Friday, September 30, 2011

STICKY MODE ENTRY: MINAL AIDIL WAL FAIZIN...

*This is a sticky mode entry. Please scroll down for new updates. Thank you.

~ Salam Aidilfitri... Maaf Zahir & Batin... daripada Areleez & family...

& kepada seantero kawan2 blogger sekalian, aku nak ucapkan...


PEACE, YA'LL..!!! ;)


:: Like3, ek! ::

BELLA BEAN..???

Morning, you ols..! ;)

Amacam? Mood ada baik ke... mood ke laut? Kalau baik tu alhamdulillah la kan... Kalau ke laut, tak dapek la den nak nolong lebih2! Nolong kasik senyum sket2, buleh la kot. ;P

Hokaylah! Jom layan kejap gambar yang aku nak jaja pada pagi yang sojuk nih. Sesiapa yang moodnya ke laut tuh, sure buleh senyum lebar lepas nih. Heh3...

~ Tarat tat taraaa..!!! Cer imagine kalau Bella (Twilight) berwajah kembar seiras dengan Mr Bean seperti di atas. Korang rasa Edward buleh ke tangkap cintan ngan dia? Siap jegil2 mata bajet sexy lagik ko! Ha3...

Aku rasa, mau kena parkinson tahap 4 si Edward tuh kang! ;P

Hah! Senyum lebar tak? Hiks...


:: Like3, ek! ::

Thursday, September 22, 2011

ABANG BUAT OPEN HOUSE

Raya keempat... sesi beraya sebelah pagi dah selesai. Sesi beraya sebelah petang plak. ;P

Balik dari rumah Kak Yati tu, aku dah start flat, demam semakin melanda. Try bawak baring. Konon2 kalau rest buleh la mengkebahkan demam tuh. Tapi, rest jer tanpa makan ubat memang takde maknanya la kan... Hu3...

Petang tu, abang aku buat open house. Memula, aku cam rasa tak dapat nak pergi sebab tak larat. Tapi, hati nie meronta2 sebenornya..! Nak pergi jugak! Ye la... bukan selalu dapat lepak2 ngan kaum kerabat especially adik-beradik aku nih.

Badan kata, 'Woit! Toksah gediks nak pergilah! Kang dibuatnya ko pengsan, tak ke hazab tuh?'

Tapi, hati plak kata, 'Woit2! Sila la pergi... Rugi wooo... demam time camnie..! Cer try segar-bugarkan badan tuh!'

Dilema ah kak, noks! Dilema!!! Tsk3...

~ & akhirnya, ah kak mengikut kata hati... Plus, bila jumpa bebudak 2 orang tuh, terus pelan2 rasa tak larat tu terbang, hilang... Terus buleh makan banyak2 seperti orang tak demam! Fuh! Dasat kan aura bebudak tuh? He3...

~ Tengok jerlah Odah tuh. Menghiburkan hati betul! Ha3... Kak Yong baru bangun tido kot. Sebab tu muka ada ketat sket. Bila dah lama2, baru ok. Makan pun banyak jugak! Hiks...

Menu of the day adalah nasik impit, rendang ayam, bihun tomyam & ada lagiklah. Aku makan bihun tomyam bermangkuk2. Errr... kalau tengok pola pemakanan aku tu, rasa2nya macam orang demam tak? Ha3...


:: Like3, ek! ::

YAHOOO..!!! DAH GAJI..!

22 September 2011... bersamaan dngan tarikh keramat. Sebab apa? Sebabnya adalah ianya tarikh gaji masuk. 

Yahooo..!!! Mari melompat riang macam kanak2 Ribena bersama ah kak! Ha3...

Sesambil melompat, sesambil menjengah blog Kak Fit. Beliau pun berciter pasal gaji. Almaklumlah... gomen jugak kata ko..! He3...

Kalau Kak Fit nak belikan handbag untuk mak dia & baju untuk anak dia, Raif pakai duit gaji, aku plak nak belikan iron untuk mak & birthday pressie untuk my 'sayang'.

Iron mak elok lagik tapi, macam dah tak best sebab kepanasan dia unpredictable! Bahaya kalau mak nak iron baju2 yang orang tempah untuk mak jahit. Kang jadik cam baju kurung aku, dah 3 helai berlubang disebabkan iron tuh! Cewah..! Dan2 tu salahkan iron! Kadang2, diri sendirik jugak yang cuai! Adeh3...

~ Plan, nak belikan iron yang macam aku punya tuh. Tak ringan sangat & tak berat sangat. Lebih kureng macam nie la rupa paras iron tuh. Jenama Philips.

Credit to: tajonline

Birthday pressie my 'sayang' tu plak adalah hadiah yang dipostpone dari bulan Julai. Amekaw! Lama betul nak mensurprisekan my 'sayang'. Ha3... Surprise la sangat kan... ;P

Harap2, apa yang aku rancang dalam peruntukan bajet bulan September akan terlaksana... Amin... 

Korang camne plak? Ke mana peruntukan gaji bulan nie? 


:: Like3, ek! ::



NASI GORENG KACANG BUNCIS PULANG DI HARI RAYA

*Slot Resepi: Ketuk2 Kuali Bersama Areleez (KKBA)

Kembali bersiaran dalam Slot KKBA..! Musti korang windu & ternanti2 masakan ah kak kan? Ha3... Windu la sangat... ;P

Bahan2:-

2 mangkuk nasi
5 batang kacang buncis (dipotong)
1 genggam ikan bilis (dicuci bersih & ditoskan)
1 biji bawang besar (dihiris)
5-7 biji cili padi (dipotong 2)
Minyak masak
Garam
Serbuk perasa

Cara2 Penyediaan:-

1) Panaskan minyak. Goreng ikan bilis hingga sedikit garing.
2) Masukkan cili padi & bawang besar. Tumis hingga naik bau.
3) Masukkan kacang buncis. Masak hingga kacang buncis sedikit layu.
4) Masukkan nasi & kacau rata. Masak dengan api perlahan.
5) Perasakan dengan serbuk perasa & garam. Sebatikan. Angkat & hidangkan.

~ Nasi Goreng Kacang Buncis Pulang di Hari Raya. Sesuai untuk juadah breakfast. 

Selamat mencuba..! ;)


:: Like3, ek! ::

NUGGET DI HARI RAYA

Cerita raya tak habis lagik tau! Well... raya kan sebulan... He3...

Ini kesah raya keempat. Kalau semalamnya (raya ketiga) we ols beraya kat Kuala Kangsar dengan family mertua, raya keempat nie plak we ols kembali ke rumah mak. Eh2! Macam selang-seli plak balik kampung kan... Mentang2 la sekampung... La3... Jangan menjeles, ek?! ;P

Memandangkan kakak aku pun still ada kat rumah mak, so kakak ajak follow dia beraya. We ols ok jer..! Walaupun masa tu tekak nie dah rasa perit2 + bersin pun sudah berkali2 tapi, semangat nak beraya tu tetap membara, hokay..!

~ Rumah pertama yang kami terjah adalah rumah Kak Ju. Kak Ju nie kawan sekolah kakak aku merangkap anak angkat mak aku. Eh! Aku rasa aku dah pernah story pasal Kak Ju nih sebab tahun lepas pun kami ada datang beraya ke rumah Kak Ju jugak.

~ Yang belah kiri pakai baju biru tu husband Kak Ju. Abang Sham namanya. Yang belah kanan sekali pakai baju ijo tu korang kenal tak? Ahaks3...

~ Slim jer Kak Ju nie tau! Walhal anak dah 3 ko! Jeles ah kak, noks! Hu3...

Makan2... sembang2... posing2... lepas tu, mintak diri dolulah sebab ada lagik rumah yang nak diterjah.

~ Rumah seterusnya yang jadik mangsa kitorang adalah rumah Kak Yati. Pun kawan sekolah kakak aku jugak. Rumah Kak Yati nie kat area Langkap nun. Tergagau2 jugak la mencariknya. 1st time datang beraya ke situ kan...

Kak Yati jamu nugget. Sodap plak makan nugget kat rumah orang. Heaven jer rasa... Ye la... time2 raya nie, dah selalu sangat kena jamu dengan ketupat, rendang, lemang, serunding bagai... Muak la pulak! Sekali-sekala orang jamu nugget, terus nak cakap kat orang tuh...

'Kelasss ko Maria..!'

Ha3... Tak abis2 dengan Maria ko tu kan..! Hiks...

Dapat terjah 2 buah rumah jer dolu. Lepas ke rumah Kak Yati, kitorang terus balik rumah mak. Hari tu hari Jumaat... Nak bagi laluan WAJIB pada kaum Adam untuk semayang Jumaat. 

Raya... raya jugak. Tapi, yang wajib dilupa jangan! Betul tak? ;)


:: Like3, ek! ::

SUDAH KU RASA CHUNKY LOADED ITU..!

Dah 6 hari berlalu... tapi, aku still dalam mood meraikan birthday. 'Happy birthday to me... again..!' Ewah2! ;P

Nak citer & share sketlah pasal birthday celebration nie kan... Well... tahun nie sambutannya macam biasa2 jer. Takde la bercandle light dinner ke... apa ke kan... Super simple! Sebab memasing macam tercarik2 masa jugak la nak keluar berdating..!

Nak keluar time weekend, schedule penuh. Nak keluar time weekdays, macam flat la plak. So, kita kasik celebrate kat rumah jerlah...

~ Bangun pagi2, lepas dapat morning kiss beserta dengan birthday wish daripada my 'sayang', terus order Pizza Hut (delivery). Dalam 30 minit dah sampai si penghantar pizza di depan pintu rumah.

~ Teringin nak try Chunky Loaded. Terpengaruh dengan entry Chunky Loaded kat blog ceeramoon.  

~ Order set Chunky Loaded 1. Ada 1 pizza Chunky Loaded + 4 ketul WingStreet. Nyum3..!!!

~ Suapan kasih. Ecewah! Poyos merangkap gediks betul! Ha3...

~ Sembap, derrr..! Tapi, still kiut kan? Ahaks3...

Kalau nak tau lebih lanjut pasal Chunky Loaded/latest promotion, korang click jer sini, ek?! ;)

Begitu la serba sedikit kesah birthday celebration ah kak untuk tahun nie... Walaupun simple tapi, bila disambut bersama2 dengan orang tersayang, terus jadik seperti... 

'Kelasss... ko Maria..!' 

;P


:: Like3, ek! ::

Friday, September 16, 2011

STICKY MODE ENTRY: 16 SEPTEMBER...

*This is a sticky mode entry. Please scroll down for new updates. Thank you. ;)


Hari Malaysia disambut pada 16 September setiap tahun untuk memperingati penubuhan persekutuan Malaysia di tarikh yang sama pada tahun 1963. Ia menandakan penyertaan bersama Tanah MelayuBorneo Utara (kini Sabah), Sarawak dan Singapura bagi membentuk Malaysia.
Pembentukan persekutuan baru ini dirancangkan berlaku pada 1 Jun 1963 namun kemudiannya ditangguhkan ke 31 Ogos 1963 bagi membolehkan ia disambut bersama-sama dengan sambutan hari kemerdekaan ke-6. Beberapa isu berkaitan dengan bantahan Indonesia dan Filipina untuk pembentukan Malaysia memperlambatkan pengisytiharan hingga ke 16 September pada tahun yang sama. Penangguhan itu juga dibuat bagi membolehkanPertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu memperuntukkan masa membuat pungutan suara di Borneo Utara (kini Sabah) dan Sarawak.
Hari Malaysia merupakan cuti am di negeri Sabah sempena hari keputeraan Yang Di-Pertua Negeri. Ia bukan merupakan cuti am di Sarawak danSemenanjung Malaysia. Mulai tahun 2010, Hari Malaysia juga merupakan cuti am di semua negeri di Malaysia.


*Sumber: wikipedia

~ Selamat Hari Malaysia untuk semua rakyat Malaysia. ;)

16 September... tarikh keramat untuk seluruh rakyat Malaysia & tarikh keramat jugak untuk aku sebab 16 September jugaklah aku dilahirkan ke muka bumi nih. Alhamdulillah... 

1 Malaysia sambut birthday ah kak, noks! Siap dapat public holiday lagik ko! Ko ado..??! Ha3... Over pulak di situ... Gurau2 jer maaa... ;P

Apa2 pun, aku bangga jadik anak Malaysia & aku jugak bangga dilahirkan pada tarikh keramat, 16 September... Thank you, Allah... & terima kasih mak... ;)

Errr... nak hadiah buleh tak? Ahaks3...


:: Like3, ek! ::



MERANGKAP... & MERANGKAP...

~ Introducing... handbag baru ah kak..! Fresh from oven..! Ecewah!

Merangkap handbag raya, actually. Merangkap jugak hadiah raya dari my 'sayang'. Ah kak like3!!! ;P

Kaler ijo. Kenapa ijo? Kenapa tak purple? Ntah! Maybe sebab kaler purple nan ado kot... Plus, ah kak cuba untuk memvarietykan pilihan kaler. Takkan asik2 nak purple jer kan... Tukar2 sket la sekali-sekala... Begitu...

Apa2 pun, PURPLE tetap di hatiku... ;)

Plus, ijo ke... purple ke... tak penting sangat... Asalkan kita bahagia. Tu yang lebih penting! Betul tak kawan2..? & yang lagik super2 penting, dapat hadiah! Ko ado..??! Ha3... Riak betul! ;P


:: Like3, ek! ::

BERPOSING SECARA OVER TANPA SEGAN-SILU!

Selesai jer sesi sarung2 cincin, kitorang terus berposing dalam bilik plak. Orang tak nampak. So, buleh la berposing secara over tanpa segan-silu! Ha3...

~ Angah tayang cincin. Ecewah!

~ Ah kak mengenterframe bagi menyerikan hantaran. Ha3...

~ Bersama KLCC. Mak Tam yang buatkan.

~ Seperti ah kak pulak yang bertunang. Over betul! Ha3...

~ Sirih junjung bermunge kuning.

~ Nie betul2 sirih junjung nih! Ha3...

~ Tak lama lagik, Mak Yang bakal dapat menantu kedua. Insyaallah...

~ Farah & Dani pun nak enterframe jugak. Farah nie kakak Angah. Dah kahwin & ada 2 orang anak. 

~ Ana pulak, adik bongsu Angah.

~ Amir in da house..! Satu2 nya anak lelaki Mak Yang. Actually, ada lagik sorang anak lelaki. Abang sulung diorang nih. Tapi, dah meninggal dunia masa kecik.

~ Kak Aneem & family hari tu pakai serba oren.

~ Ah kak tengah memperagakan cincin Angah. Heh3...

~ Tarat tat taraaa...!!! ;P

~ Giler2 aku & Farah... Eh! Actually, aku tak panggil dia as Farah tau! Nama penuh dia Farah Suziyani, mak aku yang kasik nama. Tapi, aku panggil dia as Tujuh. Kelakor kan? He3... Sebab apa 'Tujuh'? Hmmm... biarlah rahsia... ;P

~ 3 sepupu yang sengal! Ha3...

~ Kak Yong yang moody. Bangun tido kot..!

~ Tak habis2 lagik sengalnya..! Ha3...

~ Aku lagik kiut kan? Ha3...

Dengan berakhirnya gambar kiut ah kak kat atas tuh makanya, berakhir jugaklah citer pertunangan Angah... Aku doakan semoga Angah & fiance tabah menempuh alam pertunangan. Amin...

Tetiba teringat zaman ah kak bertunang dolu. Tema ijo, noks! Bila time sarung2 cincin, sume mata tertumpu kat kita. Malu ah kak tau! Seperti artis yang fames amos gitu..! Awwsss! Kalah Memey Suhaiza! 

Ooppsss!!! ;P


:: Like3, ek! ::

MEE SEGERA HARI-HARI HARI RAYA

*Slot Resepi: Ketuk2 Kuali Bersama Areleez (KKBA)

Menu nie aku masak last weekend. Mudah merangkap simple. Plus, kalau tengah kebulur, memang dicadangkan sangat la untuk masak menu nih. Confirm terangkat, babe..! ;P Jom tengok resepi, jom!

Bahan2:-

2 bungkus mee segera asam laksa
1 biji bawang merah (dihiris)
2 batang fish cake (dihiris)
2 biji telur ayam
7 biji cili padi
Minyak masak
Air masak

Cara2 Penyediaan:-

1) Panaskan minyak. Tumis bawang merah hingga naik bau.
2) Masukkan fish cake & cili padi. Masak seketika.
3) Tuangkan air masak.
4) Masukkan mee segera & masak hingga mee sedikit lembut.
5) Masukkan perencah asam laksa. Sebatikan. 
6) Pecahkan telur ayam satu persatu. Biarkan mengeras sedikit. Angkat & hidangkan.

~ Mee Segera Hari-hari Hari Raya. Giler tak menahan, noks! Aci angkat periuk terus! Ha3...

Kalau bubuh sayur cam sawi/kobis lagik sodap! Tapi, aku kehabisan stock sayurlah. Main belasah bubuh apa yang ada jer. Tu pun licin! Kebulur kata ko! Ha3...


:: Like3, ek! ::

RM TERBANG MELAYANG... HU3...

Duit umpama air kan? Hari nie dapat katalah... RM 2K, sok lusa dah surut. Tu belum citer pasal shopping lagik tuh! Lagik la dasat! Macam air jer dia mengalir laju. Rasa macam nak tadah balik buh dalam freezer, jadikkan ais. Eh! Apakah..??! Hu3...

Mukadimah nie sebenornya nak citer pasal Ringgit Malaysia (RM) yang terbang melayang baru2 nie gara2 mengganti absorber & allignment WirAsLeez. Itulah main pointnya. Biasa la... mukadimah musti nak power, derrr..! Barulah, 'Kelas ko Maria..!' Ha3...

~ Kesian WirAsLeez tau! Macam2 kena godek2. Sadisahkaknoks! Tsk3...

Absober + allignment = RM 270. Murah ke mahal, ek? Ah kak memang buta banyak bab2 kereta nih! Taunya, cucuk kunci, start enjin & berdesup perginya..!!! ;P Plus, duit ah kak 'selamat'! So, seperti ada aku kesah di situ! Ho3!!! Keji, owh..!


:: Like3, ek! ::

Thursday, September 15, 2011

ROMBONGAN JAUH DARI KELANTAN

& akhirnya, pukul 11 ++ a.m, muncullah rombongan meminang yang datang jauh dari Kelantan. Actually, dari Kelantan diorang ke Grik dolu, bermalam kat rumah sedara katanya... Lepas tu, dari Grik kitorang ajak ke rumah abang aku plak. Ye la kan... kot2 ada yang nak mandi ke... nak tukar pampers anak ke kan...

~ Sesi peminangan tengah on. Takde pantun2... Aci straight to the point jer...

~ Hantaran pink dari Angah untuk Encik Tunang.

~ Yang nie spesel sebab mak aku yang buat. Heh3... Santek tak? Santek tak? ;P

~ Angah kena suap gula dengan bakal mak mertua. He3...

~ Time sarung cincin.

~ Ecewah!

~ Salam dengan mak sendirik plak.

~ 2 bentuk cincin, 1 cincin merisik & 1 cincin bertunang. 

~ Angah is officially engaged! ;) Sebarang surat-menyurat tak dilayan, ek! Ha3...

~ Asik gambar Angah, rombongan & hantaran jer kan... Meh nak jaja gambar ahkak bersama Cik Odah yang tak habis2 nak manja2 pulak. ;P

~ Dengan Jiha plak. Aci curik2 jer nih sebab Jiha skang dah takmo dengan orang lain selain mak abah dia. Haish! Geget kang ha..!

~ Eh! Nie bukan pose manja2 nih! Dah macam sakit gigi la pulak! He3...

~ Mak bersama Wak. Rifqi pun enterframe sekali..!

Owh... nie baru mukadimah jer nih. Ada lagik sebabun gambar2 yang nak dijaja tau! Memasing giler glamer kata ko! 

So, tungguuuuuuu......!!! La3... ;P


:: Like3, ek! ::