Monday, January 31, 2011

i-CITY, SHAH ALAM

Dari umah Andak, we ols balik semula ke Kajang. Ada aktiviti lain yang menanti. Kami nak ke i-City, Shah Alam. Dah janji ngan kakak nak gi sama2.

Lepas Maghrib we ols gerak. Memula, plan nak singgah kat Gerbang Malam Jalan Reko. Tapi, by the time kitorang sampai, kanopi Gerbang Malam tak bukak lagik sebab masa tu ujan. So, maybe diorang lambat sket start berniaga. Makanya, we ols teruslah ke i-City…


~ Hah! Dah sampai pun!


~ Parking kat belah bawah. Yang belah sana nun cam snow2. Cun gak!


~ Gambar sape la yang my ‘sayang’ snap nih? Haish!


~ Colourful… Banyak betul lampu! Terkagum2 ah kak, noks..!


~ Merak kayangan pun ado..! Bapak besor!


~ Swan park. Ada swan yang lonely… ada plak swan yang sedang ingin berchinta! Ecewah! Sweet la plak! ;P


~ Swan yang baru lepas kena tinggal boyfren. Kesian2… Hiks…


~ Minah enterframe..! Haish!


~ A_bern tengah melompat kat… apa ke nama ntah tempat nih? But, still under construction.


~ Pokok2 berdaun oren…


~ Duta i-City tengah turun tangga… Eh, tak! Nenek aku tuuu..!!! He3…


~ Macam2 ‘walk’ ngan ‘park’ ada. Ko pilih jer nak ke mana dolu?! Toilet ngan surau pun available. Harus la kan… Heh3…


~ Kakak ngan Abang Mie tengah kira jumlah anak tangga. Agak2 buleh beat tangga Batu Caves ke tak?! Ha3…


~ & tetiba kepala A_bern jadik teleng! Sawan lampu2 i-City kot! Ha3…

i-City ni kat Shah Alam. Tu jer yang aku tau. Kalau tanya lebih2 pasal alamat penuh, memang aku tak buleh nak jawab. Sebabnya sepanjang jalan, dari Kajang ke Shah Alam aku tido. Tapi, kalau tak tido pun belum tentu aku buleh bagitau direction. Road-blinder katanya kan… Hu3… Google sendirik la, ek? Tak pun, GPS jerk… Lagik sonang! ;P

Ada banyak lagik gambar yang aku nak jaja. Kalau korang nak tengok muka masam mencuka aku sepanjang kat i-City, tunggulah entry seterusnya. Kenapa aku masam mencuka? Hmmm… ada la… Jap lagik aku story mory morning glory. Hu3…


*Bersambungan…

INTRODUCING… NURNAJIHA ILIYANI SYAFINAZ

Menu lunch kat umah kakak aku adalah terbaik..! Bukan sebab beliau yang masak tapi, sebab mak aku yang masak. Plus, aku just menebeng kat depan tv jer. No tolong2! Ha3… Larikksss..!!!

Mak aku masakkan ikan tumpi untuk kakak & A_bern yang memang dah lama mengidam nak makan ikan tumpi tuh. Daun pisang yang digunakan untuk balut ikan pun imported dari umah mak aku. Imported secara free lak tuh! Takde kena cukai pun! Haish!

Pastu, mak aku buat pucuk ubi rebus. Pucuk ubi pun imported gak. Pendek kata, pebuh bonet keta dengan daun2 ijo. Ha3… Mak aku buat jugak sambal goreng. Yang ni pun A_bern dok mengidam tak hengat! Kakak aku lak buat masak lemak bayam ngan ikan goreng + cicah kicap. Makan ramai2… Marvellous, weh..! Macam tak sedar dah tambah nasik berpinggan2. ;D

Lepas lunch, rest kejap. Pukul 3 p.m, we ols berdesup lak ke Segambut, umah Andak. Aku, my ‘sayang’, mak & nenek jer yang pergi. Kakak & family tak ikut sebab A_bern skool.

~ Andak baru jer deliver baby gal. Tak la baru sangat, baru abis pantang la… Nurnajiha Iliyani Syafinaz nama baby gal tuh. Anak ke-4 Andak. Maybe the last 1 kot sebab Andak dah 3 kali deliver C-section. Dah cukup kuorum katanya…


~ Nickname baby adalah Jiha. Alooloolooo… tomeinya mulut..! ;)

~ Sembang2 & layan pau. Fresh from oven tau pau tuh! Elok2 we ols sampai, ada orang datang jual kuih pau naik moto. My ‘sayang’ pun beli la. Aku cuit sket jer. Not my type maaa… Kalau inti ayam/daging, aku layan gak. Tapi, ni inti kaya ngan kacang hitam.


~ Sebelum balik, sempatlah berposingan ngan Jiha. Ba2 cak! ;P


SYIFA' AL-HIDAYAH

Aku ke Gombak baru2 ni adalah bersebab iaitu nak ke Syifa' Al-Hidayah. Ye la kan... dah lama tunggu 'permata hati' tapi, belum kunjung tiba. So, apa jer ikhtiar selagik tak melanggar syariat, aku & my 'sayang' akan cuba carik & buat. Perubatan alternatif kat Syifa' Al-Hidayah ni, salah 1 di antaranya la...


~ We ols sampai kat Syifa' Al-Hidayah ni dalam pukul 9.45 p.m. Kalau ikut nombor giliran, kitorang nombor 12 & 13. Aku & my 'sayang' nombor 12. Mak aku nombor 13. Rupa2nya, dia takde la sistem cam 100 % ikut nombor giliran. More to 1st come, 1st serve. But, still kena book nombor awal2 la.

Cam kitorang, my 'sayang' booked nombor last year. Bulan berapa... memang tak ingat dah. Tapi, dah lama la... Means, booked tahun 2010 but, appointment adalah on January 2011. Fuh! Ramai rupanya yang nak buat rawatan kat sini.


~ Mak tengah tunggu turn, ditemani oleh nenek. Memasing muka dah mengantuk. Kesian diorang...


~ Mamat pakai jubah ni tukang panggil patients. Anak Haji Lokman (pengasas Syifa Al-Hidayah) rasanya... Ntah la... Tak sempat lak aku nak bersuai-kenal. Hiks...

Instead of Haji Lokman, ada 2 lagik pembantu yang sama2 merawat pesakit. 1 of them adalah Ashraf Muslim. Alaaa... yang berlakon dalam citer Ustaz Amirul tu..! Kenal tak? Kenal tak? ;P

Aku bajet2, dapat la buat rawatan ngan Ashraf. Tapi, mamat pakai jubah kat atas tu kata, Ashraf takde malam tu. Haji Lokman jer yang available. Owh... hampa & kuchiwa ah kak, noks..! Tsk3... (Gediks, owh..! Ha3...) Haji Lokman pun Haji Lokmanlah! Hokay jer... (statement sodapkan hati. Hu3...)

Haji Lokman bagi surah2 untuk diamalkan. Ada 2 surah. Perlu dibaca selepas Subuh/pagi & Maghrib/Isya'. Masa tengah buat rawatan ngan Haji Lokman tu, tetiba ada somebody terkocoh2 masuk bilik rawatan. Bila aku curik2 usha, 'Eh2! Ashraf Muslim la! Alaaa... apsal la ko baru sampai skang? Cis betul! Hu3...'

The 'best' part was, mak aku lak yang dapat buat rawatan ngan Ashraf. Owh... nom3!!! Sib baik aku gi temankan mak. Buleh la tengok cara Ashraf buat treatment lively! Ahaks3...


~ Camnie la lebih kureng cara Ashraf buat rawatan untuk mak aku. Ni gambar Google jerk. Takde yang aku snap sendirik sebab handphone isn't allowed la... Hu3... Malam tu Ashraf pakai baju kaler sama ngan dalam gambar tuh tapi, without spec.

Mak aku pun Ashraf suh amalkan 2 surah gak. Mak aku buat rawatan sebab tangan selalu kebas2. After 1st treatment, Ashraf kata sume tu sebab mak aku buat keje berat. Hah! Kantoi! Ye la kan... mak aku tu kalau kat umah, instead of menjahit, kejap2 kang dia cangkul2 tanah... tak pun angkut2 tanah. Mak2...

Aku, my 'sayang' & mak ada follow up appointment on 3rd March 2011. Takpe la... redah jer... Plus, dia bukan suh buat mende2 pelik pun. Just bagi surah2 untuk diamalkan. Ikhtiar... Di samping tu buleh gak dapat pahala sebab baca Quran. Apa2 pun, sume yang terjadi & bakal terjadi adalah atas kehendak & izin-Nya. Kalau ade rejeki, insyaallah... & alhamdulillah...


*Credit to: pcsystemtutorial

Sunday, January 30, 2011

AMACAM? DAH DAPAT IDEA?


~ Cucur bilis Adabi... Aku panggil cekodok jer... He3... Sonang giler nak buat! Ko just tinggal bancuh2 dalam mangkuk & siap untuk digoreng. Tapi, kalau nak buh rencah2 lagik pun buleh. Campak jer dalam bancuhan tuh. Cam aku, aku buh baby carrot yang dipotong dadu, ikan tamban, bawang besar ngan broccoli. Potong2, gaul2 sebati & goreng! Kan ke sap2 soi tuh?! Cucur bilis Adabi ni, memang sesuai sangat untuk insan spesis2 kureng rajin cam ah kak nih! ;P


~ Tak best la plak kan kalau makan kosong2 camtu jer without pencicah. So, apa kata suai padankan dengan sambal telur hancus nih. Gerenti marvellous, noks..! Tak caya, cer try! Heh3...

Amacam? Dah dapat ideakah untuk menu breakfast? If nak buat untuk minum petang pun buleh. Takde masalah punye..! ;)

Errr... nak resepi ke? ;P

Saturday, January 29, 2011

SANTAKNYA PERUT..!

Di saat aku memblogging ni, aku baru jer balik dari kenduri arwah kat umah Along. Giler lambat we ols sampai! Tebal jer muka lalu kat depan orang. Adeh3...

Hari ni kan ujan sepanjang hari... So, mood nak ke kenduri tu cam lambat jer nak sampai. My 'sayang' lak, jasad jer kat kenduri tapi, jiwa raga nun kat bola sepak Piala Sumbangsih. Tapi, disebabkan yang kenduri tu adalah mak sedara my 'sayang', makanya redah gak la kan...

Masa we ols sampai, sume orang dah nak menjamu selera. Langkah kanan, gitu..! Ecewah! ;P Memula, aku cam segan2 la nak terus makan sebab cam takde geng. Aku ingat nak carik my MIL ngan Jijah dolu, lepaking ngan diorang. Kang diorang makan, aku makan la jugak. Tapi, Along, Kak Tuti (anak Along) ngan Angah Utin (pangkat mak sedara gak la ni...) gigih suh aku makan. Isk3... serba salah la plak! Dah tak buleh tolak dah. Makanya, makanlah ah kak... ;P

Santak perut, weh..! Mana taknya?! Tengahari tadi mak aku tak masak sebab mak tolong jiran masak2 sebab sok ada kenduri kawen anak dia. Pukul 3 p.m, aku gigih ajak mak keluar jalan2 carik makan sebab lapor! My 'sayang' takde, ada keje. So, we ols redah gi pasar malam (sib baik dah bukak), tapau laksa, lemang + rendang & kacang kuda. Sebelum tu dah menyinggah kat Mastan Ghani, tapau rojak. Pastu, singgah Bumbung Biru lak, tapau nasik goreng ayam ngan nasik goreng paprik. Wah! Banyaknya makanan! Mana tak santak, weh..?! Hu3...

Malam lak makan kenduri kat umah Along. Bertambah2 santaklah perut! Adeh3... Skang ni, perut dah sama tinggi ngan Gunung Kinabalu. Macam mana mau kasik turun lorrr..??? Tsk3...

BERPICNIC DI DEPAN UMAH MAK

Hari kejadian adalah last Saturday. Tempat kejadian, of cos la kat umah mak aku. Balik dari kenduri kawen, we ols terus lepaking kat umah mak.

Disebabkan tengahari tu mak tak masak, makanya bila tiba waktu petang perut aku pun berdangdut riang. Isk3... Tak buleh blah nih! Kena lakukan sesuatu! Secara pantas aku ajak my 'sayang' gi beli kuih-muih kat Kampung Bahagia.


~ Ni la kuih-muih yang we ols tapau. Ada cucur badak, pisang nangka goreng ngan masalodeh. Air oren tu aku yang bancuh. Tak payah susah2 nak tanya sodap ke tak sebab confirm sodap punye..! See my leg la, weh..! Ahaks3...


~ Lempeng pisang ngan popia basah pun ado..!


~ Gigih tau encik ni makan! Sambil makan, sambil pot-pet, pot-pet sembang ngan nenek. Pastu, 'bbrrppp..!' Ha3...


~ Mak aku lak, sambil makan sambil jahit baju. Buat finishing. Aku pun menjahit gak, jahit manik. Tapi, makan kuih berketul2, jahit maniknya 2-3 saat. Ha3...

Sampai skang tak abis lagik aku jahit manik baju tuh. Baru siap sebelah tangan. Tak tau la bila nak sambung balik. Tunggu mood rajin menjelma kembali lah nampak gayanya... ;P

MEREMPIT KE KENDURI KAWEN

Last Saturday, aku, my 'sayang' & mak ke kenduri kawen. Actually, dari pagi aku dok ada kat umah mak. My 'sayang' keje. Dalam pukul 12 p.m camtu my 'sayang' balik sebab dah janji nak gi kenduri.

Kitorang merempit jer. Koselah nak bawak keta sebab jalan sure sempit. Plus, lebih practical bawak moto. Cik Siah & anak dia pun join gak. Means, konvoi 3 bijik moto la. Aku ngan my 'sayang', mak sorang2 & Cik Siah wif anak dia.

Dah lama tak merempit. Sekali-sekala merempit, memang layan wooo... Hiks... Kitorang siap racing2 lagik ko! Ha3...


~ Sebelum balik, sempat la snap gambar pengantin tengah bersanding. Cun gak kan kaler nih? Songket munge tabur base putih tapi, munge dia coklat. Sweet la...

Aku tak kenal sangat ngan tuan umah. Just tau nama jer iaitu Cikgu Rosli. Dah 2 kali dah aku attend kenduri kawen anak dia. Jemputan ni under mak aku la.

On the way balik pun gigih racing2 ngan Cik Siah & mak. Ha3... Giler kentang betul! ;P

'ENI... ANGKAT KAIN... UJAN... JEMURAN DAH... TURUN...' ;P

Giler sojuk malam tadi..! Ujan turun dengan lebatnya! 2 kali secara marathon lak tuh! Memula cam lite2 jer. Pastu, cam stop jap. Tak lama pastu, terus lebat! 

Mata plak kuyu jer... Kalau tak kuat semangat, mau dan2 tu aku dibuai mimpi indah. Nak jer shut down lappy & mentido! Tapi, semangat blogging mengatasi segalanya... Ecewah! ;P Sempat la buat auto-published a few entries.

Tetiba teringat kat dialog dalam filem Pendekar Bujang Lapok...

'Eni... Angkat kain... ujan... Jemuran dah... turun...' 

Muahaha3... Lawak, hokay..! Tengok lapanploh kali sampai hafal2 skrip, dialog, scene bagai pun tak jemu kan? Hiks...

Hmmm... malam tadi, we ols skip dinner. Tapi, bila ujan, benteng pertahanan semakin menipis. Hadoi la..! Rasa cam Encik Maggi memanggil2 nama daku jerk! Hu3...

Tak buleh blah! Kena lawan abis2-an! Chaiyok2! Akhirnya, berjaya! 

Yes2! Alhamdulillah... ;)

Psst2! Apsal time ujan, perut asik lapor, ek? Otak lak dok pikir & imagine2 makanan yang best2. Kadang2 makanan yang tak best pun buleh jadik best! Haish! Why3..???

Friday, January 28, 2011

TETIBA TERINGAT KAK JEMAH...


Kan aku ada citer aku gi shopping slack ngan lingerie ni kan? Ingat tak? Ingat tak? Alaaa… tak ingat pun kasik purak2 ingat sudah la, ek?! ;P

Aku berjaya merembat slack sehelai. Harga asal RM 59.99. Tapi, ada less 30 %. So, tinggal RM 39.12 jerk! Murah2! Menyesal la ko kalau tak beli! He3… & disebabkan slack tu lah jugak aku semakin berazam nak slim cam Tiz Zaqyah! Dah tak buleh blah sebab saiz seluar cam tak disangka2 tahap kebesorannya! Takmo cakap saiz apa?! Terkejut beruks ah kak, noks..! Biarlah rasia… Hu3…

Insap betul! Terus rasa cam, ‘Takmo makan nasiklah! Takmo amik ayam dah! Nom3!!!’ Hu3…

Hokay, enough! Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian takde gunanya… Nak tak nak, ko memang kena loose some weights! Cho meng ngaaa…!!! Tsk3…

Tengah ah kak bersadis dengan keadaan fizikal ah kak yang tak berapa semenggah nih, tetiba ah kak ternampak 1 handbag. Bila tengok, terus teringat kat Kak Jemah a.k.a viruspadu tuh!


~ Sebab dia kaler pink! Kak Jemah kan pinkaholic. Sesuai tau! Hiks…




HOME SWEET HOME...

I'm back, bebeh! Ho yeah..! ;)

Teluk Intan - Gombak - Kajang - Segambut - Shah Alam - Damansara - Teluk Intan. Wah! Nampak cam dasat punye percotian jer kan? Padahal, bese2 jer pun! Takde la percotian sangat... sebab ada urusan jer kat Gombak. Yang lain2 tempat tu cam singgah sambil lalu la... Istana hinggap! Ecewah! Over tau! ;P

Memandangkan kat umah kakak aku hanya ada Celcom broadband sejibik makanya, tak dapeklah aku nak mengupdate selama beberapa hari. Plus, takde masa free pun sebab gigih berjalan2. So, mintak mahaplah kepada yang singgah if asik nampak entry ya ado jer... Sebarang kesulitan amatlah dikesali, hokay! ;P

Malam ni, baru nak panas enjin balik. Insyaallah... 

Eh! Korang windu kat aku tak? (Soklan cepu gangsa! Ha3...)

Tuesday, January 25, 2011

GOMBAK, KAJANG & COTI..!

Petang kang, dalam pukul 6 p.m, bertolaklah aku, my 'sayang', mak & nenek ke Gombak. Ada appointment kat Syifa Al-Hidayah. Harap2, perjalanan lancarlah hendaknya... Amin...

Settle jer appointment kat Syifa Al-Hidayah, we ols terus 'check-in' kat Kajang. Alaaa... lodging kat umah kakak aku jer... Jimat! & lebih nilai untuk wang anda! Save2..! Plus, aku dah suh kakak aku siapkan kamar beradu wif tilam & bantal yang empuk2, kamar bersiram siap ngan bathroom heater & menu santapan yang marvellous2! Barulah cantik, menarik komemangthebomb!!! Ahaks3... Musti parkinson terus kakak aku! Muahaha... Larikksss..!!!

Hari Khamis baru aku kembali ke kampung halaman. Makanya, dengan berbesar hati & kembang setaman, aku nak announce yang aku adalah menCOTI till 27th January 2011..!!! Ho yeah..! 2 hari tuuu..!!! Bangga2... Sambil kembang-kempiskan hidung & siap kata korang bakal menjeles lagik..! Ahaks3...

Jeles ke..??! ;P

Monday, January 24, 2011

BENEFIBER TO BE TESTED


~ Ini adalah Benefiber. Tapi, yang ni yang sample la. Dapat free jer...

Pada 1 hari tu, aku jenguk blog Kak Jemah, terjumpa la entry pasal Benefiber nih. Buleh dapat sample free katanya... So, aku pun terus masuk website dia, isi2 form & tunggu sample free sampai depan pintu umah. Heh3...


~ 1 penghantaran sample dapat 2 sachets Benefiber.

"Benefiber Powder dissolves completely in water and is easily added to the things you normally eat and drink. Look for Benefiber Powder products in grocery, drug and mass merchandise stores near you.

Benefiber Powder gives you the freedom to add fiber to your diet any way you choose. Learn how easy it is to mix taste-free, non-gritty Benefiber Powder into the things you normally eat and talk to your doctor about how to get more fiber into your diet.

Texture

Unlike most other bulk fiber powders, Benefiber Powder is grit-free and non-thickening.

Taste

Benefiber Powder is taste-free, so you can add it to your beverages or meals without altering the taste.

Versatility

Add Benefiber Powder to beverages† (hot or cold) or soft foods that you normally eat. With Benefiber Powder, you have the freedom to take your fiber any way you choose.

Convenience

The American Dietetic Association recommends that a healthy diet include 20–35 grams of dietary fiber daily from plant foods. Yet, Americans only consume about half of the recommended daily amount. Benefiber Powder can help supplement your daily fiber intake easily and naturally. Each serving of Benefiber Powder provides 3 grams of soluble fiber. And for your convenience, Benefiber Powder is available in various sized canisters and premeasured stick packs for individual servings.

Not recommended for carbonated beverages.

Use only as directed."

Benefiber ni adalah produk Novartis. Kalau nak tau lebih lanjut pasal Benefiber nih, buleh la click sini. Berbaloi2... ;)


KAMI 'KEMBANG' KEMBALI..! HU3...

Morning, you ols..! Blues, ek? Hiks... Dah2! Takmo blues2 dah! Buat keje ikhlas2. Ecewah! Pandai nasihat! Tapi, paku dulang paku serpih! Heh3...

Hmmm... camne hujung minggu you ols? Hectic ke so-so jer? Well... hujung minggu kami ditemani dengan makanan2... Ecewah! Statement berani matik tuh! Ha3...

Tapi betul, owh..! Sumpah, tak tipu! Hari Jumaat (malam), we ols mendating merangkap candle lite dinner kat Wana Cafe. Memula cam nak makan yang lite2 jer. Tapi, bila sampai sana, terus order yang heavy2! Hadoiiyaiii..!!!


~ My 'sayang' makan nasik putih + daging black pepper. Encik tu memang nasik sesado..! Sehari kalau tak jumpa nasik, memang buleh pitam beliau tau! Ha3...


~ Bihun goreng ni untuk aku. 1st time order bihun goreng kat Wana Cafe. Not bad la...


~ Appetizer of the day adalah keropok ikan & otak2 Gombak yang best! ;)

Tu baru hari Jumaat tuh! Hari Sabtu lagik best! Sebab balik umah mak aku. Pepagi lagik dah tayang muka kat umah mak. Ha3...

Kalau kat umah mak tu, paham2 la kan... of cos makan sesado jugak..! Nafsu makan memang di luar kawalanlah! Sib baik tengahari mak tak masak sebab we ols pegi kenduri kawen. Yang tu, laterlah ah kak story mory morning glory, ek?

So, adakah hujung minggu anda seperti hujung minggu saya? ;P

Sunday, January 23, 2011

PERHIMPUNAN PAGI & TAKLIMAT DASAR KOPERASI NEGARA

Ini kesah last month kalau tak silap aku. Tapi, gigih gak nak citer. Bese la aku kan… kalau buleh sume nak disharing. Kalau tak sharing, rasa macam terbeban lak kepala otak nih! He3…

Perhimpunan Pagi & Taklimat Dasar Koperasi Negara (DKN) ni diadakan di Ipoh. Sume kena pegi kecuali Hafiz sebab dia kena jaga opis. Mana buleh tinggal kosong kan…

Dipendekkan citer, kami sampai quite on time lah. Means, tak lama pastu, Pengarah dah start bagi speech. Banyak lah yang beliau war2kan. Kose lak aku nak mengepohchikan kat sini. P & C katanya…



~ Kembang setaman muka ah kak, noks! Haish! Muka tak semenggah nak bertaklimat bagai… Senyum pun cam ya ado jer… Ha3…


~ Geng bas sekolah aku… He3… Yang paling kanan tu Zarina, budak audit SKM Manjung. Single lagik tuh! Tapi, available ke tak, aku tak sure lah! ;P Sume pun senyum ya ado..! Hiks…

Murni jer takde sebab dia attend kursus kat Kem Kemensah. Ntah kenapa untuk kursus ni, we ols terpisah lak ngan Murni. Nama dia naik untuk siri 1. Kitorang lak siri 2. Siri 2 on dalam bulan Februari katanya… Kat Port Dickson (PD) lak tuh! Rumours la kan… Betul ke tak… wallahualam… Wait & see jer lah! Tapi, memang ah kak tak buleh blah la sebab dah la lama! Plus-minus dalam 18 hari wooo… Cer korang imagine, 18 hari nak berjauhan dengan my ‘sayang’. Kat PD nun lak tuh! Buleh parkinson ah kak tau! Hadoiiyaiii..!!! L

Hokaylah! Lupakan sekejap bab kursus yang menyeksa jiwa & raga tuh! Sambung balik kesah Perhimpunan Pagi & Taklimat DKN. Untuk Perhimpunan Pagi, kitorang abis awal. Dalam pukul 11 a.m camtu dah abis dah. Taklimat DKN start pukul 2.30 p.m. Makanya, menebeng la kitorang kat opis Ipoh tuh. Pukul 12.00 p.m, we ols lunch. Makan kat situ jer sebab lunch disediakan. Lepas makan, terus naik surau.

Pukul 2.15 p.m, turun balik, gi bilik mesyuarat nak dengor taklimat. Encik Bos aku ngan Bos SKM Tapah yang present. Menadah telinga la kitorang. Walaupun hanya 50 % yang terus menuju ke otak (another 50 % dah terbang melayang dah… Hu3…) tapi, aku tetap gigih mendengor. Ye la… takkan nak blah cam gitu jer kot! Sungguh kureng sopan la kan…

Taklimat abis dalam pukul 4 p.m kalau tak silap aku. Mencicit aku carik keta Encik Fadzil sebab aku ingatkan En Fadzil ngan Encik Bos dah menunggu kat keta. Berpeluh2 ah kak melenggang-kangkung, noks… mencarik keta. Tengok2 diorang takde lagik. Nun di hujung sana, aku nampak diorang baru nak lintas jalan. Cis betul! Tadi diorang dah turun dolu masa aku gigih baru nak amik kuih minum petang. Tetiba, buleh plak aku yang sampai dolu! Tipah tertipu betullah! Penat wooo… jalan secara laju2! Hilang jalan sopan bajet model ah kak! Huh!



~ On the way balik, Encik Fadzil singgah kat stall tepi jalan yang jual kuih akok. Gigih jer abang tu membakar kuih akok. Aku tak penah makan kuih akok nih. Tapi, aku rasa cam tau la kot rupa dia sebab penah tengok kat tv. Dia cam baulu kemboja tu rasanya. Eh! Ye ke? ;P


~ Encik Bos ngan Encik Fadzil jer yang turun membeli. Aku tak sebab aku rasa cam takde sesapa yang sker kuih akok nih. Aku tak minat… my ‘sayang’ lak aku rasa2 tak berapa gak… mak aku lagik la… kalau kuih2 spesis baulu banyak telur ni, mak aku memang tak kose nak rasa!

Selesai membeli kuih akok, kami meneruskan perjalan pulang… Skema la plak ayat..! Ha3…

Aku mintak En Fadzil drop aku kat umah mak sebab my ‘sayang’ suh. My ‘sayang’ amik kat situ jer. Plus, windu ah kat mak… Ecewah! ;P

Korang windu tak kat mak & ayah? Kalau windu tu, jenguk2 la selalu… Nanti kalau diorang dah takde, sapa plak yang kita nak jenguk? Mungkin batu nisan jer yang ada masa tuh. Tsk3…