Monday, February 28, 2011

STICKY MODE ENTRY: TANGAN BERTUAH CIK NICO!

*This is a sticky mode entry till 28 Februari 2011. Please scroll down for new updates. Thank you. ;)

Malam tadi, aku menjenguk blog anak sedara aku si atienabern tuh. Tengah syiok2 menjenguk2 & tinggal jejak, aku terserempak la ngan entry contest yang dia join..! So, bersempena dengan azam 2011 aku yang nak menjoin seberapa banyak contest yang buleh, makanya aku pun teruslah nak menjoin jugak... Tanpa kompromi lagik! Heh3...


~ Nama contest tu adalah Tangan Bertuah Cik Nico! Comel jer Cik Nico nih! Sekali pandang cam Yuna! 2 kali pandang, terus cam Ana Raffali! Wah, gitu..! Harus puji melambung, hokay..! Ha3...

Tempoh contest ni adalah dari 9 Januari till 28 Februari 2011. So, kepada yang ada azam 2011 cam aku atau teringin nak tau either korang bertuah or tak, buleh la menjoinkan diri sebab memang sempat sangat lagik. Contest dia giler senang, babe..! A few steps jer:-

1) Buat entry dengan tajuk Tangan Bertuah Cik Nico! Linkkan ke blog Cik Nico.
2) Amik banner kat atas tuh.
3) Buat sebaran am kat seberapa banyak yang mungkin kat geng2 blogger korang. Minimum 3 orang la...
4) Jangan lupa follow blog Cik Nico!
5) Tinggal url entry kat comment box entry contest Cik Nico.

Hah! 5 steps jer pun! Kan ke giler mudah tuh?! ;D Kalau nak lebih detail, buleh terjah terus ke blog Cik Nico nih. Buleh baca, join & menang! ;)

So, aku nak tag mereka2 di bawah nih untuk turut serta:-

1) zai kulim
2) azzey
3) Shayraa
4) Isteri Yang Comel

Eh! Kalau korang nak join tapi, aku tak tag pun buleh... Takde hal punye..! Plus, tak kene saman pun..! Jom la join secara berjemaah! Barulah rock! He3...

Thursday, February 17, 2011

KERJASAMA ITU PENTING, HOKAY!

Tinggal beberapa hari jer lagik, aku akan berkursus ke Melaka. Surat pun dah dapat tadi. Nak tak nak, sukacita/dukacita, memang kena redah pegi jugaklah. Instead ko dah rasa takmo dah jadik government servant, ko buleh la buat perangai tak pegi kursus tuh. Owh... nom3!!!

Sebelum berkursus, aku nak make sure yang umah aku adalah dalam keadaan yang memuaskan sebab aku nak tinggalkan lama. Plus-minus, 18 hari jugak, dowh..! Mana la tau kot2 nanti kawan2/adik2 ipar aku datang umah ke apa kan... tak pun ada sedara-mara sesat-barat tak reti jalan pulang terpaksa lak menyinggah kat sini menumpang teduh ke kan... harus la umah tak buleh tinggalkan bersepah. Nanti jatuh la saham ah kak, noks..! Ha3...

Semalam, sementara nak tunggu Maghrib, aku & my 'sayang' gigih melipat kain-baju yang dah setaraf dengan Gunung Everest tuh. Basuh, sidai, kutip, longgok... Basuh, sidai, kutip, longgok lagik... & lagik2... Mana tak jadik Gunung Everest?!! Hadoi la...

Setel dah bab kain-baju. Kami pun beralih ke bahagian dapur. Ecewah! Skema tak hengat ayat ah kak, noks..! Ha3...

My 'sayang' jadik tukang cuci pinggan-mangkuk, periuk-belanga. Aku lak jadik tukang susun pinggan-mangkuk, periuk-belanga yang dah dicuci. Pastu, aku basuh baju2 yang hanya memerlukan hand wash, spin & sidai. Pukul 9.30 p.m sume siap!

Hokay! Senang hati sebab mata dah tak semak. Best2... Errr... skang, aku nak nyanyi 1 lagu untuk korang sume. Sila dengorkan, ye! ;P

Kami tak besor (sila pecaya. Hiks...)
& kami tak kuat,
Bila bekerjasama semua jadi mudah,
Apa yang penting... kerjasama2...
La3...

Amacam? Santek, menarik, tertarik, komemangthebomb tak lagu ah kak? Ahaks3...

& CIK QISTINA DAH PANDAI BERJALAN!

Eh! Aku dah citer belum kat korang yang Cik Qistina dah pandai jalan? Baru2 ni la jugak kejadian tu berlaku. Aku pun terkejut + happy + terharu! Ye la... umur dia dah cecah 2 tahun tapi, still jalan pakai lutut. Geng2 yang sebaya & muda sket daripada dia pun dah berlari2 anak dah. Kesian, owh...

Alhamdulillah... Tak lama lepas besday Cik Qistina yang ke-2, dia terus buleh jalan. Aku tau pun daripada my 'sayang'. Memula macam unbelievable! Tapi, bile dah tengok sendirik dia berjalan dengan gahnya, baru rasa cam, 'Eh! Betullah!' He3...

Alhamdulillah la kan... ;)


~ Wif Mak Tam dia masa attend 1 kenduri kawen baru2 ni.


~ Gigih berjalan skang Cik Qistina nih! Tak betah dok diam. Ada jer mende yang dia nak buat.


~ Melekat dengan Mak Tam.


~ Encik Dadi adalah geng bas sekolah Cik Qistina. Kamceng betul! Dadi siap tau apa yang Qistina sker & tak sker. Selalu ikut Dadi merempit. Sker betul Qistina naik moto. Haish!


~ Dah pandai jalan tapi, bajet nak manja2 ngan Pak Su dia. Pak Su lak rajin mendukung. Best betul Cik Qistina sebab ada banyak bapak sedara yang jadik escorters. Keselamatan terjamin... He3...

Qistina sker lagu 1, 2, 3... Sayang Semuanya & Ibu... Ratu Hatiku. Kalau aku start jer nyanyi 1st lyrics, dia akan sambung sampai abis. Siap ngan gaya2 tersendirik lagik, ko! Silap haribulan, Tok Ti pun terkagum2 tengok Cik Qistina nyanyi tau! Dasat2... Ha3...

Wednesday, February 16, 2011

ENTRY MENERJAH..!

Aku baru berpeluang berblogging untuk malam ni. Sebab tadi, my 'sayang' chop lappy. Beliau nak menjenguk2 intipati seminar yang beliau nak attend sok kat Ipoh. Seminar pasal tender kewangan kalau tak silap aku. Harap2 adalah rejeki... Amin...

Skang, my 'sayang' dah start mentido. Ada melanding kat belakang aku ni, ha..! Eh2! Poyos jer mention! Macam la korang nampak kan... Hiks...

Aku nak panas enjin dah nih! So, sila nantikan entry2 yang bakal menerjah..! ;P

Monday, February 14, 2011

SABTU DI UMAH MAK...

Hari Sabtu, aku & my 'sayang' memang ada kat umah mak. Since my 'sayang' gi KL. Tak berani, dowh... nak tido sorang2 kat umah. Bila nak pejam jer, mula la terbayang2 Hantu Kak Limah Balik Rumah. Seram2... Hu3...

Ye! Aku memang penakut. I admit la... Hu3... Daripada aku tak buleh tido malam, lebih baik aku dok umah mak. Dah la best! Dapat tido peluk mak plak tuh! Ahaks3...


~ Suasana pagi kat umah mak... Berkabus2... Buat mata aku kuyu balik. Huwarrgghhh..!!! ;P

Seperti bese, kalau dok umah mak, harus la nak makan masakan mak kan... Acara wajib, gitu..! Heh3...


~ So, tengahari tu mak aku masak kari terung wif udang kecik2. Nama udang aku tak tau. Sebab tu tulis udang kecik2. He3...


~ Ikan goreng ngan ayam goreng tepung.


~ Ikan masin goreng, pembuka selera...

Sodap tapi, aku tak buleh makan secara best sebab ulcer tuh. Nak abiskan nasik sesenduk pun hazab..! Sulam air. Hadoiiyaiii...! Jeles hokay tengok my 'sayang' makan berpinggan2! Rasa macam nak operate ulcer tu dan2 tu jugak! Hu3...

Sakit wooo... Tsk3... Kesian aku kan?

ULCER

Dah beberapa hari aku tak makan dengan dasat seperti selalu. Bukan sebab aku diet/takde selera makan. Tapi, sebab ulcer mulut. Asal nak telan makanan jer, pedih2. Asal pedih2 jer, nak telan makanan. Hu3...

Actually, tempat yang kena ulcer tu aku tergeget. 3-4 kali tergeget kat tempat yang sama. Pastu, terus rasa cam pedih2. Bila tengok cermin, check2 jadik ulcer la plak. Besor, weh..! Adeh3...

Selera makan tetap ada. Tapi, bila membayangkan kepedihan masa nak kunyah makanan tuh, humangaih..! Tak sanggup, dowh..! Tsk3...

Mak aku suh kemam air teh suam2. Aku try la buat. So far, cam berkesan la... Kureng rasa pedih untuk sementara waktu.

Nak bercakap pun sadis, hokay! Siap guna bahasa isyarat bagai... ngan my 'sayang'. Sib baik my 'sayang' paham. Ha3... Hadoi la...

Sunday, February 13, 2011

AWIN HULU LANGAT???

Dah abis dah Mentor. Tapi, aku nak review lagik. Ye la kan... ni sepatutnya rancangan hiburan. Untuk seronok2 sambil tengok bakat2 baru yang diuji bakat. Tapi, apsal aku rasa seram2 & ngeri2 jer tengok peserta yang datang audition? Seram + ngeri sampai terkagum2! Hu3...

Ada la sorang mamat ni, orang Hulu Langat, datang audition jugak. Nama dia Awin. Tapi, belum masuk bilik audition dah poyos nak tunjuk bakat kat tempat pendaftaran. Nyanyi depan urusetia ko! Ha3...

Mintak ic, dia bagi tapi, ic merah. Loh! Bukan warganegara rupanya! Terus la disqualified! Tapi, si Awin ni tak puas hati. Siap maki2 urusetia sume. Paling tak buleh blah bila dia kata dia adalah pengganti Awie. Orang2 Hulu Langat pun kata dia buleh jadik pengganti Awie. Adeh3... Aku nak gelak tak hengat tapi, macam terkagum2 pun ado gak! Sebab 1st time tengok manusia camnie datang audition. Kalau setakat nangis2, pujuk rayu kata nak ubah nasib keluarga tu, dah selalu sangat dah aku tengok. Normal la kiranya kan... Yang ni memang betul2 abnormal! Luar biasa, noks..! Ha3...

Last2, kena halau ngan security. Kasehan betul! ;P

Sampai aku terpikir, kalau aku ni berhajat nak gi audition, musti aku cermin diri aku dolu. Means, sebelum orang nilai bakat kita, kita nilai dolu. Memang buleh nyanyi ke aku ni/setakat nyanyi kat bilik air jer la kau?! Tapi, orang2 yang macam Awin ni, apa agaknya yang dia pikir, ek? Haish!


p/s: Tak sabor nak tunggu next week punye audition. Ada Awin 2 tak? Hiks...

RAJA BUAH

Sebut jer raja buah, of cos dah terbayang2 dah buah apa kan... Durian lorrr... Aku tak tau la skang ni musim ke tak kan... Tapi kat sini, memang bau durian menusuk2 lubang hidung. Kembing-kempis hidung ah kak nak bernapas! Hu3...

My 'sayang' plak gigih mengajak wifeynya nih ke dusun durian. Memang la aku tak berapa minat makan durian tapi, kalau setakat nak ke dusun tu, no hal la... Plus, aku dok dalam keta jer pun. He3...


~ Inilah dusun tu. Dusun ni kepunyaan Along. Tapi, sesapa rajin, buleh jer nak berkampung kat sini, tunggu durian luruh & kutip. Masa we ols sampai, Dadi & frens dah ada kat situ. So, my 'sayang' main cilok jer la buah yang diorang dah kutip. Heh3... Bijak tak? Bijak tak? ;P


~ Muka orang mengidam nak makan durian yang gumbira la3... sebab datang, kutip durian & cha alip bot! Laki sapa la ni..? Isk3... ;P

Dapat la dalam 4 bijik kot. Singgah umah mak, bagi sejibik. Itu pun my 'sayang' gak yang bedal sebab mak aku pun tak berapa minat sangat. Kalau ada geng, berulas2 gak la dia makan. Kalau sorang2, memang tak la...

Korang camne plak? Mengidam durian jugak ke?

MENTOR

Baru berkesempatan nak berblogging. Dari hari Khamis aku kat umah mak. Malam tadi baru balik umah. Sampai2 terus pengsan! Nak on lappy pun tak larat. Adeh3...

Eh! Mentor dah start. Aku tengah layan la ni. Macam2 ragam manusia yang nak jadik penyanyi datang audition. Ada yang try buat gimik, pakai topeng bagai... Ada jugak yang dok pujuk rayu kat Ajai & Adam AF, suara pitching ke laut tapi, nak jugak masuk Mentor. Nangis2 tu, toksah citer la... Memang wajib ada dalam mana2 reality show. Yang over confident pun ada... Yang tak ingat nama mentor pun ada! Buleh plak nak jadik protege Siti Nurhaliza! Ha3...

Buleh release tensen la jugak kot tengok audition Mentor ni... Ke makin migrain? Ha3...

Thursday, February 10, 2011

CHENTAHATIKU...

Hari2 aku windu dia...

Tapi, hari ni & esok, aku akan lebih2 windu dia...

Secara over! Ha3...

Sebab dia ada nun di KL...

Ada urusan yang dia nak selesaikan kat sana...

Aku masih di sini... sebab urusan aku pun tak selesai2 lagik. Huh! Pitam tengok meja opis yang macam kapal Jack Sparrow dilanggar todak tuh! Hu3...


~ So jadik... aku akan mewindui dia... chentahatiku... Uwaaawaaawaaaa....

Sadis... :(


p/s: Ya Allah... Selamatkan perjalanan pergi & pulang & lancarkanlah urusan suamiku. Lindungi dirinya... ya Allah... Amin...

JIWA KACAU

Straight to the point sebab kose nak kias2!

Untuk pengetahuan sume, aku akan berkursus selama 18 HARI ke MELAKA. Starting: 20 Februari 2011. End up: 9 Mac 2011. Kalau takde apa2 perubahan la...

Ini adalah kursus wajib! Tak pegi makanya, ko takkan dapat confirmation/dalam bahasa yang lebih ganas, ko ada potensi untuk di kick-off kalau takde any surat tunjuk sebab yang sangat2 kuat!

& secara automatic aku jadik pitam & sawan tarik! Hadoi la..... :(


p/s: Leaving my hometown for 18 days to Malacca is just like leaving my 'sayang' for double + triple + couple x 18 days! Buleh kira tak totalnya? Aku bab Matematik ni agak keslow-an banyak! Hu3...


Wednesday, February 9, 2011

V-W IDAMAN HATI...

Perodua Kancil dalam genggaman,
Proton Wira diingat2,
Si Volkswagen kereta idaman,
Ntah bila la baru mendapat.

Mukadimah pakai pantun lagik, noks..! Ha3... Tetibe teringat kat Encik Eyriqazz lak sebab beliau sker berpantun2 nih! He3...

Tak kesah la kan... Janji mesej sampai. Ecewah!


~ Si Volkswagen (V-W) idaman hatiku...


~ My 'sayang' follow baik punye kat belakang..! Secara automatik aku gigih nak mensnap! Tak dapat the real 1, gambar pun jadik lah! Hu3...

Memang tak buleh blah kalau tengok V-W kat mana! Terus sawan tarik! Dasat kan penangan V-W kat ah kak? ;P

Kalau nak jimat pakailah Viva,
Putih, hitam, biru hijau... pilih sahaja,
Jangan marah saya nak bertanya,
V-W ni ada sapa2 tak nak sponsor kat saya?

Amacam? Cantik, menarik, tertarik, komemangthebomb tak pantun2 ah kak? Apa lagik?! Jawab Cik Kiah..! Jawab!!! Ahaks3...

NASIK GORENG BROCCOLI

*Slot Resepi: Ketuk2 Kuali Bersama AreLeez (KKBA)

Morning, you ols..! ;)

Kalau hari Isnin ada Monday Blues, hari ni dah masuk hari Rabu, takkan ada Wednesday blues gak kot... Heh3... Buang jauh2 keblues-an tuh! Meh layan resepi Nasik Goreng Broccoli Hijau yang ah kak nak share nih. ;)

Bahan2:-

5 mangkuk nasik
1 genggam broccoli yang telah dipotong
1 ketul kiub ikan bilis Knorr
Minyak masak
Garam
Serbuk perasa
Air masak

Bahan2 Tumbuk:-

5 biji cili padi/tanduk
3 biji bawang putih
1 biji bawang besar

Cara2 Penyediaan:-

1) Panaskan minyak. Tumis bahan2 tumbuk hingga naik bau.
2) Masukkan kiub pati bilis Knorr & kacau rata.
3) Tuangkan sedikit air. Masukkan broccoli, biar hingga broccoli sedikit layu.
4) Masukkan nasik & kacau rata.
5) Perasakan dengan serbuk perasa & garam. Kacau, angkat & hidangkan.
















~ Nasik Goreng Broccoli Hijau sedia untuk dimakan... Kalau ada keropok ikan, lagik masyuk nih..! ;)


Tuesday, February 8, 2011

PENGANTIN HITAM-PUTIH

Kalau sebelum ni ada pengantin merah, kali ni ada pengantin hitam-putih lak. He3... Aku kata pengantin hitam-putih adalah sebab diorang punye tema hitam-putih. Dari busana, kanopi, sampai la ke pelamin. Seragam katanya kan...

Lepas makan & salam2 bagai kat kenduri pengantin merah, kitorang terus gerak ke Pasir Panjang. Nak attend 1 lagik kenduri kawen iaitu kawan Roy. Tapi, this time dah tinggal 2 bijik keta sebab sejibik dah cha alip bot. Keta yang bawak mertua aku la tu. Memang style mertua aku camtu. Lepas makan, terus balik.

We ols aci redah jer carik umah pengantin. Even Roy pun tak tau kat mana umahnya. Plus, kawan Roy adalah pengantin lelaki. Yang kitorang nak terjah ni adalah umah pengantin pompuan.

My 'sayang' leading. Aku jadik co-pilot. Bila Udda suh pusing2 map kat kad jemputan, terus otak aku jemm! Fail la bab2 Geografi nih! Hadoi la... Tapi, masa PMR, aku dapat A tau! Ahaks3... Nak jugak... ;P


~ & akhirnya, sampai jugak kitorang... Berjanggut jugak nak menunggu pengantin lelaki sampai. Umah dia kat mana ntah?! Roy pun confuse either Kuala Selangor/Klang/Shah Alam. Roy2... Hiks...


~ Bertanjak... berkeris... persis pahlawan Melayu di zaman silam! Ecewah!


~ Yang ni salah 1 adat diorang kot. Sebelum dua2 berjalan ke pelamin, ada sorang mak cik datang, suh diorang minum air. Tapi, bukan minum cam kita minum tuh. Dia cam 3 kali teguk. Sekali teguk, stop. 2 kali teguk, stop. 3 kali teguk, stop. Tak sempat lak aku nak interview mak cik tuh, tanya apa simboliknya?! Heh3...


~ Bagai pinang dibelah 2... Ecewah!


~ Shame2 cat lak pengantin lelaki nih! Relax la, bro..! He3...


~ Pengantin pompuan tengah betulkan kain dia yang panjang meleret2.

Macam masa aku bersanding dolu kan, kain dia memang bapak panjang! Nan adonya red carpet ke... blue carpet ke... untuk walkway pengantin..! Aci redah mana dan! Sudahnya, tersangkut2 segala tok nek daun2 kering ngan ranting2 kayu! Ha3... Tapi, ah kak still maintain vogue da vass! Ahaks3...


~ Kawan Roy... Lupa lak nama dia apa?! Hu3...


~ Hokay! Dah sampai pelamin dah. See2! Kan hitam-putih tuh?! ;P


~ Pengantin pompuan main bisik2 lak! Hiks...


~ Nampak tak dinding belakang tu belum bercat? Actually, umah pengantin pompuan ni tak siap sepenuhnya lagik. Dinding luar still tak berplaster. Tapi, umah dia memang bapak besor! Macam dewan, ko..! Dasat2...

Memula, aku cam dah tak berapa larat nak makan kat kenduri ni. Sebab sebelum tu dah mentekedarah kat umah pengantin merah. Tapi, bila nampak ayam goreng tepung, aku tewas! Tsk3...

Salahkah aku? ;P

CAKOI

Penah dengor tak nama kuih cakoi? Penah rasa tak? Alaaa... kuih yang panjang2, lembut2 & digoreng tu, ha..! Tau kan..? Tau kan..? ;P

Kalau tak penah jugak, meh aku nak tunjuk rupa kuih cakoi. Jap, ek..! Hah! Kasik scroll2 sket.


~ Beginilah rupa kuih cakoi tuh. Kalau tak silap aku, kuih ni orang Cina pun sker makan. Selalunya, diorang makan ngan rice porridge. Buat breakfast. Kalau orang Melayu plak, cakoi selalunya dihidangkan dengan pencicah kaya. Tapi, aku tak berapa minat cicah kaya. Aku lagik sker cicah sos/sambal/kari. Barulah terangkat, babe..! ;P

*Credit to: hanamemories


~ Masa gi kenduri pengantin merah tu pun diorang serve kuih cakoi gak. Fresh from oven lagik..! Digoreng secara live... Gigih cik abang & cik adik baju belang2 ni memenuhi permintaan tetamu.

Aku tak sempat nak rasa... Plus, macam dah kenyang la plak makan nasik. Dah la lepas tu, nak pegi another wedding. Harus kasik ruang sket kat perut untuk bernapas..! Heh3...

STICKY MODE ENTRY: GEGAR 1,000 BLOG OLEH BEN ASHAARI

*This is a sticky mode entry. Please scroll down for new updates. Thank you. ;)


~ JOM... bersantai bersama BEN ASHAARI. Santek tak header blog Encik Ben nih? Encik Ben tengah bersantai kat gym rasa2nya...

Hmmm... tak kesah la nak bersantai kat mana pun. Janji tenang setenang air di kali. Ecewah! ;P

Dah lama jugak rasanya tak menjoin segmen kelolaan Encik Ben Ashaari. Tetiba rasa nak menjoin plak! Heh3...

SAYA SOKONG DUNIA BLOG dan SAYA SUKA KERANA SAYA MINAT MENULIS DAN MEMBACA BLOG ! ANDA BAGAIMANA ??

Sudah semustinya lah kan... Kata nak jadik blogger tegar... harus sokong-menyokong! ;) So, korang... bila lagik nak join? Sempat lagik nih sebab tarikh tutup adalah 8 Februari 2011, by 6 p.m. Jom2! Terjahhhhh....... siniii....!!!!!!

PENGANTIN MERAH

Last Saturday, aku & my 'sayang' together2 wif family mertua menerjah kenduri kawen. Kat Sungai Panjang, Selangor nun..! Pegi adalah secara berjemaah. 3 bijik keta. Konvoi la best kan? ;)


~ Kembang semangkuknya muka aku..! Hu3... Tapi, comel kan? Ha3... Perasan betul!


~ Tak kira kat mana, musti nak sawan camera. Tapi, bila dengan family mertua, aku behave la banyak. Means, tahap sawan aku tak sedasat bila bersama family aku. Harus jadik menantu sopan, gitu..! Muahaha... Tak buleh blah! ;P


~ My MIL yang sempoi... Tak kira pegi mana hatta ke tempat2 yang agak exclusive pun, dia tetap dengan stylenya yang tersendirik. Amik gambar pun tak berapa nak ready. Sudahnya, menantu dia jugak yang over! He3...


~ Rombongan Cik Kiah baru sampai... Kena menapak sebab keta parking kat jalan besar. Area bendang kan... begitulah kekdahnya... Umah pengantin, nun di sana yang ada kanopi tuh.


~ Sampai2, pengantin dah bersanding. Merah, owh... tema dia..! Kalau Kak Red ada ni, harus dia berbangga! Hiks...


~ Sorang tengok bawah, sorang tengok kiri. Shame2 cat kot... Hiks...


~ Pelamin pun ada unsur2 merah. Tapi, more to maroon la...


~ Bebudak, bapak budak & mak budak, pasukan kompang. Macam2 lagu diorang balun. Gasaklah! Janji meriah! ;D


~ Munge telur pun kaler merah! Dasat2...

Kesimpulannya, pengantin memang nampak merah hari tuh. Tetiba terkenang zaman aku kawen dolu. Tema belah aku adalah purple. Belah my 'sayang' plak creme-gold. Korang plak kaler apa?

TERIMA TETAMU...

Minggu lepas, Andak & family balik kampung. Lama jugak la... Dari hari Isnin sampai Khamis. Kalau tak, nak stay kat kampung sampai Sabtu. Tapi, nenek aku plak nak ke Melaka, Mak Yang ajak jalan2 carik pasal + tengok cucu-cicit kat sana. Tu yang Andak balik awal tuh.

Andak balik kali ni buat road tour. Memula, dia jalan2 carik pasal ke umah Pak Lang yang jarak sekangkang kera tuh. Pastu, ke umah Uteh kat Batu Gajah. Bermalam kat sana lagik! Balik dari Batu Gajah, Andak & family terjah umah aku ngan abang aku lak. Siap request nak makan sate lagik..! Ye la... orang baru lepas pantang, of cos mengidam nak makan macam2 kan... Hiks...


~ Hari Rabu, lepas balik keje, we ols terus berdesup carik sate Wak Teni kat Bumbung Biru. Sementara menunggu sate dibakar, sempat jugak we ols mengorder gado2. Haish! Pantang jumpa kedai makan!


~ Happy jer Andak sebab dapat makan sate. Ni kalau aku kenakan bayaran ni, mau mak cik kayo nih! Ha3... Larikksss..!!!


~ Mak aku lagik dasat! Bercucuk2 sekali seludup! Ha3...


~ Mak Lang pun ado. Tengah honeymoon ngan Pak Lang masa tu sebab anak2 dia balik kampung, jumpa atuk diorang.


~ Budak kecik yang bila dia senyum terus nampak lawak! He3... Nama panjang: Muhammad Naim Syafik. Nama pendek: Naim. Anak Andak yang ke-3.


~ Nenek pun makan banyak jugak. Siap melatah2 lagik! Tu yang tak buleh blah tuh! Ha3...


~ Anak sulung Andak, Muhammad Nazim Shameer a.k.a Nazim.


~ Yang ni, tak perlu diperkenalkan lagik sebab memang dah fames amos dah kat blogungukechintaanku nih! 'Errr... Mai secawen..!' (iklan kopi Radix) He3...

Kesimpulannya, aku & my 'sayang' berpuas hati sebab dapat jamu tetamu2. Walaupun hidangan tak seberapa tapi, tetap meriah! Terima kasih sume sebab sudi menjenguk teratak kami..! ;)

Lepas makan, rest2 jap, then terus chow ke umah abang aku lak. & makan lagik..! Ada cekodok bilis + sos cili ngan jambu batu + serbuk asam. Santak perut, weh..! Tapi, rasa menyesal lak tak makan banyak cekodok malam tuh. Paling2 pun tapau la kan... Sampai skang terkenang2... Hu3... Ah kak kan peminat setia cekodok bilis...

Ada sesapa tak yang sudi courierkan cekodok bilis yang best malatops2 kat ah kak? Errr... kalau buleh, courier ngan sos pencicah sekali, ek? Wah! Demand, ko! Ahaks3...

TERATAK...

Setelah puas mentawaf 1 IKEA & makan meatball + Whole Spring Chicken tuh, akhirnya kami pun decided untuk terus balik... Hari pun dah makin petang. Takmo la balik lewat2 malam kan... Kesian kat my 'sayang', drive sorang2. Aku hokay jer if nak exchange jadik driver. Tapi, orang2 di sekeliling tak confident ngan keterroran ah kak... Hmmm...


~ On the way tu, we ols just ada 2 persinggahan. 1st kat R&R Rawang, 2nd kat Restoran Teratak. Takde la lapor sangat, actually. Tapi, perut ni kan selalu mengada2. Memula tak lapor. Nanti kang, bila dah sampai umah, mula la menggelupur carik nasik! Haish! Tu yang menyinggah gak tuh!


~ Restoran Teratak ni lokasinya adalah kat Bidor. Means, dah tak jauh dah nak sampai umah. Nama dia jadik Teratak maybe sebab diorang buat umah jadik restoran. Pastu, kat tepi2 tu ada la stall2 jugak yang serve western foods, noodles & toasts.


~ Sementara menunggu makanan, sempat jugak menggediks2 berposingan. Bese la tu kan... Heh3...


~ Bajet comel giler la tuh... siap main hide & seek, ba2 chak bagai... Macam la muat muka yang bulat tu nak disorokkan di sebalik purse..! Ha3...


~ Macam gaya Sivaji The Boss jerk! Muahaha... Larikksss..!!!


~ Nenek tengah memikirkan masa depan... ;P


~ Hokay! Teh o panas mak aku dah sampai dah.


~ Air suam untuk aku & teh tarik untuk nenek.


~ Mango juice untuk my 'sayang'. Ice-blended, actually. Tapi, macam float, banyak buih2. Manis sangat..! So, not my typelah!


~ Makanan dah sampai... My 'sayang' order nasik putih + sutun masak cili kering. Not bad la...


~ Aku, mak & nenek just order tom yam campur. Giler pedas, wok..! Kuah dia merahnya mak ngah betul! Kalau pedas tu, pedas terus takpe la jugak. Tapi, pedas2 ujung2 ada manis2. Tu yang fail tuh! Sudahnya, tiga2 mangkuk we ols tapau. Nak biar jer, sayang la plak sebab still banyak isi kandungannya. Plus, tak baik membazir kan... Kalau tapau, mana la tau kot2 kat umah buleh alter2 buh apa2 ke kan...

Eh! Starting today, aku akan kasik rate a.k.a mintang2 kat tempat makan yang aku dah pergi. Tak kesah la yang exclusive2/murah2/stall2 bese sekalipun, sume aku nak kasik mintang2. Aku kasik rating dari segi service & taste. Rating ni plak bergantung kepada menu yang aku orderlah. Maybe buleh jadik guide untuk korang jugak kan... nak pilih2 tempat makan. Pengguna bijak, faedahnya banyak katanya kan... Hidup KPDNKK!!! ;P

So, untuk Teratak, aku kasik 3.5/5 mintang for service & 2.5/5 for taste.