangnya' kan... Hiks...

~ Gempak tak dekorasi Mak? He3... 

~ Bersuka-ria je la kerja bebudak nih. 

Bila semua dah ready, laju2 kitorang menyumbangkan suara yang dah sedia sumbang nih, nyanyi lagu Happy Birthday To You. Pitching toksah cerita la... Bersepah2! Kalau Roslan Aziz dengor, musti beliau amukan! Ha3...

~ & Kak Aneem pun terus touching... Almaklum la... lontaran vokal kitorang kan lemak merdu lagik mendayu2... la sangat..! Ha3...

By the way, tak diketahui pulak sama ada Kak Aneem touching sebab terharu dengan surprise tu atau telinga beliau sakit dengor lontaran vokal we ols?! Ha3... Asal boleh jerrr...

~ Pulut kuning, nasik putih, ayam sirsau, peria tumis & ikan kayu masak kicap. Owh... air tangan Mak memang marvellous tak hengat!!!

~ Terima kasih lapanplohjutakali untuk Mak... Sayang Mak ketat2! He3...

~ Sesi bergambar dengan anak2...

~ Plus, cik abang tersayang...

~ Plus, bonda terchenta...

~ Plus, adik ipar & suaminya yang comel. Eceh! ;P

Sesi bergambar dibuat secara laju2 & sangat pantas! Sebab memasing dah kebulur tengok menu2 yang Mak masak tuh. Masa makan, memasing tak berapa nak berbunyik sebab khusuk menikmati makanan. Pendek kata, kalau ada nyamuk tumpang lalu sambil mengeluarkan bunyik pun boleh didengari dengan jelas! Nampak tak betapa khusyuk & menikmatinya tuh? Ha3...

03102013 = Tarikh kejadian. ;P

Happy birthday, Kak Aneem..! ;)


:: Like3, ek! ::