SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Monday, May 16, 2011

TREASURE HUNT... KAU ILHAMKU...

Aku sker betul main treasure hunt. Dari dolu, kini & mungkin selamanya lah kot. Ecewah! ;P

So, bile berpeluang main treasure hunt masa induksi hari tu, apa lagik... bersungguh2lah ah kak main, noks..! Yang penting, main jangan stress2. Anggap mende tu fun. ;D

Untuk dapat 1st clue, we ols kena pilih 1 lagu & buat formation sekali. Tak kesah la lagu apa pun. Once dah bersedia, kitorang kena present kat depan kakak2 fasci. If kakak fasci puas hati, maka dapatlah clue yang pertama.

G 7 Hadj pilih lagu main hentam sajalah! Lagu Kau Ilhamku. Alaaa... yang Man Bai nyanyi tuh... Formation pun buat on the spot. Janji nampak sama, sudah..! Ha3...

Untk 1st clue, we ols kena gi cafe & amik at least 6 hidangan yang berbeza menu. Aku bajet nie musti kitorang kena makan apa yang kitorang amik tuh. Alaaa... macam explorace tuh. So, aku amik la sket2 sebab nanti lambat plak nak abiskan. Tapi, Haji suh amik banyak2 sebab nanti sume kena makan, nak nampakkan semangat mengambil berat katanya... Sebelum makan, kena report kat kakak fasci dolu untuk dapat next clue. Sekali kakak fasci kata kena abiskan makanan yang kitorang amik. Hah! Kan ah kak dah kata! Banyak wooo... nak abiskan. Rasa nak dush3 Haji! Tsk3...

Tapi takpe. Nak main for fun katanya kan... Belasah jerlah! Uwaaawaaawaaa... Takde makna nak control2 ayu der..! Makan aci sumbat2 dalam mulut, kunyah sepintas lau &... gulp! Telan... Begitu hokay...! Hadoi la...

Done! Dapat next clue. Kena pegi ke 1 tempat yang luas cam padang yang ada nursery pokok2. Carik 1 mende yang orang rasa macam tak berharga tapi, kita perlukannya setiap hari sepanjang hayat. Perrgghhh..! Punya la runsing nak mencariknya kan... Lama jugaklah berpusing2. Akhirnya mendapat jugak. Nak tau apakemendenya? Huh! Air mineral botol besau, dowh..!

~ Next clue kata, carik mende gergasi beroda, di situ ada clue seterusnya. We ols carik kat sini sebab kat sini ada 2 roda besor gedabak cam dalam gambar tuh. Jenuh la menggeledah, sampai kena geget nyamuk la... apa la.. Paling tak buleh blah, Azam ngan Encik Mail siap korek2 tanah tuuu..! Apa ko hengat harta karunkah? Ha3...

~ Walaupun tak mendapat tapi, kami tak give up! Kami tetap ceria seceria mentari pagi. Buktinya, kami masih mampu tersenyum & berposing! Say cheese everybody!!! Ha3...

~ Memang tak buleh blah betul la G 7 Hadj nih! Ha3... Bila tak mendapat2 jugak, baru la gelabah2 sket. Sket jer la kan...
Tetiba... ting!!! Haji kasik idea/pendapat. Katanya, dalam clue tu cakap, 'Sila duduk dalam kumpulan dengan teratur... Bla3...' So, Haji kata maybe nie tricky punya clue. Dia nak kami dok beratur dalam group, jangan berpecah-belah, then jalan elok2 gi kat kakak fasci, mintak clue. Macam logic! Kami pun praktikkan la... Sampai kat kakak fasci, sume buat muka blur. Kakak fasci pun sama2 blur. Salah perhitungan rupanya. Muahaha... Malu, noks..! Buat muka poyos bajet mengikut peraturan dalam clue tapi, hampeh! Sadis betul!

Rupa2nya, mende gergasi beroda tu adalah bas, hokay..! Means, kena carik tempat parking bas. Kat situ la ada clue. Terbahak2 kitorang gelak mengingatkan kepoyosan kitorang dok dalam barisan, jumpa kakak fasci tadi tuh. Rasa nak pecah perut nih! Muahaha...

Kenangan manis kata ko..! ;P


*Bersambungan...

2 comments:

wahida said...

sonoknya!! lama tak main treasure hunt...huhu...nak join!!

A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y said...

wahida,
alaa.. dah tarikh tutup penyertaan la.. he3..

i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google