Thursday, February 28, 2013

SAMBAL TUMIS IKAN MASIN SENJA NAN MERAH

*Slot Ketuk2 Kuali Bersama Areleez (KKBA)

Sambal tumis ikan bilis macam klise. Jadik, marilah kita mengtry sambal tumis ikan masin pulak. ;)

Bahan2:-

1 peket ikan masin yang dah siap dipotong kecil2
1 biji bawang besar (dihiris)
1/2 sudu kecil asam jawa Xtra Adabi
Garam
Gula
Minyak masak
Air masak

Bahan2 Kisar:-

7 - 10 tangkai cili kering
1 biji bawang besar
2 biji bawang putih

Cara2 Penyediaan:-

1) Panaskan minyak. Goreng ikan masin hingga separa garing. Angkat & toskan.
2) Panaskan minyak. Tumis bahan2 kisar hingga naik bau.
3) Tuangkan sedikit air masak.
4) Perasakan dengan serbuk perasa, asam jawa Xtra Adabi & gula. Masak hingga pecah minyak.
5) Masukkan ikan masin yang telah digoreng tadi & bawang besar.
6) Tambahkan sedikit garam jika kurang masin. Kacau rata. Angkat & hidangkan.

~ Sambal Tumis Ikan Masin Senja Nan Merah. Tetiba teringat kat lagu duet Awie ngan Ziana Zain... Hiks...

"Masihkah kita termanggu di bawah pepohon itu, Ketika hujan melunturi danau yang terindah, Tidak pernah dibilang hari, Hanyalah debar yang terasa, Rasa... La3..." 

*Sambilangkat2keningbajetZianaZain. Ha3...*

Eh2, tak baik nyanyi kat dapur masa tengah memasak! Nanti dapat suami tua! Ha3... Larikksss...!!!


:: Like3, ek! ::



Wednesday, February 27, 2013

WORDLESS WEDNESDAY #25: JOMHAMIL

~ Officially a member.

1 of our effort untuk memiliki 'permata hati'. Mudah2-an... dgn izin-Nya... 1 hari nanti... Insyaallah... ;)


:: Like3, ek! ::



Tuesday, February 26, 2013

TAUGEH TUMIS SAP2 SOI!

*Slot Ketuk2 Kuali Bersama Areleez (KKBA)

Resepi sayur pun, share jugak la, ek? Layannn... ;P

Bahan2:-

1 mangkuk kecil taugeh (dicuci bersih)
1 pokok daun sup (dicincang)
2 ketul tauhu (dibelah 6 setiap 1)
1 tangkai cili merah (dihiris serong)
1 biji bawang besar (dihiris)
1 biji bawang putih (dihiris)
Garam
Minyak masak
Serbuk perasa
Air masak

Cara2 Penyediaan:-

1) Panaskan minyak. Tumis cili merah, bawang besar & putih hingga naik bau.
2) Masukkan taugeh & sedikit air masak.
3) Masukkan tauhu.
4) Perasakan dengan serbuk perasa & garam. Kacau rata. Angkat & hidangkan. Taburkan daun sup sebagai hiasan & penambah aroma.

~ Taugeh Tumis Sap2 Soi!

Masak laju2 sebab taugeh tak boleh ditumis lama2 sangat. Nanti lembik. Tapi, jangan tak berapa masak pulak. Sakit perut pulak kang. Means, sedang2 elok je...

Selamat mencuba..! ;)


:: Like3, ek! ::



'MENGEMBANGKAN...'

Pada suatu weekend...

My 'sayang' ada kerja sikit. Aku boring pulak dok sorang2 kat rumah. Kalau ada baby, boleh jugak aku geletek2 dia main ba2 chak ke apa ke kan... Hu3... Kena la carik inisiatif lain untuk elakkan keboringan.

Tinggg!!! Idea sudah mari..! ;P

Mintak izin kat my 'sayang' nak 'mendating' dengan Mak. Isteri mithali... harus la mintak izin kan... Ececeh..! ;P

Takde tujuan yang spesifik pun... Aci redah je bawak Mak pusing2 Teluk Intan, menghabiskan minyak kereta bajet dah kayo sangat! Ha3...

~ Tetiba, tercium bau ayam goreng KFC. Secara magic, dah sampai sini, noks! Berdesup! Ha3...

~ Kalau tak kerana diabetes, hari2 Mak belasah minum air strawberry tuh. Tak pun 100 Plus. Faveret katanya... Tapi, sebab takut nak tido bermalam kat wad merangkap jantung dagdigdug bila tengok jarum suntikan wayar2 berselirat bagai... terpaksa la control. 


~ Selebet! Tapi, kiut! Hu3...

Aku berjaya 'mengembangkan' Mak..! Ha3...

Sekian, misi untuk kali ini... ;P


:: Like3, ek! ::



Monday, February 25, 2013

TOMYAM AYAM ROMANTIKA

*Slot Ketuk2 Kuali Bersama Areleez (KKBA)

Lama dah tak buat tomyam. Rindu pulak dengan air tangan sendirik. 

Ecewah..! Ha3...

Bahan2:-

1/2 ekor ayam (dipotong kecil & dicuci bersih)
3 sudu jus limau kasturi
1 batang lobak merah (dipotong memanjang)
1 pokok sawi (dipotong)
1/4 biji cauliflower (dipotong)
5 helai daun limau purut
1/2 ketul kiub tomyam
1 biji bawang besar (dihiris)
2 biji bawang putih (dicincang)
5 biji cili padi (diketuk)
1 inci halia (dihiris)
1 batang serai (dibelah 2)
1 biji tomato (dibelah 4)
Minyak masak
Garam
Air masak

Cara2 Penyediaan:-

1) Panaskan minyak. Tumis halia, serai, bawang besar & putih hingga naik bau.
2) Masukkan ayam. Masak hingga ayam kecut.
3) Tuangkan air masak secukupnya.
4) Masukkan kiub tomyam & daun limau purut.
5) Masukkan lobak merah & cauliflower.
6) Perasakan dengan garam & jus limau kasturi.
7) Masukkan sawi, tomato & cili padi. Reneh seketika. Angkat & hidangkan.

~ Tomyam Ayam Romantika. Holloh3... ;P

'Romantika' tu sebab masa karang entry ni, tengah tengok ulangan rancangan Romantika (Ayu Raudhah & Zaquan Adha). Spontan gitu..! Belasah je la, ek! He3...


:: Like3, ek! ::



Sunday, February 24, 2013

TURN JIJAH PULAK

Sorang lagik adik pompuan my 'sayang' melangkah ke alam pertunangan. Turn Jijah pulak. Maknanya, tahun ni 2 orang la adik my 'sayang' yang bertunang. Memula, Memem. Lepas tu, Jijah.

Seperti biasa, Mak buat 1 dulang hantaran untuk Jijah, macam yang Mak pernah buat untuk adik2 ipar aku yang lain.

~ Puteri Impian by Mak. Ecewah..!

Last minute kot baru beli bahan2 yang nak dibuat hantaran ni. Tengah dok pusing2 carik coklat, tetiba Mak ternampak patung ala2 Princess Barbie tuh. Siap ada fruit jelly lagik kat dalam 'skirt' dia. Tak payah susah2 nak decor2. Letak ribbon sikit2, siaplah. 

Mak siap ada teori sendirik lagik, simbolik hantaran tuh. Katanya... Princess Barbie tu samadengan Jijah yang gigih bawak manisan (coklat & fruit jelly) untuk bakal suami. Ecewah..! Dasat pulak daya imaginasi Mak ni kan... He3...

~ The whole hantarans daripada pihak pompuan.

~ The whole hantarans daripada pihak lelaki.

Blue turquoise berbalas pink! ;)

Majlis sepatutnya berlangsung dalam pukul 12.30 tengahari. Tapi, rombongan pihak lelaki tersesat-barat sikit. So, membawaklah ke pukul 2 petang kot...

Takpe la... Kesilapan teknikal yang tak dapat nak dielakkan... Yang penting, semua selamat sampai... ;)

~ Discussion dah habis. Tiba la masa untuk sarung cincin merisik + bertunang. Musti neves habis Jijah time nih. Tapi, control2... He3...

~ Diorang ada adat makan gula. Amekaw, Jijah! Ha3...

~ Berkali2 jugaklah kena makan gula. Siap ada yang buat lawak kata, 'Habisla lepas ni kena kencing manis!' Adeh3...

~ Yang comel tu la tunang Jijah. Nama pendek: Mon. Nama panjang: Amirul Hashim... kot. 

~ Cer carik... dimanakah ah kak? ;P

~ Aisy yang confuse! Apsal la ramai sangat orang kat rumah Nenek & Atok Aisy ni kan? He3...

~ Boolat sangat! ;D

~ Mak Mon memang sporting habislah! Siap buat 'P.E.A.C.E' dengan bakal menantu. Ha3...

~ With parents Mon.



~ Hantaran bertemu hantaran...

~ We ols pun nak enterframe jugak..! Hiks...




Alhamdulillah... majlis berjalan lancar. ;)

Mak Mon memang havoc! Semua orang dok gelak tengok gelagat dia je. Sporting pulak tuh! He3...

Selamat bertunang to Jijah & Mon. Congrats! Jaga diri, hiasi peribadi. Ececeh..! ;P


:: Like3, ek! ::



Saturday, February 23, 2013

KUNING DIRAJA

Resepsi Nana-Imi...

Sebelum ke majlis resepsi, sempat jugaklah kitorang berfotogediks, especially si Kak Yonglah. Gigih meredah panas membahang semata2 termakan hasutan Acu dia yang suruh dia berposing. Ha3...

~ Sampai terpejam2 mata Kak Yong, hokay! He3...

~ Manjas! 

~ 'Angry bird' muslimah insap terbang... He3...

~ Ajak Atok join sekali. Nasib baik Atok sporting. ;)

~ Kiut tak Nenek? ;P

~ Dua2 pun comel kan? Hiks...

Kak Yong kata, pose2 kat atas tuh semua untuk Ibu (Kakak aku) tersayang... Holloh3... Rindu la tuh! ;P

~ Pokcik cinonet ni kan... ada je 'mainan luar biasa' yang dia bawak. Nampak tak sikat merah Mak tuh? Haish!

~ Cukup kuorum. Ke... nak 'add-on' lagik? Ha3... Larikksss..!!!

Kitorang sampai dulu ke rumah Nana. Terpaksa jalan dulu sebab bebudak dah nak mengamuk. Hari tu pulak panas membahang ya amat! Kita yang dewasa merangkap remaja purba ni pun rasa berlengas, inikan pulak bebudak kan...

~ Lepas kitorang makan, baru rombongan Imi sampai.

~ Terkejut jugak tengok busana Imi sebab jarang kot kuning diraja yang sekuning2nya macam nih pengantin2 pilih untuk busana kahwin diorang. Tanjat, Boboy tau! Ha3...

~ Tapi, bila diamat-amati, cantik jugak! Takde la klise sangat kan... 

~ Confirm Nana memang peminat warna2 striking. Tak syak lagik!

~ Anak dia tak buat perangai, Abang pulak yang buat perangai. He3...

~ Melepak kejap sambil layan Kak Yong makan lolipop.

Tak dapat nak tunggu sampai majlis persandingan habis. Berlengas! So, balik rumah Mak, mandi & mentido. Sunyi je petang tu sebab semua lena dibuai mimpi. 

Hebak tak aktiviti kitorang? He3...


:: Like3, ek! ::



HOMEMADE VEGIES SALAD

*Slot Ketuk2 Kuali Bersama Areleez (KKBA)

Aci pejam mata pun boleh buat salad nih. Sempat la menggoogle resepi. 

Eh, kata aci pejam mata kan..! Tapi, nak kena menggoogle jugakkah? Ha3...

Bahan2:-

2 biji ubi kentang 
1 batang lobak merah (dipotong memanjang)
1/4 biji cauliflower (dipotong)
Kiub ais
Mayonis
Thousand island

Cara2 Penyediaan:-

1) Rebus ubi kentang, lobak merah & cauliflower secara bergilir2. 
2) Angkat & masukkan ke dalam air yang dah dibubuh kiub ais untuk kekalkan kerangupan.
3) Toskan. Pastikan betul2 kering sebab kalau still basah nanti akan berair bila kita nak gaul sekali.
4) Potong ubi kentang kepada 6 bahagian setiap 1.
5) Masukkan semua sayur ke dalam mangkuk. 
6) Perasakan dengan mayonis & Thousand Island sebagai dressing. Siap!

~ Homemade Vegies Salad.

Boleh simpan dalam fridge. Sejuk2 sodap gitu..! He3...


:: Like3, ek! ::



MISI TIZ@NELYDIA LOOK ALIKE DAY 3

Hari ke-3 berdiet pun macam berjalan lancar. Alhamdulillah... ;)

Cadang nak puasa tau. Pukul 5.15 pagi my 'sayang' kejut, bangun sahur. Aku duduk kejap tapi lepas tu, tumbang tertonggeng2 tido balik. Ha3... 

Memang ke laut la kan... Cancel puasa! Hu3...

Tapi, diet tak cancel tau! ;P

 Breakfast:-

1 senduk kueteow goreng + 2 sudu sambal ayam + air masak

Minum pagi:-

1 biji pisang + air masak

Lunch:-

1 mangkuk kecik nasik putih + 1 ketul ikan kayu masak pedas + 1 ketul tauhu bersos + air masak
Tapau je nih. Tak amik sayur sebab mokcik yang jual tu ada sayur taugeh ngan peria je. Orang kata, tak elok makan taugeh sebab tak berapa elok untuk infertility kan... Peria pulak memang aku tak sanggup nak makan. Pahit!

Minum petang:-

2 biji pisang + air masak

~ Dinner: 1 mangkuk kecik tomyam ayam + air masak. Homemade tomyam, ye you ols..! ;P

Rasa macam dah slim sikit tapi, still tak berani nak timbang berat. Sebab takut penimbang tu mentipu. Ha3... 

Alasan tak berapa nak konkrit! ;P


:: Like3, ek! ::



Friday, February 22, 2013

ANGRY BIRDS DI HATIKU...

Bukak facebook, tengok2 kena tag dengan Cik Ani. Tengok2 lagik, Cik Ani upload gambar Aisy pakai baju yang aku & my 'sayang' hadiahkan rupanya. Siap ada aksesori hairband lagik kot..! 

Holloh3... ;)

~ Muka dah boolat. Tapi, body belum memboolat sangat lagik. Sebab ada bahagian2 outfit tu yang loose. 

Hmmm... Aisy nak liposuct lemak2 comel Mak Anjang tak? Ha3...

~ Mak Anjang & Pak Anjang rindu kat Aisy. Mmuahhsss!!! Hugs & kisses...

Takpe... Mak Anjang doakan Aisy akan memboolat dengan jayanya..! & mencomel macam Mak Anjang. Chaiyok2!!! Ha3... 

Tang comel memang terus tuju kat Mak Anjang sebab Mak Anjang kan giler glamour... ;P

Salam peluk cium untuk semua anak2 sedara Mak Anjang & Pak Anjang (belah my 'sayang) yang comel2... 

Muhammad Faiz Izzudin (Faiz)
Nurul Athirah Qistina (Qistina)
Aimy Rizqah (Aisy)...

Tak lupa, salam peluk cium jugak untuk semua anak2 sedara Acu & Acu Pendi (belah aku) yang comel2 jugak... 

Fatin Noralyani Nadhirah (A_bern)
Nur Irwayuni Rifqah (Kak Yong)
Intan Nur Irmanisa Raudhah (Kak Ngah)
Muhammad Rifqi (Rifqi)

Semuanya 'Angry Birds' di hatiku... Wah, amekaw perumpamaan..! Errr... macam ucapan raya pun ada jugak kan? Ha3...

'3 vs 4'. Owh... belah aku menang tipis la, ek? He3...


:: Like3, ek! ::



MISI TIZ@NELYDIA LOOK ALIKE DAY 2

Untuk hari kedua berdiet ni, macam dah complete sikit la penyediaan menu diet tu kan... Sebab my 'sayang' dah tolong restock apa2 yang patut.

Thank you, bebeh! Hiks...

Meh tengok apa yang ah kak makan. ;)

Breakfast:-

1 set sandwich telur + air masak
Homemade sandwich tau! (Sila baca dengan nada berlagak, ye! Ha3...)

Minum pagi:-

1 biji pisang + air masak

Lunch:-

1 mangkuk kecik nasik putih + 1 ketul ikan kayu goreng + 1 potong terung bulat masak kari + 2 sudu kobis tumis + air masak
Tapau je... ;P

Minum petang:-

1 set sandwich telur + air masak

~ Dinner: 1 ketul ayam goreng tepung + 1 senduk salad sayur + air masak. Ayam ditapau, salad sayur tu dibuat sendirik.

Supper:-

1 biji pisang + air masak

Misi hari ke-2 pun berjaya jugak. Fuh! Lega... ;)


:: Like3, ek! ::



SUP SAYUR RIMBUN SUHUN

*Slot Ketuk2 Kuali Bersama Areleez (KKBA)

Nak share la jugak kan resepi sup sayur yang aku masak untuk menu diet Misi Tiz@Nelydia Look Alike tuh. Mana la tau, ada jugak yang teringin nak mengtry. Ecewah..!!! He3...

Bahan2:-

1 batang lobak merah (dipotong memanjang)
1/4 biji cauliflower (dipotong)
1/2 mangkuk kecil udang kertas (dibuang kepala & ekor)
1 pokok sawi (dipotong)
1 cekak suhun (direndam)
1 sudu kecil serbuk lada hitam
1/2 kiub pati ayam
1 biji bawang besar (dihiris)
2 biji bawang putih (dihiris)
Serbuk lada putih
Garam
Minyak masak
Air masak

Cara2 Penyediaan:-

1) Panaskan minyak. Tumis bawang besar & bawang putih hingga naik bau.
2) Tuangkan air masak secukupnya.
3) Masukkan kiub pati ayam.
4) Masukkan lobak merah & cauliflower.
5) Masukkan udang kertas.
6) Perasakan dengan garam, serbuk lada hitam & putih.
7) Masukkan sawi & suhun. Masak seketika, angkat & hidangkan.

~ Sup Sayur Rimbun Suhun... siap! He3...

Selamat mencuba..!!! ;)

Eh, ada ke yang nak mencuba? He3...


:: Like3, ek! ::



MISI TIZ@NELYDIA LOOK ALIKE DAY 1

Misi Tiz@Nelydia Look Alike. Nama misi diet ah kak. Heh3... Over pun overlah! ;P

Kata nak slim macam Tiz Zaqyah / Nelydia Senrose kan... Makanya, nama misi diet pun kena la ada kaitan. Tak gitu tuan hamba? Hiks...

Hokaylah! Tak nak buang masa. Sebab dah tak sabor & membuak2 rasanya nak share menu diet untuk hari pertama. He3...

Breakfast:-

1 senduk mee goreng + sambal ayam + air suam

Lunch:-

1 mangkuk kecik nasik putih + 2 ekor ikan termenung goreng (saiz kecik) + 1 ketul pajeri terung + air asam + air suam

~ Dinner: Semangkuk kecik sup sayur bersuhun dengan seekor ikan termenung goreng.  


Minum pagi, petang & supper aku banyakkan minum air masak je. Sebab tak sempat nak prepare untuk 3 juadah tuh. 

Alhamdulillah... misi hari pertama berjaya..! Weehooo..!!! Gembira bukan kepalang kekdahnya...

Errr... dasat tak nama misi diet ah kak? Ha3...


:: Like3, ek! ::



Thursday, February 21, 2013

BBQ SAMPAI JADIK 'IKAN BUNTAL'!

Waktu / hari kejadian adalah sejurus lepas balik dari majlis akad nikah Imi & Nana...

Bahan2 mentah yang nak dibbqkan we ols dah siap2 beli belah pagi. Semua sumbat dalam fridge Mak. Macam nak roboh je kekdahnya fridge Mak tuh dikerjakan dek anak2 menantu2. Ha3...

Plan bbq adalah dalam 2 minggu sebelum hari kejadian. Aku roger2 Abang, ajak balik kampung, tido kat rumah Mak secara berjemaah. Abang ok je... Lepas tu, dia syorkan pulak buat bbq. Siap bahagi2 bahan mentah lagik! 

Wokeh, setlah! ;D

~ Tengah mengipas2 pun ada hati nak berposing! Haish!

Bab menghidupkan bahan api / bakar serah kat kaum Adam sebab kaum Hawa allergic dengan kepanasan. Takut 'sunburn'. Ha3...

~ Ottomen meroyan! Ha3...

~ Bebudak paling happy sebab macam picnic kot..! Siap berlakon jadik driver bas bagai...  Kalau bab berangan, kasik je kat anak sedara aku. Memang champion! ;P

~ Berus gigi adalah mainan faveret Rifqi. Ko tabur la kereta mainan ke... bulldozer ke... dia tetap pilih berus gigi. Tak pun periuk belanga & segala tok nek tupperware senduk bagai... Pitam!

~ Faveret aku... Terbaekkk..!!!

~ Dari petang membawak ke malam kitorang berbbq. Nyamuk pun pelik kot. Ha3... 

~ Tak agak2 dia punya kipas godang kan? ;P


~ Tak boleh blah tengok 'P.E.A.C.E' Rifqi! Ha3...

~ Props guni arang ngan ampaian Mak tu memang terbaekkk... kan? Hiks...

~ BBQ je tak jalan. Apa2 hal, perut my 'sayang' nak nasik jugak!

~ Ayam, udang, sotong, ikan termenung, ikan gerut2, sosej & daging burger. Dihidangkan bersama nasik & air asam yang Mak buat. Perrgghhh..!!! Mertua lalu, memang tak nampak dah! Ha3...

Kitorang tak nak dah buat macam dulu. Bakar semua mende then, baru hidang makan sama2. Kali ni kitorang bakar satu menu macam daging burger, siap je terus makan. Baru sorga kata ko!

Syiok sangat! Tapi, tak cukup kuorum sebab Kakak & family nan ado! Kakak tak dapat balik kampung... Kalau semua ada tak tinggal sorang pun confirm lagik meriah! Hu3...

Apa2 pun, malam tu semua bertukar jadik 'ikan buntal'! Boleh imagine tak? Boleh imagine tak? Ha3...


:: Like3, ek! ::