*Slot Ketuk2 Kuali Bersama Areleez (KKBA)
Jumpa udang dalam fridge. Boleh pulak aci 'jumpa2' kan... Ha3...
Apa lagik... dah jumpa udang tu, moh la kita memasak kekdahnya... Singsing lengan baju tu tinggi2 sikit tau! Sebab kelas memasak dah nak mula. Hiks...
Bahan2:-
1 pokok sawi (dipotong)
10 ekor udang (disiang & dicuci bersih)
1 tangkai cili merah (dihiris serong)
1 biji bawang besar (dihiris)
1 biji bawang putih (dihiris)
1 biji telur ayam
1 sudu kecil serbuk kunyit
Minyak masak
Air masak
Garam
Cara2 Penyediaan:-
1) Lumur udang dengan sedikit garam & serbuk kunyit. Panaskan minyak. Goreng udang hingga kekuningan. Angkat & toskan.
2) Panaskan minyak. Tumis cili merah, bawang putih & besar hingga naik bau.
3) Pecahkan telur ayam. Bila dah mengeras sikit, kacau sampai jadi telur hancur.
4) Masukkan sawi.
5) Tuangkan sedikit air masak sekiranya terlalu kering.
6) Perasakan dengan garam.
7) Masukkan udang yang telah digoreng tadi. Kacau rata. Angkat & hidangkan.
~ Udang Goreng Bersayur Sedetik Cinta. Jiwang, you olsss..! Ahaks3... |
:: Like3, ek! ::
5 comments:
nama menu x hagak2...hu3...
pergh mmg terbaiklah ni !
azzey,
daya penarik kata ko! ha3..
Kesuma Angsana,
bese2 je..
Post a Comment