*Slot Resepi: Ketuk2 Kuali Bersama Areleez (KKBA)
Kali nie, kita masak ayam plak, ek?! Pun simple-mimple jugak. Tak perlu nak perah2 otak/hantuk kepala kat dinding semata2 nak study cara2 penyediaannya. Melampau la tu kan... Ha3...
Bahan2:-
1/2 ekor ayam (dipotong & dibersihkan)
2 inci halia (dihiris memanjang)
3 biji bawang putih (dicincang)
1 biji bawang besar (dihiris)
1 batang terung panjang (dikupas kulit secara selang-seli, dibelah 2 & dipotong setiap 1 inci)
1 sudu tomato puree
2 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tomato
1 tangkai cili hijau (dibelah 2)
1 sudu kecil serbuk kunyit
Air
Garam
Serbuk perasa
Gula
Cara2 Penyediaan:-
1) Lumur ayam dengan serbuk kunyit & garam. Panaskan minyak. Goreng ayam hingga garing. Angkat & toskan.
2) Panaskan minyak. Tumis bawang besar, halia & bawang putih hingga naik bau.
3) Masukkan sos cili, sos tomato & tomato puree. Tambah sedikit air. Kacau rata.
4) Masukkan terung panjang. Masak hingga terung layu.
5) Perasakan dengan serbuk perasa, garam & gula. Kacau lagi.
6) Masukkan cili hijau. Sebatikan.
7) Masukkan ayam yang telah digoreng tadi . Sebatikan. Angkat & hidangkan.
Resepi diinspirasikan dari blog tiffinbiru. Tapi, ada la yang aku alter2 sket sebab nak sesuaikan ngan stock yang ada dalam fridge aku tuh.
Macam sepatutnya kena buh nanas ngan buah tomato. Tapi, aku replacekan dengan terung panjang ngan tomato puree. Pastu, sepatutnya lagik kena buh capsicum ngan brocolli. Aku takde stock. So, aku tak buh la... Inovasi kata ko..! ;P
2 comments:
wahh..nk try lah nnti :)
Redbloodsnow,
sila3.. jgn segan2.. he3..
Post a Comment