SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Thursday, November 22, 2012

JJCM DI LUMUT

Kakak nak belanja makan busat. Owh... memang dialu2kan sangat! He3...

Nak makan ikan bakar katanya... Kakak tanya, nak makan kat mana. Laju2 aku jawab makan kat Lumut. Sebab kalau nak makan ikan bakar kat Teluk Intan ni, asik2 makan kat Mutiara Seafood / Wana Cafe. Boring la pulak! 

Sesambil makan, sesambil berjalan2, tengok2 pantai, sunset bagai... Owh... heaven! Bertambah heaven sebab semua setuju tanpa kompromi. Yabedabeduuu...!!! Heh3...

~ Kami gerak lepas Asar. Terus tuju ke Marina Cove sebab konon2 nak makan kat tempat yang aku & my 'sayang' terjah masa pre-honeymoon nih.

~ Family aku memang tak boleh nampak pantai. Asal nampak je, musti teruja tak hengat! Sawan camera sesado!  Kak Ngah tu lagik la... muka monyok sebab nak mandi laut. Ha3...

~ Pengantin 'baru' memang macam ni... manja terlebih! Ahaks3...

~ Nelayan handsome baru balik tangkap ikan. Ececehhh..! ;P

Tang nelayan tangkap ikan tu aku tak setuju. Tapi, tang nelayan handsome tu memang ah kak setuju..! Ha3...

~ Nampak tak sunset tu? Nampak tak? Nampak tak? ;P

~ Kak Yong yang adorable. Macam Acu dia! Ahaks3...

~ Purak2 berjalan, lepas tu ada paparazzi amik gambar. Bajet fofular sangat..! Pandai Kak Yong berlakon. Ha3...

~ Macam model majalah tak? Ha3... Ah kak over dalam berkata2!

~ Kak Yong pun over jugak! He3...

Tak jadik makan kat Marina Cove tuh sebab diorang tak terima booking. Kami pulak plan nak book tempat & suruh diorang masak siap2 sebab kami nak semayang Maghrib dulu. Kang lepas semayang boleh terus makan, tak payah nak tunggu lama2. 

Aku agak tak puas hati di situ sebab kat board diorang mention menerima tempahan siap kasik nombor telefon lagik. Tapi, bila kami nak booking kata tak boleh pulak. Kalau takut kitorang larik, kitorang boleh bayar deposit / bayar semua terus apa!!! Coi betul!

1 more sebab Kak Aneem bawak Kak Ngah ke toilet diorang. Kak Aneem kata sungguh meloyakan tekak bahagian dapur dia. So, memang cancel terus makan kat situ. Cancel sampai bila2 kot! Sebab tang kebersihan tak boleh berkompromi. Kalau dah sahih nampak kotor, baik tak payah makan kat situ. 

Sila guna kuasa pengguna anda, ye! Eh, tetiba..! ;P

~ Kami try carik restoran lain. Last2, jumpa yang ni. Nampak macam cun & ramai orang. Cun maknanya bersih la... Ramai orang maknanya mungkin sodap kot. Bagus tak penilaian? He3...

~ Mak sporting habis! Sampai dengan ikan pun aci je nak bergambar. Ha3...

~ Tak tau apa nama restoran nih. Lupa kot. Makanan macam best. Tapi, servis macam haub sikit la... Sebab kitorang ada amik udang ngan sotong. Udang tu untuk digoreng tepung. Sotong pulak nak buat masak kicap & bakar. Tapi, sampai habis makan, udang ngan sotong tak sampai2. 

Bila disoal-siasat, rupanya diorang tak letak nombor meja kat bakul udang ngan sotong tuh. So, memang missing in actionlah! Alasan diorang: Sepatutnya restoran still tutup sebab ramai staff bercuti. Tapi, owner merangkap boss diorang beli bahan mentah jugak. Nak tak nak kena ikut arahan boss, bukak restoran.

Kelam-kabutlah! Staff sikit, mana nak amik order, mana nak clearkan meja, mana nak masak lagik... 

Hey! Tu bukan masalah kami, hokay! Tu masalah kamu & boss kamu! Hampeh je!

~ Nasib baik tomyam putih dia quite sodap jugak. Maka, ah kak masih mampu tersenyum walaupun hangen. Hu3...

Lepas makan, tak larat nak jalan2 dah. Plus, anak2 Abang dah flat. Kak Yong masuk2 kereta, tak sampai 5 minit Kak Yong dah 'hanyut'. 

Walaupun banyak cabaran nak makan ikan bakar kat Lumut tapi, tetap syiok sebab dapat spend time dengan family. ;)

Terima kasih daun keladi Kakak sebab belanja kami makan busat. Jasamu dikenang... ;)


:: Like3, ek! ::



2 comments:

sha (chirp chirp) said...

bestnyaaa melancong! singgah sambil follow! :D #253

A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y said...

sha (chirp chirp),
mmg t'baekk.. lah! he3..

ok. tq sbb sudi singgah..

i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google