SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Friday, May 27, 2011

AYAM MASAM MANIS LUAR BIASA

*Slot Resepi: Ketuk2 Kuali Bersama Areleez (KKBA)

Kali nie, kita masak ayam plak, ek?! Pun simple-mimple jugak. Tak perlu nak perah2 otak/hantuk kepala kat dinding semata2 nak study cara2 penyediaannya. Melampau la tu kan... Ha3...

Bahan2:-

1/2 ekor ayam (dipotong & dibersihkan)
2 inci halia (dihiris memanjang)
3 biji bawang putih (dicincang)
1 biji bawang besar (dihiris)
1 batang terung panjang (dikupas kulit secara selang-seli, dibelah 2 & dipotong setiap 1 inci)
1 sudu tomato puree
2 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tomato
1 tangkai cili hijau (dibelah 2)
1 sudu kecil serbuk kunyit
Air
Garam
Serbuk perasa
Gula

Cara2 Penyediaan:-

1) Lumur ayam dengan serbuk kunyit & garam. Panaskan minyak. Goreng ayam hingga garing. Angkat & toskan.
2) Panaskan minyak. Tumis bawang besar, halia & bawang putih hingga naik bau.
3) Masukkan sos cili, sos tomato & tomato puree. Tambah sedikit air. Kacau rata.
4) Masukkan terung panjang. Masak hingga terung layu.
5) Perasakan dengan serbuk perasa, garam & gula. Kacau lagi.
6) Masukkan cili hijau. Sebatikan.
7) Masukkan ayam yang telah digoreng tadi . Sebatikan. Angkat & hidangkan.

~ Ayam Masam Manis Luar Biasa. Takde la luar biasa sangat pun... Saja jer... amik berkat lagu Shahir. Ngeh3... Yang nie semenggah sket rupa paras dia kan? Takde la macam Nasi Goreng Kampung Hantu Kak Limah! Huduh piang! Ha3...

Resepi diinspirasikan dari blog tiffinbiru. Tapi, ada la yang aku alter2 sket sebab nak sesuaikan ngan stock yang ada dalam fridge aku tuh. 

Macam sepatutnya kena buh nanas ngan buah tomato. Tapi, aku replacekan dengan terung panjang ngan tomato puree. Pastu, sepatutnya lagik kena buh capsicum ngan brocolli. Aku takde stock. So, aku tak buh la... Inovasi kata ko..! ;P

2 comments:

Zie Madini said...

wahh..nk try lah nnti :)

A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y said...

Redbloodsnow,
sila3.. jgn segan2.. he3..

i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google