KUALA LUMPUR - Seorang bapa dihukum penjara 140 tahun dan 40 kali sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam selepas mengaku bersalah terhadap sembilan pertuduhan merogol dan mencabul dua anak perempuannya berusia 13 tahun dan 15 tahun.
Hakim Fathiyah Idris membuat keputusan itu sambil menyifatkan perbuatan tertuduh berusia 43 tahun itu sangat menjijikkan dan keji.
Berdasarkan pertuduhan pertama, bapa kepada lima orang anak itu dikenakan penjara 25 tahun dan 15 kali sebatan mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan, manakala bagi pertuduhan kedua turut dikenakan hukuman yang sama.
Bagi pertuduhan ketiga iaitu merogol mangsa, tertuduh dikenakan penjara 20 tahun dan 10 kali sebatan, dan bagi pertuduhan keempat dan kelima tertuduh dikenakan masing-masing 10 tahun penjara kerana mencabul mangsa dengan menggunakan jari.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu antara 7 pagi dan 2 petang pada Januari 2006 hingga Jun 2008.
Tertuduh turut dikenakan penjara 50 tahun selepas mengaku bersalah terhadap empat pertuduhan melakukan kesalahan mencabul anak keduanya mengikut Seksyen 377CA dan Seksyen 354 Kanun Keseksaan.
Bagaimanapun, Fathiyah memerintahkan tertuduh menjalani hukuman itu berjalan serentak iaitu hanya penjara 25 tahun dan 40 kali sebatan bermula dari tarikh dia ditangkap pada 25 Jun 2008.
*Sumber: Kosmo
Giler kentang tul la kan?!! Sanggup musnahkan mase depan anak sendirik! Harapkan pagar, pagar mmg xbley diharap!!! Huh!!!

5 comments:
hmm..ya la..apa nak jadi ni..riasaunya la hai..
gila la lelaki akhir zaman... anak sendiri pun selera...
kurang kasih sayang, didikan dan pegangan agama tu....
bodo betul..GRO bersepah..anak gak nak di rogol..
Solehah,
ntah! akhir zaman.. huu..
Signorina Syima,
tau xpe..!
alvin takda rumah harga 8juta story....,
aah. mmg mangkok ayun!
Post a Comment