Monday, April 30, 2012

ABAH MERTUA FAVERET TETIBA... ;P

Sekejap lagik nak keluar. Bukan dating tapi, nak memenuhi undangan kata ko! ;P

Undangan dinner treat daripada Abah. Owh... my faveret abah mertua... Cewwahhh..! Dan2 tu jadik faveret, noks..! He3...

Aku usulkan untuk dinner kat Restoran Simpang Tiga. Nasik padang in da house..! Abah reject sebab jauh kot. Kat Ipoh nun..! Abah kata yang kat Teluk Intan je. 

Tak berjaya hasutan ah kak. Hu3...

Plan B adalah Wana Cafe. Tak pun, Mutiara Seafood. Pikir punya pikir, last2 pilih Wana Cafe.

So far, Wana Cafe tak pernah mengecewakan lagik. Harap2 malam ni pun tak mengecewakan jugaklah. Amin...

1 hari tak jumpa nasik lagik tau! Tengahari tadi lunch makan bihun sup je. Nak reserve perut untuk malam ni. Ha3... 

Kalau Wana Cafe bikin onar, mau ada yang bertukar jadik ijo kang! Ngeri3..!!! ;P


:: Like3, ek! ::

Friday, April 27, 2012

BOLEH IMAGINE TAK?

Kesah hari Rabu...

Cerita nie tak bergambar tau! Korang kena banyak main imaginasi. Hokay, sekarang pejam mata & bayangkan... ;P

Tengahari Rabu tu, ah kak terus balik rumah. Berdesup je! (Imagine: Ah kak bawak kereta secara drift sambil buat aksi donut kat simpang. Heh!) 

Terus selongkar2 fridge & terjumpalah leftover sambal kicap + sejibik telur ayam + kobis. Jenguk2 rice cooker (imagine: Sambil angkat2 kening tau!) ada pulak nasik sejuk yang still elok, boleh dimakan. 

Tangan laju2 capai kuali yang tergantung. (Imagine: Ah kak terjengket2 amik kuali tuh. Adeh3...) Tuang minyak sikit, tumis sambal kicap sampai naik bau & pecahkan telur ayam. Kacau3... (Imagine: Sound effect kuali sebagai kelentung... kelentang... kelentung... tang2...) 

Masukkan pulak kobis & last sekali masukkan nasik sejuk, kacau3 lagik & perasakan dengan sikit je garam. Takmo banyak sebab dah ada kicap. Kang tak pasal2 kena darah tinggi pulak! Jangan lupa imagine sound effect kuali tadi. ;P

Pejam-celik, pejam-celik... dah siap! Eh! Korang jangan celik, pejam je! Kata imagine kan... ;P

Itu la menu lunch ah kak untuk hari Rabu. Campak2 sesedap rasa je, noks! Janji boleh makan.

Rupa dia macam nasik goreng kicap, rasa dia pedas2 sikit sebab ada cili padi. Hah! Boleh imagine tak? ;P


:: Like3, ek! ::





Wednesday, April 25, 2012

WORDLESS WEDNESDAY #2: THE 3 STOOGES

~ Jumpa 3 Stooges ni kat Sepang Circuit. Comel kot... Hiks...

:: Like3, ek! ::

Tuesday, April 24, 2012

MEE KARI HEBAT & TELUK BATIK

Cerita weekend...

Biasa la... kalau dah namanya weekend, harus la aku mengqada' tido yang terkorban di hari bekerja. Paling awal pun, pukul 9 a.m baru celik mata. Tu pun still kelat2 & mamai. He3...

My 'sayang' pulak memang spesis tak boleh nak tido lama2. Pening katanya... Paling lambat pun pukul 8.30 a.m my 'sayang' musti dah siap bangun, terkulat2 tengok tv sorang2 kat hall. Bini dia lena diulit intanlah! ;P

Pukul 10.00 a.m my 'sayang' kejut sebab lapor katanya... Nak ajak breakfast. Mengeliat2 dulu, lurus2kan kaki, buat stretching sikit, baru boleh bukak mata. Nak bangun tido pun ada step dia, noks! Ko ada..??! He3...

~ Kitorang breakfast kat gerai mee kari terbaik di Teluk Intan setakat nie. My 'sayang' nak mengtry mee kari. Aku pulak makan mee goreng basah. 

~ Bukti kesodapan mee kari & mee goreng basah. Tak perlu cakap banyak kan... A picture can tell us more than 1000 words! ;)

Actually, aku yang anak jati Teluk Intan pun memula tak tau kewujudan gerai mee kari hebat nih. Ros la orang yang bertanggungjawab memperkenalkan kat aku. Dia kata semua pun sodap! Ah kak dengor sodap, terus berkobar2 la nak mengtry! He3...

Gerai dia biasa2 je. Tak semenggah mana pun... Berdindingkan separuh batu & separuh lagik papan. Mostly papan la... Lokasi pun kat ceruk tepi sungai nun! Tapi, ada je orang terjah. Kalau dah sodap, kat ceruk mana pun orang akan datang & carik jugak kan...

Lepas breakfast, bajet nak balik rumah sambung tido je. Wah! 'Sihat' betul aktiviti! Lepas makan, tido. Hebat tak agak2! Adeh3...

Ye! Ah kak tau tak berapa nak 'sihat' aktiviti tuh. Sebab tu cancel balik rumah. Terus mendating ke Teluk Batik. Spontan! Bawak badan je. Plus, takde plan nak mandi-manda pun. Just nak lepak2 menikmati panorama alam je... Cewwaahhh!

~ Ada yang naik bot pisang...

~ Ada yang mandi-manda...

~ & ada yang makan aiskrim vanilla + coklat. Eh! Macam kenal je makhluk comel nih! Ha3...

~ Feeling2 Ombak Rindu... 'Owh... Abang Haris...' Ha3...

~ 'Brad Pitt' & 'Angelina Jolie' celup! 'Brangelina' kata ko! Nom3!!!

Masa memula kami sampai, macam lapang je parking lot. Tak ramai sangat orang. Maybe sebab still trauma dengan gegaran tsunami kot. Even kitorang pun macam berani2 takut je tuh. Berdoa je la... Alhamdulillah... ok je...

Pukul 3.30 p.m gerak ke Lumut pulak. Tujuan utama adalah nak carik makan sebab perut dah berdangdut. Takde pilihan tempat spesifik pun nak makan kat mana?! Aci redah je. My 'sayang' ajak singgah Marina Wing sebab konon2 nak lepak tepi laut. Ah kak ok je...

~ Tak sangka pulak ada warship nih. Giler besor! Rasa nak sewa selama lapanploh hari, nak cruise kengkononnya... Feeling2 Ombak Rindu lagik kata ko! 'Owh... Abang Haris...' Ha3...

~ Banyak sangat la ongkos nak sewa warship bagai... Tak dapat nak sewa, amik gambar pun jadiklah! Lepas gian kot. ;P

Jalan2 sikit, nampak port makan best mengadap laut ngan warship tuh. Apa lagik..?!! Seranglah!

~ Pineapple juice + sky juice + cendol ice blended di meja #15. Sunglasses tu props penambah seri sahaja, ok..! ;P

~ Jangan terkejut kalau aku bagitau yang nama menu ni adalah Nasi Goreng Derhaka Tauke. Memang kelaszzz.... ko Maria... betul namanya! Walaupun 'derhaka' tapi, sodap! ;P

~ My 'sayang' makan nasik goreng ayam. Dua2 portion banyak. Harga pun reasonable. Bagus!

~ Tengah syiok makan, ternampak pulak 'Qistina 2' nih. Comel tak hengat, hokay..! Tengok dia makan lagik la comel! Gebu-gebas! Memang sejibik macam Qistina!

~ Kembar! He3...

~ Dah nak balik dah... P.E.A.C.E!!!

Kalau korang nak merasa kesodapan nasik goreng derhaka tauke & nak merasai pengalaman naik warship, boleh la terjah address kat bawah nih:-

Lumut Waterfront Marina Wing
Jalan Titi Panjang
Lumut, Perak

~ Mercu tandanya... Kalau nampak mende alah nih, confirm dah sampai Marina Wing!

Eh! Warship tu boleh naik tau! Tiket dia 12 hengget untuk dewasa & 7 hengget untuk kanak2. Dibuka sampai 6 p.m. Laju2 kitorang makan semata2 nak merasa naik warship tuh. Tup2... pukul 5.30 p.m dia dah close counter dah. Hampeh betul! 

Sentapkamihokay..!!! Cisss!


:: Like3, ek! ::



Sunday, April 22, 2012

MENCOMELKAN DIRI

Anak sedara belah aku setakat ni ada 4 orang. 3 pompuan & sorang lelaki. Majoriti kaum hawa la kan... Girls power, bebeh! ;P

Yang sulung, of cos la si A_bern, blogger jugak tau! Tak agak2..! 2nd Kak Yong, 3rd Baby Odah & 4th Rifqi, hero tunggal kata ko! Kak Yong, Baby Odah & Rifqi belum lagik ikut jejak langkah A_bern, menjadik blogger. Lagik beberapa tahun insyaallah kot. He3...

Tapi, kalau bab2 mencomelkan diri memang dah nampak sangatlah diorang mula mengikut jejak langkah A_bern. Macam masa A_bern balik kampung hari tu, asik melekat je dengan A_bern. Port melepak pulak adalah dalam bilik aku kat rumah mak.

~ Hasilnya... rambut Baby Odah yang dulunya dia asik kata sebagai K-Pop sebab berserabai macam lapanploh tahun tak pernah bersikat tu, tetiba je dah jadik fringe Nora Danish. Ha3...

~ Make over tak hengat! ;P

~ Rifqi takde la dimake overkan sangat... Rambut pun tahap kena buat treatment kat Yun Nam Hair Care, nak make overkan apanya kan... Ha3... Rifqi just mencomelkan diri dengan membuntang2kan mata dia je... Kira aci jugaklah!

~ Dari K-Pop ke Nora Danish. Well... yang penting kita enjoyce! ;P

Memang macam ni la kalau A_bern balik kampung jumpa adik2 sepupu dia nih. Ada je yang diorang buat. Diorang pun memang manja lebih dengan kakak A_bern diorang tuh. Berkepit 24 jam! 

Harap2 kemesraan ni will last forever la kan... Amin... ;)


:: Like3, ek! ::



Friday, April 20, 2012

AKSI CANDID TERLAMPAU (ACT) #17~ : CARA2 SEXY MENGHIDUPKAN ENJIN JENTANI

Nak hidupkan enjin jentani bukanlah semudah yang disangka. Tambah2 pulak kalau jentani tu dah 8 tahun tersadai takde siapa2 guna atau pun jentani tu usianya dah lebih 1/2 abad!

Kalau takde skill yang tinggi, mau semput kita dibuatnya! Tapi, my 'sayang' ada cara paling sexy & spesel untuk hidupkan enjin jentani yang seperti kriteria di atas.

Sila rujuk gambar di bawah ye, anak2..! ;P

~ Memek muka tu bukan memek muka tengah menurun tau! Alkesahnya... kalau jentani tu tak mau hidup jugak enjinnya, adalah disarankan untuk nyanyi sambil muncung2kan mulut. Sejibik macam my 'sayang' buat nih! Ha3...

Kalau my 'sayang' tau aku jaja gambar ni, mau lapanploh kali keliling rumah dia kejor aku! Korang diam2 sudah, ye? Shhhhh....!!! ;P

Eh! Aku kepohchi2 pasal jentani ni, korang tau ke apekejadahnya mende alah tuh? Errr... kalau tau, sila kasik rating berapa mintang ACT ni, ek? Kalau tak tau pun kasik jugak rating! Paksarela! Heh3...


:: Like3, ek! ::



Thursday, April 19, 2012

BBQ DINNER

Dah lama tak berbbq. Suatu hari, kat rumah mak, masa tu mak dengan Kak Aneem tengah busy memasak untuk lunch kat dapur. Aku pun busy jugak. Busy membebel2 dengan anak2 sedara je... Ngeh3...

Abang pulak terjumpa jagung kat atas meja. Gigih dia menyelongkar stor mak, mencarik tempat bakar bbq. Lepas tu, laju2 pulak dia pergi kedai beli arang. Nak bakar jagung katanya... Eh, bersungguh2 betul abang aku tuh!

Dah alang2 nak bakar jagung tu kan... aku pun ajak my 'sayang' beli sotong, udang & kerang untuk dibbqkan. Masa beli2 bahan mentah tu pun dah terbayang2 sotong bbq cicah air asam. Perrgghhh!!! Meleleh air liur, noks..! ;P

~ Start main bakar2 bbq belah petang. Tengahari perut dah santak sebab mak dah masak lauk yang hebat2 kan... Kasik makanan tu turun semua dulu & kasik kurus sikit baru la boleh sumbat bbq pulak! Ha3...

Lepas Maghrib baru dapat makan sebab start main bakar2 pun dah lewat kan... Kira macam dinnerlah. Kitorang jemput nenek & family Pak Yang untuk join makan2 sekali. Makan ramai2, baru la feeling keluarga bahagia... Ha3...

Idea spontan kalau menjadik memang best kan? Chill! ;P


:: Like3, ek! ::



HAPPY BIRTHDAY TUANKU...

Happy birthday to Sultan Perak. Menjunjung duli tuanku... ;)

Semoga Tuanku diberi kesihatan yang baik. Amin...

Sebagai rakyat jelata Perak, ah kak happy tau hari ni. Sebab boleh berblogging dengan aman di saat rakyat jelata negeri lain bertungkus-lumus buat kerja memasing. Kang kalau penat berblogging, boleh pulak tido2 atas katil empuk ah kak tuh tanpa rasa bersalah. Bangun tido, kalau perut berkeroncong, terus je carik makan kat dapur... tak payah nak rush2 sebab bukannya nak kena masuk opis pukul 2 p.m pun! Owh... heavennya... ;D

Rasa2, berjaya tak statement ah kak ni menjeleskan korang2 yang sedang gigih bekerja tuh? ;P

Ke ni statement mintak kena sepak? Ha3... Larikkksss..!!!


:: Like3, ek! ::



Wednesday, April 18, 2012

BOT BERHIAS

Entry terperam! Ngeh3...

Ada karnival & pertandingan bot berhias kat Taman Rekreasi Sungai Perak. Aku gediks2 ajak my 'sayang' terjah & my 'sayang' on je. Bagus! Andalah suami kesukaan saya..! Cewwah! ;P

~ Event adalah di malam hari. Dah macam i-City dah aku tengok, siap dengan lampu berjuntai2 bagai... Hebatlah Teluk Intan! ;D Tempat korang ada..??? ;P

~ Bahagia betul diorang ni kan? Hiks...

~ La3... je. Seperti tiada masalah! Heh!

Kami pergi beramai2. Konvoi 2 bijik kereta. Family aku ngan family Mak Yang. Nenek pun join jugak!

Yang peliknya, asal nampak gerai best je, perut kami lapor! Asal perut kami lapor je, nampak gerai best! Ha3... Menyinggah la sekejap... ;P

~ Mak Yang & mak pun dah terror bercamwhoring. Kan aku dah kata, ianya adalah 'penyakit keturunan'! He3...

~ Gerai tu jual char kueteow yang terbaik nih! Secukup rasa betul! Habis sepinggan, rasa nak lagik. Nasib baik diet! Eh??! ;P

Selain dari char kueteow, gerai tu ada jugak jual nasik ayam spesel. Rupa dia macam marvellous! Tapi, sebab tekak ni dah chop char kueteow dulu, so takde la nak mengorder nasik ayam spesel tuh. Nak order dua2, mana boleh?!! Kan ah kak kata ah kak diet... (... la sangat..! Hiks...)

~ Pertandingan bot berhias dah start. Audience duduk kat booth yang ada kat tepi sungai sambil tengok bot2 berhias tu lalu menyusuri Sungai Perak. Bot Majlis Perbandaran Teluk Intan (MPTI) yang paling cun kot! Cayalah! ;)

Karnival jualan dengan konsert pun ada jugak. Tapi, booth jualan macam tak banyak sangat la... Ada yang jual makanan, kordial keluaran bumiputera, baju, tudung... Ah kak tak rembat apa2 pun. Window shopping je sebab nak shopping kat pasar malam yang tak jauh dari situ. Lintas jalan je, noks!

Konsert pun tak tengok. Masa on the way nak balik, ada sorang penyanyi tengah buat persembahan. Tak kenallah artis tuh! Lelaki. Ingatkan pertandingan karoks. Tapi, dia mention dia artis. Sumpah, ah kak tak kenal! Artis baru kot... (Think positive. Heh3...)

Lagu yang dia nyanyi pun aku tak pernah dengor. Tapi, dia kata dah keluar album. Siap promote siapa beli album dia malam tu ada spesel discount. 

Hmmm... ah kak yang terlepas pandang kat kewujudan artis ni kot... Takpe la. Good luck untuk beliau. ;)

Eh! Korang pernah tengok bot berhias tak? (Tetiba kan...) ;P


:: Like3, ek! ::





WORDLESS WEDNESDAY #1: AKUARIUM TU DAH BERSERILAH

1st time kot nak berwordless Wednesday. Tu pun lepas berguru dengan Kak Tomomi a.k.a Kak Jem. Kenapa & mengapa..?! Biar aku dengan Kak Tomomi je yang tau. Deal! ;P

~ Dulu terabai, air hitam, ikan pun hidup segan mati tak mau. Tapi, sekarang dah berserilah! 

Lokasi: Jabatan Fisioterapi, Hospital Teluk Intan, Teluk Intan, Perak

Eh! Kata wordless... tapi, macam banyak pulak membebelnya! Erk! ;P


:: Like3, ek! ::



KEJAM TAU! TSK3...

Kesah makan2 atau dalam bahasa saintifiknya samadengan supper. ;P

Lately, asik mengidam pizza je. Ada la niat nak mengtry pizza yang latest edition tuh, Triple Chicken Sensation Pizza. Tapi, bila mengenangkan wujudnya chicken floss di situ, terus cancel! Tak suka kot chicken floss yang moden. Prefer old skool punya chicken floss. Traditional kata ko!

~ Aci roger2 je... ;P

~ Pepperoni Delight Pan Pizza. Aummm2..!!!

1st time try pepperoni delight. Hmmm... boleh la layan... Rasa macam masam2 sikit. Pepperoni memang masamkah? Ke tekak aku je yang rasa masam? Erk!

~ Cheese-Baked Meatballs ni sangat kejam tau! Kot ye pun tak nampak sama macam yang dipaparkan kat website tapi, jangan la sampai nampak pelik sangat..! Patut2 la kan... Kata 'cheese-baked' tapi, cheese dia... ya ampon... tak nampak kot! Hu3... 

Scary tau ah kak nak makan Cheese-Baked Meatballs tuh. Masak macam main campak2 tak ikhlas je... Owh... sentap! Sob3...


:: Like3, ek! ::



BERTABAHLAH WALAUPUN KALAH

Hari Isnin, my 'sayang' ada friendship game dengan cikgu-cikgi SMK Seri Kandi. Alaaa... game bola sepak yang dia dok training secara gigih tapi, last2 semput tu la... ;P

Hari2 dok tengok my 'sayang' & the geng training. Tu yang buat cikgu-cikgi tu tetiba terberminat nak buat friendship game. Agaknya la kan... 

Ah kak memula nak kasik moral support merangkap cheer leader di tepi padang tapi, cancel sebab macam takde geng kan... Nak bawak Kak Yong ngan Baby Odah... tup2 hujan renyai2 la pulak. Hujan macam on-off. Kejap hujan, kejap berenti. Kesimpulannya, aku dok diam2 kat rumah je, tunggu my 'sayang' balik, bagitau keputusan. Heh!

"Aaby, team kitorang kalah la game tadi. Kena 'belasah' 1-0 dengan cikgu-cikgi. Hu3..."

Reaksi aku: sadis + nak gelak! Kejam tak? ;P 

Sebelum kena sekeh, cepat2 aku cakap...

"Bertabahlah, B. Chaiyok2!"

'Bertabahlah' tu pinjam word exclusive Kak Tomomi a.k.a Kak Jem. Kiut kot word tuh! He3...


:: Like3, ek! ::



Tuesday, April 17, 2012

'PENYAKIT KETURUNAN' YANG SUKAR DIKAWAL!

'Penyakit keturunan' tu samadengan camwhoring/berposinglah. Bukan penyakit yang dasat2 tuh. Nauzubillah...

Anak2 sedara aku dari yang besor sampai yang kecik, semuanya dah terberjangkit dengan 'penyakit keturunan' nih. Asal tala camera je, secara automatic diorang pose! Asal diorang pose je, tala camera! He3...

~ Kak Yong memang diva la kan... bab2 berposing sakan nih. 

~ Baby Odah aci follow2 je... Apa Kak Yong dia buat, dia pun nak buat jugak. 

~ Tak kesah la walau muncungnya ke laut, tak macam Kak Yong, tapi tetap nak buat mende yang sama jugak! Kalau tak layan, mau sentap tak hengat! Ha3...

~ Sorang makan asam, sorang lagik minum Ribena. Dua2 pun masam! Awwsss! Aku pulak yang terasa2 masamnya. Eh!

~ Holloh3..! Sweet sangat..!

~ Lokasi: Of cos la di villa nenda terchenta..! ;P

~ Aku suruh buat bentuk love, bergabung berdua... Tapi, haub... Yang penting, posing tetap over! Ha3...

'Penyakit keturunan' yang diwarisi kot. Memang out of controllah! He3...

Takpe... Keep it up sebab tak rugi pun... Betul tak? ;P


:: Like3, ek! ::



CEPATLAH KHAMIS DATANG..!


Tuesday blues...

Eh! Dah Tuesday pun nak blues2 lagikkah? Aiyakkk! :(

Al maklum la kan... lately ni macam banyak je public holiday. Macam last week, 11 April 2012 cuti sebab pertabalan D.Y.M.M Yang Dipertuan Agong & Raja Permaisuri Agong. Minggu ni pulak, 19 April 2012 rakyat jelata Perak semua akan bercuti sempena birthday Sultan Perak. 

Mind set ni asik pikir cuti je... Macam sekarang ni, nak cepat2 je hari Khamis. Tak sabor nak cuti lagik. Adeh3...

Eh, kejap nak tanya... korang yang bukan rakyat jelata/pemastautin negeri Perak tu jeles tak kalau ah kak cuti bersenang-lenang hari Khamis nih? Ahaks3... Larikksss...!!!

Owh... Khamis, cepatlah kau datang..! ;P


:: Like3, ek! ::

Monday, April 16, 2012

DEMAM BOLA

Eh! Jangan tak tau... my 'sayang' sekarang ni tengah gigih training bola tiap2 petang tau! Bila pikir sekali, rasa macam, 'Eh, bagusnya lah laki aku nih sebab mengjoin aktiviti yang menyihatkan badan.' Tapi, bila pikir lebih dari seploh kali, terus rasa macam, 'Comelnya perut dia bila berlari2 anak sambil tendang2 bola tuh. Ha3...'

Bukan training suka2, hokay..! Training sebab 19 April 2012 ni ada game. Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM) vs Team Bola Sepak Wanita Malaysia. Amekaw! Tak agak2 nak melawan tuh! ;P

My 'sayang' of cos la team PKMM kan...Heh!

~ 1st evening my 'sayang' training, aku tumpang menebeng. Moral support kata ko! ;P Duduk diam2 dalam kereta je pun sebab takde geng. Jadik mamarazzi. Hu3...

~ My 'sayang' buat lawak. Poyos je kata training tu kat padang SMK Perwira. Bila kami sampai, tengok nan ado pun geng dia yang tengah sepak bola kat padang! 

Aku syak my 'sayang' dah termissunderstanding merangkap dah tersalah padang. Bila my 'sayang' roger2 geng dia, memang betullah syak-wasangka aku tuh! Rupa2nya kat padang SMK Seri Kandi. Dah kena u-turn. Haish!

~ Sampai2 terus kena gelak ngan geng. Plus, diorang dah habis training dah. Training la my 'sayang' sorang2 di situ sambil dengor geng2 gelakkan dia. Isk3... Belum apa2 dah ada masalah disiplin nih, tak boleh jadik! ;P

~ Nasib baik Adha sudi jadik tukang teman my 'sayang' training. Aci sepak2 warming-up gitu2 je la kot. He3...

Tak lama lepas tu, sorang2 join my 'sayang' & Adha. Lama2, semua pun start main balik. Semangat setiakawan kata ko! Bagus!

Aku yang jadik pemerhati dari dalam kereta ni pun naik syiok tengok diorang training. Lawak kot bila tengok team yang tak berapa nak fit & didatangkan dalam pelbagai saiz berlari2 anak kejor bola yang bulat sejibik macam perut2 diorang tuh! Ha3... Larikksss..!!!

Paling tak menahan bila bola masuk longkang & ada pulak yang menjerit...

"Woiii, korang..! Tengok 'anak gajah' amik bola dalam longkang..! Ha3..."

'Anak gajah' katanya..! Senak perut aku gelak tau! Hadoiiyaiiinyapun..! ;D

Koranggg... memang tak agak2 kan mulut tuh... Propaganza sangat..! ;P


:: Like3, ek! ::



HAPPY BIRTHDAYS KAWAN2...

Bulan ni adalah bulan April. Eh, macam korang tak tau pulak kan... He3...

Saja je... propaganza... ;P

Setiap bulan kot, memang ada opismate yang sambut birthday. Kalau tak kawan2 kat opis aku yang comel nih, maybe ada kat wilayah lain atau negeri mahu pun hq yang sambut birthday.

Macam bulan April, ada sorang opismate aku yang sambut birthday iaitu Cik Ros. Eh, silap! PUAN Roslah! ;P Seperti biasa, kalau ada function apa2 kat opis Ipoh (hq negeri), musti diorang akan celebrate sekali dengan mana2 staf yang sambut birthday bulan tuh.

Macam bulan ni ada Perhimpunan Bulanan. So, diorang kumpulkan staf2 yang lahir dalam bulan April then, celebrate ramai2 lepas Perhimpunan Bulanan. Begitulah kekdahnya...

~ Owh... sebelum apa2, aku nak wish selamat datang & selamat bertugas kepada Pengarah baru nih, Haji Saiful Bahri Haji Omar. Sebelum ni, Haji Saiful posting kat Sabah. Dalam gambar ni muka dia tak nampak sebab dia tengah ghalit tengok gambar2 yang diraikan birthday mereka. Tapi, sekali pandang memang sejibiklah macam PM kita, Tok Jib. Cara bercakap pun sama jugak. Bila dia datang buat lawatan ke opis aku tak lama dulu, terus rasa macam menerima lawatan kerja daripada Tok Jib. He3...

~ Barisan staf yang sambut birthday di bulan April. Happy birthday untuk korang..! ;)

Lepas Perhimpunan Bulanan & majlis sambutan birthday kawan2, bos2 ada meeting pasal pengurusan aset termasuklah bos ah kak kan... Hu3... Makanya, terpaksa la ah kak ngan Ros menebeng menghabiskan masa pergi window shopping. Heh! ;P Kami kan carpool... Nak tak nak, kena la tunggu bos habis meeting, baru boleh balik sama2. 

Well... ah kak memang tak boleh kot berwindow shopping. Asal niat nak window shopping je, musti tershopping jugak. Tak besor, kecik punya barang pun jadik. Tak mahal, murah pun aci jugak. Adeh3...

Aku tershopping brooch 2 bijik. Brooch yang pinkan tudung kat bawah dagu tu, haaa... Memula, macam lalu2 je kat kiosk jual brooch tuh. Tetiba terjeling2 pulak. Lepas tu, terstop & tangan ni gatal dok pilih2. Last2, terbeli! Ha3...

Cer teka kaler ape brooch2 tuh? ;P


:: Like3, ek! ::



"3002... BILIK 3"

Kalaulah semua doktor & nurse kat hospital gomen macam doktor & nurse kat Klinik E.N.T ni... kan syiok?! Tunggu turn berjam2 pun hati masih ada taman bila dapat layanan best. Puas hati!

Appointment mak pukul 9 a.m. Pukul 8.30 a.m kami dah letak kad appointment dalam bakul yang disediakan. Tup2, mak dapat nombor 3002 which means, mak adalah patient yang ke-2.

Sembang2 kejap sampai abang ngan Kak Aneem datang sebab diorang bawak Rifqi jumpa pakar telinga. Telinga Rifqi macam masuk air. 2 minggu lepas kot, abang dah bawak Rifqi jumpa doktor. Doktor bagi ubat & suruh tengok progress macam mana?! Minggu ni kira rawatan susulan la... So far, doktor kata telinga Rifqi dah ok. Takde koyakan/bengkak. Just be careful je la lepas ni. 

"3002... bilik 3."

Eh! Turn mak dah sampailah. Cool je kami lenggang-kangkung masuk bilik nombor 3. Ha3...

Hmmm... doktor kata, hidung mak dah ok sikit. Bengkak pun dah kurang. Doktor suruh mak kekalkan pantang makan apa2 yang boleh mendatangkan allergic pada hidung mak. Terdedah sangat dengan habuk pun tak boleh. Means, selagi mak boleh kawal tahap allergic tuh, selagi tu mak boleh bernapas macam biasa. Confirm takde any severe injuries.

Alhamdulillah la kan...

Doktor tambahkan bekalan ubat untuk dimakan bila perlu termasuk la vitamin C. 

Memula, mak nak balik hari tu jugak. Tapi, aku pujuk2 suruh tido lagi 1 malam & berjaya..!  ;P

Malam tu, kami makan pizza. Aci roger2 Pizza Hut Delivery je...

~ 1 large pan pizza, lepas tu redeem kupon untuk 4 soup-of-the-day + garlic bread.

Owh... senangnya hati ni bila perut dah kenyang! Jom menari2 sekali dengan ah kak, jom! La3... ;P


:: Like3, ek! ::



Saturday, April 14, 2012

KE MANA LAGIK KALAU BUKAN...

... kalau bukan... J.A.L.A.N2 C.A.R.I.K M.A.K.A.N! Ngeh3...

Kalau kami kurang kerja, kami memang suka makan! Eh! Kalau banyak kerja pun memang kami suka makan kot. He3...

Ayat mukadimah yang psycology betul! ;P

~ Kami makan di sini..! Nampak tak? Nampak tak? ;P

Pizza Hut full-house malam tuh. Staf2 pun macam tak cukup kaki tangan nak serve customer. Lambat sikit je, memang takde dah port untuk kitorang. Tu pun dapat port kat ceruk, table for 2. Sentaperutahkaktau! Hu3...

~ Soup-of-the-day yang menjadik faveret ah kak. My 'sayang' je tak berapa suka. Makan 2 - 3 sudu, lepas tu aku yang habiskan semuanya. Heh!

~ Cubaan menjadik Edward dalam Twilight. Menjadik tak? Ha3...

~ Control macho bajet Aaron Aziz. Owh... Abang Haris... ;P

~ Tembamnya mak incik nih..! Hadoiiyaiii..!!!

~ Layan sup time hujan renyai2... terbaikkk..! ;D

~ Yang ni pulak control ayu bajet Izzah. Owh... Abang Haris... lagik..! Ha3... Over! Ada jugak yang nak sekeh nih..! ;P

Menu yang diorder lambat sampai. Maybe sebab full-house sampai tak menang tangan tu kan... Nasib baik ada sup sebagai penyelamat perut dari meroyan. He3...

~ Hut's Platter. Faveret aku jugak nih! ;)

~ My 'sayang' cuba jadik artistic. Tengok je lah sos cili tuh. Hmmm...

~ Pizza dah sampai. Laporrr...!!! Makan budokkk..!!! Eh! Makan pizzaaa..!!! Ha3...

~ Tekak ah kak tetiba mengidam nak makan spaghetti bolognaise. Tekak omputih kata ko! Ahaks3...

Makan makanan faveret sambil borak2 siap dengan gelak ketawa bagai... memang heaven kot. Suka sangat! Boleh la amalkan selalu... ;D

~ Kalau mukadimah ada unsur psycology, ending pun nak psycology jugak. Layankan posing psycology daripada my 'sayang' nih! Tak agak2 betul kan? He3...


:: Like3, ek! ::