SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Wednesday, October 19, 2011

TETIBA, HOKAY..! TETIBA...

Hari Isnin pulak... ;P

Kami balik kampung lagik. Kali nie balik Kampung Parit 2, rumah mak. Mak ada pesan mintak tapaukan apam balik yang kat area orang jual kacang rebus, kat tepi Shell petrol station tuh. Eh2! Macam la korang tau kan... Heh3...

Beli apam balik biasa ngan apam balik yang garing2 tuh. Beli burger ayam jugak sebab aku teringin. Roger2 mak kata, 'Mak, apam balik ada. Kalau disertakan dengan air teh panas pun terangkat gak nih!' Ayat 'bijak' merangkap ayat tak buleh blah, mintak mak buat air teh panas. Dush3 diri sendirik! Adeh3...

Nasib baik mak sentiasa paham. La3... ;P

Aku makan burger ayam. Mak layan apam balik. Nenek pun join sekali layan apam balik. My 'sayang' paling dasat sebab layan nasik sampai 2 pinggan! Amekaw! Lauk faveret katanya... sebab ada ikan sepat kering goreng. Kruk krak, kruk krak my 'sayang' kunyah. Hebat betul!

'B, nanti kalau naik lagik 2-3 kilo, jangan salahkan sesiapa, ek! Salahkan perut yang memboyot tuh!' 

Ha3... Larikkkkssss.....!!!

~ Lepas Maghrib, memasing kekenyangan. Aku ngan mak layan Soffiya kat atas 'tilam ajaib' mak. My 'sayang' pulak layan Kosmo. 

Tak sempat layan sampai habis pun citer Soffiya sebab 'service currently not available'. Klise betullah Astro nih! Sentapahkaktau! Off tv. Plus, masa tuh kilat sabung-menyabung, guruh berdentam-dentum! Ngeri!

Tengah baik punya landing kat atas 'tilam ajaib' tetiba...

GEDEBUMMM...!!!! (Sound effect guruh + petir. Betul ke macam nie bunyiknya, ek? He3...)

Habis 1 rumah black-out! Aku menjerit macam nak tercabut anak tekak! Ngeri banyak, derrr... gelap-gulita macam tu... Aku mula la jadik batu kalau gelap2 macam tuh! Menggagau jugak la mak & my 'sayang' carik aku. Owh... sadis! 

Disebabkan guruh + petir tu terlalu kuat makanya, suis yang kat box power supply tu teroff. Bila my 'sayang' naikkan, menyala balik la lampu. Lega betul dapat tengok alam sekeliling. Fuh!

Gelap-gulita sangat menakutkan... betul tak? Huuuu.....


:: Like3, ek! ::

6 comments:

fazrulnoor said...

singgah jap

ZianaRazali said...

selalunya time takder letrik..tido jerlah..haha..

A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y said...

fazrulnoor,
wokeh! singgah la lagi.. ;)

A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y said...

aNaYaNa,
klu ujan, xpe la.. sbb sojuk. tp, klu xujan, uiks! panas woo..

fairus said...

KALAU MAKAN APAM BALIK TU ADA PETUANYA.. MASA BELI APAM BALIK, APABILA SUDAH BELI, JANGAN DITUNGGU LAGI TERUS BALIK. KALAU DIRUMAH JIRAN ATAU SEDARA PULA, SEKIRANYA SUDAH HABIS MAKAN APAM BALIK, TERUSLAH BALIK, JANGAN TUNGGU2 LAGI.. LOL.. :p

A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y said...

fairus,
biar betik! erkk!

i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google